You are on page 1of 7

Pengenalan

Sistem Kejara

Satu Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalanraya kepada pemandu-pemandu


kenderaan bermotor yang disabitkan dengan kesalahan-kesalahan terjadual di bawah Motor
Vehicles (Demerit Points) Rules 1997. Sistem KEJARA adalah singkatan dari perkataan system
KESELAMATAN JALANRAYA. Sistem ini ditujukan khas kepada pemandu-pemandu
kenderaan yang memiliki lesen memandu CDL and Lesen Memandu Percubaan.

Kenapa Sistem KEJARA diwujudkan?

o Untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya


o Untuk meningkatkan kesedaran kepada pemandu-pemandu mengenai keselamatan
jalanraya
o Memastikan pemandu-pemandu mematuhi peraturan-peraturan jalanraya
o Mewujudkan pemandu-pemandu yang berdisiplin, bertanggungjawab dan
bertimbangrasa di jalanraya
o Mengambil tindakan terhadap pemandu-pemandu yang melakukan kesalahan jalanraya

Bagaimana Sistem KEJARA diwujudkan?

 Sistem KEJARA berfungsi di bawah APJ 35, 35A, 37 dan 38, dan juga Kaedah-kaedah
Kenderaan Motor (Mata Demerit) 1997
 Rekod Pesalah Sistem KEJARA diwujudkan melalui notis saman yang berkaitan dengan
kesalahan-kesalahan terjadual and Mata Demerit akan dikira

1
 Bagi pemandu lesen CDL yang telah mengumpul 15 atau lebih Mata Demerit, tindakan
berikut akan diambil:

Objektif Sistem Kejara

1. Meningkatkan kesedaran pemandu-pemandu mematuhi undang-undang dan peraturan


jalanraya.
2. Mewujudkan pemandu-pemandu yang berdisiplin, bertanggungjawab dan
bertimbangrasa di jalanraya.
3. Membantu usaha-usaha kerajaan mengurangkan kadar kemalangan jalanraya .

Pelaksanaan Sistem Kejara

Sistem Kejara telah dilaksanakan melalui Seksyen 35 , 35A , 37 dan 38 , Akta Pengangkutan
Jalan 1987 dan Motor Vehicles ( Demerit Points ) Rules 1997.

Mata demerit pemandu terkumpul di dalam pangkalan data JPJ (Sistem Sikap) apabila pemandu
berkenaan di sabitkan oleh mahkamah atau setelah membayar denda di atas kesalahan-kesalahan
terjadual yang dilakukan olehnya .

Penalti yang dikenakan di bawah Sistem Kejara

Penalti yang dikenakan terhadap pemegang lesen CDL yang mengumpul 15 atau lebih mata
demerit

 Kali Pertama - lesen memandu digantung tidak lebih dari 6 bulan

 Kali Kedua - lesen memandu hendaklah digantung tidak lebih dari 12 bulan

 Kali Ketiga - lesen memandu hendaklah digantung tidak lebih 12 bulan; dan

2
- lesen memandu hendaklah dibatalkan , sekiranya kesalahan dilakukan bagi kali ketiga dalam
tempoh 5 tahun.

Lesen P dibatalkan apabila mengumpul 10 atau lebih mata demerit.

Bagi lesen CDL yang digantung, pemandu berkenaan tidak boleh memandu atau mendapatkan
suatu lesen, samada lesen belajar memandu atau selainnya, untuk memandu kenderaan daripada
apa-apa kelas semasa tempoh penggantungan. Bagi pemandu yang telah dibatalkan lesen
memandu (Lesen 'P'), tidak boleh memandu atau mendapatkan suatu lesen, samada lesen belajar
memandu atau selainnya daripada apa-apa kelas bagi tempoh dua belas bulan dari tarikh
penyerahan balik lesen.

Penalti : Memandu semasa lesen memandu digantung atau dibatalkan boleh didenda
RM1,000.00 atau enam(6) bulan penjara

Pemberian Bonus

Bagi pemandu-pemandu lesen CDL yang mendapatkan mata demerit kurang daripada 15 mata,
jika tidak melakukan apa-apa kesalahan terjadual selama tempoh 24 bulan berturut-turut, 7 mata
demerit akan diketepikan.

