You are on page 1of 9

Bahagian A

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara
250 hingga 300 patah perkataan.
[25]

1. Sejak akhir-akhir ini banyak rungutan diterima daripada orang ramai berkaitan
projek perumahan yang terbengkalai sehingga memaksa kerajaan mengambil
beberapa pendekatan bagi menyelesaikan isu berkenaan.
Bincangkan masalah yang timbul berkaitan isu ini serta langkah-langkah
mengatasinya.

2. Industri batik bukan lagi perusahaan orang kurang berada atau kurang mampu.
Industri ini mempunyai potensi besar menjadi satu industri berdaya saing yang
boleh menyumbang kepada pembangunan negara.
Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan potensi dan cabaran industri batik
di Malaysia.
Bahagian B

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara
250 hingga 300 patah perkataan.
[25]

3. Fenomena kenaikan suhu bumi adalah salah satu isu hangat yang telah
diperdebatkan dalam Persidangan Kemuncak Bumi, di Rio De Janerio pada Jun
1992. Ini adalah kerana ia boleh mengakibatkan perubahan cuaca dunia yang
tidak menentu dan malapetaka banjir besar .
Bincangkan punca-punca yang mengakibatkan fenomena ini

4. Kemajuan dan pembangunan negara yang pesat seolah-olah memaksa ibu yang
bekerja memberi bayi mereka susu formula, walaupun ramai yang mengetahui
kelebihan susu ibu berbanding susu formula.
Bincangkan manfaat susu ibu kepada ibu dan bayi.
Bahagian C

Jawab dua soalan dalam bahagian ini. Pilih satu daripada soalan 5 (a) atau 5 (b) dan
satu daripada soalan 6 (a) atau 6 (b).
5 (a) “Kerajaan sentiasa memberi keutamaan untuk menambah nilai modal insan
dalam kalangan generasi muda bagi memastikan negara mempunyai tenaga yang
terbaik untuk masa depan yang lebih cemerlang. Mereka mampu melakukannya tetapi
mereka mesti membuat segala persediaan… mereka perlu menjadi individu yang
cemerlang, individu yang berhemah tinggi dan berjaya.”
(Petikan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,
dalam Majlis Perasmian Kursus Kepimpinan Kelab Umno Luar Negara,
Di Pusat Perdagangan Putrajaya, Bernama, 16 Julai 2005)
i) Bagaimanakah cara kerajaan memastikan negara dapat mencapai kejayaan
yang cemerlang pada masa hadapan?
ii) Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, bincangkan pihak-
pihak yang berperanan untuk memastikan pembinaan modal insan selari
dengan Falsafah Pendidikan Negara.
ATAU
(b) Fenomena kemerosotan disiplin pelajar pada masa ini berada di tahap yang
membimbangkan. Daripada keseluruhan 7 juta pelajar di seluruh negara, kira-kira
76,300 pelajar atau 1.06 peratus terbabit dalam pelbagai masalah disiplin seperti
vandelisme, bulisme, samseng sehingga yang paling serius ialah mencedera dan
membunuh. Statistik jenayah remaja dari tahun 1994 hingga 1995 pula menunjukkan
seramai 21,000 pelajar remaja ditangkap meliputi kes bunuh, ugut, samun, rogol, curi,
pecah rumah, judi, senjata berbahaya, dadah, rasuah dan kesalahan-kesalahan
delikuensi yang lain.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Pemikir,
keluaran Julai – September 2004)
i) Mengapakah kemerosotan disiplin pelajar pada masa ini dianggap berada di
tahap yang membimbangkan?
ii) Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, huraikan kaedah-
kaedah yang paling berkesan bagi menangani masalah kemerosotan disiplin
remaja pada masa ini.
6 (a) “Tekanan perasaan atau stres hanyalah perasaan yang tidak
terkawal. Stres – “respons” badan dan minda seseorang terhadap sebarang peristiwa
atau kejadian yang berlaku. Sekiranya “respons” seseorang adalah negatif terhadap
sesuatu kejadian maka dia akan mengalami stres. Persepsi seseorang itu amat penting.
Sesuatu yang harus diingat adalah stres itu hanyalah “respons” atau tindak balas”
(Dipetik dan diubah suai daripada Tajaiyah Ihsan,
“Tekanan : Lawan atau Lari”, Mingguan Malaysia, 25 Februari 2007)

(i) Apakah tekanan perasaan atau stres?


(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan,
jelaskan tanda-tanda amaran stres dari aspek fizikal dan mental.

ATAU

(b) “Kita melancarkan dasar ini, iaitu Dasar Bioteknologi Negara demi
memanfaatkan teknologi bio bagi menjana kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan
negara. Dasar ini berpaksikan sembilan teras, antara lainnya ialah pertanian, industri,
dan penjagaan kesihatan. Dasar ini juga akan memanfaatkan kepelbagaian flora dan
fauna, dan juga sumber lain seperti mikrob dan organisme marin untuk kajian dan
penyelidikan”
(Dipetik dan diubah suai daripada,
“Ucapan Perdana Menteri Malaysia semasa pelancaran
Dasar Bioteknologi Negara”)

(i) Apakah tujuan Dasar Bioteknologi Negara?


