BAB 5 : PEMBINAAN TIANG

5.1

PENGENALAN

Pada amnya, pembinaan tiang adalah bertujuan untuk menyokong balak atau rasuk untuk sesuatu lantai dimana kotak bentuknya mempunyai papan yang dipanggil ‘ sheating’. Tiang juga berfungsi menerima beban daripada rasuk dan memindahkannya kepada asas bangunan. Tiang merupakan struktur yang dibina pugak untuk menanggung beban. Tianh terbahagi kepada dua jenis iaitu tiang tunggal dan tiang jinjang. Disini, saya akan menerangkan mengenai tiang tunggal dari awal pembuatannya hingga siap didirikan.

73

5.2

SPESIFIKASI / JENIS PERALATAN YANG DIGUNAKAN Kotak bentuk acuan tiang

5.2.1

5.2.2

Penukul

74

5.2.3

Paku

5.2.4

Pita ukur

75

5.2.5

Playar

5.2.6

Mesin penggaul konkrit ‘ mixture’’

76

5.2.7

Penyedok

5.2.8

Baldi

77

5.2.9

Gergaji

5.2.10 Peranca

78

5.2.11 Tali pembenang

5.2.12 Plum bup

79

5.3

CARA PENGENDALIAN PERALATAN SEMASA LATIHAN

5.3.1

Kotak bentuk acuan tiang Kotak bentuk acuan untuk struktur tiang ini diperbuat daripada kayu. Ia

terdiri daripada papan lapis sebagai pendinding ( sheating ), perembat dan dikukuhkan dengan tupang. Ia digunakan sebagai acuan bagi membentuk struktur binaan tiang. Ia sangat ekonomik digunakan pada masa kini dan penggunaannya boleh diulang ulang tidak melebhi empat kali penggunaan.

5.3.2

Penukul Penukul digunakan untuk kerja menyatukan sisi sisi kotak bentuk tiang bagi

membentuk segi empat. Juga disebut sebagai tukul kuku kambing. Ia diperbuat daripada besi keluli. Penukul juga digunakan untuk menanggalkan kotak bentuk apabila ia telah siap untuk dibuka nanti.

5.3.3

Paku Paku digunakan untuk mengemaskan sisi sisi dan menyatukan setiap

bahagian untuk menhasilkan satu kotak bnetuk tiang yang sempurna. Ia juga digunakan untuk melekatkan perempat supaya binaannya lebih kukuh. Ia diperbuat daripada besi dan berbentuk lurus dan tajam dibahagian hujungnya.

80

5.3.4

Pita ukur Ia digunakan untuk mengukur saiz kotak bentuk yang diperlukan mengikut

saiz yang dikehendaki. Ia juga digunakan untuk mendapatkan ketianggian tiang yang sebenar. Panjang keseluruhan adalah 30 meter. Ianya mudah digunakan dan ekonomik.

5.3.5

Playar Alat ini digunakan untuk mengikat tetulang tiang ditapaknya. Tetulang tiang

akan diikat pada asas yang telah siap dibina dibbawah substruktur. Ia digunakan bersama dawai pengikat yang halus. Cara penggunaannya hanya mengguanakan tangan dan mengemaskan ikatan dawai pada tetulang tiang.

5.3.6

Mesin penggaul konkrit ‘ mixture’’ Kebiasaannya ia dipanggil ‘ mixture’. Alat ini digunakan untuk menggaul

konkrit untuk diisikan ke dalam kotak bentuk tiang. Bahan yang digaul untuk menghasilkan konkrit adalah simen, batu baur kasar, batu baur halus dan air. Ia diikut pada nisbah bancuhan 1: 2 : 4.

5.3.7

Penyedok Alat ini diperbuat daripada besi. Ia digunakan untuk mengisikan konkrit ke

dalam baldi untuk dituang ke dalam kotak bentuk. Ia digunakan secara kaedah insani iaitu menggunakan tenaga tangan manusia sepenuhnya. Ia juga digunakan untuk membancuh konkrit jika digunakan tenaga tanagn manusia sepenuhnya.

81

5.3.8

Baldi Baldi digunakan untuk mengisi konkrit yang telah siap dibancuh dan

dibawa ke tempat kerja yang dikehendakinya. Baldi yang telah siap berisi konkrit akan diberi kepada pekerja yang berada dibahagian atas permukaan tiang dan dituang ke dalam kotak bentuk.. Biasanya baldi ini berwarna kuning dan berbentuk segitiga tak sama.

