You are on page 1of 6

BAHASA MELAYU

JULIE_89
IP GAYA 2008
CIRI-CIRI BERITA
Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita adalah
pertama,bahasa yang digunakan adalah mudah.
Kedua, gaya tulisan yang jelas
Ketiga, isi tulisan mestilah tepat.

Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klausa,


menggunakan petikan, metafora, dan kiasan, haruslah
dielakkan.
Karangan Naratif - Berita
 Berita merupakan salah-satu daripada cara penulisan naratif.
Oleh yang demikian, ciri-ciri penulisan berbentuk naratif juga
terdapat dalam ciri-ciri penulisan berita, iaitu :
 - lengkap dan memperlihatkan kesatuan. Hal ini bererti
penulisan itu mestilah mempunyai permulaan, pertengahan
dan penutup.
 - memperlihatkan pertautan, iaitu dipersembahkan secara
sistematik dari segi sudut pandangan, suasana latar dan masa.
 - Mempunyai penekanan, iaitu memperlihatkan jalan cerita
yang mengandungi bahagian-bahagian yang mendatar dan
memuncak.
 Mempunyai nada dan gaya yang baik, iaitu memperlihatkan
pemilihan perkataan (diksi) yang harmoni atau sejajar dengan
kejadian atau peristiwa yang diceritakan.
Jenis-jenis penulisan berita
 Penulisan berita daripada siaran akhbar
 -cerita yang datang daripada individu,jabatan atau
pertubuhan disebut ‘siaran akhbar’.
 Jenis siaran akhbar:
 1. pengumuman peristiwa yang dijangka akan berlaku
atau hal perseorangan seperti persaraan, galakan jualan
dan perkara seumpama.
 2. maklumat berhubung dengan kebajikan atau amal.
 3. maklumat untuk menonjol imej seorang atau imej
pertubuhan.
Jenis-jenis penulisan berita
 Penulisan Berita daripada Ucapan, Sidang
akhbar, Akhbar, dan Mesyuarat.
 Dalam sidang akhbar, orang berkenaan mengadakan
sidang akhbar. Orang ini tidak mengirim jemputan
kepada orang ramai tetapi menerusi pelbagai media
berita. Surat khabar, radio, televisyen menerima
undangan itu kerana orang mengadakan sidang
akhbar biasanya orang penting dan dia berkata
tentang perkara tertentu yang ada nilai beritanya.
Jenis-jenis penulisan berita
 Penulisan Berita Musibah (kemalangan,
kebakaran, Bencana Alam)
 Penulisan Berita Jenayah dan Liputan daripada
Mahkamah.

You might also like