You are on page 1of 6

MAIN PERANAN

Pendahuluan

Main peranan merupakan satu cara untuk mendapatkan penglibatan aktif


daripada pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu melalui penyertaan mereka
dalam aktiviti yang boleh dimasukkan unsur main peranan. Aktiviti main peranan boleh
dijalankan di dalam kelas, asalkan terdapat ruang yang mencukupi untuk dilakukan
aktiviti. Murid-murid yang mengambil bahagian hendaklah membayangkan diri mereka
berada dalam situasi tertentu yang telah ditetapkan untuk sesuatu aktiviti main peranan.
Mereka perlulah berlagak seperti watak tersebut mengikut apa yang dibayangkan oleh
mereka.

Jika aktiviti main peranan dijalankan di dalam kelas, ia akan memberikan


peluang kepada murid untuk memainkan peranan sebagai anggota dalam sesuatu
masyarakat bagi menguji tingkah laku atau belajar cara-cara berinteraksi dalam
kumpulan. Selain dapat membantu murid menguasai kemahiran berbahasa, aktiviti
main peranan juga mampu membantu murid mengalami sendiri serta memahami
tentang sesuatu situasi.

Teknik main peranan dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Teknik ini sangat sesuai digunakan dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu, Kajian Tempatan dan Pendidikan Moral. Walaupun contoh-contohnya lebih
banyak ditumpukan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu, akan tetapi guru boleh juga
menggunakan prosedur yang sama dalam mata pelajaran lain.
Pengenalan

Main peranan merupakan satu aktiviti dalam pengajaran yang dapat memberi
peluang kepada murid dalam membayangkan dirinya sendiri atau orang lain untuk
berada dalam pelbagai situasi tertentu yang ditetapkan dalam sesuatu aktiviti main
peranan. Murid dapat berpeluang berlagak seperti watak yang terdapat dalam situasi
tersebut.

Sesuatu aktiviti main peranan boleh dijalankan dalam bilik darjah dengan
melibatkan kesemua murid atau sebahagian murid. Walaubagaimanapun, penglibatan
semua murid dalam satu-satu situasi main peranan dapat menyebabkan kelas menjadi
bising dan tidak terkawal. Murid yang tidak melakonkan watak boleh menjadi pemerhati
terhadap situasi yang dilakonkan.

Dalam satu-satu aktiviti main peranan, setiap murid yang berlakon berpeluang
menguji tingkah laku atau belajar berinteraksi dalam kumpulan. Pada akhir aktiviti main
peranan, pemain dan pemerhati akan berpeluang memahami sesuatu perkara tentang
watak atau situasi yang dimainkan dengan lebih mendalam. Hal ini dapat membantu
murid supaya lebih memahami perasaan dan tingkah laku yang terdapat pada diri
sendiri atau orang lain.

Perlu diketahui bahawa sesungguhnya terdapat persamaan dan perbezaan pada


teknik main peranan dan simulasi.
Matlamat

Dalam teknik main peranan, bagi meningkatkan kefahaman dan menerapkan


nilai positif dalam diri murid-murid, peluang untuk memainkan peranan sesuatu watak
diberikan kepada mereka untuk mengalami sendiri sesuatu situasi dan watak yang bari
bagi mereka.

Sebagai contoh, dalam pengajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Moral, guru
boleh mengadakan situasi dengan menggunakan rangsangan-rangsangan yang boleh
menimbulkan perbincangan dalam kalangan murid untuk menyelesaikan sesuatu isu
atau masalah yang berkaitan dengan kefahaman atau nilai.

Berikut adalah beberapa matlamat yang terdapat dalam penggunaan teknik main
peranan dalam proses pengajaran dan pembelajaran :

Pertama ialah memberi peluang kepada murid bagi melahirkan pelbagai peranan
dengan bebas mengikut situasi watak yang dimainkan.

Kedua ialah murid berasa prihatin dan memahami masalah yang dihadapi oleh orang
lain dalam sesuatu situasi.

Ketiga ialah murid berpeluang membincangkan dan memikirkan masalah diri sendiri.
Oleh hal yang demikian, murid tersebut dapat memahami diri sendiri dengan lebih
mendalam.

