You are on page 1of 5

Menurut

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 (SKPM), kemenjadian murid

bermaksud keupayaan murid yang terbentuk hasil daripada peningkatan ilmu, penguasaan
kemahiran yang merangkumi kemahiran insaniah, teknik dan kompetitif secara kreatif dan
inovatif; peningkatan sikap, etika dan nilai murni; peningkatan sahsiah dan kecerdasan yang
merangkumi

pembangunan

kebijaksanaan,

kecerdasan

akal,

emosi,

spiritual

dan

kecerdasan fizikal (Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, 2010).


Definisi yang diberikan cukup meluas dan merangkumi setiap aspek dalam membentuk
seorang insan yang sempurna. Namun, tanpa aktiviti-aktiviti bersesuaian yang dirancang
dan dilaksanakan, maka definisi ini hanya akan tinggal coretan semata-mata tanpa output
yang disasarkan. Dalam konteks sekolah, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) menilai
impak sekolah berkesan dari aspek kemenjadian murid. Kemenjadian murid merupakan
salah satu daripada lima Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 yang menekankan
kewajaran 35% dalam pembinaan pendidikan yang berkualiti.
Dalam erti kata lain, "kemenjadian murid" itu adalah "outcome" atau rupa bentuk insan yang
kita mahu hasilkan dari kerjabuat kita mendidik sama ada ianya benar-benar terjadi dengan
sempurna, kurang sempurna atau tidak menjadi langsung. Rupa bentuk insan yang kita
mahukan itu telah digaris secara sempurna dan bertulis dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Berdasarkan Standard ke-5 SKPM 2010, aspek kemenjadian murid bagi peringkat sekolah
rendah salah satunya

diukur melalui aspek pengukuhan

aqidah. Ini dinyatakan dalam

kriteria ke-15 iaitu mengukuhkan asas aqidah (kepercayaan kepada Tuhan) dan
mengamalkan nilai murni.
Aqidah ialah kepercayaan dan keyakinan yang pasti dan tidak berbelah bagi serta tanpa
keraguan dan syak wasangka kepada Allah dan segala sifatnya (Sayyid Sabiq 2000).
Aqidah atau iman disebut sebagai keyakinan bersungguh-sungguh bahawa sesungguhnya
Allah s.w.t. adalah Tuhan bagi segala sesuatu, Maha Kuasa dan Maha Pencipta. Muhammad
Abduh (1994) pula mengatakan aqidah ialah keyakinan kepada kewujudan dan keesaan
Allah s.w.t. dan keyakinan kepada kewujudan dan keesaan Allah s.w.t. dan keyakinan
kepada sifat-sifat serta perbuatan-perbuatan yang sabit denganNya kerana sesungguhnya
Allah merupakan matlamat akhir dan tempat kembali segala makhluk di alam ini.

Gejala sosial dalam kalangan murid yang kian meningkat hari demi hari berpunca daripada
pelbagai faktor. Salah satunya faktor kekurangan ilmu agama dalam diri murid. Perkara asas
dalam agama ialah mengenal pencipta yakni tuhan. Timbulnya gejala keruntuhan akhlak
pada era ini adalah kerana murid tidak dididik untuk mengenal tuhan dalam kehidupan
seharian mereka. Kemenjadian murid bukan sahaja dinilai melalui aspek kecemerlangan
akademik bahkan kecemerlangan rohani perlu dititikberatkan. Jesteru tidak hairan jika timbul
isu pelajar pintar yang terjebak dengan masalah sosial seperti dadah, seks bebas,
pelacuran, buli dan sebagainya. Hal ini kerena tuhan telah hilang dalam hati mereka. Apabila
hilangnya tuhan dalam diri murid, tugas guru menjadi semakin sukar untuk mengawal
tingkah laku anak dan murid.
Al-Attas (1985) berpendapat, pendidikan aqidah adalah satu proses berterusan dalam hidup
manusia di muka bumi dan menjadi tanggungjawab kepada semua ahli masyarakat. Objektif
pendidikan dalam Islam ialah untuk melahirkan manusia yang baik dan seimbang, iaitu
manusia yang adil kepada diri dengan membina keyakinan dan keimanan yang teguh
kepada Allah s.w.t. yang merupakan satu-satunya realiti yang mutlak. Pendidikan yang
sebenar ialah integrasi daripada pelatihan fizikal dan pendisiplinan bahagian kerohanian
manusia kearah mencapai nilai kebahagiaan kerohanian yang merupakan kebahagiaan yang
tertinggi dan bersifat abadi.
Jika dilihat kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK), Aqidah menjadi suatu aspek
penekanan utama dalam sistem pendidikan nasional. Penyataan FPK adalah seperti berikut:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Penekanan terhadap aqidah dapat dilihat melalui frasa ..berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Meskipun perkataan Allah tidak digunakan bagi menampakkan
bahawa sistem pendidikan dijalankan untuk semua, ia tetap menampakkan penekanan
terhadap konsep tauhid kepada Pencipta melalui konsep uluhiah dan rububiyah bagi orang
Islam dan hanya rububiyah bagi bukan Islam.

