You are on page 1of 27

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

- Budaya dan Kepelbagaian Kelompok di Malaysia


-
KONSEP BUDAYA

Budaya (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang

merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi) bermaksud


budi pekerti atau akal.

Budaya – budaya merupakan keseluruhan aspek

kemanusiaan – sejarah, kesusasteraan, institusi politik,


muzik, lukisan, falsafah dan sebagainya.
 
E.B. Tylor – merujuk kepada ilmu pengetahuan,

kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang dan adat


resam.

 
Malinowsky – dalam bukunya “A Scientific Theory of

Culture” –mengkelaskan budaya sebagai suatu tindak balas


terhadap keperluan manusia.

 
Budaya secara umum – cara/gaya hidup sesebuah

masyarakat/bangsa. Ia meliputi semua aktiviti harian manusia.


Ia juga berperanan membezakan antara bangsa-bangsa tertentu.
Komponen utama budaya;

Simbol

Bahasa

Nilai

Norma

Objek material
KEBUDAYAAN
Mengikut takrif Kamus Dewan, ‘kebudayaan’

membawa maksud cara hidup sesebuah masyarakat,


tamadun, peradaban dan kemajuan.
Buku Moden Dictionary of Sociology merujuk

kebudayaan sebagai keseluruhan cara hidup manusia


meliputi kehidupan kelompok yang bercorak
kebendaan dan bukan kebendaan.
Budaya Kebendaan

Bangunan, senjata, alat dan kenderaan

Budaya Bukan Kebendaan

Kepercayaan, adat resam dan undang-undang


Kebudayaan juga terdiri daripada hasilan yang dikongsi

oleh masyarakat; manakala masyarakat pula terdiri


daripada manusia yang berinteraksi antara satu sama lain,
dan yang berkongsi satu kebudayaan.
Kebudayaan dan masyarakat adalah saling berkait.

Sesuatu masyarakat itu tidak dapat hidup tanpa

kebudayaan, kerana masyarakat akan luput.


Sesuatu kebudayaan juga tidak dpt wujud tanpa

masyarakat yang menggunakan dan meneruskannya.


Oleh itu, kebudayaan dapat disimpulkan sebagai

keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan


dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan
jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup
sesuatu kelompok masyarakat
Jenis dan Demografi Kelompok
Sesuatu komuniti / kelompok terdiri daripada;
Satu kumpulan manusia
Di dalam satu kawasan geografi
Pembahagian kerja kepada fungsi-fungsi khusus dan
saling berkait
Satu kebudayaan dan sistem sosial yang mengaturkan
aktiviti-aktiviti mereka
Ahli-ahli yang sentiasa sedar tentang perpaduan serta
menjadi sebahagian komuniti tersebut.
Ahli-ahlinya yang dapat bertindak dengan cara bersatu-
padu dan teratur.
Keadaan fizikal dan sosial kehidupan di bandar dan luar
bandar amat berbeza. Oleh itu, terdapat perbezaan
personaliti dan tingkahlaku penduduk bandar dan luar
bandar.
5 jenis komuniti luar bandar (Edwards, 1995)
Komuniti luar bandar
Terdiri daripada satu pusat bandar yg dikelilingi oleh
tempat-tempat pertanian.
Terbuka tanpa pusat bandar
Perkampungan yg berbagai-bagai jenis seperti kampung
nelayan, kampung lombong, kampung perkilangan,
kampung tanaman gandum atau padi.
Komuniti kampung barisan yang terdiri daripada
barisan rumah di pinggir jalan atau sungai.
Komuniti ladang atau estet.
Komuniti bandar
Pembahagian kerja kepada pekerja khusus
Organisasi sosial berdasarkan pekerjaan dan kelas sosial
dan bukan berdasarkan kekeluargaan
Institusi formal kerajaan yang berdasarkan kawasan dan
bukan berdasarkan famili
Sistem perdagangan dan perniagaan
Sistem komunikasi termasuk pengangkutan dan sistem
penyimpan rekod
Teknologi yang rasional
BANGSA

KEPELBAGAIA STRUKTUR
BAHASA N SOSIO- MASYARAKA
BUDAYA T

KEPERCAYA
AN
Bangsa
Bangsa ialah sekumpulan masyarakat yang
mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi
yang sama dan yang dapat ditentukan dengan sesuatu
kawasan.
Ciri-ciri yang dipunyai bersama oleh sesuatu bangsa
itu adalah berbeza.
Namun begitu, ciri-ciri yang dipegang bersama ini
biasanya meliputi bahasa, asal usul ras dan agama.
Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum
yang dapat hidup dengan harmoni.
Antara tiga kaum utama di Malaysia Cina, Melayu dan
India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad.
Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada
sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di
Malaysia Timur.
Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun
dan Iban.
Struktur Masyarakat/Kelas Sosial
Struktur sosial menjadi landasan semua masyarakat
Malaysia. Setiap masyarakat mempunyai ciri-cirinya
sendiri yang tertentu dan ia adalah hasil daripada
sejarah dan persekitaran.