5.3.9

Gergaji Gergaji digunakan untuk menggergaji papan lapis mengikut saiz kotak

bentuk yang diperlukan. Ketinggian tiang dalam kerja ini ialah 12 kaki Ianya tajam dan mudah dikendalikan menggunakan tenaga manusia sepenuhnya. Ia digergaji setelah diukur dengan tepat.

5.3.10 Peranca Peranca diperbuat daripada keluli digunakan.. Ia mempunyai kelebihan seperti tahan lama, lebih kuat dan boleh didirikan lebih tinggi. Ia digunakan untuk membolehkan dan memudahkan pekerja-pekerja menjalankan kerja kerja menuang konkrit ke dalam kotak bentuk atau sebagainya. Ia di alas dengan kayu 2’ x 4’ sebagi tempat untuk menempatkan bahan bahan seperti baldi berisi konkrit dan pekerja binaan itu sendiri. 5.3.11 Tali pembenang Benang ini digunakan bersama plum bup. Ia digantungkan dengan plum bup dan diikat pada kayu yang akan menyelaraskan kotak bentuk tiang nanti.

82

Benang ini lah yang menjadi panduan untuk memastikan kotak bnetuk itu tegak atau tidak. Diperbuat daripada nilon.

5.3.12 Plum bup Alat ini digunakan bersama tali pembenang. Ia akan diikat dengan benang dan dibiarkan tergantung. Ia berbentuk segi tiga yang mana salah satu bucunya tajam dan bucu yang tajam ini akan menghadap ke bawah tanah dan diseimbangkan supaya benang masuk ke tempat yang telah dibuat untuk keselarasan.

5.4 PROSES KERJA YANG DILAKUKAN

5.4.1

PEMASANGAN TETULANG TIANG DITAPAK BINA Disini saya akan menerangkan mengenai tetulang tiang yang digunakan

dan cara mendirikannya di tapak asas yang telah siap dibina. i. Tetulang yang digunakan terdiri daripada keluli tegangan tinggi, Y12 dan 4 batang digunakan bagi satu tiang. Panjangnya 12 kaki atau 3.6m.

83

Rajah 5.4.1. keluli tegangan tinggi Y12

Rajah 5.4.2 tetulang tiang siap dipasang

84

Rajah 5.4.3 tetulang tiang siap dipasang didirikan ii. Tetulang ini akan diikat bersama keluli lembut yang disebut ‘link’ saiz R6. ia dipasang pada jarak 200mm setiap satu. Saiz bentuk link yang telah siap diikat adalah 3 ‘ x 7’.

Rajah 5.4.4 Keluli lembut R10 untuk link

85

Rajah 5.4.5 Kerja membengkok keluli lembut R10 untuk link

Rajah 5.4.6 Besi link yang telah siap dibengkokkan iii. Jumlah link yang diikat pada keluli Y12 ialah sebanyak 18 batang. Link tersebut akan diikat dengan dawai halus dan dikemaskan dengan playar.

86

Rajah 5.4.7 Kerja mengikat link pada tetulang tiang iv. Kemudian, tetulang yang telah siap dipasang akan dibawa ke tapak bina dimana tetulang tiang ini akan didirikan. v. Ditapak bina, tetulang tersebut ditegakkan dan dirikan diatas tetulang asas yang telah ditanam dibawah tanah dan diikat dengan mengggunakan dwai halus yang dikemaskan dengan playar.

87

Rajah 5.4.8 Tetulang ditempatkan ditapak bina

Rajah 5.4.9 Tetulang sedang diikat

88

Rajah 5.4.10 Tetulang sedang diikat dan dikemaskan dengan playar vi. Kerja ini menggunakan 2 orang pekerja binaan untuk kerja mengikat dan memegang tetulang semasa diikat.

Rajah 5.4.11 Tetulang sedang ikat sambil dipegang untuk stabil kedudukannya

vii. Kerja ini dilakukan sehingga kedudukan tiang benar benar kukuh.

