You are on page 1of 2

KELAB KESELAMATAN JALAN RAYA

Kelab Keselamatan Jalan Raya ialah salah satu kelab di bawah kegiatan
kokurikulum oleh Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Kementerian
Pengangkutan Malaysia bertujuan untuk menanamkan nilai-nilai baik dan
selamat yang patut diamalkan oleh ahli kelab semasa berada di jalan raya
demi keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.

Penubuhan kelab ini adalah bermatlamat membentuk generasi baru


pengguna jalan raya yang berhemah dan bertimbang rasa apabila berada di
jalan raya serta mewujudkan budaya mengutamakan keselamatan(safety first
culture) di kalangan ahli-ahli kelab serta persekitaran mereka sama ada di
sekolah ataupun di rumah.

Objektif penubuhan kelab ini adalah bagi mengharapkan di akhir penggal


persekolahan, setiap ahli kelab akan :

1. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan berkaitan nilai-nilai


baik dan amalan keselamatan di jalan raya;
2. Menggunakan nilai-nilai baik dan amalan keselamatan jalan raya
setiap kali menggunakan jalan raya demi keselamatan diri sendiri dan
pengguna jalan raya yang lain;
3. Berkongsi pengetahuan berkaitan nilai-nilai baik dan amalan
keselamatan jalan raya dengan orang-orang terdekat serta
mempengaruhi mereka untuk menggunakan nilai-nilai baik dan
amalan keselamatan apabila berada di jalan raya;
4. Mengambil bahagian di dalam program-program keselamatan
jalan raya anjuran pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta
syarikat-syarikat swasta di negeri masing-masing dan juga di
peringkat kebangsaan.

Sumber : Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Malaysia.

You might also like