P. 1
Contoh Kertas Kerja Kolokium

Contoh Kertas Kerja Kolokium

5.0

|Views: 17,858|Likes:
Published by RAZALI SAMAD
cONTOH Kertas Kerja Kolokium Pelajar Pra U Sekolah Tinggi Kluang
cONTOH Kertas Kerja Kolokium Pelajar Pra U Sekolah Tinggi Kluang

More info:

Published by: RAZALI SAMAD on Feb 23, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/30/2013

pdf

text

original

Penghargaan

Semasa membuat projek ini, kami telah mendapat bantuan dan sokongan daripada ibu bapa, guru serta pengetua dan juga rakan-rakan yang menyertai kumpulan kami. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua Sekolah Tinggi Kluang sebab memberi kebenaran untuk menjalankan kajian ini. Selain itu, ibu bapa kami juga memberi sokongan kepada kami. Semasa menjalankan projek ini, kami telah menhadapi pelbagai masalah. Namun, dengan dorongan ibu bapa kami, kami dapat menjalankan kajian ini dengan sempurna. Di samping itu, kami juga hendak berterima kasih kepada guru bimbingan kami iaitu Pn Norzaidah yang sentiasa memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami. Dengan ini, kami dapat menjalankan projek ini dengan secepat mungkin. Akhir sekali, tidak lupa juga rakan-rakan satu kumpulan kami kerana telah memberi sepenuh kerjasama mereka dalam mengumpulkan maklumat untuk menyempurnakan kajian ini.

Isi Kandungan
Penghargaan i Isi Kangungan ii Sinopsis 1 1.0 Pengenalan 2 2.0 Definisi Konsep 3.0 Objektif kajian 4.0 Kesan Negatif Sistem Kuliah dan Tutorial 5-6 5.0 Keputusan Kajian 6.0 Cadangan 17 7.0 Rumusan 18 Rujukan 19 Lampiran 20

3

4

7-16

SINOPSIS

Kolokium merupakan perjumpaan atau persidangan yang bersifat tidak formal untuk membincangkan perkara yang biasanya bersifat ilmiah, perbincangan secara berkumpulan. Kumpulan kami telah memilih tajuk “Pro Dan Kontra Sistem Kuliah Dan Tutorial”. Tetapi selepas melalui perbincangan dengan guru kami, kami telah mencapai kata sepakat untuk hanya membincangkan “Keburukan Sistem Kuliah Dan Tutorial”.

Dalam bidang akademik, kolokium mengandungi syarahan yang diberikan oleh ahli komuniti akademik tentang kerjanya kepada rakan yang bekerja dalam bidang berdekatan. Dalam hal ini, kumpulan kami akan membuat pembentangan mengenai “Keburukan Sistem Kuliah Dan Tutorial”. Kemudian, kami akan membincangkan topik ini dengan para pendengar kami dan mereka

akan bersoal jawab dengan kami untuk menanyakan perkara yang tidak difahami dan mereka juga akan menilai kerja yang kami bentangkan

Pengenalan
Tingkatan 6 sekarang dikenali sebagai pra-universiti. Ia merujuk kepada laluan ke university selepas peringkat menengah sama ada tingkatan 6 atau matrikulasi. Sekarang sistem kuliah dan tutorial diperkenalkan di peringkat Tingkatan 6 menggantikan sistem pengajaran dan pembelajaran yang biasa digunakan untuk memudahkan pelajar-pelajar untuk menyesuaikan diri di universiti dengan sistem ini kelak. Kertas kerja kami memfokuskan soal selidik tentang penerimaan pelajar serta guru terhadap sistem yang baru ini.

Definisi Konsep
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pada halaman 724 sistem kuliah bermaksud pelajaran yang disampaikan secara bersyarah atau berpidato oleh mahaguru atau pensyarah di universiti atau maktab. Manakala pada halaman 1501 sistem tutorial ialah kelas perbincangan yang diadakan dengan bimbingan seorang tutor dalam mata pelajaran tertentu.

Kesan Negatif Sistem Kuliah dan Tutorial
1. Kuliah gagal untuk menyediakan instruktur dengan umpan balik tentang lingkup pembelajaran yang dipelajari oleh pelajar. 2. Pelajar akan sentiasa pasif dalam masa kuliah kerana tidak ada mekanisme untuk memastikan bahawa mereka secara intelektual yang terlibat dengan materi.

3. Maklumat cenderung dilupakan dengan cepat ketika pelajar menjadikan pasif. 4. Cikgu mengganggap bahawa semua pelajar belajar dengan kelajuan yang sama dan berada pada tahap yang sama pemahaman. 5. Kuliah tidak berpadanan untuk mengajar pelajar yang berfikir arahan yang lebih tinggi seperti aplikasi,analisis,sintesis,atau evaluasi,untuk mengajar keterampilan motorik,atau untuk menpegaruhi sikap atau nilai. 6. Kuliah tidak berpadanan untuk mengajar kompleks,bahan alstrak. 7. Kuliah yang berkesan memerlukan speaker. 8. Kuliah menekankan belajar dengan mendengarkan yang merupakan kerugian bagi pelajar yang mempunyai gaya belajar yang lainnya.

9. Pelajar tidak dapat berkonsentrasi selepas lima belas minit hingga dua puluh lima minit. 10. Sistem kuliah sangat susah untuk mengekalkan minat dan perhatian pelajar selama satu jam penuh dan lima puluh minit dari kuliah. 11. Informasi kuliah akan cepat dilupakan, selama dan setelah kuliah 12. Kuliah tidak berkesan bila tujuan pengajaran berfikir. 13. Pelajar tidak aktif ketika mendengarkan sahaja.Mereka akan berasa bosan dan kurang minat dengan sistem kuliah ini. 14. Pelajar (terutamanya pelajar kurang matang) cenderung hilang minat selepas masa yang singkat. 15. Mungkin tidak akan berkesan untuk berfikir tahap tinggi kemahiran, bergantung pada pengetahuan dan kemahiran daripada guru. 16. Pelajar tidak dapat fokus.

Objektif Kajian
Objektif Umum 1. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam sistem pembelajaran kuliah dan tutorial. 2. Mengenalpasti cara-cara atau langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan sistem kuliah dan tutorial dapat dijalankan dengan lebih berkesan. 3. Mengenalpasti tempoh waktu para pelajar dapat memberikan perhatian yang maksimum ketika proses pengajaran.

Objektif Khusus 1. Mengenalpasti pendapat para pelajar sama ada setuju atau tidak sistem kuliah dan tutorial dijalankankan untuk pelajar pra-universiti. 2. Mengenalpasti sama ada sistem pembelajaran kuliah dan tutorial sesuai untuk dipraktikkan kepada para pelajar pra universiti. 3. Mengenalpasti sistem pembelajaran yang sesuai untuk pelajar pra-universiti sama ada sistem pembelajaran kuliah dan tutorial atau sistem pengajaran dan pembelajaran. 4. Mengenalpasti tahap kefahaman pelajar dalam pelajaran melalui sistem pembelajaran kuliah dan tutorial.

5. Mengenalpasti kekurangan bilik kuliah yang menyebabkan sistem pembelajaran kuliah dan tutorial kurang berkesan atau tidak sama dengan peringkat matrikulasi dan universiti

Penyelidikan Pandangan Pelajar Mengenai Sistem Kuliah Survey (Tingkatan 6 Atas)
Perkara 100% perhatian Pemahaman pembelajaran melalui ‘slide show’ Keselesaan Masa kuliah terlau panjang Ya 8 20 3 48 Tidak 52 40 57 12 39 38 47

Pendapat mengenai susunan kerusi 21 dan meja Masalah melihat ‘screen’ di bilik kuliah 22 Pemahaman sistem kuliah tanpa sistem tutorial 13

Graf Menunjukkan Pandangan Pelajar Terhadap Sistem Kuliah(Tingkatan 6 Atas)

Tafsiran Data (Tingkatan 6 Atas)
Kumpulan kami telah melakukan soal selidik mengenai tajuk Keburukan Sistem Kuliah & Tutorial. Hasil daripada soal selidik yang kami dapati menunjukkan yang Sistem Kuliah tidak sesuai

dipraktikkan untuk pelajar-pelajar Pra-U. Kami telah melakukan soal selidik ini terhadap 60 orang pelajar Tingkatan 6 atas. Dalam kajian yang kami lakukan, terdapat 15.4% ataupun 8 orang pelajar sahaja yang hanya dapat menumpukan 100% perhatian dalam pengajaran guru dalam sistem kuliah. 84.6% ataupun 52 orang pelajar yang lain tidak dapat menumpukan perhatian mereka. Daripada 60 orang pelajar yang disoal selidik, hanya 33.3% daripada mereka ataupun 20 orang daripada mereka yang dapat memahami pengajaran dan pembelajaran melalui “slide show”. 66.7% ataupun 40 orang pelajar yang selebihnya menunjukkan respons yang negative. Apabila ditanya pelajar tentang keselesaan di bilik kuliah, hanya segelintir daripada mereka yang dapat menyesuaikan diri. Hanya 3 orang ataupun 5% daripada pelajar yang disoal selidik yang berasa selesa. 57 orang atau 95% pelajar tidak berasa selesa di dalam bilik kuliah dan termasuk juga persekitarannya.

48 orang pelajar atau 80% daripada pelajar yang disoal selidik bersetuju bahawa masa kuliah terlalu panjang. Hal ini adalah kerana pelajar-pelajar tidak dapat menumpukan perhatian mereka untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu, ada di antara mereka yang mencadangkan bahawa masa kuliah patut dipendekkan. 65% daripada pelajar yang disoal selidik atau 39 orang pelajar tidak berpuas hati dengan susunan kerusi dan meja di bilik kuliah kerana pelajar yang duduk di bahagian belakang tidak dapat mendengar pengajaran guru dan juga tidak dapat melihat screen di hadapan. Ramai pelajar mempunyai masalah melihat screen yang terdapat di bilik kuliah. Dalam kajian kami terdapat 63.3% daripada 60 pelajar yang disoal selidik yang mengemukakan masalah ini. Hal ini adalah kerana screen diletakkan di tepi bilik kuliah. Ia sepatutnya diletakkan di tengah-tengah bilik kuliah untuk memudahkan semua pelajar supaya dapat melihat screen di hadapan mereka. 78.3% daripada 60 orang pelajar yang disoal selidik menyatakan yang mereka tidak dapat memahami pengajaran guru melalui sistem kuliah tanpa sistem tutorial. Dalam erti kata lain, pelajar dapat memahami sistem kuliah dengan lebih baik jika adanya sistem tutorial. Secara konklusinya, sistem kuliah masih ada kekurangannya. Oleh itu, masalah ini haruslah diselesaikan dengan segera supaya dapat menarik minat pelajar untuk menumpukan perhatian mereka terhadap pelajaran dan seiring dengan itu ia juga dapat

meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang akademik.

Penyelidikan Pandangan Pelajar Mengenai Sistem Kuliah (Tingkatan 6 Bawah)

Perkara 100% perhatian

Ya 8

Tidak 52 30 10 7 47 20 56

Pemahaman pembelajaran melalui ‘slide 30 show’ Keselesaan 50 Masa kuliah terlau panjang Pendapat mengenai susunan kerusi dan meja Masalah melihat ‘screen’ di bilik kuliah Pemahaman sistem kuliah tanpa sistem tutorial 53 13 40 4

Graf Menunjukkan Pandangan Pelajar Terhadap Sistem Kuliah(Tingkatan 6 Bawah)

Tafsiran Data (Tingkatan 6 Bawah)
Kumpulan kami telah melakukan soal selidik mengenai tajuk Keburukan Sistem Kuliah & Tutorial. Hasil daripada soal selidik yang kami dapati menunjukkan yang Sistem Kuliah tidak sesuai

dipraktikkan untuk pelajar-pelajar Pra-U. Kami telah melakukan soal selidik ini terhadap 60 orang pelajar Tingkatan 6 bawah. Dalam kajian yang kami lakukan, terdapat 15.4% ataupun 8 orang pelajar sahaja yang hanya dapat menumpukan 100% perhatian dalam pengajaran guru dalam sistem kuliah. 84.6% ataupun 52 orang pelajar yang lain tidak dapat menumpukan perhatian mereka. Daripada 60 orang pelajar yang disoal selidik, separuh daripada 60 pelajar dapat memahami pengajaran melalui ‘slide show’ iaitu 50% ataupun 30 pelajar.Keputusan ini sama dengan pelajar yang tidak memahami pengajaran melalui ‘slide show’. Apabila ditanya pelajar tentang keselesaan di bilik kuliah, hanya segelintir daripada mereka yang dapat menyesuaikan diri. Hanya 10

orang ataupun 16.7% daripada pelajar yang disoal selidik yang berasa selesa. Sebanyak 50 orang atau 83.3% pelajar tidak berasa selesa di dalam bilik kuliah dan termasuk juga persekitarannya. Sebanyak 57 orang pelajar atau 95% daripada pelajar yang disoal selidik bersetuju bahawa masa kuliah terlalu panjang. Hal ini adalah kerana pelajar-pelajar tidak dapat menumpukan perhatian mereka untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu, ada di antara mereka yang mencadangkan bahawa masa kuliah patut dipendekkan. 78.3% daripada pelajar yang disoal selidik atau 47 orang pelajar tidak berpuas hati dengan susunan kerusi dan meja di bilik kuliah kerana pelajar yang duduk di bahagian belakang tidak dapat mendengar pengajaran guru dan juga tidak dapat melihat screen di hadapan. Ramai pelajar mempunyai masalah melihat screen yang terdapat di bilik kuliah. Dalam kajian kami terdapat 66.7% daripada 60 pelajar yang disoal selidik yang mengemukakan masalah ini. Hal ini adalah kerana screen diletakkan di tepi bilik kuliah. Ia sepatutnya diletakkan di tengah-tengah bilik kuliah untuk memudahkan semua pelajar supaya dapat melihat screen di hadapan mereka. 93.3% daripada 60 orang pelajar yang disoal selidik menyatakan yang mereka tidak dapat memahami pengajaran guru melalui sistem kuliah tanpa sistem tutorial. Dalam erti kata lain, pelajar dapat memahami sistem kuliah dengan lebih baik jika adanya sistem tutorial. Secara konklusinya, sistem kuliah masih ada kekurangannya. Oleh itu, masalah ini haruslah diselesaikan dengan segera supaya dapat

menarik minat pelajar untuk menumpukan perhatian mereka terhadap pelajaran dan seiring dengan itu ia juga dapat

meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang akademik.

Penyelidikan Perbandingan Antara Sistem Kuliah & Tutorial Dengan P&P Biasa
Sistem Pembelajaran Sistem Kuliah dan Tutorial Sistem Pengajaran dan Pembelajaran Bilangan Pelajar 25 95

Carta Menunjukkan Pilihan Sistem Pembelajaran Oleh Pelajar Prauniversiti

Tafsiran Data Bagi Pilihan Sistem Pengajaran Oleh Pelajar Pra-U
 Sebanyak 120 pelajar Pra-U telah menyertai kajian yang dibuat oleh kami mengenai kefahaman antara sistem kuliah dan tutorial dengan sistam P&P seperti biasa. Menurut keputusan kajian, sebanyak 95

orang pelajar ataupun 79.2% daripada 120 orang pelajar lebih memahami sistem pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Pilihan ini telah melebihi sistem pengajaran melalui sistem kuliah dan tutorial sebanyak 58.4% iaitu sebanyak 70 orang pelajar. Ini telah menunjukkan sebahagian besar pelajar tidak dapat memahami sistem pengajaran yang kami jalankan sekarang iaitu sistem kuliah dan tutorial.

Cadangan
1. Memendekkan masa kuliah

-Merujuk pada kajian, kebanyakan pelajar berasa masa kuliah terlalu panjang dan membosankan sehingga menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian semasa kuliah dijalankan. Oleh itu daripada cadangan pelajar, satu setengah jam adalah masa yang dicadangkan oleh kebanyakan pelajar. 2. Menaik taraf sistem suara yang sedia ada -Menurut kajian, kebanyakan pelajar tidak dapat mendengar dengan jelas kepada maklumat yang disampaikan oleh guru di hadapan. Terutama pelajar yang duduk di belakang. Ini akan mejejaskan pembelajaran dan keputusan pelajar. Justeru, dengan bantuan sistem suara pelajar dapt mendengar dengan lebih jelas dan lebih memahami ajaran yang disampaikan oleh guru. 3. ‘Screen’ perlu dibesarkan -Menurut kajian, pelajar telah menghadapi masalah melihat ‘screen’ di hadapan. Kajian mengatakan di bilik kuliah terlalu kecil sehingga menyebabkan mereka tidak dapat melihat nota yang di sampaikan oleh guru yang mengajar. Letakan ‘screen’ juga merupakan satu masalah kepada pelajar. Pelajar yang duduk di sebelah kiri mendapi masalah ini. Dengan meletakkan ‘screen’ di tengah-tengah bilik kuliah, semua pelajar dapat melihat dengan lebih jelas dan teliti. 4. Menaik taraf bilik kuliah yang sedia ada -Menurut kajian, pelajar berasa tidak selesa belajar di bilik kuliah dengan suasana yang panas dan bising. Bilik kuliah yang dapat dimasuki hampir lapan puluh orang pelajar dengan hanya lima buah kipas telah menyebabkan pelajar berasa tidak selesa belajar di dalam bilik kuliah. Oleh itu, ada sebahagian pelajar mencadangkan

untuk memasang alat penghawa dingin di bilik kuliah untuk menambahbaikkan suasana yang terlalu panas dan tidak selesa supaya mereka dapat belajar dengan suasana yang lebih selesa.

Rujukan
1. www.wcer.wisc.edu.com

2. www.amazon.com 3. www.wiki.answers.com 4. www.books.google.com 5. www.teachphilosophy.org.com 6. www.samford.edu.com 7. www.adprima.com 8. www.kuliahonline.unikom.com 9. www.scribd.com 10. Bahan sumber yang tidak diterbitkan:Kolokium Pelajar-pelajar Prauniversiti Sekolah-sekolah Menengah Negeri Johor 2009

Rumusan

Menurut kajian yang dijalankan oleh kami, banyak bukti telah membuktikan bahawa sistem kuliah dan tutorial masih mempunyai kekurangannya. Seperti yang dilihat, pelajar sendiri merasakan sistem kuliah dan tutorial ini tidak membantu mereka dalam pembelajaran malah sistem ini telah manjadi suatu halangan pembelajaran bagi pelajar. Dengan fakta yang sedia ada dan keputusan soal selidik kami, seramai 95 orang pelajar dari 120 orang pelajar yang disoal selidik telah memilih sistem pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Secara tuntasnya, dengan bukti yang dibuktikan oleh kumpulan kami, kami tidak setuju sistem kuliah dan tutorial yang masih mempunyai kekurangan dijalankan di sekolah.

KETIDAKSESUAIAN SISTEM KULIAH DAN TUTORIAL DIJALANKAN DI SEKOLAH

NG YEE XVAN YASHENI A/P TINABALAN ONG SEOW YIN SINUSHA A/P MURTHY LIM HUEY JIUAN NURUL FARHANAH BINTI MISLAN

SEKOLAH TINGGI KLUANG

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->