(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan,
huraikan kepentingan bioteknologi dalam bidang pertanian.
Bahagian D
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas
graf.
[15]
7 Berdasarkan maklumat di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk
membandingkan kemasukan warga asing daripada pelbagai negara ke Malaysia antara
tahun 2002 dengan 2003.

Malaysia ialah sebuah negara yang aman dan mesra pengunjung. Pelbagai jenis pas
dan visa telah dikeluarkan kepada pelawat-pelawat asing seperti pas pengajian, pas
lawatan kerja sementara, pas tanggungan dan sebagainya.

Pada tahun 2002, daripada sejumlah 6,691 332 orang pelawat asing, warga Singapura
merupakan pelawat yang paling ramai menyeberang sempadan Malaysia, sama ada
untuk tujuan melancong, bekerja atau tinggal (terutama di Johor Baharu). Jumlahnya
ialah 3 925 598 orang atau 58.67%. Begitu juga pada tahun 2003, jumlahnya terus
meningkat lagi menjadikannya 5 463 552 orang berbanding jumlah keseluruhan
sebanyak 8 341 393 orang.Bagi warga Indonesia pula, kebanyakan mereka mengambil
pas lawatan kerja sementara untuk suatu tempoh tertentu. Pada tahun 2002, data yang
direkodkan ialah seramai 1 247 003 orang dan meningkat kepada 1 557 240 orang
pada tahun 2003.

Sementara itu, kemasukan pelawat Australia dan China menunjukkan penurunan. Pada
tahun 2002, kemasukan warga Australia hanyalah berjumlah 239 151 orang , iaitu
sebanyak 3.57% berbanding warga China sebanyak 537 400 orang iaitu 8.03%.
Walaupun penurunan kemasukan warga Australia sebanyak 41 746 orang, penurunan
kemasukan warga China lebih ketara kepada 469 772 orang untuk tempoh selepas
tahun 2002.Pengurangan kemasukan pelancong China dikaitkan dengan terdapatnya
gambaran yang kurang tepat tentang agensi pelancongan yang tidak bertanggungjawab
terhadap kemasukan warga China ke Malaysia.

Dalam kalangan pelawat asing warga Bangladesh, sebahagian besarnya memiliki pas
lawatan kerja sementara atau pas tanggungan dan pas MEV dan SEV.Pada tahun 2003,
jumlahnya ialah 36 438 orang iaitu pertambahan sebanyak 13 003 orang berbanding
tempoh sebelumnya. Pertambahan sebanyak 26 215 orang warga India yang memasuki
Malaysia pada tahun 2003, ternyata menunjukkan angka lebih tujuh kali ganda
berbanding warga Bangladesh pada tahun tersebut. Pada tahun tersebut pelawat warga
India ke Malaysia berjumlah 270 074 orang.

Kemasukan pelawat asing warga Jepun turut membantu sektor pelancongan.


Kebanyakan mereka masuk ke Malaysia pada musim sejuk di Jepun. Selain itu,
penganjuran pelancongan berasaskan sukan seperti Formula 1 dan GP Jepun di Litar
Sepang turut mempengaruhi kehadiran mereka. Pada tahun 2002, jumlah kemasukan
mereka adalah seramai 474 886 orang berbanding seramai 346 912 orang pada tahun
2003.

Secara keseluruhannya, jumlah kehadiran pelawat asing di Malaysia daripada pelbagai


negara di dunia menunjukkan peningkatan dari segi jumlahnya. Kehadiran yang
semakin ramai ini boleh membantu peningkatan ekonomi negara sama ada dengan
kemasukan pertukaran mata wang asing atau sumbangan mereka dalam pelbagai
bidang pekerjaan sama ada kolar buru atau kolar putih.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Jabatan Imigresen Malaysia, 2005)


8 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf
garis yang sesuai untuk menunjukkan bilangan guna tenaga di Malaysia dari tahun 1996
hingga tahun 2001.

Seiring dengan perubahan sosial di Malaysia dan dasar mempelbagaikan serta


memantapkan ekonomi negara, pola guna tenaga di Malaysia juga mengalami
perubahan yang ketara. Antara perubahan itu ialah sektor perkilangan kini
mendahului semua sektor yang lain dari segi bilangannya. Namun demikian,
keadaan ekonomi antarabangsa juga mendatangkan kesan kepada perubahan
guna tenaga kita. Bilangan guna tenaga telah merosot sebanyak 300,000 orang
pada tahun 1998 berbanding dengan tahun sebelumnya yang mencatat angka
8,600,000 orang. Pada tahun 1999, pemulihan ekonomi turut meningkatkan
guna tenaga kepada 8,500,000 orang. Selanjutnya, guna tenaga telah
bertambah sebanyak 100,000 orang pada tahun 2000. Pada tahun 2001,
jumlahnya bertambah 1,000,000 orang berbanding dengan tahun sebelumnya.

