P. 1
Novel Hikmah

Novel Hikmah

1.0

|Views: 11,841|Likes:
Published by aefiel

More info:

Published by: aefiel on Feb 25, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/27/2014

pdf

text

original

NOVEL

HIKMAH
karya

Mohd Faris Ikmal

Maksud : persoalan pokok atau persoalan utama yang diketengahkan oleh pengarang dalam karya

TEMA

TEMA NOVEL “HIKMAH”
Kepincangan dalam keluarga yang menyebabkan anak memberontak dan berubah tingkah laku.
-Amri merupakan anak yang naik dan bertanggungjawab, namun sikap ayahnya yang tidak bertanggungjawab dan kejam menyebabkan dia berubah tingkah laku dan memberontak dengan membuli dan memeras ugut murid sekolah yang lain. Amri melepaskan tekanan akibat sikap ayahnya dengan memeras ugut murid lain.

PERSOALAN
 Perkara-perkara kecil yang terdapat dalam karya yang berhubungan dengan tema karya.
(a)Kasih sayang ibu terhadap anaknya. Emak Amri sangat sayang akan Amri dan sentiasa mengambil berat terhadapnya. Segala keperluan Amri, sedaya upaya dipenuhinya walaupun dia sendiri berada dalam keadaan yang lemah. (b)Tanggungjawab anak terhadap kedua ibu bapanya Amri sangat sayang dan bertanggungjawab terhadap emaknya. Dia sanggup mengayuh

(c)Tanggungjawab bapa terhadap keluarga
Sebagai ketua keluarga, bapa bertanggungjawab untuk menyediakan keperluan dan melaksanakan tenggungjawab terhadap keluarga. Novel Hikmah memaparkan sikap ayah Amri yang tidak bertanggungjwab menyebabkan Amri berubah tingkah laku dan memberontak serta keluarganya menjadi porakperanda

(d)Prihatin dan simpati terhadap insan yang memerlukan
Sapura dan ayahnya bersimpati dan prihatin terhadap nasib keluarga Amri. Mereka sekeluarga menghantar emak Amri ke hospital . Selain itu, Sapura menolong Amri ketika dipukul oleh dua orang pemuda dan menghantarnya ke hospital kerana cedera di dahi.

WATAK & PERWATAKAN
i.Watak – pelaku ii.Perwatakan – sifat-sifat yang ada pada watak seperti ciri fizikal, tingkah laku atau sikap.
 Di antara watak yang terdapat dalam novel “Hikmah”: a) Amri b) Sapura c) Emak Amri d) Ayah Amri

Amri
Perwatakan
♥ Taat dan bertanggungjawab Amri taat dengan perintah ibunya. Misalnya, emak Amri menasihati Amri agar bersabar dengan sikap ayahnya. Dia menuruti nasihat emaknya. Amri juga bertanggungjawab membeli ubat untuk emaknya walaupun terpaksa mengayuh basikal sejauh 10 kilometer untuk ke pekan. ♥ Berdendam Amri berdendam dengan ayahnya kerana sikap ayahnya yang tidak bertanggungjawab dan selalu memukul emaknya. Amri akan berdendam dan melepaskan tekanan dengan membuli dan memeras ugut murid lain.

♥Sedar dan insaf atas kesalahan diri Akhirnya, Amri sedar dan insaf atas kesilapannya yang selama ini selalu memeras ugut dan membuli murid lain. Kesedaran ini muncul apabila dia telah diperas ugut oleh dua orang pemuda setelah membeli ubat untuk ibunya. ♥Nakal Amri membuli murid lain dengan memeras ugut mereka. Dia melakukan perbuatan ini kerana ingin melepaskan tekanan ekoran sikap ayahnya yang tidak bertanggungjawab.

 Berani

Sapura

Sapura berani mengadukan tentang tingkah laku Amri yang memeras ugut murid lain. Semua murid di sekolah itu tidak berani mengadukan perbuatan Amri kepada guru.

 Baik hati
Sapura sangat baik hati. Buktinya dia telah menolong Amri dan emak Amri dengan menghantar mereka ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

 Tidak berdendam
Sapura tidak berdendam dengan Amri walaupun Amri telah mengenakannya sehingga terjatuh dalam sawah dan menyebabkan baju Sapura kotor.

 Pemaaf
Sapura memaafkan Amri yang telah mengenakannya dan menolong Amri dan ibunya.

Emak Amri
 Penyayang
Emak Amri sangat sayang akan Amri. Buktinya, dia sedaya upaya menyediakan keperluan kepada Amri walaupun dia tidak mampu.

 Tabah
Emak Amri tabah menghadapi ujian hidup apabila dia dipukul oleh suaminya. Selain itu tabah dengan sikap suaminya yang tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

 Sabar
Emak Amri sabar dengan sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab dan selalu memukulnya.

 Pemaaf
Emak Amri memaafkan ayah Amri walaupun selama ini suaminya tidak melaksanakan tanggungjawab dan selalu memukulnya.

Tidak bertanggungjawab
- Dia tidak melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dan suami

Bapa Amri
Kejam
- Dia selalu mencederakan isterinya tanpa belas kasihan dan meminta wang untuk berjudi dan membeli dadah.

Waktu atau tempoh masa peristiwa yang berlaku dalam karya.

Latar masa

Tempat berlakunya sesuatu peristiwa di dalam karya. Contohnya: sungai, sekolah, rumah, dan lain-lain.

Latar tempat

LATAR
Keadaan atau citra ditempat sesuatu peristiwa berlaku.

Latar masyarakat

Kelas Amri
Amri berbual-bual dengan Siva tentang hukuman yang diterima oleh Amri kerana memeras ugut murid lain.

Rumah Amri
Bapa Amri meminta wang daripada emak Amri. Apabila tidak diberikan wang, ayah Amri telah menyelongkar gerobok pakaian sehingga menemukan wang.

LATAR TEMPAT
Lorong di pekan
Tempat Amri diperas ugut dan dipukul oleh dua orang pemuda.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->