You are on page 1of 19

KEMAHIRAN LISAN

PENGENALAN

Lisan adalah pertuturan atau percakapan. Apabila seseorang bertutur, ia bukan


hanya melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga melibatkan kemahiran
mendengar. Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu
mendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang
itu perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini. Sebagai contoh, kanak-kanak yang
mengalami masalah pendengaran akan mengalami masalah pertuturan juga. Malah
bagi kes masalah pendengaran yang teruk (pekak), kanak-kanak tersebut tidak
dapat bertutur langsung atau dikatakan sebagai bisu.

1.1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Dalam tajuk 1 anda telah dapat memahami maksud bahasa dengan lebih jelas
berdasarkan beberapa definisi bahasa yang dibincangkan. Dalam definisi bahasa
tersebut jelas dinyatakan bahawa bahasa sebagai lambang-lambang pertuturan
atau dalam bentuk lisan. Manusia mencipta lambang-lambang pertuturan terlebih
dahulu sebelum mencipta simbol-simbol tulisan.

Apabila diteliti perkembangan bahasa kanak-kanak, ianya bermula daripada


proses mendengar terlebih dahulu dan diikuti dengan meniru atau mengajuk
bunyi-bunyi yang didengar dan seterusnya bercakap. Lambang-lambang tulisan
hanya diperkenalkan apabila kanak-kanak sudah biasa dengan bahasa dan boleh
bertutur dengan baik ( Kamarudin Hj. Husin, 1988).

Kesimpulannya, kemahiran lisan terdiri daripada dua aspek penting iaitu


kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan,
kanak-kanak perlulah menguasai kedua-dua aspek ini dengan baik terlebih
dahulu. Kanak-kanak yang mahir dlam bahasa lisan akan dapat melahirkan
perasaan dan pendapat dengan baik, dan akan lebih yakin untuk berinteraksi
dengan orang lain dalam apa jua situasi.
A. Kemahiran Mendengar

Mendengar adalah kemahiran awal yang dikuasai oleh kanak-kanak dalam


perkembangan pemerolehan bahasanya. Lundsteen (1979) telah mendefinisikan
mendengar sebagai satu proses minda yang memberi makna kepada bahasa
pertuturan.
Berdasarkan definisi mendengar ini, Jalongo (1992) menyatakan bahwa
kemahiran lisan melibatkan tiga perkara penting, iaitu;

i. Pendengaran (Hearing) – iaitu proses fisiologikal yang merangkumi ketajaman


pendengaran atau keupayaan mendengar, dan persepsi pendengaran iaitu
keupayaan untuk membezakan bunyi-bunyi, mengadun bunyi-bunyi, dan
menyimpan urutan bunyi dalam ingatan,

ii. Mendengar (Listening) - merupakan bentuk tingkah laku persepsi iaitu


memberi tumpuan, menjadi peka, dan memilih petunjuk-petunjuk isyarat (cues)
daripada persekitaran,

iii. ”Auding” - iaitu tingkah laku pemahaman yang bermula daripada


pendengaran dan mendengar. Auding termasuklah memperoleh makna daripada
apa yang diudengar, menghubungkan bunyi sesuatu yang sudah diketahui,
menyusun, membayangkan, dan menghargai apa yang didengar.

Kepentingan Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar sangat penting dalam kehiduipan kerana kemahiran


mendengar adalah asas kepada proses komunikasi. Interaksi dua hala akan
terganggu berlaku apabila salah seorang gagal mendengar dengan baik.
Kemahiran mendengar adalah kebolehan bahasa yang mula-mula sekali bagi
kanak-kanak. Sebaik sahaja organ pendengaran kanak-kanak sudah terbentuk di
dalam kandungan ibu mereka sudah mula mendengar. Bayi yang baru lahir akan
bertindak balas terhadap bunyi-bunyi yang berbeza di sekitarnya, dan mereka
akan ditenteramkan oleh bunyi-bunyi yang biasa didengarnya ketika dalam
kandungan ibunya. Lebih dari itu, mendengar adalah asas kepada kemahiran
bahasa yang lain iaitu bertutur, membaca, dan menulis.