Masyarakat juga mempunyai corak perhubungan dan


struktur sosial yang menentukan agar kehidupan sosial
sentiasa teratur dan dapat dijangka.
Sistem kelas sosial ialah satu sistem di dalam sistem susun
lapis sosial terbuka.

Di dalam sistem ini, susun lapis masyarakat lebih mudah


diubah dan dapat bergerak dari satu lapisan ke lapisan
yang lain.

Status seseorang individu itu biasanya bergantung kepada


kedudukan ekonomi ketua rumah dan seseorang itu dapat
naik atau turun di dalam hierarki ini dengan usaha atau
kegagalannya sendiri.
Status seperti ini dikatakan status capaian dan sedikit
sebanyak status ini dapat dikawal oleh individu.

Sebagai contoh dalam masyarakat perindustrian


biasanya terdapat 3 kelas besar iaitu;
Kelas atasan elit
Kelas pertengahan (para profesional dan pekerja
mahir kolar putih)
Kelas bawahan (pekerja yang kurang mahir)
RAJA KELAS
ATASAN

PEMBESAR KELAS MENENGAH

RAKYAT KELAS PEKERJA

KELAS
HAMBA BAWAHAN

STRUKTUR SOSIAL TRADISIONAL


STRUKTUR SOSIAL MODEN
Biasanya terdapat pelbagai status yang boleh diwarisi
di dalam masyarakat berkelas dan terbuka kerana di
dalam sistem terbuka mana sekalipun, masih ada
orang yg terperangkap di dalam kelasnya, kerana ciri-
ciri warna kulit atau kemiskinan ibu bapa yang tidak
dapat dikawal oleh mereka.
Kepercayaan
Penduduk Malaysia bukan sahaja terdiri daripada
pelbagai kaum, malah mereka terdiri daripada pelbagai
latar belakang budaya dan agama.

Secara umumnya orang Melayu adalah penganut


Islam, orang Cina penganut Buddha, orang India
penganut Hindu, sementara pelbagai etnik peribumi
lain menganut berbagai kepercayaan warisan dan
animisme.
Kepelbagaian ini membawa maksud bahawa
seluruh rakyat Malaysia perlu dan bertoleransi
dalam menjalani kehidupan seharian serta
pengamalan adat kepercayaan masing-masing, demi
menjaga keharmonian.

Walaupun Islam telah dinobatkan sebagai agama


negara, ini tidaklah bermakna hak-hak penganut
agama lain dinafikan atau dikesampingkan.
Perlembagaan telah memperuntukkan hak mereka
untuk mengamalkan kepercayaan mereka dengan aman
dan bebas daripada sebarang gangguan selagi mereka
sendiri tidak melanggar peruntukan Perlembagaan
tersebut.

Sebagai sebuah negara berbilang kaum dan keturunan


yang mengamalkan pelbagai budaya serta kepercayaan,
rakyat Malaysia perlu mempunyai semangat tolerasi
yang tinggi demi mewujudkan keharmonian hidup
bernegara.
Ini bermakna, setiap rakyat Malaysia perlu
bertimbangrasa dan saling hormat-menghormati
antara satu sama lain dalam mengamal serta
melaksanakan kepercayaan dan tuntutan agama
masing-masing.
Bahasa
Bahasa merupakan alat pertuturan yang digunakan
untk berkomunikasi dalam kehidupan seharian.
Di Malaysia terdapat pelbagai bahasa yang
dipertuturkan kerana wujudnya kepelbagaian kaum
dan bangsa.
Antara bahasa utama yang digunakan di Malaysia
ialah:
Bahasa Melayu - kaum Melayu
Bahasa Cina - kaum Cina
Bahasa Tamil - kaum India
Selain itu, bahasa juga dipengaruhi oleh persekitaran
khusus. Sebagai contoh, perkembangan bahasa kanak-
kanak yang membesar di dalam institusi seperti
hospital dan rumah anak-anak yatim sangatlah
terbantut.

Nisbet (1961), juga telah menunjukkan bahawa


persekitaran keluarga yang besar iaitu adik-beradik
yang ramai akan menjejaskan perkembangan lisan. Ini
akan menyebabkan perkembangan mental kanak-
kanak itu akan terjejas.
-Tamat –
TERIMA KASIH
SELVAM
PERUMAL

You might also like