You are on page 1of 20

KETIDAKSESUAIAN SISTEM

KULIAH DAN TUTORIAL


DIJALANKAN DI SEKOLAH
Instructor: Pn Zaidah
Ketua Kumpulan: Ng Yee Xvan
Pembentang: Yasheni
Slide Show : Ong Seow Yin
Nurul Farhanah
KertasKerja : Lim Huey Jiuan
Sinusha
Pengenalan
Tingkatan 6 sekarang dikenali sebagai pra-universiti.
Ia merujuk kepada laluan ke university selepas
peringkat menengah sama ada tingkatan 6 atau
matrikulasi. Sekarang sistem kuliah dan tutorial
diperkenalkan di peringkat Tingkatan 6
menggantikan sistem pengajaran dan pembelajaran
yang biasa digunakan untuk memudahkan pelajar-
pelajar untuk menyesuaikan diri di universiti dengan
sistem ini kelak. Kertas kerja kami memfokuskan soal
selidik tentang penerimaan pelajar serta guru
terhadap sistem yang baru ini.
Definisi Konsep
 Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pada halaman
724 sistem kuliah bermaksud pelajaran yang
disampaikan secara bersyarah atau berpidato oleh
mahaguru atau pensyarah di universiti atau maktab.
Manakala pada halaman 1501 sistem tutorial ialah
kelas perbincangan yang diadakan dengan bimbingan
seorang tutor dalam mata pelajaran tertentu.
Sinopsis
 
 Kolokium merupakan perjumpaan atau persidangan yang bersifat tidak formal
untuk membincangkan perkara yang biasanya bersifat ilmiah, perbincangan
secara berkumpulan. Kumpulan kami telah memilih tajuk “Pro Dan Kontra
Sistem Kuliah Dan Tutorial”. Tetapi selepas melalui perbincangan dengan
guru kami, kami telah mencapai kata sepakat untuk hanya membincangkan
“Keburukan Sistem Kuliah Dan Tutorial”.

 Dalam bidang akademik, kolokium mengandungi syarahan yang diberikan


oleh ahli komuniti akademik tentang kerjanya kepada rakan yang bekerja
dalam bidang berdekatan. Dalam hal ini, kumpulan kami akan membuat
pembentangan mengenai “Keburukan Sistem Kuliah Dan Tutorial”.
Kemudian, kami akan membincangkan topik ini dengan para pendengar kami
dan mereka akan bersoal jawab dengan kami untuk menanyakan perkara yang
tidak difahami dan mereka juga akan menilai kerja yang kami bentangkan.
Kesan Negatif Sistem Kuliah dan Tutorial
•Kuliah gagal untuk menyediakan instruktur dengan efektif tentang lingkup
pembelajaran yang dipelajari oleh pelajar.
•Pelajar akan sentiasa pasif dalam masa kuliah kerana tidak ada mekanisme
untuk memastikan bahawa mereka secara intelektual terlibat dengan pengajaran
guru.
•Maklumat cenderung dilupakan dengan cepat ketika pelajar menjadi pasif.
•Guru mengganggap bahawa semua pelajar belajar dengan kelajuan yang sama
dan berada pada tahap kefahaman yang sama.
•Kuliah tidak berpadanan untuk mengajar pelajar yang berfikir dengan arahan
yang lebih tinggi seperti aplikasi,analisis,sintesis,atau evaluasi yang menpegaruhi
sikap atau nilai.
•Kuliah tidak berpadanan untuk mengajar kompleks dan bahan alstrak.
•Kuliah yang berkesan memerlukan speaker.
•Kuliah menekankan belajar dengan mendengar yang merupakan kerugian bagi
pelajar yang mempunyai gaya belajar yang lain.
•Pelajar tidak dapat menumpukan perhatian selepas lima belas minit hingga dua
puluh lima minit sewaktu pembelajaran dijalankan.
 Sistem kuliah sangat susah untuk mengekalkan minat dan perhatian
pelajar selama satu jam penuh dan lima puluh minit dari kuliah.
 Informasi kuliah akan cepat dilupakan, selama dan setelah kuliah
 Kuliah tidak berkesan bila tujuan pengajaran berfikir.
 Pelajar tidak aktif ketika mendengarkan sahaja.Mereka akan berasa
bosan dan kurang minat dengan sistem kuliah ini.
 Pelajar (terutamanya pelajar kurang matang) cenderung hilang minat
selepas masa yang singkat.
 Mungkin tidak akan berkesan untuk berfikir tahap tinggi kemahiran,
bergantung pada pengetahuan dan kemahiran daripada guru.
 Pelajar tidak dapat fokus.
Penyelidikan Pandangan Pelajar
Mengenai Sistem Kuliah (Tingkatan 6
Atas)
Perkara Ya Tidak