Keduanya, mendengar adalah kemhairan bahasa yang paling kerap digunakan


oleh manusia. Lundsteen (1979) membuat persamaan berikut untuk menegaskan
kepentingan mendengar, iaitu dalam sehari kita mendengar sama banyak dengan
sebuah buku, kita bertutur bersamaan sebuah buku seminggu, kita membaca
bersamaan sebuah buku sebulan kita menulis bersamaan sebuah buku setahun.
Di sebalik kepentingannya, kemahiran mendengar adalah kemahiran yang
diabaikan. Proses pengajaran dan pembelajaran di kelas sangat kurang
menitikberatkan kemahiran ini dan guru lebih tertumpu kepada mengajar
kemahiran membaca dan menulis.

Keperluan Mendengar

Abd.Aziz Talib (2000) menyatakan bahawa keperluan mendengar berbeza


mengikut situasi sama ada berbentuk tidak formal atau formal. Kemahiran
mendengar dalam situasi tidak formal berlaku di rumah, di taman permainan,
ketika bermain dengan rakan dan sebagainya. Walaupun secara tidak formal,
keperluan mendengar sangat penting kerana kanak-kanak perlu mendengar dan
memahami percakapan ibu bapa dan ahli keluarganya yang lain. Begitu juga
apabila dia perlu mendengar untuk berhibur seperti mendengar radio, atau
menonton televisyen.

Keperluan mendengar di sekolah bercorak formal, iaitu bahan-bahan yang


didengar adalah bercorak akademik. Selain itu, aktiviti lain seperti syarahan,
pidato, kuiz, dan sebagainya menjadikan kemahiran mendengar lebih penting
lagi.

Keperluan mendengar sama ada bersifat formal atau tidak formal dapat dilihat
dari segi tujuankita mendengar. Abd. Aziz Talib (2000) memberikan tiga tujuan
kita mendengar, iaitu:

i. mendengar dalam interaksi sosial seperti berbual dan bermesyuarat,


ii. mendengar untuk mendapatkan hiburan seperti mendengar radio,menonton
televisyen, atau filem, dan
iii. mendengar untuk mendapatkan maklumat atau pengetahuan seperti di dalam
kelas, mendengar ceramah dan sebagainya.
B. Kemahiran Bertutur

Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat


sebutan (artikulator) ,ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana
berbahasa manusia ( Kamarudin Hj. Husin, 1978). Kemahiran bertutur dikuasai
oleh kanak-kanak hasil daripada meniru atau mengajuk pertuturan orang dewasa
di sekelilingnya. Rangsangan dan ganjaran yang diterimanya akan
menggalakkannya mengulang-ulang perkataan yang disebutnya sehingalah ia
dapat menguasai pertuturan yang lebih kompleks. Apabila kemahiran bertutur
sudah dikuasai, kanak-kanak akan mula berinteraksi dengan orang lain di
sekelilingya. Sebab itulah orang dewasa perlu menunjukkan model pertuturan
yang baik kepada kanak-kanak bagi membolehkan mereka bertutur dengan
berkesan.

Aspek-aspek Pertuturan

Ada beberapa aspek penting dalam pertuturan yang perlu diberi perhatian supaya
pertuturan menjadi lebih berkesan. Kamarudin Hj. Husin (1978) memberikan
sembilan aspek pertuturan seperti berikut:

Sebutan

Tekanan

Mora ( panjang pendek)

Jeda ( persendian)

Intonasi

Nada

Tatabahasa

Kelancaran

Kefasihan

Laras Bahasa
Sebutan adalah membunyikan huruf-huruf , perkataan, atau ayat dengan tepat
dan jelas. Kanak-kanak perlu dilatih menyebut dengan betul supaya tidak
menimbulkan kekeliruan keoada orang yang mendengar pertuturannya.
Pertuturan yang tidak jelas menyebabkan mesej yang hendak disampaikan tidak
dapat difahami.

