P. 1
psv 3102 tekat

psv 3102 tekat

|Views: 3,567|Likes:
Published by mazwin8588

More info:

Published by: mazwin8588 on Feb 24, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/26/2013

pdf

text

original

TEKAT

PENGENALAN Seni tekat merupakan hiasan sulaman benang emas atau perak yang dijahit pada kain dasar ( irisan ) jenis baldu untuk menghasilkan motif hiasan timbul. Seni tekat dikenali juga dengan nama tuji timbul, suji timbulan, tekat bersuji dan tekatan. Seni tekat termasuk dalam jenis tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang emas ke atas kain dasar jenis baldu. Asal usul penciptaan dan penggunaan tekstil tekat dianggarkan sama dengan penggunaan tekstil songket berdasarkan kepada bahan asasnya iaitu benang emas, kain baldu dan juga rupabentuk ciptaannya.

SEJARAH, PENGARUH DAN LATAR BELAKANG Asal-usul dan perkembangan tekat secara langsung dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Seni ini juga disebut dalam hikayat Melayu lama, iaitu Hikayat Anggun Cik Tunggal yang menggambarkan pakaian anak raja yang dipenuhi dengan seni tekat. Seni ini dipercayai dibawa masuk dari Negara China dan hanya diperkenalkan di kalangan golongan bangsawan sahaja. Kesan penggunaan sulaman dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka. Mereka menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian mereka.

1

Selain mendapat pengaruh dari China, seni tekat ini juga dibawa dari negera India. Masyarakat Melayu yang tinggal di Johor Selatan mendapat pengaruh India. Perak pula banyak mendapat pengaruh dari negeri Arab. Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dan Negeri Sembilan Darul Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang banyak sekali mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas. Terdapat beberapa jenis tekat yang dikerjakan oleh pandai tukang menekat. Antaranya ialah tekat timbul benang emas, tekat gubah dan tekat perada.

PERANAN INSTITUSI DAN ISTANA Pada masa dahulu, istana merupakan penggerak utama pertumbuhan kraf seni tekat. Ramai pandai-pandai tukang tekat dijaga oleh pihak istana. Ini adalah kerana kelengkapan istana memerlukan tekat benang emas. Tekat benang emas

menampakkan kemewahan dan keagungan. Ramai pandai tukang pada masa itu membuat tekat untuk kegunaan istana. Secara langsung istana telah menggalakkan kraf tangan seni tekat. Setelah wujudnya Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, perusahaan menekat dimajukan lagi dengan program-program latihan, promosi, ciptaan yang baru, galakan pengeluaran dan menjual hasil ke luar negara. Tekat terus berkembang dengan hasil mutunya yang terjamin.

JENIS-JENIS TEKAT
2

1. Tekat Timbul Benang Emas atau Perak Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak motif. Mempulur ialah kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman benang emas akan menutupi mempulur di atas kain baldu. 2. Tekat Gubah Tekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai corak gubahan. Pandai tukang hanya menyulam dan membentuk corak motif melalui benang merah yang dipanggil benang untina. Benang ijuk urat daripada pelepah pokok kabong atau enau berwarna hitam dililit rapi dengan benang sutera merah ( benang untina ) sebagai bahan membentuk motif. Beberapa benang emas atau perak boleh diatur diatas kain dan di tindih ikat pada kain dengan menggunakan benang sutera berwarna. Hiasan corak tekat gubah diiringi dengan labuci dan manik-manik. Kain dasar tekat gubah adalah dari kain biasa. Kegunaan gubahan tekat ialah menghiasi tudung saji, tepak sirih, kasut pengantin, sejadah, penutup pahar, peralatan upacara perkahwinan, lemudi pintu, pakaian diraja dan sebagainya.

MOTIF SULAMAN

Pelatih di Pusat Kraftangan Enggor sedang membuat Tekat Gubah

3

Motif tumbuhan Merupakan corak yang paling digemari. Ianya mudah dibentuk dan kelihatan menarik apatah lagi sekiranya menggunakan motif tumbuhan yang menjalar. Dalam mereka bentuk tumbuh-tumbuhan, terdapat dua bahagian corak dalam motif ini iaitu bentuk daun atau pucuk dan bunga atau buah. Misalnya daun dan pucuk paku, daun peria, daun padi dan pucuk rebung. Bunga pula adalah seperti bunga cengkeh, bunga paya, bunga matahari dan buah delima.

