You are on page 1of 9

Pemendapan sungai

Geografi alam sekitar fizikal

Nama: Nor Asekin Binti Zulkifli


Kelas: 6 Rendah Kemanusiaan 2
Tahun: 2009
Pemendapan sungai

Pemendapan sungai ialah penimbunan atau longgokan bahan seperti pasir dan kelikir yang diangkut
oleh sungai ke peringkat rendah dan mendap apabila tenaga aliran dan halaju sungai semakin
perlahan khasnya di kawasan yang bercerun landai.

Faktor fizikal yang menyebabkan berlakunya pemendapan sungai

Pemendapan sungai boleh berlaku disebabkan beberapa faktor fizikal antaranya ialah isi padu air
sungai yang berkurangan. Apabila keadaan ini berlaku,bahan-bahan yang dibawa mula dimendapkan
di dasar sungai. Kedua ketika halaju air mula berkurangan. Lhalaju air sungai yang semakin perlahan
menyebabkan keupayaan air sungai mengangkut bahan-bahan mendapan berkurangan
menyebabkan proses pemendapan akan terus berlaku.

Selain itu,apabila wujud halangan di dalam sungai seperti tanah runtuh, pokok tumbang,
longgokan batu-batu kasar yang banyak di dasar sungai juga menyebabkan proses pemendapan
meningkat. Proses mendapan sungai bertambah apabila bentuk alur sungai berliku-liku atau
berkeadaaan tidak rata.

Tindakan gravity semakin berkurangan apabila cerun landai dan ini member kesan kepada
peningkatan bahan mendapan sungai. Pemendapan menjadi semakin meningkat apabila kurangnya
tanaman litupan bumi di kiri kanan tebing sungai. Keadaan ini meningkatkan kadar hakisan tebing
sungai dan bahan-bahan muatan sungai bertambah banyak memasuki sungai hingga meningkatkan
bahan mendapan sungai.
Bentuk muka bumi hasil pemendapan sungai

Proses pengangkutan sungai akan terhenti atau menjadi perlahan disebabkan oleh beberapa faktor
seperti pertembungan arus sungai dengan arus laut di muara, perubahan morfometri alur sungai
dari kecil kepada besar atau akibat halangan-halangan di dasar sungai. Faktor-faktor ini akan
mengurangkan halaju arus sungai. Apabila halaju arus sungai menjadi perlahan maka sungai akan
memendapkan bahan atau muatan yang di bawa. Justeru itu di kawasan hilir sungai biasanya
dikuasai oleh bentuk-bentuk pemendapan. Antara bentuk muka bumi hasil pemendapan
sungainialah seperti dataran banjir dan tetembak, tasik ladam dan juga delta

Antara bentuk muka bumi

Bentuk muka bumi Huraian


Dataran banjir dan tetambak Ciri bnetuk muka bumi: dataran banjir
bermaksud kawasan tanah pamah yang terletak
di bahagian hilir sungai yang dilimpahi air
sungai ketika banjir. Ia amat landai, rata dan
luas. Lazimnya di atas dataran banjir terdapat
beberapa bentuk muka bumi lain seperti
tetambak semulajadi, tasik ladam dan juga
tasik.
Tetambak ialah jaluran permatang yang wujud
di sepanjang tebing sungai dan memisahkan
antara sungai dengan dataran banjir.
Tasik ladam dan liku terpenggal Kejadian tasik ladam dapat dijelaskan melalui 3
peringkat:

Peringkat 1:
Hakisan sisi (hakisan mendatar) berlaku di
tebing-tebing cekung X1 dan X2 dan akan
menghasilkan alur yang baru

Peringkat 2:
Pembentukan alur yang baru ini dopercepatkan
lagi dengan pemendapan bahan-bahan yang
terhakis. Proses pemendapan yang berterusan
menyebabkan likuan sungai akan terpisah
daripada alur sungai yang terbentuk tadi.
Likuan ini dinamakan sebagai likuan terpenggal

Peringkat 3:
Proses pemendapan yang berterusan
menyebabkan likuan terpenggal terpisah
langsung daripada alur sungai. Air dalam likuan
terpenggal ini akan terperangkap menjadi
sebuah tasik yang dinamakan sebagai tasik
ladam
Selain daripada dataran banjir, tetambak dan tasik ladam, proses pemendapan sungai juga akan
menghasilkan delta. Delta akan terbentuk apabila timbunan bahan mendak berlaku secara meluas
di muara sungai.