Intonasi adalah keadaana bunyi yang menaik atau menurun ketika sesuatu ayat
dilafazkan. Dalam bahasa Melayu, intonasi juga penting kerana ia boleh
membawa makna yang berbeza bagi sesuatu ayat sekiranya disebut dengan
intonasi yang tertentu.

Kelancaran bermakna kanak-kanak dapat bertutur tanpa tersekat-sekat, kemas,


dan teratur. Individu yang mengalami masalah gagap akan menghadapi masalah
kelancaran bertutur yang serius.

Kefasihan pula bererti kanak-kanak boleh bercakap bukan sahaja lancar tetapi
jelas dan tepat sebutannya tanpa ada unsur-unsur dialek atau telor bahasa asing.

PENGENALAN

Mendengar merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting yang dilakukan di
peringkat kanak-kanak dan dewasa. Barker (1971) telah menjalankan satu kajian
terhadap kemahiran pendengaran. Hasil daripada kajian itu, beliau merumuskan,
dalam keadaan manusia itu sedar, 45% digunakan untuk mendengar, 30% bercakap,
16% membaca dan 9% menulis. Ini menunjukkan proses pendengaran berperanan
penting dalam komunikasi. Burley-Alen (1982) dalam kajiannya mendapati peratus
mendengar bertambah sehingga 60% bagi kehidupan pelajar sekolah menengah.
Guru-guru menyatakan proses mendengar merupakan proses paling utama dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Proses mendengar menjadi perkara utama bagi mahasiswa universiti. Ini kerana
proses pengajaran di universiti biasanya secara kuliah dan pensyarah tidak memberi
banyak peluang kepada mahasiswa untuk mengemukakan pertanyaan. Keadaan ini
mengambarkan betapa perlunya seseorang mahasiswa mendengar bersungguh-
sungguh ketika kuliah diberikan.
Anderson et al. (1969) menjelaskan bahawa sebahagian besar daripada kaedah
pengajaran di universiti adalah dengan mendengar kuliah. Barker (1971:I)
menyatakan bahawa proses pendengaran dalam pengajaran di universiti adalah
antara 50% - 100%.
DEFINISI

Mengikut Chuah (1987) terdapat perbezaan yang besar antara proses mendegnar
dan dengar. Ini bolehlah disamakan dengan penerangan Barker (1971) yang boleh
dirumuskan sebagai mendengar adalah suatu proses yang aktif dan dengar adalah
satu proses yang pasif.

Pendengaran yang aktif merangkumi proses mendengar dengan tujuan untuk


memahami, mengingati, menilai dan mengkritik. Mengikut Chuah (1987) dengar
adalah satu proses fisiologi yang melibatkan sistem saraf pendengaran di otak tetapi
mendengar adalah satu proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang
psikologi.

Mendengar secara aktif bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan telinga, tetapi
kepada kesemua pancaindera, terutama penglihatan, iaitu menerusi komunikasi
tidak verbal. Dari segi kaunseling, mendengar yang terbaik adalah dengan
mendengar secara empati isitu mendengar dengan menjiwai apa yang didengar oleh
sebab dari sini timbul celik akal. Apabila hal ini terhasil maka para pelajar akan
mencapai tahap nirwana kendiri, yang akhirnya dapat merealisasi dan menggunakan
keupayaan dan intelektual secara maksimum dalam proses pembelajaran.
Mendengar adalah perbuatan yang menggunakan organ telinga bersamping dengan
saraf pendengaran di otak. Tetapi perbuatan ini mesti dilatih dengan betul supaya
proses pendengaran dapat dilakukan dengan betul.

