You are on page 1of 3

KESANTUNAN BERBAHASA

a) Definisi

Menurut Amat Juhari Moain (1992), kesantunan berbahasa adalah kesopanan dan
kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan
atau tulisan. Bahasa yang digunakan penuh dengan adab tertib, sopan santun dan
mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi. Pada umumnya, bahasa yang sopan
mempunyai kosa kata yang halus untuk menyampaikan sesuatu mesej atau perasaan,
seperti ibarat kata bijak pandai:

“Yang Kurik itu kendi, yang merah itu saga


Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa”

i. Kata Sapaan/Panggilan

Sebagaimana terlihat dalam situasi di atas, jelaslah bahawa kesantunan berbahasa


atau penggunaan bahasa yang bersantun banyak bergantung pada pemilihan kata
sapaan/panggilan yang tepat. Semasa seseorangindividu berkomunikasi dengan
seseorang individu yang lain, pemilihan kata yang digunakan ditentukan oleh beberapa
faktor seperti hubungan peribadi antara dia dengan orang yang dilawan bercakap, usia
dan juga status.

Bentuk Kata Sapaan/Panggilan/Rujukan

1) Sapaan Ganti Nama Diri (GND):

Ganti nama diri ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada diri seseorang.
Dalam bahasa Melayu, ganti nama diri dibahagikan kepada tiga, iaitu ganti nama diri
pertama, ganti nama diri kedua dan ganti nama diri ketiga.

Kata Ganti Nama Diri Bahasa Santun Bahasa Kasar


Pertama saya, kami Aku
Kedua anda, awak Engkau (kamu)
Ketiga ia, beliau, mereka
Terdapat dua jenis bentuk kata ganti nama diri dalam bahasa Melayu, iaitu yang
digunakan oleh kerabat Diraja (bahasa istana/bahasa diraja), dan kata ganti nama diri
rakyat biasa atau orang kebanyakan. Dalam keluarga, sama ada keluarga Diraja
mahupun keluarga orang kebanyakan, kata ganti nama diri selalunya melibatkan kata
sapaan. Sapaan dalam keluarga begitu rencam, lazimnya sapaan dibuat mengikut
kedudukan seseorang dalam keluarga. Bagi keluarga orang kebanyakan, sapaan
berbeza bentuk sapaan berbeza mengikut negeri atau kawasan. Berikut adalah contoh
umum ganti nama diri Diraja dan orang kebanyakan.

GND Diraja GND orang kebanyakan


beta pak cik
patik mak cik
tuanku angah
baginda pak long
ayahanda kak long
bonda busu
hamba pak uda

2) Kata Sapaan Kehormat

i). Panggilan berprotokol

Yang Amat Bahagia (Y.A. Bhg.)


Yang Amat Berhormat (Y.A.B)
Yang Bahagia (Y. Bhg.)
Yang Berhormat (Y
.B)
Yang Mulia (Y.M)
Yang Teramat Mulia (Y.T.M)
Yang Amat Arif (Y.A.A)
Yang Arif (Y.A)
Tuan Syed
Tuan Guru

ii). Gelaran

a). Gelaran Keturunan:


Raja: Tengku, tunku, engku, tuanku, raja
Bangsawan: Megat, Syed, Wan, Nik, Abang, Dayang

b). Gelaran Kurniaan:

Kurniaan Darjah Kebesaran: Tun, Tan Sri, Datuk (Dato’) Seri, Datuk
(Dato’)

Kurniaan Ikhtisas: Profesor, Irsenio (Ir.), Jeneral

c). Gelaran Keagamaan:


Haji, Hajah, Sohibul Samahah

d). Gelaran Kekeluargaan

i). Keluarga Sedarah:


Kak Long, Pak Long, Pak Lang dll

ii). Keluarga Semenda:


Menantu, mentua, ipar, besan, biras

You might also like