3
Kesalahan-kesalahan Terjadual dan Mata Demerit yang Diberikan

Kesalahan Mata Demerit


Memandu atau mengawal kenderaan 15
motor semasa berada di bawah pengaruh
minuman yang memabukkan atau dadah.
Memandu dengan melulu atau 15
membahayakan.
Memandu dengan tidak cermat atau tidak 15
bertimbangrasa.
Pertandingan atau dugaan kelajuan. 15
Tanpa alasan yang munasabah, gagal 15
mengadakan spesimen nafas, darah atau
air kencing apabila dikehendaki berbuat
demikian oleh pegawai polis.
Gagal mematuhi lampu isyarat. 10
Melebihi had laju yang dikenakan pada sesuatu jalan atau kenderaan:

A. Melebihi 40 km/j 8
B. Melebihi 26 km/j – 40 km/j 6
C. Melebihi 1 km/j – 25 km/j 8
Kesalahan-kesalahan berhubung dengan 8
memotong dan halangan semasa memotong
(termasuk memotong ‘queue’).
Gagal memberi laluan kepada ambulan 8
dan kereta bomba atau kenderaan polis
atau kenderaan kastam atau kenderaan
JPJ.
Kesalahan –kesalahan yang dilakukan oleh 8
pemandu di lintasan pejalan kaki.
Kesalahan-kesalahan berkaitan dengan 8
pemanduan di sebelah kiri jalan.
Gagal berhenti di persimpangan jalan. 8
Cuai mengawal dengan wajar pergerakan 8
kenderaan (termasuk penggunaan telefon
bimbit).

4
Menggunakan kenderaan motor di jalan 5
yang disekat.
Mengabaikan arahan-arahan dan isyarat- 5
isyarat lalulintas.
Menggunakan tayar botak. 5
Memotong di garisan kembar (garisan 5
tidak putus).
Gagal mematuhi syarat-syarat yang dilampirkan pada lesen memandu
Percubaan (Kaedah 15A Kaedah-kaedah Kenderaan Motor Lesen Memandu
1992):

A. Gagal membawa lesen memandu percubaan bersama-samanya


5
semasa memandu.
B. Gagal mempamerkan tanda pengenalan di tempat yang mudah
dilihat mengikut gambar rajah dalam Jadual Keenam kaedah-kaedah 10
tersebut.
C. Gagal memastikan bahawa kandungan alkohol dalam nafas, darah
5
atau air kencingnya adalah pada tahap 0.00.

Kursus Pemulihan

Ketua Pengarah boleh mengarahkan pemegang lesen memandu yang lesennya telah digantung
menghadiri kursus pemulihan. Jika pemegang lesen telah menghadiri kursus dengan jayanya dia
layak untuk mendapat pengurangan tempoh penggantungan seperti berikut:

5
Tempoh Penggantungan Tempoh Pengurangan

Penggantungan kali pertama 4 minggu

Penggantungan kali kedua 6 minggu

Pemberian Bonus

Bagi pemandu-pemandu lesen CDL yang mendapat Mata Demerit kurang dari 15 mata, jika
tidak melakukan apa-apa kesalahan terjadual selama tempoh 24 bulan berturut-turut, 7 mata
Demerit akan diketepikan.

Penalti

Memandu semasa lesen memandu digantung atau dibatalkan boleh didenda RM1,000 atau enam
bulan penjara.

KESIMPULAN

6
Sistem kejara merupakan satu sistem bagi pemegang lesen percubaan dan lesen CDL. Sistem ini
mendidik pemandu yang baru mendapat lesen supaya tidak mengabaikan keselamatan dan undang –
undang di jalanraya. Meningkatkan kesedaran supaya pemandu-pemandu mematuhi undang-
undang dan peraturan jalanraya. Selain itu mewujudkan pemandu-pemandu yang berdisiplin,
bertanggungjawab dan bertimbangrasa di jalanraya. Membantu usaha-usaha kerajaan
mengurangkan kadar kemalangan jalanraya serta mengurangkan kadar kemalangan jalanraya.
Sistem kejara juga dapat meningkatkan kesedaran kepada pemandu-pemandu mengenai
keselamatan jalanraya. Pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap pemandu-pemandu
yang melakukan kesalahan jalanraya dengan adanya sistem kejara. Setiap kesalahan akan di
beri mata demerit tertentu dan akan dikenakan denda atau tindakan atas kesalahan yang
dilakukan. Sistem ini masih digunapakai sehingga sekarang dan setiap pemegang lesen
hendaklah mengetahui setiap peraturan dan undang-undang jalanraya bagi mengelakkan
tindakan di ambil ke atas mereka.

You might also like