Devine (1981) menyatakan bahawa dengan mendengar bukan sahaja menumpukan


sepenuhnya perhatian tetapi melibatkan motivasi dan keadaan fizikal emosi yang
mempengaruhi proses pendengaran itu sendiri.
Proses mendengar berkait secara terus dengan proses berfikir. Berfikir dalam
konteks ini melibatkan penggunaan proses mental dalam melakukan inference,
mengagakkan hasil, generalisasi, organisasi dan dalam membuat rumusan.

KEMAHIRAN MENDENGAR
Dalam komunikasi lisan, kedua-dua kemahiran iaitu mendengar dan bertutur adalah
terlibat, walaupun berhubung rapat antara satu sama lain, merupakan kemahiran
yang berbeza. Kemahiran mendengar adalah kemahiran lisan yang paling asas dan
ia berlaku di peringkat penerimaan. Seseorang yang telah dapat menguasai
kemahiran mendengar harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang
dituturkan oleh orang lain dan dapat pula memahami maksud serta boleh
menginterpretasi apa yang didengar. Kemahiran mendengar ini dimulakan pada
peringkat awal pengajaran bahasa dan bertujuan untuk memungkinkan pelajar fasih
bertutur dalam bahasa yang dipelajari itu.

PROSES MENDENGAR

Proses mendengar boleh dibahagikan kepada empat peringkat:

a) Mendengar deretan bunyi bahasa


Individu mendengar bunyi dari unsur-unsur luar yang sengaja dihasilkan dengan
maksud tertentu. Bunyi itu dapat didengar setelah ia dapat dikesan dari mana arah
datangnya. Pada peringkat permulaan mendengar, hanya bunyi-bunyi yang jelas dan
lantang sahaja yang dapat dikesan. Setelah mendegnar beberapa kali, barulah
deretan bunyi itu didengar secara total. Proses ini hanya ditujukan kepada individu
yang mempunyai alat artikulasi dan pancaindera dengar yang normal.

b) Memahami bunyi tersebut


Sesuatu bunyi yang didengar itu dikaitkan dengan maksud tertentu. Apabila deretan
bunyi didengarkan dan diikuti dengan tingkah laku tertentu dari penutur, pendengar
akan berhubungkaitkan tingkah laku tersebut dengan deretan bunyi tersebut. Dalam
perkataan lain, pendengar akan menghubungkaitkan benda yang dimaksudkan, atau
tingkah laku yang dilakukann dengan bunyi yang dilafazkan. Proses ini yang
berukangkali dilakukan akan menjadi kebiasaan kepada pendengar.

c) Di peringkat ini pendengar menguasai makna beberapa deretan bunyi.

Ia dapat memahami persamaan erti dan kelainan makna antara satu deretan bunyi
dengan deretan bunyi yang lain, antara satu rangkai kata dengan satu rangkai kata
yang lain dalam bahasa yang sama. Misalnya, bunyi yang menggunakan intonasi
yang tinggi lagi keras menandakan perasaan marah. Bunyi yang menggunakan
intonasi lemah melambangkan tanda manja, sedih, simpati dan sebagainya. Pendek
kata, pendengar yang baik akan faham dan mengerti maksud setiap ujuran yang
dilafazkan. Mereka bukan shaja boleh memaham malah boleh juga membuat
interpretasi daripadanya.

d) Bertindak terhadap bunyi


Peringkat ini hanya akan terlaksana setelah pendengar melalui ketiga-tiga peringkat
tadi. Waktu pendengar akan membuat rumusan dan keputusan. Ia akan melakukan
sesuatu setelah arahan dalam bentuk deretan bunyi bahasa dilafazkan.

