You are on page 1of 4

UNIT KURIKULUM

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAGASAN


PETI SURAT 409
91308 SEMPORNA SABAH
KERTAS KERJA
KURSUS DALAMAN 1BESTARINET VLE-FROG
SMK TAGASAN 2014
(SIDANG PETANG)

PADA:
11 NOV 2014 (SELASA)
BILIK GURU SIDANG PETANG
SMK TAGASAN

DISEDIAKAN OLEH :

ASLINA BINTI ALI


SETIAUSAHA PBS SMK TAGASAN
1.0 PENGENALAN
Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun dengan Gelombang 1
(2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan
tumpuan

kepada

kemahiran

asas,

Gelombang

(2016-2020)

pula

mempercepatkan

penambahbaikan sistem dan Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi


yang lebih fleksibel. Oleh itu, Projek 1BestariNet, telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia mulai tahun 2011.
Di bawah 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang
membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di
internet menerusi Vitual Learning Enviroment (VLE FROG) yang boleh diakses di sekolah atau
mana-mana sahaja yang mempunyai capaian internet.

2.0 OBJEKTIF
Di akhir kursus ini guru dapat:
2.1 Memperkenalkan VLE Frog kepada guru.
2.2 Memotivasi dan memberi inspirasi kepada guru tentang perlunya keadah pengajaran baru.
2.3 Memberi kemahiran kepada guru-guru cara menggunakan VLE Frog dengan berkesan.

3.0 RASIONAL
Program VLE Frog adalah merupakan penyelesaian bersepadu yang membenarkan fungsi
pengajaran dan pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran yang dapat dilakukan melalui
Persekitaran Pembelajaran Maya yang berasaskan "cloud". Projek ini akan membawa keasan
kepada 10, 000 sekolah di Malaysia. Projek ini menyediakan sambungan 4G tanpa wayar dan frog
vle kepada semua.

4.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM


Tarikh :

Selasa (11 NOV 2014)

Tempat :

Bilik Guru Sidang Petang SMK Tagasan

Masa

1.00 PM - 5.00 PM

5.0 PENGLIBATAN
Semua guru sidang petang (rujuk lampiran)

6.0 TENTATIF PROGRAM


1.1O petang

guru berkumpul

1.20 petang

ketibaan penceramah

1.30 petang

Bacaan doa
Ucapan PK Petang

2.00 petang

Taklimat 1BestariNet VLE-FROG


Cikgu Nasri Amin Sali

4.30 petang

Sesi soal jawab

5.00 petang

Majlis tamat

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN (RUJUK LAMPIRAN)


8.0 PENUTUP
Program VLE Frog adalah program yang memerlukan kolaborasi daripada semua pihak. Ini adalah
penting bagi memastikan kejayaan dalam perlaksanaannya. Rangka kerja ini akan memudahkan
tugas untuk memantau dan mengurus sebuah pasukan yang terlibat dalam menjayakan projek ini.
Disediakan oleh,

.........................................
(ASLINA BINTI ALI)
S/U PBS SIDANG PETANG
SMK TAGASAN
TARIKH: 11 NOV 2014

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

............................................
(PN. ROZITAH ANJUH)
PK PENTADBIRAN
SMK TAGASAN
TARIKH: ................................

................................................
(YM TG. MOHD NAZRI TG. ANANG)
PENGETUA
SMK TAGASAN
TARIKH: ...............................................

You might also like