89

Rajah 5.4.12 Tetulang siap diikat

Rajah 5.4.13 Kedudukan tetulang yang telah siap diikat

5.4.2

PEMASANGAN KOTAK BENTUK TIANG

90

i. Kotak bentuk tiang ada beberapa bahagian iaitu pendinding, perembat dan
pengikat.

ii. Pendinding diperbuat daripada papan lapis dan saisnya mengikut
ketinggina tiang iaitu 12 kaki dan tebal 25mm.

iii. Perembat terdiri daripada kayu 1’ x 2’ dan dipasang pada pendinding bagi
mengemaskan kedudukan dan membentuk seperti anak tangga.

Rajah 5.4.14 perembat iv. Kayu pengikat (cleats) akan dipasang pada sisi kotak bentuk pada jarak yang tetentu dan dibina secara selari dengan pendinding dan dipaku . Selalunya saiz kayu pengikat adalah 1” X 2 ”.

91

Rajah 5.4.15 pendinding yang telah dipasang dengan kayu pengikat v. Kotak bentuk diatur dalam keadaan tegak mengikut bentuk tiang iaitu bentuk segi empat. vi. Kotak bentuk tiang dibina dengan mneyusun ketiga – tiga sisi tiang tetapi pada sisi keempat hanya dilekatkan apabila pemasangan sepenuhnya ditapak.

Rajah 5.4.16 pendinding yang telah dipasang ditapak

92

vii. Manakala pada setiap pendinding, dibuat lubang kecil dan diikat dengan keluli lembut R10 dibiarkan terjulur untuk kerja kerja memgikat bata nanti.

Rajah 5.4.17 contoh keluli lembut R10 viii. Pemasangan kotak bentuk ini akan dikukuhkan lagi dengan tupang yang akan menahan kotak bentuk apabila diisi dengan konkrit nanti bagi mengelakkan runtuh dan sebagainya.

Rajah 5.4.18 (a)

93

Rajah 5.4.18 (b)

Rajah 5.4.18 ( c ) kotak bentuk siap didirikan

5.4.3

MELARASKAN KOTAK BENTUK TIANG

94

i. Setelah kerja kerja pemasangan kotak bentu tiang siap dipasang, ianya
perlu dilaraskan supaya kedudukannya tepat 90 º. ii. Pelarasan ini dibuat secara berhati hati untuk mengelakkan daripada berlakunya kedudukan balak atau rasuk yang tidak selaras yang akan menyebabkan binaan bangunan tidak selamat atau merbahaya. iii. Kerja pelarasan ini dilakukan dengan menggunakn tali pembenang yang diikat pada kayu 1’ x 2’ yang mana panjangnya hampir sama dengan ketinggina kotak bentuk iaitu 12 kaki.

Rajah 5.4.19 kerja melaraskan benang dilakukan iv. Ia digantungkan dengan pemberat ‘ plumb bup ‘ pada benang itu ke bawah dan dilaraskan dengan betul sehingga ianya berada dalam keadaan yang betul betul tepat.

95

Rajah 5.4.20 pembenang sedang dimasukkan

Rajah 5.4.21 pembenang berjaya dimasukkan dan diselaraskan v. Ia dijalankan pada dua bahagian iaitu ke arah utara dan ke arah barat.

96

vi. Setelah keadaan kotak bentuk tiang berada dalam keadaan seimbang,
tupang perlu dilekatkan paras 90 º. supaya kedudukan tiang stabil berada pada

Rajah 5.4.22 kerja menupang kotak bentuk sedang dilakukan

vii. Kerja ini dimulakan pada setiap bahagian penjuru bangunan dan diikuti
pada bahagian tengah bangunan. viii. Kemudian binaan tiang dikuatkan lagi dengan memasang perembat yang mneyentuh tiang ke tiang dan seterusnya dikemaskan.

97

Rajah 5.4.23 kerja mengemaskan kotak bentuk dilakukan

Rajah 5.4.24 kotak bentuk siap didirikan dan distabilkan pugak 90º

98

5.4.4

MENGGAUL KONKRIT TIANG i. Konkrit tiang menggunakan gred N20 dan menggunakan nisbah bancuhan 1 : 2 : 4.

ii. Ia terdiri daripada simen, batu baur kasar, batu baur halus @ pasir dan air.
iii. Jumlah bahan untuk menghasilkan konkrit bagi memenuhi satu struktur binaan tiang ialah 75 kg simen, 2½ kereta sorong pasir, 3 kereta sorong.

iv. Simen yang digunakan adalah simen Portlant biasa.Simen jenis ini paling
banyak digunakan dan ianya juga sesuai di dalam pembinaan konkrit yang umum dimana tempat itu tidak terdapat sulfat atau air tanah.

