You are on page 1of 17

SMK SRI KURAU, FOLIO PENDIDIKAN JASMANI

34300 BAGAN GELANGGANG-GELANGGANG PERMAINAN


SERAI
___________________________________________________________
___

1.0 BOLA SEPAK


1.1 Pengenalan /Sejarah

BOLA SEPAK dikatakan sukan pertama yang dibawa dari negara luar ke Malaya ketika
pendudukan British pada sekitar 1825. Beberapa kelab kemudian ditubuhkan di kawasan yang
mempunyai ramai rakyat British seperti di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Negeri
Sembilan.

Bagaimanapun pada tahun 1926, asas penubuhan Persatuan Bola Sepak Malaya (FAM)
dilakukan sebelum ia menjadi rasmi sebagai badan induk pada 1933.

Pada 1956, FAM menjadi ahli gabungan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau
FIFA, selain menganggotai Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) sejak tahun 1954. Nama
Persatuan Bola Sepak Malaya kemudian ditukar kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia pada
1960.

Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman adalah presiden FAM
yang pertama bermula dari tahun 1951 sebelum Tun Abdul Razak Hussein mengambil alih
untuk tempoh setahun pada 1975.

FAM kemudiannya diterajui oleh bekas Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Tan
Sri Hamzah Abu Samah pada tahun 1976 hingga 1983 dan bermula tahun 1984, Sultan Pahang,
Sultan Ahmad Shah mengambil alih kepimpinan badan induk itu dan kekal sehingga kini.

________________________________________________________________________
1
SMK SRI KURAU, FOLIO PENDIDIKAN JASMANI
34300 BAGAN GELANGGANG-GELANGGANG PERMAINAN
SERAI
___________________________________________________________
___
1.2 Ukuran Gelanggang
Padang permainan mestilah berukuran segi empat tepat. Ukuran padang
permainan adalah seperti berikut:

1.3 Bilangan Setiap Pemain

Suatu perlawanan dimainkan oleh dua pasukan, setiap pasukan mengandungi tidak lebih
sebelas pemain dan salah seorang menjadi penjaga gol. Suatu perlawanan tidak boleh
dimulakan jika salah satu dari pasukan itu mempunyai kurang dari tujuh pemain.

1.4 Gambar

________________________________________________________________________
2
SMK SRI KURAU, FOLIO PENDIDIKAN JASMANI
34300 BAGAN GELANGGANG-GELANGGANG PERMAINAN
SERAI
___________________________________________________________
___

Malaysia memenangi pingat emas di


Sukan Sea Laos ketika menentang
Vietnam 1-0

1.5 Idola

Ronaldinho- Zinedine Zidane –


pemain AC Milan Pemain Peranchisheorghe
1.0 BOLA BALING
Hagi
2.0 BOLA BALING
2.1 Pengenalan /Sejarah

Permainan bola baling berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan satu permainan
yang telah diubahsuai dari permainan-permainan seperti Czeska Hasenka di Czehoslovakia,
Handbold di Denmark dan Korball serta Raffbold di Jerman.

Semasa perang dunia kedua permainan ini dikenali sebagai Torball yang dimainkan
seramai tujuh orang. Pada tahun 1917, bilangan pemain telah ditambah menjadi sebelas orang
dan dimainkan di padang bola sepak. Permainan ini telah diasaskan oleh Heizer di Jerman.

Permainan bola baling di Malaysia dianggap satu permainan yang baru. Ia mula
diperkenalkan pada tahun 1976 oleh Lim Hock Han. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor

________________________________________________________________________
3
SMK SRI KURAU, FOLIO PENDIDIKAN JASMANI
34300 BAGAN GELANGGANG-GELANGGANG PERMAINAN
SERAI
___________________________________________________________
___
dan Wilayah Persekutuan secara rasminya telah didaftarkan pada 11 Sep. 1985. Cheah Hai Su
telah dilantik sebagai presiden dan Lian Chin Nam sebagai Naib Presiden.

Pada tahun 1986 persekutuan ini telah menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola Baling
Asia.  Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan yang pertama telah
diadakan pada 2 Jun 1982. Kejohanan Bola Baling Kebangsaan pula telah diadakan pada 7 Dis.
1985 dimana 11 pasukan telah mengambilbahagian.