Sektor pertanian, perhutanan, penternakan dan perikanan menunjukkan pola


angka yang kekal dan kemudian semakin menurun dalam tempoh yang
berkenaan. Angkanya kekal 140,000 orang pada ketiga-tiga tahun kajian yang
awal. Angka ini kemudiannya terus merosot kepada 138,000 orang pada tahun
1999, berkurangan sebanyak 1,000 orang pada tahun 2000 dan berkurangan
dengan angka yang sama pada tahun 2001.

Sememangnya guna tenaga sektor perkilangan meningkat kecuali pada tahun


1998 yang mencatat guna tenaga 2,000,000 orang juga. Pada tahun 1996,
sebanyak 2,000,000 orang terlibat dalam bidang ini. Angka ini kemudiannya
meningkat kepada 2,200,000 orang pada tahun 1997. Angka pada tahun 1999
ialah 2,100,000 orang. Pada tahun terakhir kajian, guna tenaga meningkat
semula kepada 2,400,000 orang.
Sektor pembinaan mencatat angka 500,000 orang pada tahun 1996. Angka ini
meningkat kepada 600,000 orang pada tahun 1997 dan juga pada tahun 1998.
Pada tahun 1999 dan tahun 2000 angkanya merosot sedikit kepada 560,000
orang masing-masing. Pada tahun 2001, bilangannya ialah 580,000 orang.

Sektor perlombongan dan kuari langsung tidak menunjukkan perubahan yang


ketara. Angka konservatif bagi setiap tahun ialah 50,000 orang. Hal ini demikian
kerana sumber lombong kita telah pupus kecuali lombong kuari untuk memenuhi
permintaan sektor pembinaan.

Bagi sektor-sektor pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan bilangan guna


tenaga bagi tiga tahun pertama ialah 300,000 orang masing-masing. Pada tahun
1999, bilangannya bertambah sebanyak 5,000 orang. Bilangannya bertambah
5,000 orang lagi pada tahun yang berikutnya. Pada tahun 2001, angkanya ialah
320,000 orang.

Bilangan guna tenaga dalam sektor perkhidmatan kerajaan tidak banyak


perubahannya. Angkanya kekal dari tahun 1996 hingga tahun 1999 dengan
bilangannya 600,000 orang. Pada dua tahun akhir kajian, angkanya ialah
610,000 orang masing-masing.

Perkhidmatan lain pula mencatat guna tenaga sebanyak 4,610,000 pada tahun
1996. Angka ini meningkat kepada 4,710,000 orang pada tahun 1997 dan
kemudiannya merosot kepada 4,610,000 pada tahun 1998. Seterusnya angka
ini meningkat kepada 4,747,000 pada tahun 1999, 4,933,000 orang pada tahun
2000 dan 5,504,000 orang pada tahun 2001.

(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada


Laporan Ekonomi 2000/2001)
Bahagian E

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.


[15]

9 Berdasarkan jadual di bawah, jelaskan pola kemalangan yang berlaku pada tahun-
tahun yang dinyatakan mengikut sektor yang terdapat di Malaysia. Pada pandangan
anda, mengapakah kebanyakan sektor mencatat bilangan kemalangan perusahaanyang
terus meningkat?

Malaysia : Kemalangan Perusahaan pada Tahun-tahun


1996,1997,dan 1998

1996 1997 1998


Sektor
Jumlah Peratusan Jumlah Peratusan Jumlah Peratusan

Pertanian, Perhutanan,
47 325 36.8 47 108 33.7 51 446 33.2
dan Perikanan
Perlombongan dan
11 735 9.1 10 311 7.4 9 632 6.2
Kuari
Pembuatan 42 397 32.9 54 011 38.7 58 565 37.8
Pembinaan 4 224 3.3 4 834 3.5 5 729 3.7
Elektrik, Gas, dan Air 728 0.6 945 0.7 1 088 0.7
Perdagangan dan
13 547 10.5 15 375 11.0 17 555 11.3
Pengangkutan
Perhubungan dan
3 258 2.5 2 345 1.7 4 878 3.2
Penyimpanan
Perkhidmatan Lain 475 4.3 4 656 3.3 6 107 3.9
JUMLAH 128 689 100.0 139 585 100.0 155 000 100.0
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Pertubuhan Keselamatan Sosial, 1998

10. Berdasarkan carta di bawah, perincikan prosedur dalam melindungi alam sekitar
dan peranan yang dapat dimainkan oleh pelbagai pihak untuk menjamin kesetahteraan
manusia.
Model Perancangan dan Kawalan Alam Sekitar
Kajian dan
Penyelidikan
Perancangan projek
Pembangunan Pembangunan
Maklumat
Alam sekitar  Jangka pendek
lepas
 Janka panjang

Data

Kerajaan
Badan-badan
Propaganda Bukan kerajaan

Persatuan

Akta/ Enakmen Media Massa


Peringkat
antarabangsa

Manusia, flora, fauna

Jangka hayat Kualiti Pengeluaran

(Sumber: Disesuaikan daripada Kajian Pengawalan Alam Sekitar, 1999)

You might also like