You are on page 1of 5

SK KANTAN PERMAI

43000 KAJANG, SELANGOR

KERTAS KERJA
PROJEK PENAIKTARAFAN
TAMAN SUMBER SAINS
2010
(Taman Orkid, Taman Herba,
Taman Burung dan Kolam Ikan)

Disediakan oleh :
AJK PANITIA SAINS/ PANITIA KEMAHIRAN HIDUP
SK KANTAN PERMAI
43000 KAJANG, SELANGOR
PROJEK PENAIKTARAFAN TAMAN SUMBER SAINS
(TAMAN ORKID, TAMAN HERBA,
TAMAN BURUNG DAN KOLAM IKAN)

1. PENGENALAN

Projek penaiktarafan Taman Sumber Sains di persekitaran sekolah merupakan suatu langkah
penting dan strategik, yang bertujuan untuk menyediakan suasana pembelajaran yang
kondusif terutamanya bagi mata pelajaran Sains dan Kemahiran Hidup.
Penaiktarafan ini juga amat diperlukan kerana sebahagian besar daripada komponen Taman
Sumber Sains yang ada telah usang, dan perlu diselenggara. Ianya juga berasaskan kepada
kesedaran bahawa proses pembelajaran tidak harus terikat dan terhad kepada apa yang
berlaku di dalam ruang kelas, tetapi melibatkan persekitaran sekolah yang ceria dan berupaya
merangsang dan membina kecemerlangan intelek dan sahsiah murid.

2. MATLAMAT

Menjadikan persekitaran sekolah ceria, bermaklumat dan berupaya merangsang intelek,


sahsiah, sifat ingin tahu dan minat murid, selaras dengan hasrat untuk menjadikan sekolah
sebagai pusat berinformasi bagi penyaluran maklumat kepada semua.

3. MISI

Menyediakan persekitaran sekolah yang ceria dan berupaya merangsang kecemerlangan


akademik dan sahsiah murid

4. OBJEKTIF

Antara objektif perlaksanaan projek ini ialah :


1. Menyediakan suasana yang boleh merangsang intelek dan sahsiah murid
2. Meningkatkan sifat ingin tahu dan minat murid kepada alam sains
3. Meningkatkan sifat menghargai kebersihan dan keceriaan di kalangan murid
4. Mempelbagaikan sumber pengajaran dan pembelajaran
5. Membebaskan proses pembelajaran daripada ruang lingkup kelas
5. MATLAMAT

Terbahagi kepada 3 iaitu : 

(i) Jangka Pendek:

- Hebahan projek kepada pihak pentadbiran sekolah.


- Mendapatkan dana dan sumbangan daripada pihak penganjur
- Membuat pembersihan kawasan serta mendapatkan alatan dan bahan untuk
melaksanakan projek.

(ii) Jangka Sederhana:

- Penyediaan tanaman, mendapatkan haiwan yang sesuai


- Menaiktaraf komponen taman sumber sains yang usang

(iii) Jangka Panjang:

- Menjadikan taman ilmu tempat kegemaran setiap murid


- Mewujudkan suasana yang kondusif untuk pembelajaran di sekitar taman sumber sains
- Menubuhkan kelab pencinta alam di sekolah dalam usaha mengekalkan kebersihan
dan keceriaan Taman Sumber Sains secara khususnya dan kawasan sekolah amnya.
- Membuat jadual tugasan khas untuk bergilir-gilir membersihkan dan menjaga kawasan
taman.

6. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran projek ialah untuk para murid dan guru-guru SK Kantan Permai, serta para
ibu bapa dan pelawat ke sekolah.

7. PELAN PELAKSANAAN PROJEK

- Penyediaan jadual kerja menggunakan Carta Gantt: 


- Pembahagian tugasan mengikut kerja dan masa.
- Pembentangan struktur projek
- Pemerhatian dan lawatan ke komponen Taman Sumber Sains
- Gotong-royong membersihkan kawasan projek.
- Memperbaiki dan mencantikkan lanskap di kawasan projek       
- Mendapatkan benih-benih, anak pokok dan haiwan untuk Taman Sumber Sains
- Meletakkan papan tanda nama untuk setiap tumbuh-tumbuhan dan haiwan di Taman
Sumber Sains (dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan nama saintifik)

8. JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pn Sariah bt Said Guru Besar

Naib Pengerusi 1 : En Zainudin b Samingan PK Kurikulum

Naib Pengerusi 2 : Pn Zalilah bt Othman PK Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi 3 : Pn Chen Yoon Kim PK Ko-Kurikulum

Naib Pengerusi 4 : Pn Norleha bt Adam PK Petang

Setiausaha : En Rohaizad b Mohamed Akhir

AJK : 1. En Ayub b Jamaludin


2. Pn Muhaini bt Ahmad
3. En Razis b Razhuan
4. Semua ahli Panitia Sains
dan Kemahiran Hidup

9. STRATEGI PERLAKSANAAN

i . Membincangkan aktiviti dan projek di peringkat AJK induk


ii .Merancang aktiviti bersama dan mengenal pasti guru yang bertanggungjawab
dan sasaran projek.
iii Kertas kerja ditulis dan perancangan yang telah disusun dilaksanakan .
iv Keberkesanan akan dinilai.

10. SENARAI PROJEK

a) Menaiktaraf Taman Orkid


b) Menaiktaraf Taman Herba
b) Menaiktaraf Taman Burung
c) Menaiktaraf Kolam Ikan
11. KEWANGAN

i. SUMBER KEWANGAN :

BIL. SUMBER NILAI ( RM )


1. Sumbangan Program Pintar Bank Islam RM 2000.00
JUMLAH RM 2000.00

ii ANGGARAN PERBELANJAAN :

BIL. BAHAN ANGGARAN


1 Bahan-bahan pembinaan (simen,bata, kayu,
RM 1000.00
cat dan lain-lain)
2 Pasu RM 200.00
3 Batu Hiasan RM 200.00
4 Pokok RM 300.00
5 Haiwan (burung, ikan) RM 300.00
JUMLAH RM 2000.00

12. PENUTUP

Adalah diharap agar perancangan yang telah disusun akan berjalan dengan lancar di samping
mendapat kerjasama dan perhatian semua pihak. Ini bertujuan untuk memastikan Taman
Sumber Sains sentiasa berada dalam suasana bersih, ceria dan boleh merangsang
kecemerlangan murid-murid dalam bidang akademik dan sahsiah.

Disediakan oleh Disahkan oleh

................................. .................................
(ROHAIZAD M. AKHIR) (SARIAH BT SAID)
Setiausaha Guru Besar
Projek Penaiktarafan SK Kantan Permai
Taman Sumber Sains 43000 Kajang
SK Kantan Permai Selangor
43000 Kajang
Selangor

s.k. : Fail Sekolah/ Fail Panitia

You might also like