2.2 Ukuran Gelanggang

    

2.3 Bilangan Setiap Pemain

Sesebuah pasukan mengandungi 12 orang pemain yang terdiri daripada 10 orang pemain
gelanggang dan dua orang penjaga gol. Maksimum 7 orang pemain yang dibenarkan berada di
dalam gelanggang, yang terdiri daripada 6 pemain gelanggang dan seorang penjaga gol.

2.4 Gambar

________________________________________________________________________
4
SMK SRI KURAU, FOLIO PENDIDIKAN JASMANI
34300 BAGAN GELANGGANG-GELANGGANG PERMAINAN
SERAI
___________________________________________________________
___

2.5 Idola

Snorri Steinn Gudjonsson dari Pasukan Peranchis yang memenangi


pingat emas dalam Sukan Olimpik ke 2008 di Beijing.
3.0 BOLA KERANJANG
3.1 Pengenalan /Sejarah

Sejarah permainan ini bermula pada tahun 1891. Ini bemakna permainan ini adalah antara
sukan yang baru diperkenalkan ,iaitu lebih 100 tahun dahulu,jika dibandinkan dengan
beberapa jenis sukan lain. Bagaimanapun,dari segi kemashyuran permainan ini, bola keranjang
berjaya menarik minat sebilangan besar ahli sukan dunia. Bola keranjang juga merupakan salah
satu daripada permainan yang dimainkan oleh lelaki dan wanita.
Bola keranjang mula dimainkan mula dimainkan di dalam sebuah gimnasium di
Bandar Springfields, Massachusetts di Amerika Syarikat. Orang yang bertanggungjawab
terhadap kemunculan permainan ini ialah seorang guru pendidikan jasmani iaitu Dr.James
Naismith.
Pada peringkat awal permainan ini, bakul buah-buahan kemudian mengunakan
keranjang daripada dawai yang dilekatkan jaring. Pada tahun 1906 mereka menukar bakul
jaring dawai dengan jaring bebingkai besi atau gelung besi. Bagi memudahkan penjaringzn
dibuat,dipasangkan papan penampan di sebagai membantu pemain memasukkan bola ke dalam

________________________________________________________________________
5
SMK SRI KURAU, FOLIO PENDIDIKAN JASMANI
34300 BAGAN GELANGGANG-GELANGGANG PERMAINAN
SERAI
___________________________________________________________
___
keranjang. Ketika itu tidak ada bentuk khas bagi papan itu. Bagaimanapun, lama kelamaan
dipertujui dengan bentuk segiempat sekarang.

Bola keranjang diperkenalkan ke negara kita pada awal abad ke-20 oleh orang
Inggeris. Penduduk tempatan yang melihat permainan ini kali pertama kurang berminat untuk
bermain permainan ini . Bagaimanapun, ahli-ahli beberapa kelab reaksi di bandar-bandar
utama seperti di Kuala Lumpur, Singapura, Ipoh dan Pulau-Pinang, serta Seremban yang
bermain permainan ini. Kebanyakan mereka ini terdiri daripada orang Inggeris dan orang
China.

3.2 Ukuran Gelanggang

________________________________________________________________________
6
SMK SRI KURAU, FOLIO PENDIDIKAN JASMANI
34300 BAGAN GELANGGANG-GELANGGANG PERMAINAN
SERAI
___________________________________________________________
___

Mengikut undang-undang FIBA, gelanggang bola keranjang ini hendaklah berukuran 28


meter panjang dan 15 meter lebar yang diukur dari bahagian dalam gelanggang. Walau
bagaimanapun saiz gelanggang boleh dikurangkan sedikit untuk kegunaan peringkat sekolah
menengahdan sekolah rendah. Saiz gelanggang

minimum yang dibenarkan ialah berukuran 24 meter panjang dan 14 meter lebar. Lantai
gelanggang hendaklah diperbuat daripada simen atau kayu,tapi lantai ini hendaklah keras dan
sesuai untuk bola dilantunkan pada waktu malam.

