You are on page 1of 2

Apakah Itu Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) ?

Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) adalah


satu kaedah untuk menilai seseorang pegawai sama ada mencapai tahap kecemerlangan yang
ditetapkan dari segi pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi atau sebaliknya. Setiap PTK
mengandungi dua bahagian iaitu kompetensi umum dan kompetensi khusus.

Kompetensi umum meliputi perkara-perkara yang perlu dimiliki oleh semua lapisan pegawai
awam seperti ciri-ciri peribadi, kepimpinan dan komunikasi.

Kompetensi khusus ialah kecekapan yang berkaitan tugas jawatan dalam perkhidmatan pegawai.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan PTK mengikut dasar yang ditetapkan oleh
JPA melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002, Surat Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 5 Tahun 2005, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2006, dan Surat
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun.

Dijawab oleh :
Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi
Kementerian Pelajaran Malaysia

Siapakah Yang Disyaratkan Mengambil PTK ? Semua pegawai dalam perkhidmatan awam,
termasuk di Badan-badan Berkanun Persekutuan, Badan-badan Berkanun Negeri dan Pihak
Berkuasa Tempatan yang memilih Sistem Saraan Malaysia (SSM) perlu mengambil PTK dan
mendapat keputusan melepasi Tahap Kecekapan (TK) sekurang-kurangnya pada Aras III sebagai
salah satu syarat untuk tujuan kenaikan pangkat. Manakala pegawai yang mendapat keputusan
melepasi TK pada Aras IV layak dipertimbangkan untuk mendapat anjakan gaji. Oleh itu adalah
menjadi tanggungjawab pegawai membuat permohonan untuk mengambil PTK. Bagi pegawai
dalam perkhidmatan pelajaran yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran boleh
membuat permohonan kepada :-

Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi,


Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 4, Blok E12, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA.

Dijawab oleh :
Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi
Kementerian Pelajaran Malaysia

Apakah Rasionalnya PTK Diperkenalkan ? PTK diperkenalkan bagi memupuk pembangunan


diri, meningkatkan budaya organisasi pembelajaran dan menyediakan pegawai perkhidmatan
awam dalam pelaksanaan pengurusan sumber manusia yang berasaskan kompetensi.

Hal ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan keupayaan pegawai
perkhidmatan awam bagi menghadapi cabaran globalisasi, meningkatkan daya saing negara,
memupuk sikap dan budaya baru dan meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan
(service delivery system).
"Janganlah kita mengandaikan bahawa Penilaian Tahap
Kecekapan sama ada melalui peperiksaan atau kursus hanya
menguji tahap pencapaian kita semata-mata untuk memperolehi
ganjaran. Apa yang paling penting dan perlu dihayati ialah untuk
pembangunan diri, organisasi, masyarakat dan negara ini.
Peluang pembangunan diri ( modal insan ) ini boleh direbut
melalui pembelajaran berterusan dan amalan budaya organisasi
pembelajaran bagi memastikan kita mempunyai tahap kompetensi
yang terbaik untuk melaksanakan tugas yang dilaksanakan.”

Y.Bhg. Tan Sri Jamaludin bin Hj. Ahmad Damanhuri


Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia
8 Januari 2003

Dijawab oleh :
Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi
Kementerian Pelajaran Malaysia

Apakah Objektif PTK ? Secara ringkasnya, objektif PTK adalah untuk menggalakkan
pembangunan diri melalui pembelajaran berterusan ke arah memastikan pegawai perkhidmatan
awam mempunyai tahap kecemerlangan yang ditetapkan. Ini bertujuan untuk membolehkan
mereka melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan.

"Janganlah kita mengandaikan bahawa Penilaian Tahap


Kecekapan sama ada melalui peperiksaan atau kursus hanya
menguji tahap pencapaian kita semata-mata untuk memperolehi
ganjaran. Apa yang paling penting dan perlu dihayati ialah untuk
pembangunan diri, organisasi, masyarakat dan negara ini. Peluang
pembangunan diri ( modal insan ) ini boleh direbut melalui
pembelajaran berterusan dan amalan budaya organisasi
pembelajaran bagi memastikan kita mempunyai tahap kompetensi
yang terbaik untuk melaksanakan tugas yang dilaksanakan.”

Y.Bhg. Tan Sri Jamaludin bin Hj. Ahmad Damanhuri


Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia
8 Januari 2003

Dijawab oleh :
Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi
Kementerian Pelajaran Malaysia

http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=soalan_lazim&unit=utama&bhs=my&info=7&mod
=senarai_soalan

You might also like