Motif Geometri Merupakan motif yang kedua digemari oleh kebanyakan tukang tekat. Ianya mudah dibentuk kerana tidak mempunyai bentuk yang khusus. Antara contoh geometri bebas yang sering digunakan oleh tukang tekat ialah segitiga pucuk rebung, segi empat, catur, garis lurus dan kisi-kisi manakala corak geometri Dong-son yang digunakan adalah swastika dan huruf ‘S’ berganda. Kebanyakan motif geometri

digabungkan dengan motif haiwan supaya menghasilkan sulaman yang unik. Ia boleh dilihat dalam susunan awan larat yang banyak menggabungkan motif geometri dengan motif haiwan atau tumbuhan.

Motif Haiwan
4

Tidak banyak hasil seni tekat yang bercorak haiwan. Motif yang biasa digunakan ialah unggas, ayam, itik, rama-rama dan sebagainya yang diadun dengan motif tumbuhan sehingga menyebabkan motif haiwan itu sendiri tidak kelihatan seperti dalam bentuknya yang asal. Namun begitu penggunaan motif ini tidak begitu meluas.

Motif Abstrak Motif abstrak adalah motif yang kurang juga digunakan dalam seni tekat. Motif ini adalah bebas dalam melakarkan apa-apa juga bentuk. Motif ini tidak terikat dengan bentuk lain. Namun begitu, bentuk ini memerluan pemahaman dan falsafah sendiri.

Rupabentuk Rupabentuk tekatan terbahagi kepada dua iaitu dua dimensi dan tiga dimensi. Rupabentuk dua dimensi ialah seperti tikar, kipas dan penyangkut kelambu, selempang dan tetampan (Lapik dulang). Rupabentuk tiga dimensi pula seperti tepak sirih, sarung bantal, kusyen, kasut dan tudung saji. Tudung saji dibentuk tiga segi (kon) berongga. Bahagian yang dihias ialah bahagian luar dari puncak hingga ke tapaknya. Acuannya dibuat daripada daun nipah atau rumbia yang diikat dengan rotan atau buluh.

BAHAN, ALAT DAN PROSES Bahan 1. Baldu: (a) Jenis kain yang berbulu, halus, dan lembut, biasanya berwarna tua dan gelap.
5

(b) Digunakan sebagai kain dasar, juga disebutn kain irisan. 1. Mempulur: (a) Isi tekatan yang lazimnya diperbuat daripada kertas tebal (sesuai untuk motif gaya organik); rotan saga, lidi atau bilah buluh (sesuai untuk ragam hias berbentuk geometri).
(b) Dikenal juga sebagai empulur, tempisung atau tempulur. 1. Benang emas / perak:

(a) Benang daripada logam berwarna emas atau perak untuk membuat sulaman atau menekat. (b) Kerikam, sejenis benang kasar daripada logam yang berwarna emas atau perak digunakan untuk tekat gubah. 1. Benang ijuk: (a) Urat dari pangkal pelepah enau yang lembut, mudah dibentuk dan sukar patah semasa menjahit. (b) Dililitkan rapi dengan benang emas atau benang sutera berwarna warni untuk dijadikan sebagai garisan luar corak tekat gubah yang akan dihasilkan.

