You are on page 1of 7

MAJLIS PERBANDARAN JASIN

77000 JASIN,
MELAKA.
Tel : 06-5291245 / 994
Fax :06-5293537
_________________________________________________________________________________

JAWATAN KOSONG

Pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18
tahun pada tarikh tutup iklan dan keutamaan diberikan kepada anak Negeri Melaka yang
berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Jasin

BIL JAWATAN JADUAL GAJI BIL KEKOSONGAN


1 Pegawai Penilaian P1T1 RM1,702.80 – P1T27 RM4,688.95 1
(Gred W 41) P2T1 RM1,798.82 – P2T27 RM4,968.61
P3T1 RM1,899.01 – P3T27 RM5,255.39
2 Pegawai Sistem Maklumat P1T1 RM 1,899.01 – P1T25 RM4,715.17 1
(Gred F 41) P2T1 RM1,995.02 – P2T25 RM4,988.17
P3T1 RM 2095.21 – P3T25 RM5,284.57
3 Pegawai Undang-Undang P1T1RM 1,989.45 – P1T24 RM 4,700.07 1
(Gred L 41) P2T1RM 2,085.46 - P2T24 RM 4,982.51
P3T1RM 2,185.65 - P3T27 RM 5,274.82
4 Pembantu Teknik Landskap P1T1 RM 1,549.40 – P1T21 RM3,046.80 1
(Gred J 29) P2T1 RM 1,620.49 – P2T21 RM3,241.91
P3T1 RM 1,694.60 – P3T21 RM3,430.90
5 Penolong Pegawai P1T1 RM1,204.55 – P1T26 RM3,027.10 1
Penerangan P2T1 RM1,274.13 – P2T26 RM3,213.25
(Gred S 27) P3T1 RM 1,346.73 – P3T26 RM 3,405.26
6 Pembantu Akauntan P1T1 RM821.89 – P1T24 RM2,152.86 1
(Gred W17) P2T1 RM873.32 – P2T24 RM2,274.01
P3T1 RM926.26 – P3T24 RM2,399.46
7 Pembantu Penguatkuasa P1T1 RM 820.38 – P1T24 RM2151.35 4
(Gred N 17) P2T1 RM 871.87 – P2T24 RM2272.50
P3T1 RM 924.75 – P2T24 RM2397.95
SYARAT-SYARAT LANTIKAN DAN KELULUSAN

1) Jawatan 1- PEGAWAI PENILAIAN (GRED W 41)

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-


(a) Warganegara Malaysia ;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c ) Ijazah Sarjana Muda Sains (Pengurusan Harta Tanah) yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41 : P1T5); atau

dan (d) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.

2. Taraf Jawatan - Tetap

2) Jawatan 2 - PEGAWAI UNDANG-UNDANG (GRED L 41)

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-


(a) Warganegara Malaysia ;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c ) (I) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya atau,

(ii) lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examinition)

dan (d) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan.

2. Taraf Jawatan – Tetap


3) Jawatan 3 - PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT (GRED F41)

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-


(a) Warganegara Malaysia ;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c ) (i) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang sains komputer yang diiktiraf
oleh kerajaan daripada institusi – institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan serta Diploma
Analisa Sistem (INTAN) atau Diploma Sains Maklumat daripada institusi-
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya atau

(iii) ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41 : P1T3);

(iv) Ijazah Sarjana dalam bidang sains komputer atau kejuruteraan komputer
yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41 : P1T6); atau

(v) Ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang sains komputer atau kejuruteraan
komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi- institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41 : P1T9);

dan (d) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.

2. Taraf Jawatan - Tetap

4) Jawatan 4 - PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP (GRED J 29)


1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia ;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c ) (i) Diploma dalam bidang Seni Bina Landskap yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi – institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J29 : P1T2); dan

(d) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.

2. Taraf Jawatan - Tetap

5) Jawatan 5 - PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN (GRED S 27)

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-


(a) Warganegara Malaysia ;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c ) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan; atau

(ii) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S27: P1T5)

dan (iii) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.

2. Taraf Jawatan - Tetap


6) Jawatan 6 - PEMBANTU AKAUNTAN (GRED W 17)
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia ;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c ) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat- peringkat
peperiksaan tersebut

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat


pertengahan (simpan kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1T2);

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat


Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1T5);

(iv) Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1T9);

2. Taraf Jawatan - Tetap

7) Jawatan 7 - PEMBANTU PENGUATKUASA (GRED N17)


1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia


(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh lantikan.
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan; atau
(ii) bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang
berpangkat koperal ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta
mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur,
membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa
bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa
menarik nafas 84sm (lelaki sahaja)
(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan
dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vi) diakui sihat dan sesuai oleh Pegawai Perubatan Kerajaan
dan (e) Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1 ( C) (i) atau (ii) di atas
hendaklah lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
dan lulus tiga mata pelajaran pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. Taraf Jawatan – Tetap / kontrak


CARA-CARA MEMOHON:
(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Perjawatan Majlis Perbandaran Jasin.
(b) Borang boleh didapati dengan hadir sendiri pada hari bekerja biasa di Pejabat Majlis
Perbandaran Jasin. Pemohon yang ingin memohon melalui pos mestilah menyertakan
sampul surat berukuran 32 sm x 22 sm yang beralamat sendiri dan mempunyai setem bernilai
45 sen.
(c) Borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar dan salinan Sijil Beranak, Sijil
Kelulusan, Sijil Berhenti Sekolah serta lain-lain dokumen yang berkaitan.
(d) Permohonan-permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam
Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah
dikemukakan melalui Ketua jabatan masing-masing dan pastikan bahawa salinan Kenyataan
Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi yang terkini disertakan
bersama.
(e) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN JASIN,
77000 JASIN,
MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH.

(f) Tarikh tutup permohonan ialah pada 12 MAC 2010

(g) Permohonan yang berikut akan ditolak sekiranya :-


(i) Tidak disertakan dokumen yang diperlukan
(ii) Tidak lengkap
(iii) Tidak memenuhi syarat-syarat dalam iklan
(iv) Tidak menandatangani borang permohonan

CATITAN

(a) Hanya calon-calon yang berkelayakan selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan atau setelah ditemuduga tidak
menerima jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan/temuduga hendaklah menganggap
permohonan mereka tidak berjaya.
(c) Pentadbiran Majlis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala
perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.

You might also like