Rajah 5.4.25 simen Portland biasa

v.

Pasir sungai dan pasir lombong merupakan batu baur halus dan pasir jenis ini adalah lebih sesuai digunakan kerana ianya bersih daripada sebarang kotoran kimia atau bahan-bahan lain yang boleh menjejaskan kualiti konkrit

99

vi. Fungsi pasir adalah untuk mengisi ruang kosong dalam bancuhan konkrit bagi menguatkan lagi konkrit tersebut

Rajah 5.4.26 pasir atau batu baur halus vii. Fungsi batu baur dalam konkrit adalah sebagai pengisi kepada isipadu konkrit dan memberi ketahanan konkrit dalam menahan pengecutan

Rajah 5.4.27 batu baur kasar

100

viii. Ia digaul menggunakan mesin penggaul konkrit ‘ mixture ‘. ix. Mesin jenis ini mempunyai dua jenis iaitu jenis mekanikal atau penggerak hidraulik condong berbalik di atas.Kecondongan tambur adalah 15% dengan garis ukur dan berputar sebanyak 100 pusingan per minit. x. Pasir dan batu baur akan dimasukkan ke dalam tambur yang berputar itu.Sedikit air dimasukkan ke dalam tambur.Tujuan air ini dimasukan supaya melembabkan bahagian dinding dalam tambur.

Rajah 5.4.28 kerja menggaul konkrit sedang dijalankan xi. Akhir sekali barulah dimasukan simen dan air yang selebihnya ke dalam tambur itu tadi.Tambur dibiarkan berputar selama lebih kurang 2 minit sehinggalah bancuhan itu tadi menjadi rata,sebati dan sewarna. xii. Konkrit yang telah siap dibancuh diisikan ke dalam baldi dan dibawa ke tapak yang memerlukannya.

101

Rajah 5.4.29 konkrit tiang siap dibancuh dan diisikan dalam baldi

5.4.5

PENUANGAN KONKRIT KE DALAM KOTAK BENTUK

i. Apabila konkrit telah siap digaul dan diisikan kedalam baldi, ia akan diwa ke
tapak untuk dituangkan kedalam kotak bentuk. ii. Kerja menuang konkrit menggunakan 4 orang pekerja binaan, dimana seorang dibawah akan menghulurkan baldi berisi konkrit dan akan diambil oleh pekerja diatasnya dan di pass kan.

102

Rajah 5.4.30 (a)

Rajah 5.4.30 (b)

103

Rajah 5.4.30 ( c )

Rajah 5.4.30 (d) kerja menuang konkrit sedang dijalankan

104

iii. Untuk menuang konkrit, perlu menggunakan peranca untuk naik ke bahagian atas untuk menuang. iv. Seorang pekerja diatas akan menuangnya ke dalam kotak bentuk sehingga ke paras yang dikehendaki.

Rajah 5.4.31 pekerja sedang menuang konkrit

v. Semasa menuang, kotak bentuk perlu di goncang secara perlahan lahan
bagi memadatkan konkrit supaya tiada ruang ruang udara yang terbentuk dan akan mengakibatkan ‘honey comb’. Boleh juga menggunakan mesin penggetar ‘ vibrator’. vi. Pastikan konkrit diisikan dengan penuh sehingga mencapai tinggi tiang.

105

Rajah 5.4.32 kotak bentuk digoncang supaya konkrit padat

Rajah 5.4.33 kotak bentuk yang telah siap diisi konkrit

106

vii. Setelah siap dituang, konkrit tiang akan dibiarkan mengeras selama 2 atau
3 hari, bergantung kepada keadaan cuaca.

5.4.6 i.

MENANGGALKAN KOTAK BENTUK

Setelah konkrit tiang mengeras dan kering sepenuhnya, kerja kerja menanggalkan kotak bentuk akan dilakukan.

ii.

Kerja ini dilakukan bagi mendapatkan satu struktur tiang yang sempurna. Kotak bentuk dibuka secara perlahan lahan dan berhati hati supaya binaan tiang tidak mengalami sebarang kecacatan.

iii.

iv.

Kerja ini menggunakan penukul untuk mengetuk bahagian kotak bentuk supaya dapat ditanggalkan dengan mudah.

Rajah 5.4.34 kotak bentuk yang akan ditanggalkan

107

Rajah 5.4.35 kotak bentuk sedang ditanggalkan

Rajah 5.4.36 kotak bentuk sedang ditanggalkan

108

v.