100% perhatian 8 52

Pemahaman pembelajaran melalui ‘slide show’ 20 40

Keselesaan 3 57

Masa kuliah terlau panjang 48 12

Pendapat mengenai susunan kerusi dan meja 21 39

Masalah melihat ‘screen’ di bilik kuliah 22 38

Pemahaman sistem kuliah tanpa sistem tutorial 13 47


Graf Menunjukkan Pandangan Pelajar Terhadap
Sistem Kuliah(Tingkatan 6 Atas)
Tafsiran Data (Tingkatan 6 Atas)
 Kumpulan kami telah melakukan soal selidik mengenai tajuk Keburukan Sistem Kuliah &
Tutorial. Hasil daripada soal selidik yang kami dapati menunjukkan yang Sistem Kuliah tidak
sesuai dipraktikkan untuk pelajar-pelajar Pra-U. Kami telah melakukan soal selidik ini
terhadap 60 orang pelajar Tingkatan 6 atas.
  Dalam kajian yang kami lakukan, terdapat 15.4% ataupun 8 orang pelajar sahaja yang hanya
dapat menumpukan 100% perhatian dalam pengajaran guru dalam sistem kuliah. 84.6%
ataupun 52 orang pelajar yang lain tidak dapat menumpukan perhatian mereka.
  Daripada 60 orang pelajar yang disoal selidik, hanya 33.3% daripada mereka ataupun 20 orang
daripada mereka yang dapat memahami pengajaran dan pembelajaran melalui “slide show”.
66.7% ataupun 40 orang pelajar yang selebihnya menunjukkan respons yang negative.
  Apabila ditanya pelajar tentang keselesaan di bilik kuliah, hanya segelintir daripada mereka
yang dapat menyesuaikan diri. Hanya 3 orang ataupun 5% daripada pelajar yang disoal selidik
yang berasa selesa. 57 orang atau 95% pelajar tidak berasa selesa di dalam bilik kuliah dan
termasuk juga persekitarannya.
  48 orang pelajar atau 80% daripada pelajar yang disoal selidik bersetuju bahawa masa kuliah
terlalu panjang. Hal ini adalah kerana pelajar-pelajar tidak dapat menumpukan perhatian
mereka untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu, ada di antara mereka yang mencadangkan
bahawa masa kuliah patut dipendekkan.
 65% daripada pelajar yang disoal selidik atau 39 orang pelajar tidak berpuas hati
dengan susunan kerusi dan meja di bilik kuliah kerana pelajar yang duduk di bahagian
belakang tidak dapat mendengar pengajaran guru dan juga tidak dapat melihat screen
di hadapan.

 Ramai pelajar mempunyai masalah melihat screen yang terdapat di bilik kuliah. Dalam
kajian kami terdapat 63.3% daripada 60 pelajar yang disoal selidik yang
mengemukakan masalah ini. Hal ini adalah kerana screen diletakkan di tepi bilik
kuliah. Ia sepatutnya diletakkan di tengah-tengah bilik kuliah untuk memudahkan
semua pelajar supaya dapat melihat screen di hadapan mereka.

 78.3% daripada 60 orang pelajar yang disoal selidik menyatakan yang mereka tidak
dapat memahami pengajaran guru melalui sistem kuliah tanpa sistem tutorial. Dalam
erti kata lain, pelajar dapat memahami sistem kuliah dengan lebih baik jika adanya
sistem tutorial.
 
