You are on page 1of 55

PEMBINAAN MULTIMEDIA

PENDIDIKAN
PERSEMBAHAN
ELEKTRONIK
Microsoft Power Point

Pusat Kegiatan Guru


Kawasan Kuala Pilah
72000 Negeri Sembilan D.Khusus
TUJUAN PERISIAN DIBINA

 Pembelajaran Kendiri
 Untuk murid
 Pengajaran dan pembelajaran
 Untuk guru
 Kedua-duanya
 Untuk guru dan murid
KAEDAH PEMBELAJARAN

Kepelbagaian Bentuk Proses Pengajaran dan


Pembelajaran dalam pembinaan perisian.

 Ensaiklopedia
 Penemuan dan lain-lain.
APA YANG DIPERLUKAN

 Sesebuah projek pembangunan perisian


perlu dirancang terlebih dahulu. Sebelum
anda membangunkan perisian itu, anda
perlu memikirkan tentang kenapa anda
hendak membina perisian itu. Adakah
anda mahu membina perisian berkaitan
pengajaran dan pembelajaran atau untuk
persembahan? Adakah perisian yang
dirancangkan itu besar atau kecil?
PERANCANGAN

 Dalam langkah perancangan, anda boleh


mengambarkan perisian anda secara
kasar dengan carta alir. Ia adalah sangat
penting kerana merupakan peta jalan bagi
aplikasi program multimedia yang
berbentuk interaktif yang akan
mengilustrasikan pelbagai pilihan
pengguna pada skrin.
PERANCANGAN

Anda perlu membuat perancangan yang


teliti sebelum memulakan pembinaan multimedia
antaranya:

 Pembentukan pasukan.
 Pemilihan perkakasan dan perisian.
 Merekabentuk bahan P & P
 Pengarangan
 Master CD dan penilaian
KUMPULAN KERJA ATAU PASUKAN

Antara Kumpulan Kerja ATAU Pasukan :


 Pengurus Projek
 Mengurus perjalanan projek dan sebagai fasalitator
 Pakar Subjek atau Kandungan
 Membekal maklumat dan isi kandungan
 Pereka Bentuk
 Menentukan bagaimana maklumat dipersembahkan
dalam pelbagai gaya pembelajaran
 Pembangun Papancerita
 Menghasilkan skrip yang dapat menarik perhatian,
konsisten dengan jalan cerita
KUMPULAN KERJA ATAU PASUKAN

Antara Kumpulan Kerja :


 Penyuntingan Grafik
 Bertanggungjawab dalam elemen grafik seperti latar
belakang, butang, gambar.
 Penyediaan Bahan Audio
 Bertanggungjawab dalam merekacipta dan
menghasilkan muzik yang menarik, kesan bunyi,
suara (vokal) dan juga suara latar yang diperlukan.
 Penyuntingan Video
 Membuat penggambaran, menyunting dan
mendigitalkannya. Dia juga bertanggungjawab
mengambil gambar, mengimbas gambar atau slaid.
KUMPULAN KERJA ATAU PASUKAN

Antara Kumpulan Kerja :


 Pelukis Animasi 2D / 3D
 Bertanggunjawab terhadap rekabentuk dan
penghasilan ilustrasi bergerak beserta
kesannya.
 Pengaturcara atau Pengarangan
 Mengatur cara barisan kod atau skrip dalam
alat pengarangan.
PENGENALAN KEPADA PERISIAN
MICROSOFT POWER POINT
 Microsoft Power Point merupakan sebuah
pakej perisian persembahan elektronik
yang lengkap dengan kemudahan dalam
menghasilkan elemen-elemen multimedia
yang utama seperti grafik, animasi dan
interaktiviti.
KELEBIHAN MENGGUNAKAN PERISIAN
MICROSOFT POWER POINT
 Harga murah
 Mudah dipelajari
 Mempunyai ‘template’ dengan pelbagai
corak, warna latar belakang dan grafik
yang mudah.
 Kemudahan memasukkan audio, video,
serta animasi.
 Menyediakan pautan atau capaian.
KEKURANGAN MENGGUNAKAN
PERISIAN MICROSOFT POWER POINT
 Interaktiviti terhad
 Soalan random adalah terhad
 Perlu sokongan dari perisian lain untuk
menjadikan perisian lebih menarik
 Respon untuk memberi jawapan pada
paparan terhad
 Link terputus
SEBELUM MENYEDIAKAN PERISIAN
Anda perlu menyediakan:
 Peta Struktur
 Carta Alir
 Papancerita (Storyboard)
 Soalan latihan objektif atau subjektif dalam bentuk
Microsoft Word
 Atau soalan objektif menggunakan perisian lain seperti
Hot Potatoes
 Ujian
 Pemilihan perisian yang hendak digunakan
 Gambar yang berkaitan
 Video (jika ada)
 Audio (narasi, bunyi latar, efek)
 Animasi (jika ada)
KANDUNGAN DALAM PERISIAN

