You are on page 1of 8

Hasilkan satu teks ceramah yang menjelaskan kepentingan alam sekitar dalam kehidupan

manusia,adab-adab terhadap alam sekitar dan langkah-langkah mencegah pencemaran


alam sekitar.

Assallamualaikum dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pengajur kerana
sudi menjemput saya untuk memberi ceramah tentang kepentingan alam sekitar dalam
kehidupan manusia,adab-adab terhadap alam sekitar serta langkah-langkah mencegah
pencemaran alam sekitar.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih dan
penghargaan kepada PIBG, guru-guru dan pelajar-pelajar kerana sudi melapangkan masa
untuk menghadiri majlis pagi ini.Kehadiran guru-guru dan pelajar-pelajar pada pagi ini
menunjukkan sokongan ,semangat dan komitment dalam isu penjagaan alam sekitar.

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan
kehidupan. Manusia banyak bergantung hiduo kepada sumber-sumber semulajadi di
mukabumi ini.Allah telah mencipta ala mini seimbang untuk kemakmuran manusia.
Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia.gunung-gunung sebagai pemasak
bumi,tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada
kehidupan,demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan dilautan.

Sejak mencapai kemerdekaan, Malaysia telah menikmati pembangunan sosio


ekonomi yang memberansangkan dan kejayaan ini diiktiraf oleh masyarakat
antarabangsa.Pencapaian ini adalah hasil komitmen dan daya usaha kerajaan untuk
melaksanakan projek-projek pembangunan termasuk pembinaan bandar
baru,infrastruktur dan kemudahan awam seperti empangan,lapangan
terbang,pelabuhan,jalanraya,hospital,sekolah ,rumah,stesen jana kuasa,jambatan dan
sebagainya. Arus pembangunan fizikal ini berkembang dengan pesat telah memberi
implikasi yang besar kepada perubahan lanskapnegara.

1
Malangnya pembangunan tersebut dan sikap masyarakat yang kurang
bertanggungjawab telah membawa beberapa kesan negatif terhadap alam sekitar dan
kualiti hidup kita.Antaranya kesan-kesan ialah pencemaran,kehilangan kepelbagaian
biologi,perubahan iklim dan isu-isu alam sekitar yang lain.Semua penduduk sama ada di
negara maju mahupun di negara membangun,sama ada di negara maju mahupun di
negara membangun.sama ada yang tinggal di bandar mahupun di desa,kini terdedah
kepada ancaman tersebut.

Kesemua ancaman itu bukanlah berlaku secara semulajadi ataupun kerana


takdir,tetapi sebaliknya ancaman itu adalah ekoran daripada perbuatan manusia sendiri.
Pembangunan yang tidak mampan ,penggunaan dan citarasa yang berlebihan telah
menjejaskan kepentingan alam sekitar terutama pada kurun ini di mana terlalu besar
ancaman telah dilakukan.Kita telah menggunakan sumber semulajadi secara membazir
dan kurang berhemah.

Pencemaran lain adalah gas –gas yang dilepaskan daripada kenderaan bermotor
dan industri-industri. Pencemaran sungai semakin ketara tahun demi tahun.Sungai yang
baik dan terkawal kebersihannya menjadi tercemar apabila mengalir atau mengatasi
kawasan-kawasan yang sedang dibangunkan.Kelodakan daripada aktiviti kerja-kerja
tanah menjadi punca pencemaran sungai selain pembuangan sampah oleh pihak-pihak
tertentu.

Pada dasarnya Islam menghendaki supaya manusia sentiasa memelihara alam


sekitar meliputi air,udara dan tumbuh-tumbuhan.Air merupakan sumber asli yang sangat
penting dalam kehidupan manusia.Air sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia
sehinggakan manusia boleh hidup bertahan beberapa hari dengan air sahaja tanpa
makanan. Air bukan sahaja penting kepada manusia malah hidupan lain seperti haiwan
dan tumbuhan turut memerlukan air.Sifat air yang suci dan bersih menjadikannya penjana
kepada kehidupan makhluk di muka bumi.Kesucian air menjadikan sumber untuk
membersih dan menghilangkan kekotoran.

