You are on page 1of 21

Hikayat Indera Nata

Sinopsis
• Cerita ini mengisahkan seorang pemuda yang bernama
Indera Nata, iaitu anak Raja Rom yang mempunyai
kehebatan tersendiri. Hal ini diceritakan oleh Indera Jenaka
anak Si Batu Hampar yang mengikut Indera Nata.
• Dalam pengembaraannya, Indera Nata telah melihat
sebuah rumah yang terlalu tinggi dan di sebelahnya
terdapat sebuah istana. Di situ dia telah melihat tujuh
orang puteri, iaitu Puteri Cendera Kesuma (anak Raja
Mesir), Puteri Normia (anak Raja Baghdad), Puteri Indera
Paksi (anak Raja Siam), Puteri Ratna Cahaya (anak Raja
Kufah), Puteri Ratna Bagang (anak Raja Iraq), dan Puteri
Cendera Maha Dewi (anak Raja Peringgi). Mereka berada di
situ untuk dibesarkan oleh raksasa dan seterusnya akan
dimakan oleh raksasa tersebut.
• Indera Nata memberitahu semua puteri itu bahawa dia
ke situ kerana Raja Rom memintanya mencari gajah
bergading emas. Kesemua puteri itu sedia untuk
dibawa ke benua Rom oleh Indera Nata kerana tidak
mahu menjadi mangsa raksasa. Puteri Cendera
Kesuma mengatakan bahawa mereka berupaya untuk
mendapatkan gajah itu daripada raksasa.
• Apabila raksasa pulang, dia merasakan bahawa
terdapat bau manusia di dalam rumahnya. Indera Nata
telah disorokkan oleh Tuan Puteri di dalam sebuah peti
emas dan Tuan Puteri menafikan bahawa terdapat
manusia di situ. Tuan Puteri telah memnita raksasa
mencarikan gajah yang bergading emas supaya hati
mereka lebih cepat besar.
• Setelah raksasa dan isterinya pulang, Tuan Puteri
telah meminta raksasa mencarikan kijang putih
bertanduk emas. Mereka juga meminta raksasa
dan isteri mencucikan kain hitam sehingga
menjadi putih. Setelah usaha mereka gagal,
raksasa dan isterinya pulang ke rumah.
• Semasa raksasa dan isteri mencari kijang, Indera
Nata dan kesemua puteri keluar dari mahligai.
Setelah raksasa dan isterinya mendapati
kesemua puteri telah tiada, mereka telah
mencari kesemua puteri tersebut. Indera Nata
telah memperoleh bantuan daripada Betara
Gangga yang menyuruh ular sakti dan naga
menyeberangkan Indera Nata dan kesemua
puteri.
• Selepas menempuh perjalanan selama tujuh
hari tujuh malam, mereka telah sampai di
rumah bonda Indera Nata. Apabila Tuan Puteri
Cenderawati melihat Indera Nata, dia berasa
sungguh gembira. Kesemua puteri itu tinggal
bersama-sama Puteri Cenderawati.
Tema
• Kehebatan anak-anak raja menangani
pelbagai rintangan. Indera Nata mengembara
untuk menunaikan hasrat bapanya, iaitu Raja
Rom yang memintanya mencari gajah yang
bergading emas. Tuan puteri tujuh orang pula
bijak menggunakan kesempatan melepaskan
diri daripada raksasa dengan bantuan Indera
Nata.
Persoalan
Pernyataan Huraian/Contoh
• Keberanian seorang anak • Indera Nata berani
berhadapan dengan binatang
raja buas semasa masuk ke hutan.
(m/s 59)

• Indera Nata mempunyai


• Kesaktian seorang anak raja kesaktian iaitu boleh
berkomunikasi dengan
binatang. (m/s 59)

• Kasih ibu kepada anak • Bonda Indera Nata amat


menyayangi anaknya, Indera
Nata. (m/s 67)
• Hubungan mesra antara ahli • Bonda Indera Nata gembira
keluarga apabila bertemu semula
dengan anakandanya yang
telah lama tidak pulang.
(m/s 67)

• Tanggungjawab sesama • Indera Nata


manusia menyelamatkan tujuh orang
puteri daripada tawanan
raksasa. (m/s 67-68)