 Pengenalan
 Objektif
 Kumpulan Sasaran
 Mata pelajaran
 Pengetahuan atau Kemahiran Sedia ada
 Penggunaan :
- Pengayaan/Pemulihan/Pengukuhan
 Soalan atau latihan
 Penghargaan
CIRI-CIRI PERSEMBAHAN MULTIMEDIA
YANG BAIK DAN BERKESAN
TEKNIK PERSEMBAHAN
 Sesebuah multimedia yang baik dan lengkap
hendaklah berbentuk interaktif dan haruslah
mengikut ciri-ciri di bawah.
Perkara-perkara yang perlu ada:
Teks
Grafik termasuk gambar
Audio atau narasi
Video (jika ada)
Animasi (jika ada)
SUSUNATUR PAPARAN SKRIN

Paparan Utama (Interface Layout)


 Menarik
 Ramah pengguna
 Mudah difahami
 Sesuai dengan tahap kumpulan sasaran
PAPARAN UTAMA
 Antara muka (Skrin Frame)
 Menarik, lengkap, ramah pengguna dan mencapai
konsep. Dibina sendiri dan elakkan menggunakan
template yang sedia ada.
 Warna Latarbelakang
 Mempunyai kecerahan yang berlawanan dengan
warna teks iaitu tulisan gelap hendaklah dipadankan
dengan kertas dinding berwarna cerah dan begitu
juga sebaliknya. Warna yang menarik dan menepati
isi kandungan, bersesuaian dengan kumpulan
sasaran.
 Logo atau Trademark (logo sekolah atau
institusi)
REKABENTUK
 Menu Utama (Main Menu)
 Mudah digunakan dan lengkap. Menarik, kemas,
ramah pengguna, mudah digunakan dan lengkap.
 Submenu
 Cabangan dari menu utama. Pautan yang
mempunyai maklumat, cabangan dari menu utama
dan berfungsi.
 Butang navigasi
 Pautan ke paparan lain atau butang maju undur
berfungsi.
REKABENTUK

 Frame video
 Frame video diselaraskan saiz dan
kedudukannya – standard (320 x 240 pixel
*.avi) atau (352 x 288 picel *.mpeg).
 Frame Animasi
 Bersesuaian dengan maklumat yang hendak
disampaikan.
REKABENTUK
 Ikon
 Reka bentuk sesuai dengan topik
 Pemilihan warna harus sesuai dengan mengambil
kira latarbelakang
 Kedudukan ikon harus konsisten pada setiap paparan
 Saiz butang yang sesuai
 Ruang kosong
 Berdasarkan kepada kumpulan sasaran
 Butang keluar / Simbol keluar / Arahan keluar
tajuk
 Kedudukan tetap, berada pada setiap paparan
kandungan.
 Menggunakan butang / symbol / tek.
TAIPOGRAFI
 Jenis Font
 Jenis font yang biasa digunakan Arial, Times
New Roman, System dan Comic Sans SC
sesuai dengan komputer yang lain.
 Saiz
 Bersesuaian dengan kumpulan sasaran.
Jelas dan mudah dibaca.
 Aligment
 Kedudukan teks bersesuaian dengan
kumpulan sasaran.
TAIPOGRAFI
 Stail
 Normal, bold (penegasan) atau italic (bahasa
lain). Penggunaan stail font bersesuaian
dengan isi kandungan.
 Warna
 Warna yang cerah berlatarbelakang gelap
dan sebaliknya. Warna yang jelas mencapai
objektif.
 Efek
 Tidak terlalu banyak efek. Bersesuaian
dengan topik/subjek dan cara penyampaian
GAMBAR

 Format gambar biasa digunakan .jpg dan .bmp.


