You are on page 1of 11

KONSEP PENDIDIKAN ISLAM : SUMBER ,

MATLAMAT DAN ASAS PENDIDIKAN


ISLAM

Muhammad Solehulhafiz b Mohamad Suhaimi 3083017091


Muhammad Luqman Al-Hakim b Yusri 3083017271
Mohamad Syukri b Mohd Noh 3092014021
SUMBER PENDIDIKAN ISLAM
AL-QURAN
-merupakan sumber Islam yang utama.
-telah digariskan matlamat yang di antaranya:
1.mendidik akal supaya berfikir dan mengambil
pengiktibaran.
2.supaya manusia beristiqamah dengannya,tenang
serta mengambil petunjuk dengan syariatnya.
3.mendidik hati dan perasaan.
AL-HADIS
-Merupakan sumber syariat kedua bagi umat Islam.
-Kewajipan berpegang dengan hadis datang daripada Al-
Quran dan sunnah.
-Sesiapa yang mengingkari kebenaran hadis bererti dia
telah mengingkari sebahagian dari al-Quran.
-Merupakan media dakwah ke jalan Allah.
Matlamat Pendidikan Islam
Matlamat pendidikan Islam yang utama ialah untuk
membawa manusia mengenal penciptanya,
mengabdikan diri sepenuhnya hanya kepada Allah,
melaksanakan segala perintah Allah dan
meninggalkan segala laranganNya dengan penuh
redha.
Matlamat Khas Pendidikan Islam

•memperkenalkan kepada generasi muda tentang aqidah Islam, dasar-


dasarnya, usul-usul ibadah, aqidah Islam , membiasakan mereka
mematuhi dan cara-cara melaksanakannya dengan betul.

•menanamkan keimanan kepada Allah, malaikat, rasul, kitab-Nya dan


hari akhirat.

•mendidik naluri, membatasi keinginan dan membentenginya dengan


aqidah agar mereka dapat menahan rangsangan dalaman, mengatur
dan membimbingnya dengan baik.

•membersihkan hati setiap muslim daripada penyakit hati.


Asas Pendidikan Islam
Pendidikan Islam adalah berasaskan aqidah dan
syariat Allah S.W.T. Kesempurnaan Islam terjelma
dalam sistem atau manhaj pendidikan.
Pendidikan atau tarbiyyah Islam adalah untuk
mengembangkan tasawwur dan kefahaman terhadap
kehidupan berlandaskan al-Quran dalam jiwa insan.
Asas sistem pendidikan ini adalah hakikat tauhid
kepada Allah.
Asas Pendidikan Islam berteraskan :

-Asas Akidah.
-Asas Ibadah.
-Asas Akhlak.
Asas Akidah
Akidah yang dapat menyemai keyakinan pada Allah
S.W.T.
Terasnya ialah rukun iman.
Akidah yang sahih ialah akidah yang disampaikan
kepada manusia bersumberkan wahyu yang datang
dari Allah S.W.T.
Iktikad,perundangan atau akhlak juga asas akidah
Asas Ibadah
Merupakan tujuan utama dalam hidup.
Terhasil dari kombinasi dan kesepaduan asas ajaran
melalui rukun Iman dan Islam.
Dapat membendung umat islam dari melakukan
perkara mungkar.
Solat juga merupakan tiang agama.
Asas Akhlak
Untuk melahirkan generasi yang berakhlak mulia.
Dapat melambangkan kemajuan masyarakat Islam.
Mendidik manusia mencapai kemajuan dalam hidup.
Dapat menjaga sahsiah umat islam.
Kesimpulannya ialah???
Asas pendidikan islam adalah penting dalam hidup
setiap individu kerana ia dapat mebawa manusia
kepada pencipta yang maha esa seterusnya
mengabdikan dirinya dengan Allah S.W.T.
Asas pendidikan islam adalah perkara penting dalam
islam kerana wahyu yang pertama juga yang
diturunkan adalah mewajibkan manusia mengenal
tuhanNya ,memerhati fenomena alam, dan cara hidup
berlandaskan syariah.

You might also like