Keempat ialah memberi latihan kepada murid bagi melakonkan pelbagai tingkah laku
atau watak dan mengalami sendiri sesuatu situasi. Dengan ini, murid dapat meluaskan
pengalaman hidup dan memahami tingkah laku atau watak individu lain.

Kelima ialah membolehkan murid memperoleh kemahiran dan mengalami pelbagai


bentuk masalah sosial. Hubungan atau interaksi ahli kumpulan di dalam kelas dalam
keadaan formal atau tidak formal membolehkan murid mempelajari sesuatu laras
bahasa dan sebutan yang betul yang perlu diucapkan.
Keenam ialah menjadikan mata pelajaran seperti Bahasa Melayu atau mata pelajaran
lain dapat disampaikan dalam bentuk yang lebih menarik dan berkesan. Hal ini dapat
menjadikan murid lebih bermotivasi untuk belajar disamping mengurangkan kebosanan
mereka dengan teknik pengajaran yang biasa.

Ketujuh ialah membantu murid yang bersifat pendiam supaya mengambil bahagian
dalam aktiviti, di samping membina keyakinan diri mereka berlakon dan bercakap di
hadapan kelas.

Kelapan ialah melatih murid supaya dapat mengawal perasaan serta emosi mereka
dalam pelbagai situasi yang dihadapi mereka.

Kesembilan ialah menggalakkan murid supaya menggunakan laras bahasa yang betul
dan bernas.

Kesepuluh ialah membantu murid supaya berkomunikasi secara berkesan sesuai


dengan pelbagai watak yang dimainkan mereka.

Kesebelas ialah membina sikap yang positif dalam diri setiap murid yang terlibat.
Jenis main peranan

Kesemua aktiviti main peranan boleh dijalankan melalui proses-proses tertentu


mengikut fungsi watak atau situasi tang telah ditentukan. Tiap-tiap aktiviti main peranan
boleh berfungsi sebagai memperihal tentang sesuatu, mendemonstrasi, memberi
latihan, mencerminkan, meningkatkan kepekaan dan mencipta.

Guru boleh mengadakan aktiviti main peranan dengan cara memilih salah satu
daripada enam jenis main peranan mengikut keutamaan fungsinya.

Setiap jenis aktiviti yang terdapat dalam teknik main peranan memerlukan
pendekatan yang berbeza. Sebelum menjalankan aktiviti main peranan mengikut
fungsi, guru hendaklah memberi penerangan yang jelas tentang peranan-peranan yang
akan dimainkan oleh murid. Semasa main peranan dijalankan, guru perlu mengawasi
suasana supaya aktiviti main peranan berjalan dengan lancar dan mencapai
matlamatnya.

Contoh situasi main peranan yang berikut boleh dijalankan oleh guru mengikut
fungsi. Contoh tersebut juga boleh diubah suai oleh guru.
A) Memperihal

Main peranan jenis ini digunakan sebagai satu cara berkomunikasi untuk
memperihal sesuatu situasi, masalah atau proses. Main peranan jenis ini hanya
memerlukan pemain memainkan sesuatu watak tanpa perlu melibatkan emosi pemain
berkenaan.

Antara contoh aktiviti yang dapat dijalankan ialah lakonan seorang anak meminta
kebenaran ibu atau bapa untuk berkelah. Sekurang-kurangnya dua orang murid
diperlukan bagi menjalankan aktiviti ini. Contoh aktiviti yang lain adalah seperti lakonan
seorang pengemis yang meminta sedekah daripada seorang pejalan kaki di tepi jalan
dan lakonan dua orang pekebun yang bercakap sesama sendiri mengenai proses
menanam sayur-sayuran.

Pelaksanaan yang dapat dijalankan bagi aktiviti seorang anak meminta


kebenaran ibu atau bapa untuk berkhelah ialah guru meminta beberapa murid
memainkan peranan anak, ibu atau bapa. Plot dan dialog yang sesuai perlu disediakan
oleh guru sebelum bermulanya sesi lakonan.

Implikasi daripada main peranan jenis ini ialah tidak ada penglibatan emosi
dalam kalangan peserta main peranan serta murid dapat memahami dengan baik
sesuatu situasi yang ingin diketengahkan oleh guru.

You might also like