1. Benang putih: Benang kapas yang biasa digunakan untuk menjahit atau mengetatkan kedudukan tekat benang eamas poada mempulur. 2. Kain kapas / kain lapik: Kain putih untuk membuat lapik kain baldu, juga disebut kain pemidang atau lapik kain baldu. 3. Manik dan labuci:
6

Bahan aksesori yang digunakan untuk menghias ruang kosong atau ditabur pada permukaan yang tidak bertekat (jika perlu sahaja). Alatan 1. Pemidang kayu: (a) Alat daripada kayu, berbentuk segi empat tepat atau bujur, berkaki atau tanpa kaki, berbingkai, dan berperegang. (b) Berfungsi sebagai penegang kain sewaktu ditekat. 1. Cuban: (a) Alat daripada kayu atau buluh berbentuk palang atau kayu bercabang tiga yang digunakan untuk menggulung benang emas. (b) Juga disebut ulei-ulei, laula atau geligin.
1. Jarum - Alat daripada logam bermata halus untuk menjahit atau mengetatkan

kedudukan tekat.
2. Pisau atau gunting untuk memotong. 3. Papan alas untuk memotong.

Papan alas, pisau pemotong, benang emas membuat tekat. dan mempulur. Sumber: koleksi peribadi

Bahan dan peralatan

7

Proses Proses pertama ialah membentuk empulur. Bentuk motif dilukis di atas beberapa helai kertas yang dilekat tindih antara enam hingga lapan helai. Kemudiannya bentuk motif ini dipotong dan diasingkan. Lebar tiap-tiap batang mempulur kertas dibuat antara 0.5 sentimeter dan 0.25 sentimeter. Mempulur daripada kertas digunakan untuk membentuk motif tumbuhan dengan gaya organik. Corak yang terhasil daripada mempulur rotan sega bercorak banji atau corak kisi-kisi dan corak dangai atau catur. Seterusnya, kain dasar yang tebal tetapi lembut daripada jenis baldu yang berbulu halus dan berkilat ditegangkan pada pemidang kayu. Kain baldu yang selalu digunakan daripada warna gelap seperti merah pulasan, merah tua, ungu, hijau tua dan hitam. Pemidang kayu pula ada dua jenis iaitu pemidang berkaki dan tanpa kaki. Ukuran pemidang bergantung kepada reka bentuk yang diingini. Baldu yang ditegangkan pada pemidang disambungkan dengan kain putih yang diikatkan ke bingkai pemidang. Oleh itu, baldu akan menjadi tegang.

8

Selepas itu, benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui jarum yang sedang matanya. Ukuran jarum menentukan ikatan supaya tidak meninggalkan kesan lubang pada kain dasar. Jarum akan dicucuk agak ke dalam dari bawah batang mempulur. Ikatan benang putih mestilah ketat dan kukuh. Setiap kali merentas, benang-benang emas haruslah disusun rapat-rapat supaya batang mempulur tidak kelihatan dari atas. Dengan ini sulaman akan kelihatan lebih teratur dan kemas. Tekatan dibuat sehingga seluruh bentuk mempulur tertutup oleh sulaman. Pada bahagian cantuman benang ataupun pada ruang yang tertinggal kosong ditutup dengan kertas emas atau labuci.

Cara menekat benang emas Sumber: koleksi peribadi

Tokoh Tekat
1. Ahdijah bt. Hasim Ahdijah b. Hasim adalah seorang tokoh kraftangan tekat yang telah dipilih oleh Perbadanan Kraftangan Malaysia. Beliau juga dilantik sebagai Adiguru kerana
9

kepakaran dalam bidang tekat. Beliau mula belajar menekat daripada Ibunya bernama Anatishaah bt. Bilai Din juga seorang tokoh tekat di Kuala Kangsar, Perak. Beliau juga banyak menerima tempahan tekat antaranya ialah daripada Sultan Perak, Sultan Johor, Sultan Selangor dan Baju penabalan Yang Di Pertuan Agong. 2. Hajah Azizah bt. Mohd Yusof Hajah Azizah berasal dari Kg. Panang Changkat, Bukit Candan, Kuala Kangsar Perak. Kemahiran menekat adalah di warisi dari ibu dan warisan keluarga sejak turun temurun. Sekarang beliau menumpukan sepenuh masa dalam perusahaan menekat. Sebelum ini beliau adalah seorang jurulatih di Perbadanan Kraftangan Cawangan Perak. Beliau pernah mewakili negara ke Jepun, Arab saudi dan Brunei untuk membuat demontrasi menekat.