2
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Anfal ayat 11:

Maksudnya: “Dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk menyucikan
kamu dengan hujan itu”
Oleh kerana air merupakan unsur penting dalam kehidupam manusia, Islam
menyarankan agar sentiasa memelihara dan menjaga kebersihan dan keselamatan air
daripada sebarang pencemaran.
Udara yang bersih juga merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan
manusia. Udara yang bersih akan menyihatkan tubuh badan manusia manakala udara
yang tercemar sudah pasti akan mengancam kesihatan manusia.Tumbuh-tumbuhan atau
penghijauan muka bumi merupakan salah satu elemen penting dalam kehidupan makhluk
di muka bumi.

Firman Allah swt dalam surah Taaha ayat 53:

Maksudnya: “Allah yang telah menjadikan bagimu bumi sebagai hamparan dan yang
telah menjadikan bagimu dibumi itu jalan-jalan dan menurunkan dari langit air hujan.
Maka kami tumbuhkan dengan air hujan itu berjenis-jenis dari tumbuhan yang
bermacam-macam.”
Penghijauan muka bumi perlu di usahakan bagi menjamin bekalan sumber
makanan,sumber kesihatan yang daripadanya dikeluarkan ubat-ubatan. Ia turut
berperanan sebagai sumber kecantikan,kindahan dan kedamaian di samping udara yang
bersih.
Penanaman pokok-pokok yang teduh dan rendang bukan sahaja memberikan
suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman,malah berfungsi untuk menstabilkan suhu
persekitarann .Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan
pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida serta mengurangkan kesan

3
pemanasan global.Penggunaan beg mesra alam semasa membeli belah adalah merupakan
satu langkah kita mengurangkan pelupusan sisa yang tidak mudah terurai di tapak
pelupusan.

Di samping itu, bahan buangan daripada kilang-kilang ,pembasmian hutan dan


pembangunan industri juga menjadi punca berlakunya pencemaran terhadap alam sekitar
kita. Mungkin ada antara kita yang sedia maklum bahawa kebanyakan bahan pencemaran
selalunya cepat tersebar dan boleh meliputi kawasan yang luas dalam jangka masa yang
singkat sahaja.Pencemaran seperti ini boleh juga disifatkan sebagai pencemaran jangka
pendek.Manakala,bagi pencemaran jangka panjang pula,ia memerlukan perhatian yang
khusus .

Sebagai individu ,apakah yang patut kita lakukan untuk mengatasi pencemaran
alam sekitar kita pada hari ini?Sebenarnya kuasa untuk menyelamatkan alam sekitar kita
adalah terletak di tangan kita sendiri.Bagi menjamin persekitaran kita selamat untuk
didiami,orang awam perlu mengambil berat dan memberi perhatian terhadap kebersihan
di dalam dan juga di luar rumah terlebih dahulu. Ini kerana menjaga kebersihan alam
sekitar perlu berakar umbi dari rumah.Setiap anggota masyarakat perlu mempunyai
kesedaran yang tinggi dalam menjaga kebersihan,misalnya tidak membuang sampah
sesuka hati ke dalam longkang atau ke dalam system peparitan.Ini boleh menyebabkan
system saliran tersumbat dan akhirnya akan membawa kepada masalah seperti
berlakunya banjir.

Kewajipan menjaga alam sekitar adalah terletak sepenuhnya di tangan kita. Kita
patut sedar bahawa habitat hutan sangat penting bukan sahaja kepada kita,malah juga
kepada alam sekitar kita.Kewujudan tumbuh-tumbuhan adalah sangat penting terhadap
alam sekitar yang mana ia membolehkan mendapat karbon dioksida dari tumbuh-
tumbuhan dan pengembalian oksigen untuk tujuan pernafasan.

4
Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik bahawa Nabi Saw.bersabda
yang bermaksud:
“Jika berlakunya kiamat dan di tangan seseorang daripada kamu ada pokok tamar
yang kecil (fasilah) maka jika dia mampu bangun daripada tempat duduknya untuk
menanamnya maka hendaklah ia menanamnya.”
Maksud hadith ini jelas menunjukkan kepentingan penghijauan walaupun dalam keadaan
genting apatah lagi dalam keadaan aman dan tenteram.