PENTINGNYA MENDENGAR DENGAN AKTIF

Weaver (1972) mengatakan terdapat beberapa faedah penting mendengar dengan


aktif dn antaranya adalah seperti yang berikut:

i) Dengan mendengar secara aktif anda akan lebih banyak belajar.


ii) Anda akan lebih banyak mengetahui apa yang diberitahu dan menjadi lebih
berpengalaman lagi.
iii) Anda akan menjadi seorang pendengar yang menyukai dan menghormati orang
yang bercakap kepada anda.
iv) Dapat menberi tindak balas yang baik kepada orng yang sedang bercakap.
v) Anda akan menjadi orang yang lebih tidak bergantung pada pendapat orang lain.
Anda akan mengikut arahan dengan lebih baik, rapi dan anda membuat sedikit
kesilapan dan mengurangkan kesilapan-kesilapan kecuaian.
vi) Tidak menyentuh perasaan anda misalnya dalam masa perbincangan jika rakan
anda berbincang tentang sesuatu tajuk dan anda tertinggal dan masih bertanyakan
masalah yang sama akan memalukan diri sendiri.

Mengikut Barker (19710) terdapat tiga asas keuntungan daripada proses mendengar
dengan aktif, iaitu:
i) mendengar membantu anda mengembangkan pengetahuan dan kemahiran.
ii) Dapat memajukan perkembangan perbendaharaan kata dan kemudahan
berbahasa. Mendengar merupakan asas pertama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
iii) Mendengar membolahkan anda melihat mesej yang penting dan tidak penting.

JENIS KEMAHIRAN MENDENGAR


Kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada dua jenis:
a) Mendengar secara intensif
Mendengar jenis ini dilakukan melalui latihan dan aktiviti yang formal yang biasanya
dilaksanakan di bawah kelolaan dan pengawasan guru. Mendengar secara intensif
boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertama ia menekankan kepada latihan yang
berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci. Kedua, ia menekankan
kepada latihan mendengar bahasa yang dituturkan.

Latihan berpusatkan kepada kefahaman makna

Latihan yang berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci boleh


dijalankan dalam berbagai-bagai cara. Antaranya ialah:

i) Mendengar arahan
Murid-murid mendengar arahan yang diberi dan bertindak balas terhadapnya.
Arahan itu boleh diberi oleh guru, ketua murid, guru besar, ketua darjah atau rakan-
rakan mereka sendiri. Biasanya, murid-murid yang dapat mendengar dengan baik
akan dapat memahami maksud yang didengarnya itu dan cepat dan dapat pula
segera bertindak terhadapnya. Murid-murid seperti ini dapat menghasilkan sesuatu
tindak balas secara tepat dan berkesan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah
melengkapkan peta, membuat corak, mencari jalan pada peta sesebuah bandar dan
sebagainya.

ii) Menjawab soalan kefahaman


Murid-murid mendengar soalan yang dikemukakan dan kemudian diminta mengenal
pasti jawapan yang diperlukan. Jawapan-jawapan tersebut kemungkinan berbentuk
fakta dan biasanya boleh diperoleh daripada petikan yang diberi. Berbagai-bagai
aktiviti boleh dilakukan oleh murid-murid. Antaranya ialah memberi penerangan,
memberi makna, membuat huraian, menyatakan sebab, menjelaskan sesuatu,
membuat taksiran, membuat andaian interential, memberi komen dan sebagainya.

iii) Mendengar untuk mendapatkan maklumat


Dalam latihan ini perhatian murid-murid ditumpukan kepada bahagian-bahagian
tertentu daripada apa yang mereka dengar. Latihan ini amat baik untuk melatih
murid-murid mendengar dengan teliti maklumat-maklumat yang berkenaan sahaja
dan mengenepikan yang lainnya. Banyak aktiviti yang boleh dijalankan oleh murid-
murid. Antaranya ialah mendengar tentang cara untuk membuat kuih, mendengar
dari seorang jurujual mengenai sebuah kereta yang akan dibeli, mendengar dn
mendapatkan maklumat tentang rumah yang akan dibeli, mendengar dn
mendapatkan maklumat maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh orang
tetentu dalam seminggu dan sebagainya.