TEKAT MASYARAKAT CINA PERANAKAN Asal-usul dan perkembangan tekat secara langsung dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Seni ini dipercayai dibawa masuk dari Negara China dan hanya diperkenalkan di kalangan golongan istana dan bangsawan sahaja. Kesan penggunaan sulaman

dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka. Mereka menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian mereka.

10

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA SENI TEKAT MELAYU DAN MASYARAKAT CINA PERANAKAN

Seni Tekat Melayu Mengutamakan motif flora. Sedikit rupa bentuk geometri dan unggas yang bergaya kesan awan larat.

Seni Tekat Masyarakat Cina Peranakan Mengutamakan motif haiwan. Contoh: ular, naga dan ‘Hong’, sejenis ular yang besar dan cantik. Motif unsur flora dan kosmos sering digunakan sebagai hiasan tambahan. Susunan kelihatan menyeluruh dengan satu motif utama (biasanya haiwan) dikelilingi motif-motif kecil seperti awan, bunga, daun, kupu-kupu dan sebagainya. Rupa geometri yang diulang-ulang sering digunakan untuk hiasan tepi atau sebagai bingkai. Kain sutera dan kasa
11

Motif hiasan

Reka corak

Motif-motif disusun tunggal (menggunakan satu motif sahaja) atau disusun secara menjalar seperti tumbuhan melata, atau berbentuk susunan awan larat sehingga menimbulkan kesan kesatuan yang harmoni. Terdapat juga motif yang diulangulang menjadi corak dalam bentuk panel. (a) Kain irisan Kain baldu

(b) Benang -Benang emas dan perak -Benang ijuk dililit dengan benang emas untuk dijadikan garisan luar corak untuk tekat gubah

Benang emas dan perak. Kadang kala benang sutera yang berwarna warni digunakan untuk memenuhi ruang kosong antara benang emas

(c) Kain lapik, manik dan labuci. – Kain putih biasanya kain kapas digunakan untuk membuat lapik kain irisan. – Manik dan labuci yang berkilau adalah bahan aksesori yang digunakan untuk menghias dan menambah keindahan hasil kedua-dua jenis tekatan.
(a) Pemidang kayu berkaki atau tanpa kaki digunakan untuk

Alatan

menegang kain sewaktu ditekat. Bingkai kecil yang berbentuk bulat kadang-kala digunakan digunakan oleh masyarakat Cina Peranakan untuk menekat barangan hiasan kecil. (b) Jarum logam bermata halus digunakan untuk menjahit atau mengetatkan kedudukan tekat. (c) Cuban digunakan untuk menggulung benang emas atau perak. (d) Pisau atau gunting tajam digunakan untuk memotong benang. (a) Mempulur digunakan bagi sulam penuh atau sulam pahat supaya sulaman timbul dari permukaan kain dasar. (b) Tekat gubah tidak menggunakan mempulur.
(a) Sebagai pakaian kerabat

Teknik

(a) Tidak menggunakan mempulur, sulaman menyerupai tekat gubah Melayu, tetapi susunan benang emas lebih lebat dan rapi, serta berbagai jenis jahitannya. (a) Sebagai pakaian dan barangan hiasan pengantin dalam upacara perkahwinan traditional. (b) Untuk menghias rumah dan bilik pengantin. Contoh: Pelapik meja
12

Nilai dan makna

diraja (biasanya sulaman benang emas atas baldu berwarna kuning) dan pembesar negeri atau pakaian rasmi dalam upacara tertentu yang melibatkan adat istiadat. (b) Sebagai alat hiasan untuk

upacara perkahwinan. Contoh: Alas tempat tidur, muka kasut pengantin, tampuk bantal, hiasan pada langsir pintu dan tingkap, kipas pengantin dan sebagainya.

sembahyang, tirai pintu dan tingkap, hiasan gantung pada katil pengantin, tampuk bantal, penyangkut kelambu dan sebagainya.