3.3 Bilangan Setiap Pemain


Bilangan pemain ialah seramai 12 orang

________________________________________________________________________
7
SMK SRI KURAU, FOLIO PENDIDIKAN JASMANI
34300 BAGAN GELANGGANG-GELANGGANG PERMAINAN
SERAI
___________________________________________________________
___

3.4 Gambar

3.5 Idola

Manu Ginobili mewakili pasukan Argentina dalam Sukan Olimpik


2008. Pasukan tersebut berjaya menjadi Johan Bola Keranjang.

4.0 RAGBI
4.1 Pengenalan /Sejarah

Mengikut catatan, permainan ragbi bermula pada tahun 1823 di sebuah sekolah di England.
Permainan ini tercipta daripada perbuatan William Webb Ellis. Semasa bermain bola, tanpa
diduga beliau telah menangkap bola lalu dibawa lari menuju ke gol. Melihatkan perbuatan
Ellis, rakannya terus mengejar dari belakang, akhirnya terjadilah pergomolan di kalangan
mereka dalam usaha merebut bola itu. Perbuatan Ellis itu diikuti pula oleh kawannya yang lain.
Maka dari situlah bermulanya satu permainan baru. Bagaimanapun, ketika itu tiada siapapun
yang mahu menerima perbuatan Ellis dan rakan-rakannya untuk dikembangkan sebagai sukan.
Hanya kira-kira setengah abad kemudian, selepas Ellis meninggal dunia barulah perbuatan itu

________________________________________________________________________
8
SMK SRI KURAU, FOLIO PENDIDIKAN JASMANI
34300 BAGAN GELANGGANG-GELANGGANG PERMAINAN
SERAI
___________________________________________________________
___
diingat kembali. Seorang rakannya Mattheur Blaxom telah menceritakan kembali perbuatan
Ellis di dalam artikelnya dalam majalah The Meteor tahun 1888.

        Dalam pada itu, permulaan ragbi oleh Ellis pada tahun 1923 itu telah diterima dan
dimainkan oleh penuntut-penuntut Rugby School. Mereka kemudiannya mengadakan peraturan
dan undang-undang sendiri. Akhirnya, asas undang-undang permainan ragbi itu diterima
hingga ke hari ini. Disamping itu, terdapat pula sekolah-sekolah di England yang mencipta
undang-undang sendiri dengan berasaskan undang-undang di sekolah ragbi itu. Dari sinilah,
ragbi mula dikenali dan diminati ramai. Pada tahun 1839 di Universiti Cambridge, sekumpulan
penuntutnya telah membentuk kelab ragbi yang merupakan kelab ragbi pertama di dunia.

        Perlawanan peringkat antarabangsa pertama telah dadakan tahun 1871, iaitu England dan
Scotland. Ia dimainkan oleh 20 orang sepasukan dalam dua tempoh selama 100 minit. Pada
tahun 1870 penggunaan wisel oleh pengadil telah diperkenalkan. Lima tahun kemudian, dua
orang penjaga garisan digunakan bagi membantu pengadil mengadili permainan. Bilangan
pemain juga telah ditetapkan kepada 15 orang. Badan yang bertanggungjawab ke atas
permainan rugbi  ialah Kesatuan Rugby (Rugby Football Union) yang ditubuhkan pada tahun
1871.

        Seterusnya, rugbi mula diperkenalkan di Malaysia selepas perang dunia pertama.
Mengikut sejarah, sukan ini pada awalnya bermula di Negeri Sembilan. Beberapa orang
pemain termasuk pegawai-pegawai Eropah telah menjalani latihan di Padang Stesen,
Seremban. Kemudiannya, tertubuhlah Kelab Ragbi pertama di negara ini. Seramai 50 orang
ahli telah mendaftarkan diri. Dari Negeri Sembilan , ragbi berkembang ke Selangor, Perak,
Pulau Pinang dan Singapura. Kelab ragbi pula turut ditubuhkan seperti The Edwardians di
Taiping, The Birch Rompers dari Perak, The Penang Asians dan Kelab Selangor dari Kuala
Lumpur. Pada tahun 1934, perlawanan ragbi antara negeri yang pertama telah diadakan, iaitu
bagi merebut Piala All Blues. Perak muncul sebagai juara. Seterusnya pertandingan ini telah

________________________________________________________________________
9
SMK SRI KURAU, FOLIO PENDIDIKAN JASMANI
34300 BAGAN GELANGGANG-GELANGGANG PERMAINAN
SERAI
___________________________________________________________
___
diadakan setiap tahun hinggalah tahun 1963. Apabila Kesatuan Ragbi (KRM) ditubuhkan,
pertandingan antara negeri ini telah ditukar dengan Pertandingan Bawah 23 Tahun.