iv) Membuat ringkasan


Murid-murid mendengar sesuatu petikan dan kemudian membuat ringkasna tentang
apa yang telah didengarnya. Petikan itu mungkin boleh dibaca atau dirakam terlebih
dahulu. Murid-murid diminta membuat catatan isi-isi penting ketika mendengar
sesuatu petikan itu. Ringkasan itu kemudiannya boleh disiapkan dalam bentuk
laporan bertulis.

v) Menyelesaikan masalah
Murid-murid mendengar sesuatu maslah dan kemudian diminta berbincang bersama-
sama rakan mereka untuk mengatasi masalah tersebut. Murid-murid pada mulanua
diminta mendengar masalah itu dengan teliti. Setelah dapat memahami meksudnya,
mereka diminta mencari punca masalah tersebut dan selepas itu mencadangkan
langkah-langkah untuk mengatasinya. Kadangkala murid-murid diminta memberi
penerangan atau mentafsirkan tajuk-tajuk rangsangan secara bernas dan logik.
Misalnya, 'Semua orang Melayu bolehbertutur Bahasa Melayu, tetapi bukan semua
orang Melayu'. Tajuk seperti ini boleh menggalakkan kemahiran mendengar secara
intensif.

Latihan Mendengar Bahasa Yang Dituturkan

Setelah murid-murid memahami dan boleh menanggapi apa yang didengarnya, guru
boleh meneruskan kerja mereka selanjutnya secara terperinci bahasa. Pada
peringkat awal, murid-murid akan didedahkan kepada bahasa-bahasa yang asli iaitu
bahasa yang belum dipermudahkan. Tujuan mendedahkan mereka kepada bentuk
bahasa seperti ini adalah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa mereka boleh
menterjemah sebahagian besaar ciri-ciri bahasa walaupun mereka tidak memahami
apa yang diperkatakan. Murid-murid dapat juga menyuburkan keyakinan diri mereka
terhadap pembelajaran bahasa di samping memberi mereka peluang mendengar
berbagai-bagai bentuk bahasa.
Selain daripada belajar mengenal pasti laras dan tujuan bahasa itu digunakan, guru
boleh juga membimbing murid-murid mereka untuk mengesan kesalahan-kesalahan
yang terdapat sewaktu bahasa itu dituturkan. Guru boelh membawa perhatian murid-
murid kepada aspek-aspek bahasa yang lazim diperkatakan seperti sebutan,
intonasi, jeda, nada,tekanan, gaya, bentuk dan struktur serta keslahan-kesalahan
seperti ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan kemahiran bahasa lisan murid-
murid.

b) Mendengar Secara Ekstensif


Latihan mendengar secara ekstensif adalah latihan yang dijalankan setelah murid-
murid dapat menguasai kemahiran mendengar secara intensif. Mendengar secara
ekstensif ini bertujuan untuk meluaskan penguasaan bahasa secara keseluruhan
dan tidak lagi tertumpu kepada pengukuhan struktur tatabahasa atau yang
seumpamanya. Latihan mendengar secara ekstensif biasanya dilakukan melalui
aktiviti lanjutan daripada kemahiran mendengar yang telah sedia diperolehi.
Mendengar secara ekstensif menekankan aktiviti mendengar secara kritis dan logis.
Murid-murid boleh menggunakan buah fikiran mereka untuk memperdebatkan apa
yang didengarnya itu. Kemungkinan murid-murid boelh memberi komen daripada
apa yang didengarnya, atau melengkapkan cerita, atau mencari isi penting daripada
sebuahtafsiran dan sebagainya. Latihan mendengar seperti ini membantu
menyediakan murid-murid untuk boleh memberi pandangan dan pendapat serta
hujah dengan baik.

