You are on page 1of 6

http://www.jawatankosong.com.

my/kareer/Cara-
Membuat-Resume.html
Cara membuat resume
Bilangan muka surat

Muka surat memainkan peranan penting dalam menghasilkan resume yang dikehendaki sesebuah syarikat.
Ada sesetengah syarikat hanya mahukan resume yang pendek, namun ada juga sesetengah syarikat yang
lebih cenderung kepada resume yang panjang dan terperinci. Namun pada hakikatnya, seseorang pembaca
atau penemuduga hanya memerlukan seminit sahaja untuk membaca segala isi resume itu. Jadi resume
perlulah ringkas dan padat. Resume yang terlalu panjang menyebabkan pembaca tidak menghiraukan isi
yang panjang dan akan menyebabkan pembaca terlepas isi – isi yang mungkin penting. Resume yang
disarankan tidaklah melebihi dua muka surat .

Gambar

Di Malaysia , ia menjadi amalan kepada syarikat – syarikat mengkehendaki gambar disertakan dalam resume.
Sebenarnya gambar merupakan persepsi awal seseorang pembaca itu mengenai individu tersebut. Gambar
yang memiliki ciri – ciri kemas, ceria dan bersemangat lebih menarik perhatian pembaca. Kebanyakan
pemohon – pemohon gagal meletakkan gambar yang menepati ciri – ciri itu dan menyebabkan pembaca
mempunyai persepsi yang kurang elok terhadap pemohon.

Maklumat peribadi

Maklumat peribadi perlulah diisi bersesuain dengan kerja yang dipohon. Sekiranya kerja itu memerlukan
ketinggian dan berat yang tertentu, perlulah pemohon meletakkannya. Namun kebanyakkannya, perkara
tersebut tidak dititik beratkan dalam proses pemilihan. Apa yang paling utama adalah nama, alamat, nombor
telefon, emel, faks dan sebaginya. Perkara – perkara lain seperti jantina, agama dan seangkatannya adalah
tidak perlu kerana ianya boleh diketahui hanya dengan gambar dan nama. Dinasihatkan, sekiranya resume
anda lebih dari satu muka surat , perlulah meletakkan nama anda pada setiap helaian seperti di header.

Tujuan

Perkara yang paling penting tetapi biasanya diabaikan oleh para pemohon. Biasanya syarikat yang dipohon
itu gagal mengenal pasti tujuan yang dimahukan pemohon. Tujuan yang dimaksudkan adalah berkaitan
dengan jawatan yang dikehendaki. Pemohon perlulah memperincikan jawatan yang dikehendaki agar syarikat
itu boleh meletakkan titik timbang tara bagi menilai pemohon itu. Anda tidak perlu segan untuk meletakkan
jawatan yang diidamkan dan bersesuaian dengan kelayakkan anda.

Pendidikan

Pendidikan yang dimaksudkan adalah pencapaian akademik yang diperolehi anda. Tidak perlu anda
meyelitkan keputusan PMR dan UPSR anda kerana ianya tidak diperlukan dalam penilaian syarikat yang
dipohon. Mungkin anda boleh meletakkan keputusan SPM anda dengan sekadar berapa A dan sebagainya
yang diperolehi. Apa yang paling penting dalam ruang ini adalah pencapaian anda di universiti. Letakkan
kelulusan anda serta nilai CGPA yang diperolehi anda. Untuk lebih jelas, letakkan nilai CGPA setiap
semester.

Aktiviti dan anugerah

Segmen ini hendaklah diberikan perhatian kerana ianya melambangkan diri anda. Senaraikan aktiviti – aktiviti
luar anda serta jawatan yang disandang. Sekiranya terlalu banyak aktiviti yang anda sertai, letakkan beberapa
yang terbaik sahaja. Jangan malu untuk meletakkan aktiviti yang biasa walaupun hanya sekadar penyertaan
sahaja. Ia melambangkan usaha anda untuk mencuba. Selain itu, pengiktirafan anda dalam bidang akdemik
mahupun kokurikulum perlulah disenaraikan dalam ruang khas. Senaraikan segala anugerah yang releven
yang pernah dimenangi anda. Ia adalah mata bonus untuk anda dalam saingan pemilihan pertama.

Kemahiran dan kursus


Sekiranya anda ada menyertai kursus – kursus yang berkaitan dengan kerja yang dipohon, hendaklah anda
menyenaraikannya. Kursus – kursus ini akan menarik lagi hati majikan untuk menemuduga anda kerana anda
mempunyai kelebihan dari segi itu. Jangan lupa untuk meletakkan sekali nama penganjur kursus tersebut
kerana ianya melambangkan kualiti kursus yang anda ikuti. Jika anda memang mempunyai kemahiran
tersendiri, jangan segan silu untuk menyenaraikannya kerana ianya jarang dimiliki oleh orang lain.

Kebolehan dan kelebihan

Kebolehan anda merupakan aspek yang dinilai oleh majikan. Kebolehan anda untuk melakukan sesuatu
menjadikan syarikat itu lebih berminat dengan anda. Selain itu, kelebihan anda pula perlulah benar – benar
ada pada anda. Jangan melakukan pemalsuan mengenai perkara ini kerana pembaca mampu menilai anda
dari segi pencapaian anda. Kelebihan – kelebihan seperti soft skill adalah sangat penting bagi seseorang
pekerja yang mampu membuahkan hasil untuk syarikat tersebut.

Pengalaman

Pengalaman kerja melihatkan betapa bernilainya diri kita. Seseorang yang memiliki pengalaman yang banyak
dalam pekerjaan dan berkaitan dengan kerja yang dipohon lebih dipandang oleh syarikat. Oleh itu, senaraikan
pengalaman anda dan syarikat yang anda kerja itu. Tetapi biarlah pengalaman itu bersesuaian dengan kerja
yang dipohon. Pilih pengalaman yang betul – betul boleh menonjolkan kualiti diri anda.

Gaji

Sesuatu yang sukar diletakkan kerana ianya bergantung kepada kualiti dan jawatan anda. Permintaan gaji
yang terlalu tinggi boleh menyebabkan anda gagal melepasi sesi berikutanya. Namun, permintaan gaji yang
terlalu rendah mungkin boleh merugikan anda kelak. Jadi, perlulah menyelidik terlebih dahulu mengenai gaji
pokok syarikat terbabit yang selaras dengan kerja yang dipohon.

Rujukan

Rujukan perlulah sekurang – kurangya dua orang. Orang yang dijadikan rujukan mestilah bukan saudara
mara. Ia hendaklah yang mempunyai jawatan yang baik dan tinggi. Rujukan ini boleh memperkuatkan lagi
kelayakkan anda untuk dipilih temuduga. Letakkan maklumat seperti nama, nombor telefon, emel, faks,
jawatan dan alamat.

Artikel disediakan oleh Portal Jawatan Kosong Malaysia


Apakah itu Resume?
Resume adalah suatu kenyataan yang disusun padat bagi mengisahkan secara ringkas mengenai seseorang.
Ia bukanlah seperti biodata yang menterjemahkan hal – hal peribadi dan kehidupan seharian. Pada asalnya,
resume berasal dari perkataan Perancis dan kini digunakan secara menyeluruh di serata dunia. Resume
adalah suatu medium bagi membolehkan sesebuah majikan atau pihak tertentu untuk mengetahui mengenai
diri seseorang yang berkaitan dengan kepentingan dan keperluan majikan atau pihak tersebut. Ini bermaksud,
resume amatlah berkait rapat dengan kejayaan dan kelebihan yang ada pada diri individu tersebut.

Tujuan utama resume dibuat adalah bukan untuk mendapatkan pekerjaan, tetapi adalah bagi membolehkan
seseorang itu layak untuk ditemuduga. Ramai yang beranggapan bahawa resume adalah suatu medium bagi
memohon sesuatu pekerjaan atau sebagainya. Ini adalah konsep yang salah dan menyebabkan kebanyakkan
daripada mereka gagal dalam sesi temuduga.