Secara konklusinya, sistem kuliah masih ada kekurangannya. Oleh itu, masalah ini
haruslah diselesaikan dengan segera supaya dapat menarik minat pelajar untuk
menumpukan perhatian mereka terhadap pelajaran dan seiring dengan itu ia juga
dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang akademik.      
 
Penyelidikan Pandangan Pelajar Mengenai
Sistem Kuliah (Tingkatan 6 Bawah)
Perkara Ya Tidak

100% perhatian 8 52

Pemahaman pembelajaran melalui ‘slide show’ 30 30

Keselesaan 50 10

Masa kuliah terlau panjang 53 7

Pendapat mengenai susunan kerusi dan meja 13 47

Masalah melihat ‘screen’ di bilik kuliah 40 20

Pemahaman sistem kuliah tanpa sistem tutorial 4 56


Graf Menunjukkan Pandangan Pelajar Terhadap
Sistem Kuliah(Tingkatan 6 Bawah)
Tafsiran Data (Tingkatan 6 Bawah)
 Kumpulan kami telah melakukan soal selidik mengenai tajuk Keburukan Sistem
Kuliah & Tutorial. Hasil daripada soal selidik yang kami dapati menunjukkan
yang Sistem Kuliah tidak sesuai dipraktikkan untuk pelajar-pelajar Pra-U. Kami
telah melakukan soal selidik ini terhadap 60 orang pelajar Tingkatan 6 bawah.

 Dalam kajian yang kami lakukan, terdapat 15.4% ataupun 8 orang pelajar sahaja
yang hanya dapat menumpukan 100% perhatian dalam pengajaran guru dalam
sistem kuliah. 84.6% ataupun 52 orang pelajar yang lain tidak dapat
menumpukan perhatian mereka.

 Daripada 60 orang pelajar yang disoal selidik, separuh daripada 60 pelajar dapat
memahami pengajaran melalui ‘slide show’ iaitu 50% ataupun 30
pelajar.Keputusan ini sama dengan pelajar yang tidak memahami pengajaran
melalui ‘slide show’.

 Apabila ditanya pelajar tentang keselesaan di bilik kuliah, hanya segelintir


daripada mereka yang dapat menyesuaikan diri. Hanya 10 orang ataupun 16.7%
daripada pelajar yang disoal selidik yang berasa selesa. Sebanyak 50 orang atau
83.3% pelajar tidak berasa selesa di dalam bilik kuliah dan termasuk juga
persekitarannya.
 Sebanyak 57 orang pelajar atau 95% daripada pelajar yang disoal selidik bersetuju
bahawa masa kuliah terlalu panjang. Hal ini adalah kerana pelajar-pelajar tidak dapat
menumpukan perhatian mereka untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu, ada di
antara mereka yang mencadangkan bahawa masa kuliah patut dipendekkan.
 
 78.3% daripada pelajar yang disoal selidik atau 47 orang pelajar tidak berpuas hati
dengan susunan kerusi dan meja di bilik kuliah kerana pelajar yang duduk di bahagian
belakang tidak dapat mendengar pengajaran guru dan juga tidak dapat melihat screen di
hadapan.
 
 Ramai pelajar mempunyai masalah melihat screen yang terdapat di bilik kuliah. Dalam
kajian kami terdapat 66.7% daripada 60 pelajar yang disoal selidik yang mengemukakan
masalah ini. Hal ini adalah kerana screen diletakkan di tepi bilik kuliah. Ia sepatutnya
diletakkan di tengah-tengah bilik kuliah untuk memudahkan semua pelajar supaya
dapat melihat screen di hadapan mereka.
 
 93.3% daripada 60 orang pelajar yang disoal selidik menyatakan yang mereka tidak
dapat memahami pengajaran guru melalui sistem kuliah tanpa sistem tutorial. Dalam
erti kata lain, pelajar dapat memahami sistem kuliah dengan lebih baik jika adanya
sistem tutorial.

 Secara konklusinya, sistem kuliah masih ada kekurangannya. Oleh itu, masalah ini
haruslah diselesaikan dengan segera supaya dapat menarik minat pelajar untuk
menumpukan perhatian mereka terhadap pelajaran dan seiring dengan itu ia juga dapat
meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang akademik.      
Penyelidikan Perbandingan Antara Sistem
Kuliah & Tutorial Dengan P&P Biasa
Sistem Pembelajaran Bilangan Pelajar
Sistem Kuliah & Tutorial 25
P&P seperti biasa 95
Carta Menunjukkan Pilihan Sistem
Pembelajaran Oleh Pelajar Prauniversiti
Tafsiran Data Bagi Pilihan Sistem
Pengajaran Oleh Pelajar Pra-U
Sebanyak 120 pelajar Pra-U telah menyertai kajian yang
dibuat oleh kami mengenai kefahaman antara sistem kuliah
dan tutorial dengan sistam P&P seperti biasa. Menurut
keputusan kajian, sebanyak 95 orang pelajar ataupun 79.2%
daripada 120 orang pelajar lebih memahami sistem
pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Pilihan ini
telah melebihi sistem pengajaran melalui sistem kuliah dan
tutorial sebanyak 58.4% iaitu sebanyak 70 orang pelajar.
Ini telah menunjukkan sebahagian besar pelajar tidak dapat
memahami sistem pengajaran yang kami jalankan sekarang
iaitu sistem kuliah dan tutorial.
Cadangan
 Memendekkan masa kuliah
-Merujuk pada kajian, kebanyakan pelajar berasa masa kuliah terlalu panjang dan
membosankan sehingga menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan sepenuh
perhatian semasa kuliah dijalankan. Oleh itu daripada cadangan pelajar, satu
setengah jam adalah masa yang dicadangkan oleh kebanyakan pelajar.

 Menaik taraf sistem suara yang sedia ada


-Menurut kajian, kebanyakan pelajar tidak dapat mendengar dengan jelas kepada
maklumat yang disampaikan oleh guru di hadapan. Terutama pelajar yang duduk
di belakang. Ini akan mejejaskan pembelajaran dan keputusan pelajar. Justeru,
dengan bantuan sistem suara pelajar dapt mendengar dengan lebih jelas dan lebih
memahami ajaran yang disampaikan oleh guru.
‘Screen’ perlu dibesarkan
-Menurut kajian, pelajar telah menghadapi masalah melihat ‘screen’ di hadapan.
Kajian mengatakan di bilik kuliah terlalu kecil sehingga menyebabkan mereka tidak
dapat melihat nota yang di sampaikan oleh guru yang mengajar. Letakan ‘screen’
juga merupakan satu masalah kepada pelajar. Pelajar yang duduk di sebelah kiri
mendapi masalah ini. Dengan meletakkan ‘screen’ di tengah-tengah bilik kuliah,
semua pelajar dapat melihat dengan lebih jelas dan teliti.

Menaik taraf bilik kuliah yang sedia ada


-Menurut kajian, pelajar berasa tidak selesa belajar di bilik kuliah dengan
suasana yang panas dan bising. Bilik kuliah yang dapat dimasuki hampir lapan
puluh orang pelajar dengan hanya lima buah kipas telah menyebabkan pelajar
berasa tidak selesa belajar di dalam bilik kuliah. Oleh itu, ada sebahagian pelajar
mencadangkan untuk memasang alat penghawa dingin di bilik kuliah untuk
menambahbaikkan suasana yang terlalu panas dan tidak selesa supaya mereka
dapat belajar dengan suasana yang lebih selesa.
Rumusan
Menurut kajian yang dijalankan oleh kami, banyak bukti telah
membuktikan bahawa sistem kuliah dan tutorial masih
mempunyai kekurangannya. Seperti yang dilihat, pelajar
sendiri merasakan sistem kuliah dan tutorial ini tidak
membantu mereka dalam pembelajaran malah sistem ini telah
manjadi suatu halangan pembelajaran bagi pelajar. Dengan
fakta yang sedia ada dan keputusan soal selidik kami, seramai
95 orang pelajar dari 120 orang pelajar yang disoal selidik telah
memilih sistem pengajaran dan pembelajaran seperti biasa.
 Secara tuntasnya, dengan bukti yang dibuktikan oleh
kumpulan kami, kami tidak setuju sistem kuliah dan tutorial
yang masih mempunyai kekurangan dijalankan di sekolah.

You might also like