P. 1
Definisi urbanisasi

Definisi urbanisasi

|Views: 7,504|Likes:
Published by kyanzhi

More info:

Published by: kyanzhi on Feb 23, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/26/2013

pdf

text

original

Definisi urbanisasi

Urbanisasi adalah proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar kepada bandar. Pembandaran juga berlaku apabila petempatan bandar berkembang menjadi bandar yang lebih besar dan kompleks. Sifatnya seperti dari bandar kecil ke bandar sederhana akhirnya menjadi bandaraya. Konsep urbanisasi / pembandaran meliputi empat aspek berikut : Pertambahan jumlah dan peratus penduduk yang tinggal⊄ di kawasan bandar. Contoh di Malaysia sebuah petempatan dikelaskan sebagai bandar jika mempunyai jumlah penduduk melebihi 10,000 orang. ⊄ Peluasan saiz bandar dengan pertambahan bangunan, ruang, perniagaan, kawasan tempatan bandar, peningkatan sistem dan jaringan pengangkutan dan pertambahan fungsi bandar. Pembandaran ditakrifkan sebagai pembagunan⊄ struktur dan tradisional (pertanian) kepada ekonomi moden seperti perindustrian, perkilangan dan perkhidmatan. Perubahan cara⊄ hidup penduduk dari tradisional kepada nilai dan gaya hidup bandar yang lebih moden. Pembandaran juga merujuk kepada satu proses pembinaan dan pertumbuhan sesebuah bandar. Ini merujuk kepada pertambahan penduduk hasil daripada perkembangan dalaman dan migrasi dan juga perkembangan ruang bandar. Urbanisasi juga merujuk kepada peningkatan pengeluaran bandar dari aspek industri samaada perindustrian atau pertanian hasil dari kemasukkan ramai penduduk ke bandar yang memberi peluang kepada peningkatan produktiviti bandar. Hasil daripada pembandaran ini, sesebuah bandar itu menjadi pusat tumpuan kepada pelbagai aktiviti seperti pusat pentadbiran, komersial, perbankan dan perumahan. Keadaan ini menyebabkan pihak kerajaan perlu menyediakan kemudahan yang sesuai dan mencukupi bagi menampung pemintaan terhadap aktiviti yang dijalankan di bandar. Keadaan ini menyebakan kawasan bandar menerima pelbagai kemudahan berbanding keadaan di luar bandar Kebanyakan bandar di sesebuah negara akan mengalami dua tahap iaitu pembangunan dan mengalami proses pembandaran. Di peringkat awal, sesebuah kawasan itu akan mengalami proses pembangunan yang mana peringkat ini sesebuah kawasan itu cuba meningkatkan ekonomi dan struktur sosial. Jika dilihat dari sejarah awal perkembangan sesebuah bandar, faktor pedagangan dan perindustrian banyak memainkan peranan di dalam pembangunan sesebuah bandar. Pelbagai faktor yang membawa kepada perkembangan pembadaran bandar ini. Keadaan

ini lebih merujuk kepada fanomena globalisasi yang melanda dunia abad ini. Globalisasi merujuk kepada pergerakkan bebas modal, buruh, maklumat dan teknologi. Di dalam proses pembandaran, perkara-perkara yang perlu dipertingkatkan dan dibangunkan dari segi infrastruktur, pengangkutan, telekomunikasi dan perumahan didalam menampung aktiviti ekonomi yang dijalankan. Kemudahan-kemudahan perlu disediakan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelaburan. Bandar di sesebuah negara akan menjadi pusat aktiviti kepada segala aktiviti perniagaan dan perkhidmatan bukan sahaja bagi negara tersebut malah diperingkat global. Fenomena globalisasi memain peranan yang kuat didalam proses peningkatan pembandaran sesebuah bandar didalam memenuhi keperluan dan kehendak kemudahan semasa baik dari segi pelaburan dan masyarakat bandar itu sendiri.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI LETAKAN BANDAR • • • • • • • • • Bentuk muka bumi tanah pamah yang rata sesuai untuk membina bangunan + cth lokasi. Terlindung dari ribut / taufan + cth lokasi. Terdapat sumber bahan mentah i.e. petroleum, arang batu, bijih timah + cth lokasi.Kawasan yang kaya dengan perikanan + cth lokasi. Kawasan pelancongan + cth lokasi. Sejarah - bandar awal +cth lokasi. Terdapat jalan pengangkutan i.e. jalan raya yang menghubunginya dengan bandar lain. Perkembangan industri kilang yang menggalakkan migrasi + cth lokasi. Terletak berhampiran dengan pelabuhan / lapangan terbang untuk tujuan eksport dan import. Pusat pendidikan - terdapat institusi pengajian tinggi yang menggalakkan migrasi + cth lokasi.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN BANDAR

• • • • • • • • • • • •

Faktor sejarah - spt petempatan awal + cth lokasi. Kedudukan yang strategik spt laluan pedagangan timur barat. Pusat pengumpulan sumber milneral / hasil pertanian + cth lokasi. Migrasi penduduk dari desa. Pusat pentadbiran / ibu negeri. Kadar pertumbuhan semulajadi penduduk tinggi. Kadar kelahiran dan kematian rendah. Terdapat industri kilang yang menggalakkan migrasi dari luar bandar + cth kilang. Perkembangan jalan pengangkutan / pusat jalan raya dan keretapi. Pusat pendidikan / perdagangan / kebudayaan / agama cth. Peranan Majlis perbandaran + cth. Penubuhan bandar satelit + cth bandar.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI LETAKAN PELABUHAN DAN LINGKUNGAN PENGARUHNYA • • • • • • Kedudukan yang strategik spt laluan jalan laut antarabangsa timur-barat +cth lokasi. Terlindung dari angin ribut spt berteluk-teluk / dilindungi pulau + cth lokasi. Kawasan yang kaya dengan ikan + cth lokasi. Berhampiran dengan bandar-bandar besar untuk urusan kewangan. Berhampiran kawasan industri untuk khidimat import / eksport + cth lokasi. Berhampiran kawasan sumber mineral spt petroleum untuk khidmiat import / eksport + cth lokasi. Laut yang dalam /fiod sesuai untuk dijadikan pelabuhan +cth. Permintaan yang tinggi untuk khidmat jalan laut; pergudangan; baiki kapal; kontena daripada kapal / kilang + cth. Buruh yang ramai dan kawasan berpenduduk padat + cth lokasi.

LINGKUNGAN PENGARUH • • • Mengimport bahan mentah + cth makanan, bahan kimia, jentera untuk bandar / kilang + cth bandar / kilang. Mengeksport hasil kilang + jenis hasil, mineral, hasil pertanian, kayu balak +lokasi. Pekerjaan bagi penduduk bandar berhampiran + cth bandar


Khidmat kontena / gudang - untuk syarikat / kilang berhampiran + lokasi kilang.
Kuasa Elektrik haba untuk kegunaan kilang / bandar 1+cth lokasi.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->