You are on page 1of 2

Kejadian merokok di negara kita semakin meruncing dan menjadi topik

perbualan hangat di kalangan masyarakat khususnya golongan belia dan


beliawanis hari ini. Masalah ini tidak pernah lari daripada kamus kehidupan
masyarakat dan sering menjadi hamparan majalah atau menghiasi dada akhbar.
Pendedahan demi pendedahan tentang masalah merokok ini dijadikan agenda
penting untuk diselesaikan. Fenomena ini dapat memberikan satu persepsi
kelekaan dan kealpaan masyarakat terhadap tanggungjawab mendidik,
mengasuh, membimbing generasi kita hari ini. Seandainya kes merokok ini
masih bermaharajalela di negara kita, nescaya keadaan ini akan meranapkan
impian Malaysia menggapai hasrat dan visi kudsi wawasan 2020.

Kelalaian ibu bapa juga merupakan faktor perdana yang menimbulkan


masalah ini. Kini sudah menjadi lumrah ibu bapa pada masa sekarang rakus
mengejar kemewahan dan kebendaan semata-mata untuk memenuhi naluri
mereka sehingga sanggup mengabaikan anak sendiri. Adakah kita ingin melihat
generasi hari ini yang akan menjadi nadi negara, menjadi penagih rokok pada
masa depan? Ibu bapa masa ini menyerahkan tugas menjaga anak bulat-bulat
kepada pembantu rumah. Bertitik tolak dari sinilah, remaja mengambil
kesempatan keluar untuk meneroka dunia yang penuh dengan penipuan dan
jenayah kerana mereka merasakan jiwa mereka kosong akibat keperluan emosi
mereka yang tidak dipenuhi dengan belaian kasih sayang oleh ibu bapa. Akibat
kekurangan dan ketandusan kasih sayang serta goyah pegangan agama, remaja
mudah bergaul dengan kumpulan samseng yang mengheret mereka untuk
melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti merokok.

Di samping itu, pengaruh media massa turut menyumbang dan


meninggalkan kesan yang mendalam dalam sanubari remaja akibat kegiatan
penagihan merokok semakin meningkat. Akibat penyelewengn dalam proses
penyaluran maklumat, paparan aksi–aksi yang melampau mengenai rokok boleh
menarik minat remaja untuk mencuba. Hal ini demikian kerana rancangan
tersebut menyelitkan unsur-unsur bercorak negatif yang secara tidak langsung
mempengaruhi minda pelajar.

Pengaruh rakan sebaya juga menyumbang kepada berlakunya kegiatan


penagihan merokok yang berleluasa. Pada peringkat remaja, pengaruh rakan
sebaya amat kuat dan menebal di jiwa mereka. Jika remaja terlibat dalam
kumpulan sebaya yang menyimpang, pengaruh rakan sebaya beginilah yang
akan mengheret remaja ke lembah penagihan rokok. Pada kebiasaanya,
pengaruh negatif yang menonjol akan menjadi ikutan anak remaja. Segala aktiviti
yang dipandang tidak baik oleh ibu bapa tidak pula dipandang sedemikian oleh
rakan sebaya. Remaja juga akan lebih menurut kata-kata atau ajakan rakan-
rakan untuk mencuba sesuatu yang baru. Namun , demi menjaga budaya remaja
dan rasa ingin diterima oleh rakan sebaya, remaja berkenaan tidak teragak-agak
untuk bertindaksebagaimana yang dikehendaki oleh kumpulannya. Tambahan
pula, mereka lebih suka memberikan tindak balas kepada soal prestij di dalam
kumpulan agar mereka dapat bergaul dan berinteraksi.
Oleh itu, siapakah yang harus diperslahkan dalam hal ini? Persoalan
mengapakah dan bagaimanakah tentulah tidak mudah untuk dijawab. Jadi
masyarakat haruslah berganding bahu dan memainkan peranan yamg penting
bagi menangani senerio ini. Ibu bapa haruslah menjadi pendengar setia dan
selalu bermusyawarah bersama-sama anak untuk mendengar maslah dan
menyedarkan setiap perbuatan yang dilakukan oleh mereka. Ibu bapa mestilah
melengkapkan remaja hari ini denagn didikan agama yang secukupnya dan
sempurna sejak dari kecil lagi. Hal ini bolah diumpamakan seperti ‘Melentur
buluh biarlah dari rebungnya’.

Konklusinya, remaja sebagai aset penting negara mestilah berjuang untuk


membebaskan diri daripada terus dibayangi oleh kegiatan merokok. Natijah
daripada senario-senario ini, kerjasama yang erat, dan persefahaman yang
wujud adalah penting dalam menentukan kecerahan dan kelengkapan masa
depan negara. Ingatlah remaja yang bakal memimpin negara ini merypakan
tonggak dan harapan negara bagi mencorakkan haluan negara demi
menzahirkan wawasan 2020.

You might also like