You are on page 1of 1

Peristiwa Hijrah Nabi Muhammad 

s.a.w
 Pada peringkat pertama, Rasulullah telah menggesa umatnya untuk berhijrah terlebih
dahulu secara senyap2 tanpa pengetahuan kaum Quraisy.
 Peringkat kedua, penghijrahan dilakukan secara terang-terangan olh Saidin Umar al-
Khattab. Sebelum berhijrah beliau tlh mencabar sesiapa yg berani menghalangnya dari
berhijrah.
 Orang Quraisy telah berasa dengki dan cemburu melihat kepada perkembangan ajaran
Islam yang semakin berkembang .
 Mereka telah menekan dan menindas orang Islam dengan lebih hebat lagi. Ini menyebabkan
lebih ramai lagi umat Islam telah berhijrah secara senyap-senyap dan secara tersembunyi
pada waktu malam dengan bilangan yang kecil untuk menyelamatkan diri ke Kota Yathrib.
  Orang Quraisy   berusaha dan mencari jalan untuk menghapuskan Agama Islam . Mereka
telah mengadakan satu perjumpaan dan mesyuarat di Darul Nadwah bersama ketua suku
lain .
 Mereka mengambil keputusan untuk membunuh Rasulullah SAW dengan menghantar
beberapa pemuda dari setiap puak agar pihak Bani Hasyim tidak dapat membalas dendam .
 Pada malam yang ditetapkan , mereka telah mengepung rumah Rasulullah SAW . Allah telah
memberitahu tentang peristiwa tersebut kepada Rasulullah SAW .
 Baginda berjaya menyusup keluar dari kepungan pemuda Musyrikin dan Saidina Ali  telah
menggantikan tempat tidur baginda itu .
 Peringkat ketiga, Baginda telah bersembunyi di Gua Thur selama 3 hari bersama-sama Abu
Bakar . Segala urusan makan minum diuruskan oleh Asma’ Binti Abu Bakar , puteri Abu
Bakar sendiri .
 Baginda keluar dari Gua Thur pada 4 Rabiul Awwal  dan menuju ke Tahamah .
 Segala urusan perjalanan baginda disusun dan diatur oleh penunjuk jalan yang bernama
Abdullah Bin Uraiqiz . Dia telah menunjuk arah jalan yang jarang dilalui oleh orang lain .
 Baginda sampai di Quba’ pada 12 Rabiul Awwal . Baginda telah mendirikan sebuah masjid
yang dikenali sebagai Masjid Quba’ . Baginda menunaikan solat Jumaat di masjid  ini .
 Inilah masjid yang pertama  sekali dibina di atas muka bumi ini .
 Baginda sampai ke Kota Yathrib pada 16 Rabiul Awwal Taahun ke-13 Kerasulan . Baginda
disambut dengan penuh kegembiraan oleh penduduk Madinah .
 Semua ketua-ketua kaum dan puak menjemput nabi untuk tinggal bersama mereka, namun
nabi membiarkan unta nabi berhenti di hadapan ruah Abu Ayyub Al Ansari dari suku Bani
Najr. Baginda menetap di rumah itu  untuk beberapa ketika .
 Baginda akhirnya dilantik menjadi ketua negara Islam Madinah. Baginda juga menyatukan
penduduk Aus dan Khajraj  yang dikenali sebagai golongan Ansar dan penduduk Mekah yang
berhijrah ke Madinah itu dikenali sebagai Muhajirin .
 Agama Islam semakin kuat dan mantap selepas peristiwa hijrah ini .

You might also like