You are on page 1of 14

Kecergasan fizikal berlandaskan

lakuan motor

Oleh
Othman Bin Che Man
Jab. PJK
Pengenalan
 Mempunyai enam komponen yang terdapat dalam
kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan ini, lebih
merupakan keupayaan seorang atlit dan ini
memberikan kelebihan dalam peningkatan potensi
diri.
Pencapaian tahap tertinggi dalam komponen-
komponen ini, akan memberikan keuntungan kepada
atlit.
Ketangkasan
 Keupayaan menukarkan arah semerta semasa dalam
pergerakan. Komponen ini memerlukankan seorang atlit
menukarkan arah secara pantas. Mekanisma pertukaran
arah yang pantas ini akan memberikan atlit peluang
mengawal situasi perlawanan. Sebagai contoh pemain
bola yang cuba mengelecek lawan dengan membawa
bola ke kanan, tiba-tiba menarik bola dan bergerak ke
arah kiri dengan pantas dan berjaya melepasi lawan.
 Ketangkasan boleh dibentuk melalui latihan seperti
larian ulang alik, larian zig zag, larian dengan arahan dan
lain-lain lagi.
Latihan Ketangkasan
Imbangan
 Kebolehan mengawal dan mengimbangi badan
semasa beraksi, semestinya dapat memberi kelebihan
kepada atlit untuk menguasai situasi perlawanan.
Komponen ini sangat penting bagi setiap atlit.
 Antara latihan yang dapat membentuk imbangan atlit
ialah dirian bangau, dirian tangan imbangan skala dan
lain-lain latihan yang bersesuaian.
Latihan Imbangan
Kelajuan
 Pergerakan anggota yang terpantas seperti kaki untuk
larian atau tangan untuk lontaran. Kelajuan
dipengaruhi oleh jarak pergerakan, kuasa, teknik
pergerakan dan daya tahan otot.
 Komponen ini boleh dibina dengan latihan-latihan
seperti pecut kejar masa (masa terpantas) seperti jeda
60 meter pecut 85 peratuslari pecut berpiramid 20 –
50 meter, lari pecut dengan rintangan seperti pecut
berperacut, pecut dengan beban, pecut naik bukit,
dan pecut di pantai.
Latihan Kelajuan
Masa tindak balas
Tindakan perlakuan pantas dan semerta selepas
menerima ransangan. Kebolehan melakukan dalam
masa yang lebih singkat dan tindakan yang betul
adalah lebih baik.
Cth: tindak balas terhadap bunyi tembakan pistol
pelepas adalah saat yang terpenting bagi seorang
pelari pecut.
Terdapat beberapa latihan yang dapat membentuk
komponen ini dalam diri seorang atlit.
Tindak balas deria pendengaran terhadap bunyi.
Tindak balas penglihatan terhadap sebarang cue/aksi.
Latihan untuk masa tindak balas
Kuasa
Keupayaan otot untuk melakukan konstraksi dengan
maksimum dan penuh tenaga dalam menghasilkan
sesuatu pergerakan dalam masa yang singkat.
Terdapat dua komponen yang menghasilkan kuasa
iaitu kekuatan dan kepantasan.
Terdapat latihan yang dapat menghasilkan kuasa
kontraksi adalah seperti pliometrik, latihan rintangan
dan bebanan.
Latihan untuk Kuasa
Koordinasi
Kebolehan kesemua anggota dan komponen
berkerjasama atau berintergrasi antara satu sama lain
yang menghasilkan pergerakan yang sempurna.
Banyak latihan yang sesuai boleh digunakan untuk
membina koordinasi.
Penutup
Kesemua komponen di atas merupakan keperluan
bagi seorang atlit.
Latihan-latihan berkaitan perlu disusun dalam
program latihan seorang atlit supaya mempunyai
keupayaan lakuan motor yang optimum.

You might also like