You are on page 1of 5

Diskriminasi Harga

1. Definisi diskriminasi harga: 


Diskriminasi harga ialah perletakan harga yang berlainan bagi sejenis
barang yang seragam (sama) di pasaran yang berlainan, walaupun kos
mengeluarkan dan memasarkan barangan itu adalah sama bagi semua
pasaran.
2. Syarat – syarat Kejayaan Diskriminasi Harga:
Untuk meneruskan amalan diskriminasi harga, syarat-syarat berikut
hendaklah dipenuhi:
i. Sikap pengguna
Pembeli tidak peduli dengan perbezaan harga barang tersebut
kerana beberapa sebab seperti layanan yang diterima lebih baik,
jarak kedai dengan rumah yang lebih dekat, telah biasa dengan
kedai tersebut dan sebagainya.
  ii. Pasaran hendaklah terpisah 
Pasaran hendaklah dipisahkan supaya tidak berlaku perpindahan
penjual dan pembeli di antara dua pasaran. Contohnya penjual
dari pasaran barang yang murah harganya kepada pasaran
barang yang mahal harganya dan sebaliknya.
  iii. Barang tidak boleh dipindahkan. 

Seseorang penjual yang membeli barang di pasar yang murah


tidak boleh menjualnya semula di pasar yang mahal harganya
( arbitrage). Ini kerana harga barang di pasar yang murah tadi
akan meningkat disebabkan kekurangan penawaran dan harga
barang di pasar yang mahal akan berkurangan disebabkan

pertambahan penawaran Ini akan menyebabkan amalan


diskriminasi harga tidak berjaya.
  iv. Keanjalan permintaan berbeza. 
Keadaan pasaran mestilah dibezakan mengikut kebolehan untuk
membayar atau keanjalan permintaan yang berlainan. Ini
bermakna penjual di pasar yang permintaannya anjal boleh
menjual dengan harga yang lebih rendah manakala penjual di
pasar yang permintaannya kurang anjal boleh menjual dengan
harga yang lebih tinggi untuk menambahkan jumlah hasil.
  v. Kos memisahkan pasaran tidak melebihi keuntungan. 
Kos untuk memisahkan pasaran seperti kos pengangkutan, kos
pengiklanan dan sebagainya mestilah kurang daripada
keuntungan yang diperolehi.
  vi. Penjual mestilah seorang monopoli.  

Perletakan harga yang berlainan hanya boleh dilakukan apabila


penjual itu mempunyai kuasa untuk menentukan harga barang.
 
3.   Jenis-jenis Diskriminasi harga.
Ada tiga jenis diskriminasi harga
  i. Diskriminasi harga darjah pertama 
Diskriminasi harga ini di kenali sebagai diskriminasi sempurna.
Penjual akan mengenakan harga yang berlainan ke atas
pengguna yang berlainan. Contohnya: perkhidmatan doktor akan
mengenakan harga yang berlainan ke atas pengguna yang
berlainan mengikut kemampuan.
  ii. Diskriminasi harga darjah kedua.  

Penjual akan mengenakan harga yang berlainan mengikut


jumlah barang itu digunakan. Contohnya pengguna yang
menggunakan tenaga elektrik dan air akan di kenakan kadar
harga yang berlainan bagi blok tertentu penggunaan barang

tersebut. Biasanya harga seunit adalah lebih rendah bagi blok


tertentu penggunaan barang tersebut dan kadar harga akan
menjadi lebih tinggi untuk blok kegunaan unit-unit tambahan.

 
  iii. Diskriminasi harga darjah ketiga. 
Diskriminasi harga ini di amalkan mengikut banyaknya barang
akan dibeli apabila berlaku perubahan harga barang tersebut.
(keanjalan permintaan). Jika permintaan barang adalah anjal
maka pengguna akan dikenakan dengan harga yang rendah dan
sebaliknya jika keanjalan permintaan adalah tidak anjal maka
pengguna akan dikenakan dengan harga yang tinggi. Contohnya
kadar elektrik untuk kegunaan kediaman lebih tinggi daripada
kegunaan perdagangan.
 
4.   Bagaimana Monopolis Diskriminasi Harga Mencapai
Keseimbangan. 
Monopolis akan mencapai keseimbangan apabila menjual
barangnya di setiap pasaran sehingga hasil sut (MR) bagi setiap
pasaran itu adalah sama dan monopolis akan mendapat untung
yang maksimum (MC=MR)

 Jadual Hasil Sut Monopolis.

Dari jadual di atas, monopolis akan akan menjual 5 unit di pasar A dan 5 unit di pasar B
kerana HS pasar A = HS pasar B. Harga yang dikenakan di pasar A ialah RM6.00 dan
di pasar B ialah RM8.00. 

Jumlah hasil yang di perolehi oleh monopolis di pasar A adalah RM30 (5 X RM6) dan di
pasar B adalah RM40 (5 X RM8). Andaikan jumlah kos untuk mengeluarkan 10 unit
barang tersebut adalah RM45. Oleh itu keuntungan yang diperolehi adalah:

Keuntungan = Jumlah hasil – Jumlah kos

= (RM30 + RM40) – RM45

= RM25.

Jika monopolis tidak mengamalkan diskriminasi harga dan menjual 10 unit barang
dengan harga RM5, maka keuntungan yang diperolehi adalah:

Keuntungan = (10 X RM5 ) – RM45

= RM5

 
Oleh itu diskriminasi harga telah menambahkan keuntungan sebanyak RM20 (RM25 –
RM5)
Secara gambarajah juga dapat ditunjukkan bagaimana monopolis diskriminasi harga
mencapai keseimbangan. 

Monopolis diskriminasi harga akan mencapai keseimbangan apabila HS di pasar A =


HS dipasar B. Kuantiti keseimbangan adalah OQ + OQ1 iaitu apabila HS = KS pada titik
e. Harga barang di pasar A ialah OPo dan di pasar B ialah OP1. Jika monopolis
menjual di pasar A sahaja atau di pasar B sahaja keuntungan adalah seperti kawasan
yang dilorekkan (lebih kecil). Tetapi jika penjual menjalankan diskriminasi harga maka
keuntungannya seperti kawasan berlorek (lebih besar).

You might also like