You are on page 1of 4

PUNCA-PUNCA LESBIAN

Umumnya, keruntuhan moral di dalam masyarakat kini dipengaruhi oleh pelbagai faktor
pendorong. Begitu juga dengan kewujudan golongan lesbian di mana ia amatlah bertentangan
dengan nilai kehidupan bermasyarakat. Namun, golongan seperti ini seperti menyalahkan
kehidupan mereka yang telah menjerumuskan diri mereka ke arah gaya hidup songsang.

Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh beberapa individu mahupun kumpulan
tertentu, 70% daripadanya berpendapat bahawa punca lesbian adalah daripada sejarah hidup
mereka. Salah satu daripadanya adalah mereka pernah dicabul ketika kecil. Perkara seperti ini
juga sudah semakin banyak berlaku. Lambakan kes-kes pencabulan di dada-dada akhbar sudah
menjadi kemestian setiap hari. Tanpa kita sedar, ia sebenarnya menjadi punca kepada satu
keruntuhan akhlak jangka masa panjang kepada mangsa. Mangsa yang dicabul berkali-kali
berpotensi untuk terjerumus ke dalam gaya hidup songsang.

Mereka yang menjadi mangsa cabul akan mempunyai rasa fobia terhadap kaum lelaki
dek kerana sejarah hidup mereka. Tanpa iman yang kuat di hati, mereka akan lebih merasa
senang mendapat kasih sayang daripada kaum sejenis kerana pada hemat mereka, ia lebih
selamat. Namun, tanpa mereka sedar ia umpama keluar kandang harimau masuk ke mulut buaya.
Masalahnya, mereka merasakan mulut buaya itu pilihan yang lebih baik daripada berusaha
mencari sangkar emas. Mereka seolah-olah redha dengan ketentuan bahawa mereka memang
dinasibkan untuk menjadi lesbian.

Ini amat bertentangan dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud “Aku tidak akan
mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka berusaha untuk mengubah nasib mereka
sendiri”. Seandainya mereka berpegang teguh pada tali-tali Allah s.w.t, mereka akan sedar
bahawa perasaan sayang luar biasa terhadap kaum sejenis yang ada di dalam diri mereka
merupakan satu ujian daripada Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah s.w.t. itu Maha Adil lagi Maha
Mengetahui. Allah s.w.t. tidak akan memberi ujian yang tidak mampu hambanya pikul. Oleh itu,
mereka seharusnya sedar bahawa mereka boleh mengelakkan diri mereka daripada terjerumus ke
lembah hina.

Selain itu, cara hidup seseorang di besarkan juga menjadi satu faktor kuat ke arah wujud
nya lesbian. Contohnya di sini, seorang anak perempuan di besarkan seperti lelaki cuma kerana
ibunya mahukan anak lelaki. Siapa yang harus dipersalahkan andai situasi seperti ini terjadi?
Kalau dilihat, ianya adalah salah ibu bapa anak tersebut yang tidak berlaku adil terhadap
anugerah yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Anak itu umpama kain putih yang harus dicorakkan
oleh ibu bapa mengikut fitrah yang sebetulnya.

Apabila cara didikan daripada kecil sudah terpesong, maka akidah anak-anak ini dengan
automatiknya tergadai dek ibu bapa sendiri. Inilah yang menyebabkan wujudnya bukan sahaja
golongan lesbian malahan gay. Mereka membuat penilaian menggunakan akal fikiran tanpa
dibimbing oleh iman. Maka, jalan yang dipilih itu hanyalah untuk keseronokan dan keselesaan
duniawi semata-mata dan menggadaikan akhirat.

Ada juga di antara individu yang menyalahkan golongan lelaki yang


mengecewakan mereka, menyebabkan mereka memilih jalan gelap ini. Kekecewaan berkali-kali
terhadap kaum Adam ini mendorong mereka mencari cinta sejenis yang dianggap tidak
mengecewakan mereka. Mereka lupa bahawa setiap yang terjadi itu merupakan ujian daripada
Allah s.w.t. agar mereka mereka menerima qada’ dan qadar Allah s.w.t. dengan hati yang
terbuka dan bukannya memprotes dengan memilih cara hidup songsang ini. Ujian itu diturunkan
agar mereka sentiasa menyandarkan hidup ini kepada Allah s.w.t. agar apabila kita gagal dalam
sesuatu,tiada perasaan terlalu sedih dan apabila berjaya mahupun mendapat kebaikan, tiada
perasaan riak singgah di hati.
Namun, punca utama dalam segala masalah sosial adalah iman yang tidak kukuh di hati.
Iman itu yang akan mencorakkan segala perbuatan kita di dalam hidup dan menentukan samada
kita mahu memilih kebaikan ataupun keburukan. Iman juga yang akan membantu kita
menghalang nafsu dan bisikan syaitan daripada menguasai diri. Andai iman di dada itu goyah,
maka anasir-anasir yang tidak elok mudah untuk meresap masuk. Individu-individu ini akan
menyalahkan takdir hidup yang menjerumuskan mereka ke arah keruntuhan moral seperti
memilih untuk menjadi lesbian. Menyalahkan takdir sama juga seperti menyalahkan Allah s.w.t.
kerana memberi ujian sebegitu rupa. Apakah kita makhluk-Nya yang hina lagi lemah ini layak
untuk menyalahkan Maha Pencipta yang mengetahui apa yang lebih baik buat diri kita?

Golongan lesbian ini juga seperti tidak mahu menyalahkan diri mereka yang memilih
cara hidup yang songsang ini. Mereka sedar yang mereka tidak hidup mengikut fitrah alam yang
betul namun keegoan yang menguasai diri untuk mempertahankan apa yang mereka lakukan
membutakan mata hati untuk menerima kebenaran. Menurut Imam Ghazali, sebesar-besar dosa
adalah dosa yang dilakukan ketika kita merasa berdosa melakukannya. Mereka sedia maklum
menjadi lesbian bukanlah pilihan yang baik namun perasaan bersalah dan berdosa itu dibuang
jauh demi untuk menghalalkan cara hidup mereka.

Di dalam satu blog yang penulisnya mengakui bahawa dia adalah seorang lesbian, dia
menyatakan ‘semua orang patutu nya bersyukur sebab ada nya golongan lesbian dan gay
seperti kami sebab itu merupakan petunjuk bahawa kiamat sudah dekat”. Jadi, mereka tahu
kiamat itu pasti dan apa yang mereka buat itu salah namun mata hati mereka dibutakan dengan
keegoan sendiri. Mereka masih mahu mempertahankan benang yang basah.
Segala masalah boleh diselesaikan andai kita mengetahui punca segala masalah itu
bermula. Keruntuhan moral seperti lesbian ini harus dipantau dari rumah kerana didikan di
rumah itu merupakan asas dalam memberi bimbingan kepada anak-anak untuk hidup mereka
agar mereka memilih jalan yang betul.

You might also like