MOTIF SENI TEKAT MELAYU

MOTIF SENI TEKAT MASYARAKAT CINA PERANAKAN

13

CONTOH TEKAT MELAYU

Tekat benang emas

Tekat gubah

CONTOH TEKAT MASYARAKAT CINA PERANAKAN

14

DIMENSI BARU SENI TEKAT Dimensi baru dalam seni tekat termasuk ciptaan untuk kelengkapan rumah seperti hiasan dinding, alas meja atau bingkai foto. Terdapat juga aksesori seperti bekas serba guna, bekas barang kemas, perhiasan diri seperti topi, beg tangan, loket dan sebagainya. Bahan tambahan seperti logam, kayu, kulit, rantai dan lain-lain

digabungkan dengan seni tekat untuk menghasilkan kraf cita rasa semasa. Teknik sulaman dan benang berwarna-warni juga digunakan dalam seni tekat dimensi baru. Beraneka jenis corak hiasan baru telah direkaciptakan dan motif hiasan

15

klasik pula diubahsuai oleh pandai tukang untuk memenuhi keperluan fungsi dan trend semasa bagi pelbagai barangan dimensi baru.

PENUTUP Bentuk, corak, ruang yang tepat cahaya benang yang bergemilauan, warna baldu yang lembut, jalinan motif yang halus dan rumit, telah mewujudkan suatu pengutaraan seni rupa Melayu dengan identiti yang tersendiri. Kemahiran bertekat ini masih dapat diteruskan sebagai identiti warisan budaya kerana diturunkan dari generasi ke generasi.

RUJUKAN Kathleen Chee. Focus ACE SPM Pendidikan Seni Visual, Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Zailani Yaacob, Azimah A. Samah. Pendidikan Seni Visual KBSM, Oxford Fajar Sdn. Bhd. Jasman Ahmad, Siti Razmah Hj. Idris. (1996). Siri Dunia Kraf Tekat, Penerbit Pinang. Pn. Rosliza Binti Mohd Parit, Tenaga Pengajar Seni Tekat Perbadanan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak, 33600 Enggor, Perak.

16

http://malay.cari.com.my/archiver/?tid-281514.html

http://malaysiana.pnm.my/04/0409tekat.htm

Saya bersama Pn. Rosliza Binti Mohd Parit, Tenaga Pengajar Tekat di Pusat Kraftangan Enggor, Perak. SITI NOOR MAZWIN BINTI MOHD SAID SEM 2 OGOS 2009, PGSR PSV AMBILAN NOV 2008, IPGM KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA, LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR.

REFLEKSI
Alhamdulillah akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah PSV 3102, En. Abdul Jalil Bin Hassan. Tempatan. Tajuk pertama adalah Catan sejarah dan latar

Saya banyak mempelajari tentang jenis-jenis catan,

belakang catan tempatan, serta mengenali pelukis-pelukis tempatan yang terkenal dari

17

zaman penjajahan sehingga selepas kemerdekaan. mengagumkan dan bernilai tinggi.

Karya-karya mereka amat

Saya juga belajar membuat penghargaan atau apresiasi seni iaitu membantu dan mendorong saya menikmati karya seni dengan lebih seronok lagi. Sekarang saya tahu bagaimana menghargai sesuatu objek seni secara aktif. Tugasan kedua saya adalah seni Tekat. Saya memilih Tekat kerana Kuala

Kangsar, iaitu kampung halaman saya adalah sinonim dengan Tekat benang emas. Saya sangat berbangga dengan hasil seni yang yang diusahakan oleh sebilangan kecil penduduk di sini. Semasa melaksanakan tugasan ini, saya lebih mengenali dan mengetahui tentang seni kraftangan ini. Tenaga pengajar di Pusat Kraftangan Cawangan Perak, di Enggor, Pn. Rosliza Binti Mohd Parit, banyak membantu dan memberi penerangan serta membekalkan saya dengan beberapa sampel bahan untuk Tekat. Saya dapat menyaksikan sendiri bagaimana proses tekat ini dibuat. Kini saya tahu bahawa masyarakat Cina Peranakan juga mempunyai dan berkemahiran dalam membuat Tekat mereka sendiri. Masing-masing mempunyai

kelebihan tersendiri antara Tekat Melayu dan Tekat Cina Peranakan Melaka.

18

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->