Bentuk Kemahiran Mendengar


Bentuk-bentuk kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada beberapa jenis.
Antaranya ialah:
a) Mendengar secara pasif adalah peringkat kemahiran mendengar yang paling
rendah. Pada peringkat ini si pendengar biasanya tidak berupaya menangkap makna
keseluruhan ujaran yang dilafazkan dalam sesuatu pertuturan atau percakapan yang
didengarnya. Si pendengar juga jarang-jarang dapat memahami dan mengingati
serta menyebutkan semula perkara-perkara yang didengar itu.
Banyak perkara yang boleh mendorong kanak-kanak mendengar secara pasif.
Antaranya ialah, mungkin kerana bahan yang diperdengarkan itu tidak menarik minat
mereka atau kerana bahan itu terlalu sukar untuk difahami dan tidak bermakna
kepada mereka.

b) Mendengar Secara Bertelau-telau


mendengar secara bertelau-telau berlaku dilalangan pelajar bahasa kedua.
Kemahiran ini lebih tinggi tarafnya daripada kemahiran mendengar secara pasif.
Dalam kemahiran ini, pendengar biasanya kurang mampu mendengar dan
menangkap bahagian-bahagian ujaran tertentu dalam sesuatu pertuturan. Mereka
kurang biasa mendengar dan bertutur atau berkomunikasi dalam bahasa itu.

c) Mendengar Tanpa Tindak Balas


Mendengar tanpa tindak balas bermaksud pelajar-pelajar mendengar tetapi tidak
membuat sebarang tindakan selepas itu. Hal ini berlaku kerana si pendengar tidak
peka terhadap kata-kata yang diucapkan itu. Mungkin si pendengar tidak memahami
sepenuhnya hubungan makna di antara kata-kata dalam ayat-ayat yang diucapkan
menyebabkan mereka tiak memberi sebarang reaksi sama ada marah, sedih, simpati
atau sebagainya.

d) Mendengar Secara Membuak-buak


Hal ini berlaku dikalangan pelajar bahasa pertama. Pelajar hanya menebuk-nebuk
kata atau rangkai kata yang didengar dan mengambilnya untuk tujuan tertentu. Di
peringkat ini, kemahiran mendengar pelajar yang menuturkan bahasa itu masih
rendah.
Kemahiran mendengar secara menebuk ini juga berlaku di kelangan pelahar bahasa
ibunda. Ini berlaku kerana mereka pasti yang mereka cukup berupaya memahami
dan menggunakan bahasa sendiri, walhal darjah kefahaman mereka terhadap
bahasa itu adalah pada peringkat yang masih lemah.
e) Mendengar Dengan Beremosi
Pada peringkat ini pendengar sudah mula mempunyai kemahiran dalam bahasa
yang dituturkannya. Ini dikatakan begitu kerana pendengar dapat merasakan
sesuatu hingga memberanngsangkan emosinya. Mereka sudah boleh mendengar,
memaham dan bertindak terhadap ujaran tersebut.

f) Mendengar Secara Berhati-hati


Mendengar di peringkat ini memerlukan seseorang itu mendengar dengan teliti dan
secara bersungguh-sungguh. Dia harus menumpukan pendengarannya terhadap
kata demi kata, rangkai kata demi rangkai kata dan ayat demi ayat di dalam sesuatu
percakapan itu. Tujuan mendengar dengan teliti setiap ujaran yang dilafazkan
ituadalah untuk menentukan supaya setiap butir yang dituturkan itu dapat difahami
dengan tepat dan betul.

g) Mendengar Secara kritikal


Mendengar secara kritikal biasanya berlaku setelah seseorang itu dapat menguasai
kemahiran berbahasa dengan baik. Pada peringkat ini kemahiran mendengar si
pendengar itu telah mencapai tahap yang tinggi. Dia boleh menentukan kesahihan
sesuatu fakta yang didengarnya.

