You are on page 1of 2

Strategi, Kaedah dan Teknik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan

Jasmani
Pengajaran seorang guru yang holistik dalam mengekal, meningkatkan minat dan
kesediaan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani serta
untuk mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan memerlukan kemahiran dalam
penggunaan pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik mengikut kesesuaian
dan keunikan diri murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik mempunyai konsep yang berbeza.
Pencerahan kepada konsep dan penggunaan setiap konsep pengajaran tersebut
diperhalusi dalam huraian berikut:
Konsep
Pendekatan berkait rapat dengan falsafah pengajaran dan bersifat umum.
Menurut Anthony (dalam Mok Soon Sang, 2010), pendekatan ialah satu set andaian
yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai
unsur aksiomatik. menurut Mok Soon Sang (2010), strategi pula merupakan rancangan
yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Dalam pada itu, kaedah pula
merupakan langkah-langkah sistematik dan tersusun yang dilaksanakan oleh guru
bertujuan untuk mencapai objektif pelajarannya manakala teknik pula merupakan
kemahiran guru untuk mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar yang dipilihnya
untuk mencapai objektif pelajaran yang berkesan.
Pendekatan
Pendekatan merujuk kepada kaedah yang digunakan oleh guru untuk mendekati
murid-muridnya dalam bilik darjah (Orlich et al.,2007). Pendekatan juga merujuk kepada
kebolehan guru mengatur proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan tahap
penglibatan murid dan guru dalam bilik darjah. Terdapat tiga pendekatan pengajaran
yang boleh diaplikasikan oleh seseorang guru dalam pengajaran dan pembelajaran
pendidikan jasmani.
Pendekatan yang pertama ialah konsep pengajaran tradisional. Konsep ini
adalah guru hanya mengajar dan menentukan tugasan kerana menekankan pengajaran

berfokus kepada guru. Seterusnya ialah pengjaran humanistik. Konsep pengajaran


humanistik menitikberatkan perkembangan secara bebas iaitu murid bebas mempelajari
perkara yang dikehendaki. Selain itu, juga ialah pengajaran gabungan yang merupakan
gabungan pendekatan tradisional dan humanistik.
Kaedah dan teknik
Kaedah merupakan perancangan atau prosedur dalam pelaksanaan pengajaran
yang teratur, kemas dan sistematik. Dalam pengajaran pendidikan jasmani, terdapat
beberapa kaedah yang dapat dilaksanakan mengikut kesesuaian gaya pembelajaran,
topik, aktiviti serta kesesuaian murid dan tahap murid. Antaranya adalah kaedah
penyelesaian masalah, kaedah projek, kaedah demonstrasi atau tunjuk cara, kaedah
kuliah atau syarahan, kaedah pembelajaran masteri, kaedah pembelajaran koperatif
dan kaedah perbincangan. Sementara itu, teknik pula merupakan kemahiran guru
dalam melaksanakan kaedah yang dipilih.
Strategi
Dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, terdapat sembilan
strategi yang boleh diguna pakai oleh murid. Antaranya adalah belajar cara belajar,
pembelajaran masteri, aplikasi teori kecerdasan pelbagai, kajian masa depan,
pembelajaran kontekstual, pembelajaran konstruktivisme, kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif, pembelajaran akses kendiri, aplikasi ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Aktiviti
Aktiviti dalam pendidikan jasmani adalah perkara yang dilakukan oleh murid
berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru.
Sebagai contoh aktiviti dalam pendidikan jasmani ialah latih tubi dan perbincangan.

You might also like