        Pertandingan Piala Malaya pula bermula beberapa tahun selepas Piala All Blues. Corak
pertandingan sama dengan bola sepak iaitu antara negeri. Pada tahun 1983, pertandingan Piala
Malaya telah ditukar kepada Piala Agong. Kini, pertandingan Piala Agong merupakan
kemuncak aktiviti KRM setiap tahun. Di samping itu, terdapat pertandingan-pertanding lain
seperti Kejohanan Anggota Kerajaan, Kejohanan MSSM serta beberapa kejohanan jemputan
samada anjuran KRM ataupun negeri-negeri. Kini ragbi terkenal di kalangan pelajar-pelajar
sehingga terdapat pula pertandingan khusus untuk peringkat ini.

4.2 Ukuran Gelanggang

________________________________________________________________________
10
SMK SRI KURAU, FOLIO PENDIDIKAN JASMANI
34300 BAGAN GELANGGANG-GELANGGANG PERMAINAN
SERAI
___________________________________________________________
___
4.3 Bilangan setiap pemain

Untuk bermain ragbi, setiap pasukan perlu mempunyai seramai 15 orang pemain. Tetapi untuk
masa sekarang, permainan ragbi 7 dan 10 sebelah semakin meningkat popular. Terdapat dua
kumpulan pemain. Kumpulan pertama dipanggil "forwards" yang terdiri daripada lapan
pemain. Kumpulan kedua pula dipanggil "queus" yang terdiri daripada tujuh orang pemain.

4.4 Gambar

________________________________________________________________________
11
SMK SRI KURAU, FOLIO PENDIDIKAN JASMANI
34300 BAGAN GELANGGANG-GELANGGANG PERMAINAN
SERAI
___________________________________________________________
___

4.5 Idola

Jimmy Cowan mewakili pasukan All Black dari New Zealand. Pasukan ini
merupakan pasukan ragbi yang terhebat buat masa ini.

SEPAK TAKRAW
5.1 Pengenalan /Sejarah

Asalnya sepak takraw hanya dimainkan dalam bentuk bulatan di mana bola rotan ditimang
seberapa banyak yang boleh selagi menggunakan anggota yang dibenarkan.Kemudian
permainan sepak takraw ini telah diubah suai menjadi satu permainan gelanggang yang kian
diminati.Sehingga hari ini sepak takraw telah menjadi satu permainan yang dipertandingkan
dalam sukan-sukan terkemuka dunia dan kiankian dikenali mengikut nama yang berbeza
mengikut negara.

________________________________________________________________________
12
SMK SRI KURAU, FOLIO PENDIDIKAN JASMANI
34300 BAGAN GELANGGANG-GELANGGANG PERMAINAN
SERAI
___________________________________________________________
___

5.2 Ukuran Gelanggang

Berukuran 13.4 x 6.1m dan bebas dari sebarang halangan setinggi 8m dari permukaan lantai
( gelanggang pasir dan rumput tidak digalakan).

5.3 Bilangan Setiap Pemain


Bilangan pemain bagi setiap pasukan pula dihadkan kepada tiga orang, iaitu bagi setiap regu.
Setiap regu yang dibarisi tiga orang pemain dikenali sebagai tekong, iaitu pemain yang berada
di tengah-tengah, sementara pemain di kiri kanannya dikenali
sebagai apit kiri dan apit kanan. Di peringkat perlawanan, setiap pasukan akan diwakili oleh
tiga regu dengan setiap regu dibenarkan membuat satu gantian atau
pertukaran pemain sahaja.

________________________________________________________________________
13
SMK SRI KURAU, FOLIO PENDIDIKAN JASMANI
34300 BAGAN GELANGGANG-GELANGGANG PERMAINAN
SERAI
___________________________________________________________
___
5.4 Gambar

5.5 Idola

Adnan Saidin pernah


dinobatkan selaku
Pemain Terbaik Asia
1984 selain digelar Raja
Sepak Takraw Asia
1986.