Resume perlulah dimanfaatkan sebaik mungkin bagi menarik hati pembaca atau pemilih. Ia bertujuan
memperkenalkan diri sebaik yang mungkin tanpa melakukan penipuan atau pemalsuan fakta. Ini adalah
kerana individu yang telah berjaya dalam peringkat pertama ini akan dipanggil untuk sesi temuduga. Dalam
sesi ini, penemuduga mempunyai teknik untuk mengenali diri seseorang itu. Maka, pemalsuan dalam resume
dapat diketahui oleh penemuduga tersebut. Kebanyakkan daripada mereka menghasilkan resume yang cukup
mantap dan baik tetapi ianya tidak mampu memenuhi hati si pemilih. Masalah ini adalah disebabkan individu
tersebut tidak memenuhi kriteria yang diperlukan syarikat terbabit serta tidak mempunyai kelebihan atau
kepentingan untuk syarikat tersebut.

Resume adalah amat penting bagi membuahkan kejayaan. Ini kerana resume menjadi medium perbandingan
antara seseorang individu dengan individu lain. Resume yang lebih menarik dari segi yang ditetapkan akan
dipilih. Ia juga merupakan batu loncatan bagi melepasi tahap pertama sebelum di temuduga. Dengan resume,
majikan tersebut lebih mudah untuk membuat pemilihan dan perbandingan. Ia turut menjadi persepsi awal
sesebuah majikan dalam menilai kebolehan dan kelebihan individu tersebut

Resume dan Curriculum Vitae.

Ramai yang beranggapan resume dan curriculum vitae (CV) adalah sama. Pada hakikatnya, kedua – dua ini
adalah berbeza. Namun, disebabkan era pemahaman yang dipegang menganggap kedua – duanya serupa.
Resume sebenarnya lebih memberi fokus kepada pendidikan dan pekerjaan serta pengalaman yang dimiliki.
Sementara CV lebih memberi penekanan kepada kejayaan sepanjang hayat seperti penghargaan, jawatan,
prestasi dan sebagainya disamping pendidikan dan pekerjaan. Namun, perbezaan ini tidak lagi dilihat dan
ditekankan oleh mana – mana syarikat kerana ianya mampu dinilai dan disesuaikan oleh pemilih mahupun
penemuduga.

Oleh itu, bagi mengahsilkan resume yang terbaik dan menepati kehendak majikan atau sesuatu pihak, konsep
dan tujuan resume perlulah difahami supaya resume yang dihasilkan nanti memiliki fakta yang padat dan
ringkas.

Artikel disediakan oleh Portal Jawatan Kosong Malaysia

 
Apa yang perlu ada dalam resume yang baik?
Resume yang menarik

Resume yang menarik bukanlah bermaksud perlu menggunakan kertas yang berwarna atau bercorak – corak.
Apa yang dimaksudkan adalah menarik secara profesional. Resume anda perlulah memiliki suatu daya
tarikan yang mampu memikat hati pembaca. Resume anda perlulah jelas dan tidak berjela – jela panjangnya.
Menarik yang ditekankan di sini adalah susunan dan bentuk resume anda. Anda perlulah mengatur resume
mengikut turutan kepentingan. Ini kerana pembaca lebih tertarik di muka hadapan berbanding helaian
berikutnya. Bentuk pula perlulah kemas dan disusun pada bahagian – bahagian mengikut bidang masing –
masing. Perkara utama perlulah ditonjolkan bagi memudahkan pembaca mencari bahagian yang dikehendaki.

Susunan ayat dan penggunaan bahasa

Tidak perlu anda menggunakan bahasa kiasan ataupun bahasa yang penuh dengan persoalan dan tersirat.
Ianya akan meyebabkan pembaca menyampah untuk memahami apa yang difikirkan anda. Anda hanya perlu
menggunakan bahasa yang biasa dan jelas. Tetapi padat dengan isi yang penting. Tulis terus isi yang
dimahukan. Selain itu, perlulah anda menyemak sekerap yang mungkin bagi mengelakkan kesilapan
tatabahasa ataupun ejaan. Ianya akan memberikan impak yang kurang baik kepada diri anda jika ada
kesilapan ejaan.

Tampilkan nilai diri anda

Jangan segan silu untuk merasakn diri anda ini begitu bernilai buat syarikat tersebut. Ungkapkan diri anda ini
seorang yang begitu berharga dan memiliki keunggulan tersendiri. Sekiranyan anda ada melibatkan diri dalam
beberapa aktiviti, tuliskan pencapaian anda bagi menunjukkan kualiti diri anda. Walaupun ianya kecil, tapi
perlu dituliskan kerana ianya melihatkan kualiti dan kelebihan diri anda.