Teknologi yang semakin canggih telah menghasilkan pelbagai produk


menyebabkan semakin banyak berlakunya pencemaran. Secara tidak lansung,alam sekitar
menjadi mangsa,baik di udara, laut ataupun di darat. Langkah-langkah haruslah diambil
untuk “membersihkan” alam sekitar daripada pencemaran.

Organisasi –organisasi seperti sekolah ,kelab remaja,komuniti dan syarikat boleh


menyumbang kepada kebersihan alam sekitar. Guru-guru sekolah harus menanamkan
sikap prihatin kepada alam sekitar melalui pendidikan moral di sekolah serta mengadakan
pertandingan antara kelas. Bagi kelas yang paling bersih diberi ganjaran agar pelajar
mempunyai sifat tanggungjawab terhadap alam sekitar. Balai Raya atau komuniti pula
boleh mengadakan pertandingan pada pada blok kedai makan dan kawasan kejiranan
yang terbersih.Kelab remaja boleh mengadakan himpunan untuk mengunpul suratkhabar
dari rumah ke rumah dan juga memungut sampah di tepi pantai sambil beriadah.Syarikat
harus mempunyai sikap tanggungjawab dalam pembuangan sampah..

Kita sebagai individu, mempunyai peranan sendiri iaitu kita harus menggunakan
semula barang-barang yang boleh digunakan (reuse) barang-barang yang dibuat dari
barang-barang yang diproses semula (recycle) dan mengurangkan penggunaan barabg-
barag yang tidak diperlukan (reduce).Sikap sedemikian dapat mengurangkan pencemaran
pada alam sekitar seterusnya dapat mengelakkan dunia dari terus dicemar.

5
Perasaan hormat terhadap hidupan lain bermakna menghormati kepada diri
sendiri. Menjaga kesejahteraan alam sekitar supaya tidak tercemar bermakna
menghormati keperluan kita untuk mendapatkan udara dan bekalan air yang bersih.

Kita hamba di muka bumi ini perlu ingat bahawa apa sahaja perlakuan yang
menyakitkan dan memudaratkan orang lain atau hidupan lain maka kita akan terdedah
kepada laknat dan kemurkaan Alla s.w.t. Manakala sebarang usaha kita untuk membuang
segala kerosakan dan kemudaratan terhadap manusia dan hidupan lain dianggap sebagai
tanda-tanda wujudnya kesempurnaan iman seseorang.

Surah Al-Baqarah, ayat 22 :

Bermaksud :
:Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit
(serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan
diturunkanNya air hujan dari langit,lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis
buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu,maka janganlah kamu mengadakan bagi
Allah, sebarabg sekutu,padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan
Yang Maha Esa)

Dengan ini marilah kita bersama –sama berganding bahu berusaha bersunguh-
sunggh untuk menjaga dan memelihara bumi sebagai tempat tinggal kita. Setiap orang
daripada kita seharusnya menganggap bumi ini sebagai rumah kita. Jika kita menganggap
bumi ini sebagai rumah kita,sudah tentu kita akan menjaga dan memelihara
kebersihannya.

6
Akhir kata ,saya sekali lagi ingin merakam ucapan terima kasih dan syabas
kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini khususnya kepada
pengerusi dan ahli-ahli jawatan kuasa sambutan ,PIBG,guru-guru dan pelajar-pelajar
sekalian.Sekian terima kasih.

7
b) Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

i) Bina rancangan Pengajaran dan Pembelajaran lengkap yang menjelaskan


aktiviti-aktiviti berserta bahan bantu yang sesuai berdasarkan tajuk Adab-adab
Terhadap Alam Sekitar.

Mata pelajaran : Pendidikan Islam


Bidang : Adab dan akhlak Islamiah
Masa : 30 minit
Tajuk : Adab-adab terhadap alam sekitar
Kaedah : Penerangan,soal jawab ,simulasi
Gabung jalin : Membaca dan memahami
Penyerapan ilmu :
Penerapan nilai :
Kemahiran
berfikir :
Sumber/Media
Pengajaran :
Hasil Pembelajaran:

You might also like