You are on page 1of 2

Ciri-ciri bahasa Melayu klasik

Pengaruh Islam menjadi semakin kuat sehingga bahasa Melayu


mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat
dan tulisan. Ciri-ciri bahasa klasik ialah:

-Ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit.

-Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang

-Menggunakan bahasa istana

-Menggunakan kosa kata klasik spt. ratna mutu manikam, edan


kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)

-Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) spt.


sebermula, alkisah, hatta, adapun.

-Banyak menggunakan partikel pun dan lah

-Menggunakan aksara jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada


bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf
tambahan.

-Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam
pelbagai bidang bahasa seperti alam bidang ilmu keagamaan,
undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran,
perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum.

-Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik


Melayu seperti frasa ketahuilah olehmu (dari terjemahan I’lamL,
maka kemudian daripada itu (dari Amma ba’du); atau pada ayat
sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini
wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teks-teks
bahasa Arab.
-Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu
spt. dalam bid ilmu Kalam, Tasawuf, ilmu Aqa’id al-Iman dan lain-
lain. Ini berbeza dengan bahasa Melayu zaman kuno atau Hindu.

You might also like