Professional Documents
Culture Documents
Mempunyai "HBsAg":
○ Hubungan seks.
○ Pesakit Hemodialisis.
Tanda dan
Gejala
Jenis Hepatitis B
Berbentuk akut:
Pengurusan Sendiri
Rawatan
Petua Pencegahan
1) Vaksin Hepatitis B
1. Suntikan pertama
2. selepas sebulan - suntikan kedua
3. selepas 6 bulan - suntikan ketiga
8) Jika anda seorang pembawa kuman virus, tutup luka atau kudis
dan buangkan barang-barang yang telah digunakan dengan
berhati-hati. Ia mungkin mengandungi darah atau cecair badan
lain.
Gambar-gambar Penghidap Hepatitis B
• Sabtu, 19 April 2008 | 12 Rabiulakhir 1429
• Berita Harian
JANGAN culas jika sepanjang kehamilan, anda perlu melalui pemeriksaan setiap
bulan. Jangan berkira mengenai masa yang perlu diperuntukkan jika terpaksa
membuat pelbagai ujian tertentu sepanjang kehamilan itu.
Ujian seperti ini bukan saja mengesahkan keadaan kesihatan anda tetapi juga
mempengaruhi janin. Misalnya bagi seorang wanita hamil yang dijangkiti virus
hepatitis B, wujud risiko ia akan berjangkit pada fetus.
Sama ada bayi akan dijangkiti virus, bergantung pada bila jangkitan terjadi. Jika
jangkitan berlaku pada awal kehamilan, risiko jangkitan kurang daripada 10 peratus
untuk bayi mendapat virus. Jika pada akhir kehamilan, risiko itu meningkat hingga
90 peratus.
Beliau berkata, tanpa rawatan, bayi baru lahir juga berisiko tinggi untuk menjadi
pembawa. Justeru, bayi boleh menyebarkannya kepada orang lain. Apabila mereka
membesar, 25 peratus pembawa berisiko untuk meninggal dunia disebabkan barah
hati.
"Oleh itu wanita hamil perlu mengambil ujian hepatitis B. Doktor akan memberi bayi
vaksin dalam tempoh sehari selepas dilahirkan," katanya.
Secara umum, hepatitis B yang kronik adalah masalah kesihatan global yang serius.
Ia berada dalam kedudukan ke 10 penyebab utama kematian. Disebabkan virus
hepatitis B (HBV) yang menyerang sel hati, hepatitis B kronik boleh menyebabkan
parut pada hati (cirrhosis), barah hati, kegagalan hati dan kematian.
Dianggarkan hampir 78 peratus kes hepatitis B yang kronik terjadi di Asia dan
dianggarkan 360,000 kematian disebabkan hepatitis B terjadi setiap tahun
membabitkan populasi Asia Timur saja. Di Malaysia, kelaziman kadar hepatitis B di
kalangan populasinya adalah 5.24 peratus iaitu sekitar 1.3 juta penduduk.
"Ramai orang tidak tahu bahawa HBV mudah berjangkit antara 50 hingga 100 kali
berbanding HIV. Di kawasan ia menjadi endemik, kebanyakan populasinya dijangkiti
sejak bayi atau kanak-kanak," katanya.
Malah, jangkitan atau pindahan HBV paling kerap terjadi antara ibu dan anak ketika
proses bersalin. Ini kerana ibu tidak menyedari dia adalah pembawa atau pesakit
hepatitis B yang kronik.
Selain itu, HBV juga tersebar melalui pemindahan darah, berkongsi atau
menggunakan semula jarum (seperti proses bertatu) atau seks tidak selamat. HBV
tidak tersebar melalui minuman atau makanan, berkongsi tandas, menyusukan
bayi, berpeluk atau berkucup atau bersin dan batuk.
"Barah hati selalunya membawa kematian kerana ketika barah itu masih pada
tahap awal, tiada simptom ditunjukkan. Ini menyebabkan diagnosis barah hati
selalunya pada tahap yang lewat," katanya.
Berbanding wanita, lelaki lebih kerap diserang barah hati apatah lagi jika memiliki
sejarah keluarga yang berhadapan dengan masalah yang sama. Lazimnya, barah
hati akan terjadi pada usia antara 35 hingga 65 tahun.
Rawatan
Anda perlu tahu vaksin tidak bermanfaat untuk mereka yang sudah dijangkiti HBV.
Di Malaysia, suntikan melindungi daripada HBV sudah dimasukkan dalam program
imunisasi kebangsaan sejak 2002. Bagaimanapun, untuk kanak-kanak yang lahir
sebelum 2002, mendapatkan vaksin hepatitis B adalah antara agenda yang perlu
diberi pertimbangan.
Suntikan ini penting kerana kanak-kanak yang dijangkiti HBV selalunya akan
berhadapan dengan jangkitan yang kronik. Malah, tanpa vaksin, sebanyak 90
peratus bayi dijangkiti HBV pada tahun pertama kehidupannya. Sementara antara
30 hingga 50 peratus kanak-kanak yang dijangkiti pada usia antara satu hingga
empat tahun juga akan dijangkiti HBV kronik.
Risiko kematian disebabkan barah hati dianggarkan 25 peratus pada mereka yang
dijangkiti HBV kronik ketika kanak-kanak.
Ada pelbagai vaksin mencegah jangkitan HBV di pasaran, antara yang terbaru ialah
Sebivo yang dibangunkan Novartis.
• HBV lebih mudah berjangkit antara 50 hingga 100 kali berbanding HIV
• Virusnya boleh ditemui dalam dalam darah, air liur, air mani dan cecair
vagina.
• HBV tidak merebak melalui udara, makanan, air, susu ibu, berpelukan,
bercium, batuk, bersin atau berkongsi gelas minuman atau makanan.
• Penyebaran HBV daripada emak kepada anak berlaku ketika bersalin sama
ada proses bersalin itu melalui saluran peranakan atau pembedahan.
• Sebanyak 90 peratus bayi yang dijangkiti ketika lahir jika tidak menerima
rawatan akan alami HBV lebih kronik.
• Kebanyakan warga Asia dan Afrika dijangkiti HBV ketika kanak-kanak atau
ketika dilahirkan.
• Kebanyakan warga Eropah dan Amerika pula dijangkiti HBV ketika remaja
menerusi aktiviti seksual dan penggunaan dadah.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/KesihatanAnak/2007
1104115623/Article/
www.infosihat.gov.my/PDF%20Penyakit/HEPATITIS%20B.pdf
http://www.medicine.ukm.my/wiki/index.php/Hepatitis_B
http://en.wikipedia.org/wiki/Hepatitis_B
http://www.cdc.gov/ncidod/diseases/hepatitis/b/index.htm