Ia dimulakan dengan mengetuk bahagian bawah kotak bentuk dan sehingga bahagian atas.

vi.

Pastikan besi R 10 tidak tanggal bersama semasa menanggalkan kotak bentuk.

Rajah 5.4.37 kotak bentuk ditanggalkan

Rajah 5.4.38 besi R10 yang dibiarkan terjulur

109

vii.

Jika terdapat ruang ruang udara, penampalan akan dibuat keatas tiang tersebut.

Rajah 5.4.39 tiang yang siap ditanggalkan acuannya viii. Kotak bentuk yang telah siap ditanggalkan akan dikumpulkan di satu tempat untuk kegunaan seterusnya.

Rajah 5.4.40 kotak bentuk dibawa ke satu tempat dikumpulkan

110

Rajah 5.4.41 tempat pengumpulan kotak bentuk

Rajah 5.4.42 ( a )

111

Rajah 5.4.42 ( b ) contoh struktur binaan tiang yang telah siap didirikan

5.5

KOMEN DAN CADANGAN 5.5.1 KOMEN Antara beberapa perkara yang ingin saya komenkan disini ialah langkah

kerja yang dilakukan tidak teratur dan efektif. melakukan kerja tidak digunakan dan ini akan menyebabkan pembaziran.

Ada sesetengah pekerja tidak

sempurna dan membiarkan konkrit yang lebih tidak

Selain itu, semasa pemasangan kotak bentuk bagi pekerja binaan tidak berhati hati melakukannya. Posisi kedudukan untuk memaku kotak bentuk semasa berada di atas kayu yang dilapik peranca agak berbahaya. Jika berlaku kecuaian,

112

boleh mengakibatkan maut. Selain itu, pengunaan sarung tangan getah juga tidak diaplikasikan sepenuhnya semasa bekerja. Pekerja sering tidak memakai sarung tangan ketika melakukan kerja. Malahan, pekerja binaan juga tidak mengamalkan peraturan semasa berada di tapak bina sepenuhya. Pekerja tidak memakai topi keselamatan semasa bekerja. Ini amat berisiko tinggi kepada pekerja bahan binaan yang berada di tempat tinggi mungkin akan terjatuh di atas kepala pekeja dibawah.

5.5.2

CADANGAN Perkara perkara dan peraturan semasa berada di tapak bina

seharusnya menjadi tanggungjawab majikan sepenuhnya. Antara beberapa cadangan yang ingin saya kemukakan disini adalah memanfaatkan bahan bahan binaan sepenuhnya. Jika ada bahan binaan yang lebih, ia hendaklah bijak digunakan di tempat tempat yang perlu. Contohnya, jika ada konkrit yang berlebihan, ia boleh ditampal di struktur tiang yang terdapat ruang udara. Selain itu, ia juga boleh ditampal dijalan yang berlopak atau jalan sementara. Selain itu, pekerja binaan hendaklah melakukan kerja dengan sempurna dan sesuai dengan tugasnya. Pekerja hendaklah saling bekerjasama antara satu sama lain supaya adil dan saksama. Seterusnya, saya juga ingin menasihatkan supaya majikan hendaklah memberitahu dan menyediakan peralatan keselamatan secukupnya kepada pekerja. Ini kerana apa yang saya lihat, ada pekerja memakai kasut ‘boot’ ada juga yang tidak pakainya. Penggunaan sarung tangan juga begitu. Majikan tidak boleh memandang ringan akan hal ini. Ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini tidak berlaku di masa hadapan.

113

5.6

KESIMPULAN

Apa yang dapat simpulkan disini ialah kebijaksanaan dalam menggunakan alatan dan bahan bahan binaan. Bahan binaan yang hendak digunakan hendaklah disukat dengan betul dan tepat. Ini dilakukan bagi mengelakkan pemmbaziran. Namun, ia jarang jarang sekali berlaku. Semasa menjalani latihan industri,saya juga dapat melihat sendiri bagaimana konkrit dicuah menggunakan truck mixer,mengikat besi pada tiang dan sebagainya walaupun berada di bawah cahaya matahari.Saya juga dapat mengetahui bagaimana cara-cara memasang tetulang, membengkok tetulang dan banyak lagi dengan lebih mendalam lagi.

114

115

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful