You are on page 1of 8

JAWATANKUASA KOKURIKULUM

TUGAS

1. Merancang aktiviti kokurikulum sekolah – Rancangan Jangka Pendek/ Panjang.

2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

3. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.

4. Menentukan takwim dan jadual aktiviti.

5. Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.

6. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat


daerah/negeri/kebangsaan.

7. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.

8. Menentukan tarikh Temasya Sukan Sekolah, Merentas desa, Hari Kokurikulum dan kegiatan lain.

9. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.

10. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah.

11. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan.

12. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menentukan
prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.

13. Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh pelajar.
MAJLIS SUKAN SEKOLAH

TUGAS

1. Menentukan objektif sukan sekolah tercapai.

2. Merancang aktiviti sukan sekolah jangka panjang/pendek.

3. Merancang strategi peningkatan dan penglibatan dalam sukan.

4. Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di sekolah.

5. Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan.

6. Menambah kepakaran untuk peningkatan sukan sekolah melalui kursus dalaman /luaran.

7. Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah bagi menjamin keselamatan,
kelancaran dan kelicinan perlaksanaan.

8. Mendapat kerjasama badan sukan luar melatih guru dalam program pekerjaan staf.

9. Mendapat bantuan badan sukan/individu luar melatih pemain-pemain sekolah.


SETIAUSAHA KOKURIKULUM

TUGAS-TUGAS KOKURIKULUM

1. Menyediakan Jadual Rancangan Sukan Sekolah sesuai dengan rancangan MSSN/ MSSM.

2. Membantu ketua Guru Rumah dan Guru Permainan.

3. Membantu GPK Kokurikulum membahagi tugas-tugas sukan kepada guru-guru.

4. Mengagihkan murid-murid baru ke rumah-rumah sukan.

5. Mengatur jadual Latihan dan Pertandingan Dalaman antara sekolah-sekolah.

6. Mempastikan gelanggang sukan dan padang permainan adalah mengikut ukuran yang betul
serta mengurus persediaan dan penjagaan padang.

7. Memberi pendedahan kepada guru-guru permainan tentang undang-undang permainan.

8. Mengawas dan menyediakan kegiatan sukan dan permainan.

9. Menyediakan anggaran tahunan untuk perbelanjaan sukan.

10. Bersama-sama Guru Ketua Rumah dan Guru Ketua Pasukan bertanggungjawab menyimpan
serta menyelenggarakan stok sukan dengan sempurna dan kemaskini.

11. Menyimpan rekod-rekod yang lengkap segala jenis perlawanan yang disertai oleh sekolah
samada di peringkat Zon, Negeri, persahabatan dan sebagainya.

Mengandungi:

- Tarikh

- Jenis Pertandingan

- Pasukan yang terlibat

- Tempat pertandingan

- Keputusan pertandingan

12. Menduduki jawatankuasa merangka aktiviti selepas UPSR dan peperiksaan dalaman.

13. Membantu GPK Kokurikulum menyelaraskan kegiatan pelajaran Pendidikan Jasmani.

14. Membantu GPK Kokurikulum mengelolakan kursus kemahiran dalaman sesuatu permainan
apabila dan diarahkan oleh Guru Besar.
15. Menjadi ‘liason’ kepada syarikat-syarikat, badan-badan atau sekolah bagi mendapatkan
kemudahan penggunaan padang dan sebagainya.
16. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar atau GPK Kokurikulum dari masa
ke semasa.

TUGAS-TUGAS GURU PERMAINAN

1. Menjalankan kemahiran murid-murid dalam permainan yang dibawah jagaannya dengan cara
melatih mereka mengikut jadual yang telah ditetapkan ataupun pada waktu-waktu lain dengan
persetujuan GPK Kokurikulum atau Setiausaha Sukan mengatur seberapa banyak perlawanan
persahabatan dengan pasukan lain atau sekolah berdekatan.

2. Membantu pasukan sekolah untuk pertandingan MSSN dan melatihnya.

3. Berusaha mendapat khidmat nasihat dari mereka yang pakar dalam permainan jagaanya.

4. Menguruskan pengangkutan dengan bantuan GPK Kokurikulum atau Setiausaha Sukan pasukan
sekolah ke pertandingan luar dan menguruskan surat kebenaran dari ibu bapa.
KETUA RUMAH SUKAN

TUGAS

1. Memastikan adanya senarai ahli Rumah Sukan yang lengkap (guru dan pelajar).

2. Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan dan permainan.

3. Membentuk jawatankuasa rumah di kalangan pelajar yang meliputi olahraga dan permainan.

4. Menjalankan mesyuarat agung rumah sukan dan permainan.

5. Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat sekolah.

6. Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan/ Penolong Kanan HEM/ Penolong Kanan
Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah.

7. Memastikan laporan aktiviti Rumah Sukan disediakan untuk edaran dan rekod.

8. Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang pelajar kepada Setiausaha Sukan untuk
dicalonkan sebagai wakil sekolah.
GURU RUMAH SUKAN

TUGAS

1. Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari ditetapkan.

2. Guru dan pelajar wajib hadir pada waktu latihan Rumah Sukan. Kedatangan dicatat dalam Buku
Kehadiran.

3. Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan antara Rumah
Sukan.

4. Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah.

5. Merekodkan kedatangan pelajar dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir.

6. Mengawasi keselamatan pelajar pada waktu latihan.

7. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.

8. Sentiasa berbincang dengan Ketua Rumah Sukan untuk meningkatkan prestasi rumah sukan.
GURU PERMAINAN

TUGAS

1. Membentuk jawatankuasa.

2. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan.

3. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar.

4. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.

5. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim sekolah.

6. Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/Kelas/Tingkatan/Sekolah.

7. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.

8. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk peralatan dan pengurusan.

9. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.

10. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.

11. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.

12. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan
mencukupi digunakan.

13. Merancang aktiviti tahunan dengan guru Rumah Sukan.

14. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkannya.

15. Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang (johan daerah/negeri, wakil
daerah/negeri dan negara)

16. Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia, Kehidupan & Sukan; Majlis
Sukan Negeri dan Persatuan Permainan/Sukan.

17. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke masa.
PENYELARAS PERSATUAN/KELAB/UNIT BERUNIFORM

TUGAS

1. Mengatur dan menyelia peralatan persatuan/kelab/unit beruniform.

2. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.

3. Menyelaraskan semua aktiviti.

4. Menyediakan boring kebenaran ibu bapa/ penjaga untuk pelajar memasuki persatuan/kelab/unit
beruniform.

5. Menentukan aktiviti, surat menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.

6. Memastikan peraturan Perlembagaan dan Minit Mesyuarat Agong direkodkan dan difailkan.

7. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang
ditetapkan.

8. Menguruskan Buku/ Kad Kokurikulum:

8.1. Mengagihkan Kad Kokurikulum kepada guru untuk diedarkan kepada semua pelajar.

8.2. Mengutip kembali daripada guru pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod di bilik
Bimbingan dan Kaunseling.

9. Menyediakan borang/buku yang diperlukan untuk aktiviti:

9.1. Borang memasuki persatuan.

9.2. Borang senarai AJK dan ahli.

9.3. Buku Laporan Kegiatan.

9.4. Fail-fail yang diperlukan.

10. Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran, rujukan dan rekod.

11. Mengumpulkan laporan tahunan dan buku kegiatan untuk edaran, rujukan dan rekod.

12. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah.

You might also like