Di kawasan muara ini halaju arus sungai amat perlahan kerana pertembungan arus sungai dengan
arus laut. Keadaan ini menyebabkan sungai kehilangan tenaga untuk mengangkut lalu mendapkan
bahannya dengan giat. Bahan-bahan seperti kelodak, lumpur, lempung, koloid dan bahan ampaian
akan dimendapkan hingga memenuhi sungai utama dan cawangan-cawangannya membentuk
sebuah delta.

Rajah menunjukkan peringkat-peringkat pembentukan sebuah delta

Peringkat 1

Beban dimendapkan di kuala sungai utama dan alur delta. Terbentuk lagun, beting dan tetambak

Peringkat 2

Lebih banyak beban dimendapkan, delta bertambah luas dan alur-alur delta yang kecil terbentuk
Peringkat 3

Bahagian –bahagian delta yang lebih luas terbentuk kerana proses perluasan delta mara ke laut

Rajah:peringkat-peringkat pembentukan sebuah delta

Proses pembentukan dan perkembangan delta amat dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kuantiti
bahan yang dibawa oleh sungai, lokasi bahan yang dimendapkan dan juga cara bahan/muatan sungai
dimendapkan. Oleh itu, delta-delta yang besar biasanya terbentuk di kawasan yang mempunyai
sungai yang besar kerana sungai ini akan membawa muatan yang banyak dari hulu ke hilirnya.
Selain itu delta juga akan terbentuk dan berkembang dengan baik sekiranya tidak terdapat arus
pesisir pantai yang kuat yang akan menyeret bahan-bahan muatan yang telah dimendapkan oleh
sungai tadi.

Bahagian delta yang berhampiran dengan laut biasanya berpaya/ditumbuhi hutan paya, dan
adakalanya berlagun. Sekiranya delta yang terbentuk itu mempunyai banyak bahan kelodak dan
aluvium maka ia merupakan sebuah delta yang amat subur untuk pertanian khususnya padi sawah
seperti di Delta Kelantan, Delta Mekong, Delta Chao Phraya, Delta Irrawady dan sebagainya. Oleh
kerana terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi pembentukan delta, maka jenis delta, saiz,
bentuk, dan namanya juga berlainan. Jenis-jenis delta yang terhasil ialah seperti delta busur, delta
kaki burung, delta juring dan juga delta muara.
Contoh: Delta Sungai Nil di Mesir, Delta Indus dan Contoh: Delta Mississipi di Amerika Syarikat

Delta Ganges di India, Delta Irrawady di Myanmar

Contoh: Delta Sungai Ebro di Sepanyol Contoh: Delta Sungai Mackenzie dan Delta

Sungai Hudson di Kanada, Delta Sungai Elbe

di Jerman dan Delta Sungai Kelantan di

Malaysia

Rajah: Pelbagai jenis delta


Langkah bagi mengatasi masalah pemendapan sungai di Malaysia

Masalah pemendapan sungai di Malaysia boleh ditangani berdasarkan 2 langkah utama, iaitu
langkah struktur dan bukan struktur. Antara langkah struktur yang utama ialah meluruskan sungai.
Dengan cara ini, bahan-bahan mendak dapat dibawa terus ke kawasan muara sungai tanpa
dimendapkan terlebih dahulu di kawasan sebelah atas sungai. Selain mendalam, melebarkan alur
sungai turut penting dalam menangani masalah kadar pemendapan sungai yang meningkat.