 Ciptaan Asli, elakkan dari cetak rompak diambil
dengan menggunakan digital kamera, diimbas
(scan) atau dilukis. Tidak digalakkan
menggunakan .tga, .wmf, .tif, .pcx saiznya besar
kerana ia melambatkan perjalanan perisian yang
dibina.
 Jelas, menarik dan kualiti gambar yang baik.
 Ada kaitan dengan kandungan.
GAMBAR

 Kedudukan yang tetap dan diselaraskan


saiznya.
 Gambar digunakan membantu isi pelajaran.
 Susun letak bersesuaian dengan isi kandungan.
 Resolusi gambar yang diimbas (scan) 300 dpi
dan di indexed.
GRAFIK

 Susun Atur Paparan Skrin


 Seimbang - Kedudukan teks dan grafik dalam
keadaan seimbang.
 Kemas - Susun letak paparan skrin dalam
keadaan kemas, bersih dan menarik.
 Konsisten - Teks dan grafik perlu berada
pada kedudukan yang tetap pada setiap
paparan.
ANIMASI
 Imej bergerak digunakan bagi menegas atau
menjelaskan lagi sesuatu fakta.

Pemilihan animasi hendaklah tepat dan


bersesuaian dengan kandungan, tidak terlalu
banyak menyebabkan gangguan tumpuan.
Format animasi yang biasa digunakan; ( Microsoft GIF
Animator) .gif, (Macromedia Flash) .swf
 Hanya digunakan pada paparan yang sesuai.
 Kualiti yang baik.
 Mempunyai daya tarikan.
 Sesuai dengan isi kandungan.
 Contoh menggunakan Macromedia Flash saiz nya kecil
dan ringan.
TRANSISI
 Memasukkan kesan khas seperti transisi
(transition) dalam perisian Microsoft Power
Point.
 Bersesuaian dengan konsep yang hendak

disampaikan.
 Pastikan pengguna tidak terlalu lama
menunggu.
 Letakkan arahan bagi memudahkan
pengguna melayari perisian anda.
VIDEO
Fail video amat besar oleh sebab ia mengandungi terlalu
banyak maklumat yang terkandung dalamnya.

 Format fail (*.mov) Quick time , (*.flc), fail yang biasa


digunakan (*.avi), dan fail yang lebih kecil digunakan
(*.mpeg) atau (*.gif)
 Video yang jelas (saiz 320 x 240) atau
352 x 288).
 Maklumat yang disampaikan mencapai objektif.
 Format fail yang biasa digunakan (*.mpeg), (*.gif)
atau (*.avi)
AUDIO
 Muzik Latar
 Biasa digunakan format MIDI (*.midi) atau WAV
(*.wav)
 Muzik ciptaan sendiri
 Kualiti yang baik
 Lebih perlahan daripada suara latar
 Muzik yang ada kaitan dengan tajuk
 Kesan Bunyi
 Kesan bunyi yang pendek dan fail yang kecil
menggunakan format WAV (*.wav), MP3 (*.mp3) atau
SWA (*.swa) dalam format Authorware.
 Kesan bunyi yang menarik dan bersesuai dengan isi
pelajaran.
AUDIO
 Suara Latar
 Suara yang di rakam dalam bentuk format (*.wav)
atau SWA (*.swa) dalam format Authorware.
 Suara yang di rakam jelas dan menggunakan bahasa
baku.
 Pemilihan tek untuk rakaman suara latar berdasarkan
kepada peringkat umur pengguna.
Contoh:
Tahap 1 (Tahun 1, 2, 3)- Setiap tek dirakam untuk
menjelaskan isi pelajaran. Contoh: Power Point
Tahap 2 (Tahun 4, 5, 6) dan Sekolah Menengah –
Memadai dengan tek arahan kecuali pada tempat-
tempat yang tertentu bagi menegaskan isi pelajaran.
ISI KANDUNGAN

 Perkembangan
 Dari mudah ke susah
 Pengetahuan
 Bersesuaian dengan kumpulan sasaran
 Berdasarkan pengetahuan sedia ada
 Menguji pengetahuan
 Konsep
 Konsep tepat dan padat
 Mencapai objektif
BAHASA