Elakkan resume yang biasa

Anda disarankan jangalah meniru atau mengikut resume – resume yang baisa dan selalu diguna pakai oleh
kebanyakan pemohon. Ini akan menyebabkan anda mempunyai tahap nilai yang hampir sama dengan
pemohon –pemohon lain. Anda perlulah membuat resume berdasarkan syarikat yang ingin dipohon. Setiap
resume yang dihantar kepada syarikat yang berlainan perlulah berbeza. Jadi, kajian awal terhadap syarikat
tersebut perlulah dilakukan. Jangan menganggap semua syarikat adalah serupa. Ini akan menyebabkan
penilai resume anda akan menganggap semua pemohon adalah serupa.

Kesesuaian diri anda terhadap syarikat yang ingin dipohon amatlah penting. Ia merupakan aset yang bernilai
buat syarikat itu. Jangan malas untuk meluangkan sedikit masa untuk memberikan fokus terhadap resume
anda. Pastikan ianya berkualiti dan berada yang terbaik dalam lapisan – lapisan pemohon lain.

Artikel disediakan oleh Portal Jawatan Kosong Malaysia

Tips menghadapai temuduga


Temuduga merupakan teknik bagi memudahkan sesuatu pihak memahami dan mengenali diri seseorang.
Dalam konteks pekerjaan, temuduga ditafsirkan untuk sesebuah majikan menilai diri seseorang itu sebelum
beliau diambil bekerja atau berkhidmat dengan mereka.

Objektif penemuduga

Sebelum menghadapai temuduga, anda perlulah mengetahui objektif atau matlamat penemuduga. Ini adalah
bagi memastikan diri anda berusahah untuk mencapai ke arah mtlamat itu. Biasanya penemuduga mahu
melihat kebolehan anda berkomunikasi dengan baik. Ini adalah bagi melihat sejauh mana keyakinan anda
dalam berkomunikasi dan teknik atau cara anda menyampaikan sesuatu. Seseorang yang memiliki keyakinan
yang tinggi dalam percakapan dan mampu menghantar matlumat yang mudah difahami kepada si pendengar
akan menambahkan minat penemuduga terhadapat anda. Kepentingan ini adalah aplikasi dalam dunia
pekerjaan anda yang memerlukan anda berinteraksi dengan individu atau kelompok lain.

Selain itu, penemuduga ingin melihat sama ada anda mempunyai kelayakan yang bersesuaian ataupun tidak.
Menerusi persoalan yang diajukan dan jawapan yang diberikan oleh anda, ianya melambangkan kelayakkan
diri anda dalam melakukan pekerjaan itu. Penemuduga juga ingin melihat sejauh mana semangat dan
komitmen diri anda dalam mencapai pekerjaan itu. Sekiranya anda tidak mampu menunjukkan keprihatinan
anda terhadap temuduga itu dan hadir dengan keadaan tidak bersedia, ianya akan menyebabkan
penemuduga menganggap anda tidak berminat dengan kerja yang ditawarkan.

Perkara yang penting sekali ialah berkaitan perwatakan diri anda. Seseorang yang memiliki perwatakan
menarik, mementingkan kekemasan dan kesempurnaan serta nilai moral yang tinggi mampu untuk
menjatuhkan minat penemuduga terhadap anda. Sekiranya anda hadir temuduga dengan wajah yang bengis
dan keterampilan diri yang buruk sudah pasti penemuduga telah ada jawapan gagal terhadap temuduga anda.

Persediaan sebelum temuduga

Jangal sambil lewa dengan temuduga yang bakal dihadapai dan jangan pula terlalu fokus. Fokus yang terlalu
tinggi diberikan dalam persediaan menghadapai temuduga akan memberikan tekanan kepada diri anda dan
juga ketakutan yang tinggi. Ini mampu menyumbang kepada kegagalan kerana kurang keyakinan diri.
Sementara jika anda tidak mengambil endah pula akan menyebabkan anda gelabah dalam sesi temuduga itu
dan pastinya gagal memberikan jawpan yang sempurna kepada penemuduga.