Kaedah membina cerucuk atau membuat benteng konkrit juga mengurangkan atau menghalang
meningkatnya masalah pemendapan sungai di Malaysia. Dengan cara meningkatkan penanaman
tutup bumi juga boleh mengurangkan masalah pemendapan sungai.

Bagi kaedah bukan struktur pula, penguatkuasaan undang-undang amat penting dijalankan. Dengan
adanya undang-undang, segala projek lembangan sungai perlu mengikut prosedur dan akta yang
telah ditetapkan. Hal ini dapat mengurangkan masalah tanah runtuh seterusnya mengurangkan
masalah kadar mendapan yang tinggi. Di samping itu, kaedah pendidikan juga penting dalam
mengurangkan masalah pemendapan sungai di Malaysia. Dengan menerapkan nilai-nilai murni
dalam kurikulum di sekolah seperti ‘Hargailah Sungai Kita’. ‘Jagalah Kebersihan Sungai’ dan
sebagainya boleh menyedarkan murid-murid sekolah untuk menghargai sungai.

Kaedah kempen kesedaran juga penting terutama melalui media massa, cetak dan elektronik.
Denagn adanya kempen seperti menjaga kebersihan sungai, maka orang awam akan didedahkan
kepada betapa pentingnya sungai. Dengan itu, dapat mendidik orang awam untuk tidak
mencemarkan sungai dengan sampah sarap sehingga meningkatkan kadar mendapan sungai

RUJUKAN

BUKU TEKS PRA-U STPM LONGMAN


ISI KANDUNGAN

1. MAKSUD PEMENDAPAN SUNGAI

2. FAKTOR FIZIKAL YANG MENYEBABKAN


BERLAKUNYA PEMENDAPAN SUNGAI

3. BENTUK MUKA BUMI HASIL PEMENDAPAN


SUNGAI

4. LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL BAGI


MENGATASI MASALAH PEMENDAPAN
SUNGAI DI MALAYSIA

5. FAKTOR PEMENDAPAN SUNGAI


FAKTOR PEMENDAPAN SUNGAI

a. ISI PADU DAN HALAJU AIR


Pemendapan sumgai akan berlaku sekiranya isi padu dan halaju sungai semakin
berkurangan. Isi padu sungai lazimnya berkait rapat dengan halaju dan luas keratin
rentas sungai. Secara impirikal, hubungan ini boleh dijelaskan memalui rumus
dibawah:
ISI PADU SUNGAI (Q) = HALAJU (V) x LUAS KERATAN RENTAS SUNGAI (A)
Oleh itu, secara teori sekiranya isi padu air sungai tinggi, halaju juga tinggi manakala
luas keratin rentas sungai besar, maka pemendapan sukar berlaku.
b. KECERUNAN
Pemendapan sukar berlaku sekiranya segmen sungai terletak di cerun yang curam.
Misalnya di bahagian hulu sungai, pemendapan jarang kelihatan berbanding di
bahagian hilir sungai.
c. SUNGAI BERMEANDER
Alur sungai yang bersirat dan berliku menyebabkan beban sedimen mudah
dimendapkan. Bentuk alur berliku mempunyai perkaitan yang rapat dengan alur
bermeander, iaitu pola alur yang terhasil daripada siri sungai yang berselekoh. Oleh
itu, sungai yang bermeander banyak dan rapat lebih mudah memendapkan beban
sedimen yang diangkut.
d. JENIS BATUAN
Batuan jenis granit mudah dimendakkan berbanding batuan mudah larur seperti
batu kapur.
e. BAHAN MUATAN SUNGAI
Beban sedimen yang terlarut, kecil dan ringan lebih mudah diangkut melalui cara
larutan dan ampaian. Bahan sebegini akan diangkut dengan jumlah yang banyak
dan jauh dari sumbernya.
f. HALANGAN
Bahan mendap yang berat dan diangkut secara golekan mungkin akan tersangkut di
dasar sungai yang mempunyai halangan seperti struktur kejuruteraan (empangan,
pintu air)

You might also like