Dalam melaksanakan Pendidikan Islam di Malaysia, kerajaan menetapkan pula Falsafah


Pendidikan Islam. Falsafah Pendidikan Islam di Malaysia adalah :
Falsafah Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu,
kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk
sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah untuk
membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia
dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Oleh yang demikian, satu langkah intervensi telah diambil dengan menubuhkan sebuah
kelab dibawah seliaan Panitia Pendidikan Islam. Nama Al-Falah telah dipilih bagi kelab ini.
Perkataan arab Al-Falah yang bermaksud kejayaan mempunyai falsafahnya yang tersendiri
sesuai dengan firman Allah dalam surah Al-Mukminun dalam ayat 1 yang bermaksud
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.
Berbeza dengan kelab pendidikan islam yang ada di sekolah rendah, kelab Al-Falah lebih
memfokuskan kepada proses pemantapan aqidah murid. Antara aktiviti yang dilaksanakan
oleh kelab ini ialah bacaan asmaul husna beramai-ramai sebelum bermulanya sesi
pengajaran dan pembelajaran. Asmaul husna yang menekankan tentang 99 nama-nama
Allah amat penting diketahui oleh setiap murid yang beragama islam. Melalui aktiviti ini
juga,murid dapat mengenal sifat kesempurnaan Allah. Sasaran aktiviti ini adalah seluruh
murid dan guru di sekolah. Guru penasihat akan memilih murid yang mempunyai sebutan
yang baik dan lancar untuk membacakan asma al-husna berdasarkan teks yang disediakan.
Bacaan ini akan dilakukan di bilik siaraya sekolah. Aktiviti ini akan dilaksanakan setiap hari
kecuali hari perhimpunan mingguan. Waktu 10 minit sebelum bermulanya sesi pengajaran
dan pembelajaran, murid yang bertanggungjawab akan meminta semua murid di setiap
kelas bersedia dengan teks asma al-husna yang telah diedarkan. Masa yang diperuntukkan
adalah 3 minit. Selesai bacaan, sesi P&P dijalankan seperti biasa.
Objektif aktiviti ini adalah supaya murid mengenal Allah swt sebagai zat yang menciptakan
dan mengatur alam semesta. Kekuasaan Nya tidak terbatas, kekuatan Nya tidak dapat
diukur, keluasan ilmu Nya tidak dapat diketahui, kebesaran Nya tidak dapat ditandingi oleh
siapapun. Karena itu keaguangan dan kebesaran hanyalah milik Allah swt. Sedangkan
manusia, betapapun hebat dan unggulnya, ia hanyalah salah satu makhluk dari berjuta-juta
makhluk Allah swt yang sangat memerlukan pertolongan dan perlindungan dari Nya.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama
Allah gemetarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya,
bertambahlah iman mereka kerananya dan hanya kepada Rabb mereka, mereka
bertawakkal. (QS. Al-Anfal: 2).
Oleh karena itu semakin seseorang itu mengenal Allah swt, maka akan semakin kuat imanya
dan semakin takut kepada Nya.
Langkah intervensi kedua yang dilakukan oleh kelab Al-Falah adalah dengan memasang
papan digital di bangunan sekolah. Papan digital tersebut adalah seperti yang terdapat di
masjid-masjid seluruh negara. Penggunaan media seperti ini pastinya akan menarik
perhatian murid untuk membaca apa yang terpapar berbanding kaedah konvensional seperti
melekatkan kad grafik, dan lukisan mural pada dinding bangunan sekolah. Sasarannya ialah
seluruh warga sekolah. Pada papan digital ini akan dipaparkan tentang rukun islam, rukun
iman, sifat-sifat Allah dan perkara-perkara berkaitan aqidah. Guru penasihat akan
mempastikan papan digital ini sentiasa berfungsi seawal sesi persekolahan bermula
sehingga tamat sesi persekolahan.
Norton dan Winburg (2003) menjelaskan Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
mempunyai peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Namun
begitu, ia bukanlah bertujuan untuk menggantikan tempat guru ataupun mengambil alih
peranan sekolah. Kemudahan yang diberikan oleh teknologi tesebut menjadi sebahagian
daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, sebagaimana ianya menjadi
sebahagian daripada pengalaman pembelajaran di luar sekolah. Jesteru, intervensi ini dilihat
sebagai satu langkah yang sangat relevena dalam usaha mendekatkan diri murid dan
seluruh warga sekolah kepada pencipta.

Al-Quran

Abdul Latif Bin Muda dan Rosmawati bt, Ali @ Mat Zin, 1998. Pengantar Ilmu Tauhid. Kuala
Lumpur : Pustaka Salam Sdn Bhd.

Dr. Abul Salam Muhamad Shukri, 2003. Panduan Mengajar Akidah Kepada Kanak-kanak.
Pahang : PTS Publication.

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti . (2010). Standard kualiti pendidikan Malaysia 2010.
Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Othman B. Md. Johan & Lukman Bin Dinyati. 2011. Persepsi guru-guru Pendidikan Islam
terhadap penggunaan ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran Sekolah
Kebangsaan Di Daerah Kluang. Journal of Social Science.
.

You might also like