 Pengistilahan
 Istilah yang tepat dan betul mengikut Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP).
 Ejaan
 Menggunakan ejaan yang betul (DBP).
 Tatabahasa
 Tatabahasa yang tepat dan betul.
 Laras Bahasa
 Laras bahasa yang tepat.
 Wacana
 Wacana yang menarik.
RAMAH PENGGUNA

 Hot Spot (akan respon pada objek)


 Hot Text (akan respon pada teks)
 Roll Over (akan respon pada objek dan teks)
 Scrolling Text (teks menggunakan bar)
 Bantuan (cara menggunakan perisian)
LATIHAN
 Kepelbagaian
- Isi tempat kosong (hotspot)
- Memadan (drag and drop)
- Aneka pilihan (ABC)
- Silangkata
- Puzzle
- Permainan (game)
- dll
LATIHAN
 Aras Kesukaran
 Mudah
 Sederhana
 Sukar
Contoh:
- Soalan berbentuk subjektif dengan menggunakan
Microsoft Word
- Aneka pilihan menggunakan Hot Hotatoes
 Menepati isi kandungan
 Sesuai untuk kumpulan sasaran
 Unsur-unsur
 Pengayaan
 Pemulihan
 Pengukuhan
Contoh Latihan
SOALAN
 Soalan
 Soalanmencukupi tahap yang dinilai
 Maklumbalas (betul atau salah)
 Peneguhan (tahniah/cuba lagi)
 Kemahiran
 KBKK
 Kemahiran Saintifik, dan lain-lain.
TEKNIKAL

 Susun Atur Paparan Skrin


 Menarik
 Ramah pengguna
 Mudah difahami
 Sesuai dengan tahap kumpulan sasaran
TEKNIKAL

 Traking (Penanda kawasan atau tempat pada


setiap paparan supaya pengguna tahu dimana
ia sedang berada)
 Log-in (kata laluan)
 Data Storage (penyimpanan data)
 Print Screen (cetak skrin paparan)
 Print File (mencetak kandungan file)
 Pelaporan (keputusan markah/pencapaian)
 Keperluan Sistem
PENGATURCARAAN

 Pengaturcaraan yang digunakan Microsoft


Power Point 2003.
 Pengaturcaraan yang digunakan oleh BTP iaitu
Macromedia Authorware 5.2 atau Macromedia
Authorware 7.01 (Educational Version).
 Lain-lain Program :
 Macromedia Flash MX (Animasi)
 Adobe Photoshop 8.0 / CS (Grafik)
 Sound Forge 6.0 / 7.0 (Audio)
 Vegas 5.0/ Adobe Primier 6 / 7 (Video)
BEBERAPA ISTILAH

 Hot Spot
 Akan respon apabila pengguna mengklik, klik-
duakali atau menggerak tetikus keatasnya.
 Hot Object
 Akan respon apabila pengguna mengklik
objek keatasnya.
 Drag and Drop
 Soalan berbentuk padanan.
BEBERAPA ISTILAH

 Random
 Soalan bertukar kedudukan untuk kali kedua.
 Score
 Jumlah markah.
 Log-in
 Katalaluan - pengguna menaip untuk
meneruskan kepaparan seterusnya.
BEBERAPA ISTILAH

 Scroll Text
 Bentuk tek yang menggunakan bar keatas
atau ke bawah untuk melihat tek yang
seterusnya.
 Tracking
 Penanda kawasan atau tempat pada setiap
paparan supaya pengguna tahu dimana ia
sedang berada.
 Transition
 Efek pada tek atau gambar/grafik.
BEBERAPA ISTILAH

 Tries Limit
 Menetapkan pengguna mencuba beberapa
kali cubaan yang ditetapkan.
 Wrong / Right Respond
 Memberitahu pengguna betul atau salah
setelah dicuba.
BEBERAPA ISTILAH

 Mouse Over
 Akan respon apabila pengguna menggerak
tetikus keatasnya.
 Link
 Pautan ke paparan lain.
 Check Button
 Butang semak.
BEBERAPA ISTILAH

 Mouse Click
 Pautan ke paparan lain apabila diklik.
 Close Up
 Paparan akan kelihatan dekat.
 Text Entry
 Memerlukan pengguna menaip perkataan
atau ayat.
KANDUNGAN DOKUMENTASI
PAPAN CERITA
Perkara yang perlu ada dalam dokumentasi:

 Peta Struktur / Kandungan (Mapping)


 Carta Alir
 Kandungan Papan Cerita
 Soalan Latihan
 Ujian
 Senarai Sumber Rujukan
PERINGATAN

 Sebelum menyediakan perisian


multimedia pendidikan. ?
Perlu diingatkan bahawa pasukan kerja
yang membina bahan tersebut hendaklah
berdasarkan kepada kemampuan atau
kepakaran yang sedia ada iaitu mudah,
tepat, padat, menarik dan mencapai
objektif.
PASTIKAN

 Kepakaran:
Isi kandungan, pengaturcara, animasi,
grafik,video dan audio.
 Gambar yang cukup.
 Kandungan yang lengkap.
 Soalan atau latihan yang mencukupi.
 Kekangan masa.
 Siap mengikut masa yang ditetapkan.
DOKUMENTASI

 Bentuk Perisian
 CD / DVD / Disket / Hard Drive / Thumb Drive / Zip
File beserta dengan casing dan dimuatkan kedalam
sebuah pakej yang menarik.
 Ringkasan Mengajar
 Ringkasan mengajar yang kemas, menarik
dan lengkap.
 Manual atau Panduan Pengguna
 Manual yang lengkap mengikut format yang
ditentukan.
PERINGATAN
 Simpan fail dalam folder yang sama.
 Ingatkan nama fail dan folder di mana fail itu
disimpan.
 Buatkan beberapa sub folder untuk:
 Grafik
 Audio
 Animasi
 Video
 Teks
 Dan lain-lain jika perlu
 Cuba uji pada komputer yang lain.
 Sentiasa membuat ‘backup
‘ file’.
KEGAGALAN PERISIAN
SESUATU PERISIAN AKAN GAGAL SEKIRANYA
BEBERAPA PERKARA SEPERTI DIBAWAH TERDAPAT
DI DALAM PERISIAN ANDA.

 Sistem tergantung.
 Fail yang tidak boleh dibuka (corrupt/virus).
 Operasi tidak sah (illigal operation).
 Fail audio dan video dan fail lain yang berkaitan tidak
disertakan dalam satu pakej menyebabkan pautan atau
‘Link’ terputus.
 Pertindihan gambar atau ikon dengan perkataan atau
ayat.
 Isi kandungan sedikit.
 Tidak ada soalan untuk menguji pengetahuan atau
soalan terlalu sedikit (sekurang-kurangnya 10 soalan).
KEGAGALAN PERISIAN
 Gambar tidak jelas, tidak berkualiti dan tidak bersesuaian.
 Gambar atau grafik tidak asli.
 Perkataan atau ayat dengan narasi tidak berlaku serentak
(synchronize).
 Muzik latar tidak sesuai dengan kandungan dan terlalu
kuat daripada narasi.
 Terlalu banyak efek atau transition yang tidak berkaitan
menyebabkan hilang tumpuan dan terlalu lama pengguna
menunggu.
 Video tidak jelas atau tidak mengikut piawai.
 Animasi tidak sesuai dengan isi kandungan.
 Kesilapan fakta, ejaan, laras bahasa dan istilah tidak tepat.
 Tidak mengikut ciri-ciri multimedia (teks, gambar, grafik,
audio dan video)
 Persembahan tidak menarik.
KEGAGALAN PERISIAN
 Pemilihan saiz font, butang dan grafik tidak mengikut ciri-
ciri multimedia.
 Pemilihan warna tidak menepati ciri-ciri grafik.
 Pemilihan jenis font yang digunakan tidak bersesuaian.
 Penggunaan mouse klik tidak dikawal.
 Kedudukan teks,video,animasi dan gambar tidak tetap.
 Tidak menepati kumpulan sasaran.
 Tidak mencapai objektif.
 Tidak ada kreativiti atau inovasi.
 Perisian tidak lengkap atau siap 100%.
 Buku panduan pengguna tidak disertakan.
 Ringkasan mengajar tidak disertakan.
 Susunan tidak kemas dan menarik.
 Lain-lain gangguan.
Itu Aje…
Terima Kasih

You might also like