You are on page 1of 2

TAKSONOMI BLOOM

1. ARAS PENGETAHUAN
Item menguji kebolehan calon untuk mengingat kembali fakta spesifik,
istilah, prosefdur, konsep asas dan prinsip.
Soalan yang lazimnya bermula dengan nyatakan, sebutkan, namakan,
senaraikan
2. ARAS KEFAHAMAN
Item jenis ini menguji kebolehan calon mentafsir fakta dan konsep.
Lazimnya, calon dikehendaki mengemukakan contoh spesifik yang dapat
menunjukkan kefahaman fakta/konsep.
Soalan yang lazimnya bermula dengan terangkan, huraikan, berikan
contoh
3. ARAS APLIKASI
Item ini menguji kebolehan calon menggunakan konsep, hokum dan
prinsip dalam situasi baru iaitu situasi yang berlainan daripada yang
digunakan sebagai contoh pengajaran dan pembelajaran.
Soalan yang lazimnya bermula dengan meramalkan, menunjukkan,
menyediakan
4. ARAS ANALISIS
Item jenis ini menguji kebolehan calon mencerakinkan idea yang besar
kepada bahagian kecil, membuat perbandingan dan menghuraikan
perhubungan.
Soalan yang biasanya bermula dengan bincangkan dengan kritis,
bandingkan ..
5. ARAS SINTESIS
Item jenis ini memerlukan calon membina atau mengatur (merekacipta)
sesuatu dalam bentuk Bahasa atau fizikal.
Soalan yang lazim bermula dengan reka, lengkapkan, lukis/tulis, bina
6. ARAS PENILAIAN
Item jenis ini memerlukan calon membuat pertimbangan tentang nilai
sesuatu keadaan, pandangan atau perlakuan.
Soalan yang lazimnya bermula dengan tentukan, sejauh mana, huraikan,
yang paling

You might also like