6.0 TENIS

Pengenalan /Sejarah

Terdapat berbagai jenis permainan yang menggunakan raket yang dimainkan dewasa ini dan
tenis merupakan salah satu permainan yang paling disukai. Menurut beberapa catatan sejarah,
permainan menggunakan bola dan raket sudah dimainkan sejak sebelum Masehi, yaitu di Mesir
dan Yunani. Pada abad ke-11 sejenis permainan yang disebut jeu de paume, yang menyerupai
permainan tenis kini, telah dimainkan untuk pertama kali di sebuah kawasan di Perancis. Bola
yang digunakan dibalut dengan benang berbulu sedangkan pemukulnya hanyalah tangan.

________________________________________________________________________
14
SMK SRI KURAU, FOLIO PENDIDIKAN JASMANI
34300 BAGAN GELANGGANG-GELANGGANG PERMAINAN
SERAI
___________________________________________________________
___

Permainan ini kemudian diperkenalkan ke Italia dan Inggeris pada abad ke-13 dan
mendapat sambutan hangat dalam waktu yang singkat. Banyak peminatnya ternyata di antara
rakyat setempat terhadap permainan ini. Sejak itu perkembangan tenis terus meningkat ke
negara-negara Eropa yang lain.

Raket diperkenalkan pertama kali pada abad ke-15 oleh Antonio da Scalo, seorang
berbangsa Italia. Dia menulis aturan umum bagi semua permainan yang menggunakan bola,
termasuk tenis. Majalah Inggeris "Sporting Magazine" menamakan permainan ini sebagai 'tenis
lapangan' (lawn tennis).

Dalam buku "Book of Games And Sports", yang diterbitkan dalam tahun 1801, disebut
sebagai "tenis panjang". Tenis pada mulanya merupakan permainan masyarakat kelas atas.
Tenis lapangan rumput yang terkenal di zaman Ratu Victoria lalu ditiru oleh golongan
menengah, yang menjadikannya sebagai permainan biasa.

Kelab tenis pertama yang didirikan adalah Leamington di Perancis oleh J.B. Perera,
Harry Gem, Dr. Frederick Haynes, dan Dr. Arthur Tompkins pada tahun 1872. Pada masa itu,
tenis disebut sebagai pelota atau lawn rackets. Dalam tahun 1874 permainan tenis telah
pertama kali dimainkan di Amerika Syarikat oleh Dr. James Dwight dan F.R. Sears. Sementara
itu, All England Croquet Club pun telah didirikan pada tahun 1868.

Dua tahun setelah itu dibukalah pejabatnya di Jalan Worple, Wimbledon.. Peraturan
permainan tenis lapangan rumput ditulis. Amerika Syarikat mendirikan kelab tenis yang
pertama di Staten Island. Bermula dari situlah, permainan tenis di Amerika Syarikat
berkembang dengan pesat sekali. Dari sana lahir banyak pemain tenis tangguh yang menguasai
percaturan tenis tingkat dunia.

________________________________________________________________________
15
SMK SRI KURAU, FOLIO PENDIDIKAN JASMANI
34300 BAGAN GELANGGANG-GELANGGANG PERMAINAN
SERAI
___________________________________________________________
___

6.2 Ukuran Gelanggang

6.3 Bilangan Setiap Pemain


Bilanga pemain bergantung kepada jenis perlawanan:
1) Perseorangan – 1 seorang setiap pasukan
2) Beregu - 2 orang setiap pasukan (sama jantina)
3) Beregu Campuran – 2 orang setiap pasukan (seorang lelaki dan seorang
perempuan)

________________________________________________________________________
16
SMK SRI KURAU, FOLIO PENDIDIKAN JASMANI
34300 BAGAN GELANGGANG-GELANGGANG PERMAINAN
SERAI
___________________________________________________________
___

6.4 Gambar

6.5 Idola

Rafael Nadal merupakan pemain tennis yang mewakili negara Sepanyol.


Beliau berjaya mendapat pingat emas dalam Sukan Olimpik 2008 dan
sehingga kini telah menjuarai 32 kejohanan tennis perseorangan.

________________________________________________________________________
17

You might also like