Jadi cukuplah dengan persediaan untuk menghadapainya secara sederhana. Perkara pertama dan utama
yang perlu anda bersedia ialah resume anda. Walaupun anda telah memberikan resume kepada pihak
tersebut, tetapi anda diigatkan untuk membawanya juga bagi persediaan sekiranya diminta. Selain itu,
pastikan pakaian yang lengkap untuk sesi temuduga tersebut telah disediakan dengan baik.

Anda perlulah tenang sepanjang malam itu dan elakkan dari perkara – perkara yang boleh memberikan
tekanan kepada anda berlaku. Jangan terlalu memikirkan mengenai temuduga itu kerana ianya
menambahkan lagi ketakutan diri anda. Anda perlulah menyediakan dengan lengkap sijil – sijil dan transkrip
akademik anda dan susunkannya dengan kemas di dalam fail atau sebagainya.

Pastikan anda telah mempunyai jawapan dalam menceritakan mengenai diri anda. Ini adalah soalan wajib
yang akan ditanyakan oleh penemuduga. Selain itu, anda perlu membuat kajian terhadapat syarikat tersebut
dan sediakan soalan untuk diajukan kepada penemuduga itu nanti. Ini adalah bagi menunjukkan keprihatinan
anda dan minat yang tinggi terhadap syarikat mereka. Yang terakhir pastikan wajah anda kemas tanpa
jambang atau sebaginya dan memiliki rambut yang rapi.

Persediaan semasa temuduga

Pastikan diri anda telah cukup segala – galanya seperti yang telah ditekankan sebelum ini sebelum
melangkah ke bilik temuduga. Jangan terus masuk ke bilik tersebut sebelum anda dipelawa. Masuk dengan
tenang dan sampaikan salam atau ucapkan selamat sejahtera kepada penemuduga. Tunggu penemuduga
ingin menghulurkan tangan dahulu untuk berjabat tangan dan pastikan anda berdiri pada waktu itu. Anda
perlulah tunggu sehingga dijemput duduk dan duduk dengan perlahan tanpa bising.

Selepas duduk jangan pula anda meletakkan barang dan tangan anda di atas meja kecuali disuruh berbuat
demikian. Tolong pastikan mata anda tidak merayap untuk membaca surat – surat atau kertas yang terdapat
di atas meja. Pastikan anda senyum dan ceria sepanjang masa. Apabila bercakap pandanglah wajah
penemuduga itu dan jangan menyampuk ketika penemuduga sedang bercakap. Jangan amalkan makan gula
getah ataupun gula – gula ketika sedang ditemuduga.
Anda dinasihatkan supaya tidak berbohong dalam menjawab soalan – saoalan yang diajukan. Sekiranya anda
benar – benar tidak tahu lebih baik anda berterus terang daripada anda berbohong. Anggapkan diri anda yang
terbaik dan tonjolkan kelebihan – kelebihan diri anda. Ianya bukanlah untuk berlagak tetapi penting untuk
menaikan nilai diri anda. Namun perlu ingat percakapan anda perlulah sopan dan tidak terlalu excited
sehingga menjelikkan penemuduga.

Ajukan soalan mengenai sayrikat tersebut dan jangan ajukan soalan yang sukar dan tidak mampu dijawab
oleh penemuduga. Anda tidak perlu membantah sekiranyan terdapat percanggahan pendapat sebaliknya
anda perlulah menyokong pendapat beliau. Tunggu penemuduga menamatkan sesi itu dan bangun untuk
bersalam dengan penemuduga dan keluar dengan ucapkan salam lagi sekali.

Perkara yang perlu dielakkan semasa temuduga

Jangan terlalu berbangga – bangga dengan apa yang telah dicapai oleh anda. Cukup sekadar memberitahu
sahaja. Jangan memandang rendah kepada penemuduga dan mengelak dari menjawab soalan penemuduga.
Anda diansihatkan tidak menggunakan nama – nama orang besar bagi menyebabkan penemuduga berasa
kagum dengan diri anda kerana perkara sebaliknya akan berlaku. Jangan sekali kala memerli penemuduga
dengan jawapan anda dan mengatakan diri sendiri cukup sempurna untuk memiliki pekerjaan itu.

Artikel disediakan oleh Portal Jawatan Kosong Malaysia

You might also like