• Penyelesaian masalah • Semasa raksasa pulang,


Tuan Puteri telah
secara bijaksana
menyorokkan Indera Nata
di dalam peti emas supaya
tidak dapat dikesan oleh
raksasa. (m/s 64)
Plot
Permulaan
• Indera Nata memberitahu bondanya (Si Batu
Kembar) bahawa Indera Nata mempunyai
keistimewaan, iaitu dibawa menyeberang
lautan oleh ular sakti.
• Indera Nata juga boleh bercakap dengan
binatang dan berani berhadapan dengan
binatang buas.
Perkembangan
• Indera Nata terjumpa sebuah istana dan di situ
dia terlihat tujuh orang puteri.
• Indera Nata dan tujuh orang puteri itu berkenalan
dan menceritakan situasi masing-masing.
Konflik
• Tujuh orang puteri itu dibesarkan oleh raksasa
dan akan dimakan oleh raksasa.
• Tuan Puteri Cendera Kesuma memberitahu Indera
Nata bahawa gajah yang dicari boleh diuruskan
oleh mereka dengan meminta raksasa mencarikan
gajah tersebut.
• Raksasa pulang dan dapat mengesan bau
manusia.
• Tuan Puteri meminta raksasa suami isteri
mencarikan mereka gajah bergading emas dan
kijang putih bertanduk emas serta kain yang
hitam disuruh cuci sehingga putih.
• Semasa raksasa keluar mencari kijang putih,
Indera Nata dan ketujuh-tujuh orang puteri
keluar dari mahligai.
Klimaks
• Raksasa sedar bahawa mereka telah ditipu.
• Betara Gangga telah membantu Indera Nata
dan tujuh orang puteri dengan menyuruh ular
sakti dan naga menyeberangkan mereka
(termasuk gajah).
• Raksasa suami isteri mati setelah dibawa oleh
ular sakti dan naga ke tengah laut.
Peleraian
• Indera Nata pulang menemui ibunya.
• Ibunya gembira dapat bertemu semula
dengan anaknya.
• Ketujuh-tujuh orang puteri itu tinggal
bersama-sama dengan Tuan Puteri
Cenderawati (bonda Indera Nata).
Latar
Latar tempat
Di negeri Rom, tepi laut, sebuah bukit, mahligai,
di dalam peti emas, dan di dalam hutan.
Latar masa
Pada waktu petang, hampir siang, siang, tengah
malam, dan selama tujuh hari tujuh malam.
Latar masyarakat
• Masyarakat yang baik hati.
• Masyarakat yang bersifat kejam.
• Masyarakat yang sedia membantu orang yang
berada dalam kesusahan.
• Masyarakat yang mempunyai kuasa sakti.
• Masyarakat yang mempunyai sifat kasih
sayang.
Watak dan Perwatakan
Indera Nata
• Berani (m/s 59)
• Boleh bercakap dengan binatang (m/s 59)
• Taat pada suruhan bapa/raja (m/s 61)
• Penyayang (m/s 67)
• Mengharapkan kuasa lain untuk
menyelamatkan diri (m/s 66)
Tuan Puteri Cendera Kesuma
• Mengharapkan pertolongan orang lain
(m/s 62)
• Bimbang akan nasib diri (m/s 61)
• Sedia membantu orang lain (m/s 64)
• Bijaksana (m/s 64)
• Rindu akan ibu bapa (m/s 68)
Raksasa
• Amat kejam (m/s 61)
• Boleh mengenal pasti bau manusia (m/s 64)
• Bijaksana (m/s 66)
Gaya Bahasa
• Inversi
“…esok harilah aku pergi mencari kehendakmu
itu!” (m/s 64)
• Simile
…menengar bunyi seperti ribut (m/s 63)
• Peribahasa
seperti orang beroleh gunung emas (m/s 62)
• Repetisi
Hatta maka tiada berapa lamanya ia bersama-sama
dengan tuan puteri itu maka kata Tuan Puteri
Cendera Kesuma… (m/s 63)
• Sinkof
Maka kata raksasa, “Hai cucuku, esok…” (m/s 65)
• Hiperbola
Tuan puteri ketujuh itu terlalu elok parasnya gilang-
gemilang cahayanya kilau-kilauan… (m/s 62)
• Anafora
Maka ia pun menegar bunyi seperti ribut. Maka
kata Indera Nata… (m/s 63)
Nilai dan Pengajaran
• Keberanian • Kita perlulah berani
menempuh cabaran
dalam kehidupan.
• Bijaksana • Kita mestilah
menyelesaikan masalah
dengan bijaksana.
• Ketaatan • Sebagai anak, kita
mestilah mentaati
orang tua kita.
• Kasih sayang • Kita mestilah mengasihi
keluarga kita.
• Tolong-menolong • Kita mestilah
membantu insan yang
berada dalam
kesusahan.
• Kerjasama • Kita haruslah
bekerjasama untuk
menyelesaikan
masalah.

You might also like