h) Mendengar Dengan Pengamatan


Mendengar dengan pengamatan biasanya berlaku di kalangan pelajar yang sudah
boleh berfikir secara kritikal. Mendengar cara ini akan lebih bermakna jika proses
mendengar itu berdasarkan kepada pengalaman si pendengar. Ini bermakna si
pendengar itu akan lebih mudah memahami sesuatu ujaran yang dilafazkan jika
ujaran-ujaran itu ada pertalian dengan pengalamannya.

i) Mendengar Secara Kreatif


Kemahiran mendengar secara kreatif adalah kemahiran yang paling tinggi dan ia
manjadi matlamat pengajaran bahasa lisan di peringkat mendengar. Pada peringkat
ini, si pendengar akan menggunakan daya kreatifnya untuk mencipta sesuatu
setelah ia dapat mendengar dengan baik sesuatu pertuturan. Ini bermakna ia dapat
memahami ujaran-ujaran yang dikemukakan kepadanya dengan baik. Ia juga boleh
membuat interpretasi, mengkritik dan membuat ulasan dan komen yang bernas dan
jitu.

Kemahiran Bertutur

“Kegiatan melafazkan bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator)


manusia. Ia juga merupakan kemahiran berinteraksi menggunakan bahasa.

TUJUAN
GURU
- Dapat memperbaiki kelemahan yang dimiliki oleh pelajar.
- Dapat menjadi pencetus dan mampu memberikan intrepretasi yang betul.
- Mengesan dan mengasuh pelajar supaya mahir dalam sebutan, boleh
menggunakan nada (tone) dan intonasi yang betul dan lancer serta fasih dalam
berbahasa.

MURID
- Murid dapat membezakan di antara sebutan dan intonasi yang betul dan sesuai
dengan yang tidak betul dan kurang sesuai.
- Dapat mengesan perbezaan makna yang dibawakan oleh intonasi yang berbeza
walaupun menggunakan perkataan atau frasa yang sama tetapi dalam konteks yang
berlainan.

KONSEP
a) Pertuturan merupakan gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan.
b) Pertuturan berlaku di peringkat productive level. Ia berlaku setelah si penutur
dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya.
c) Individu lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada melalui
kecerdasan otaknya.
d) Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran dan jantina noleh mempengaruhi kemahiran
bertutur.
e) Pertuturan yang dapat dikuasai dengan baik akan menghasilkan tabiat berbahasa
yang baik. Tabiat berbahasa yang baik itu pula akan membolehkan penghasilan
interaksi dengan baik juga.
f) Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek
fonologi, struktur, intonasi penguasaan sistem bunyi.

ASPEK2 PERTUTURAN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN


a) Sebutan
- murid2 telah diajar dan dilatih mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata,
perkataan, rangkai kata dan ayat.
- Semua ini bertujuan untuk melatih murid2 supaya dapat menyebut sesuatu dengan
tepat dan seperti yang sepatutnya mengikut bunyi, ejaan dan makna.

b) Tekanan
- Satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada
tempat2 tertentu.
- Biasanya dilakukan pada suku kata.
- Bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu.
- Lambangnya ialah /?/.
- Dalam BM, tekanan tidak membezakan makna dan digunakan untuk menyedapkan
ayat sahaja seperti dalam sajak.

c) Panjang-pendek (Mora)(Harakat)
- Kadar sesuatu bunyi itu diucapkan
- Lambangnya ialah [:] , [::] adalah 2 mora , [.] adalah setengah mora.

d) Kefasihan
- boleh bercakap dan membunyikan kata dalam bentuk yang kemas, teratur, lancar,
tepat dan jelas.

e) Laras bahasa
- kemampuan mengguankan bahasa dalam pelbagai konteks, suasana, atau situasi
yang sesuai
- melatih pelajar menggunakan bahasamengikut larasnya.
- Bertujuan untuk berkomunikasi.
- Fungsi komunikasi:
o Bahasa meminta izin
o Bahasa meminta maaf
o Bahasa untuk menyatakan perasaan
o Bahasa untuk mengemukan pendapat atau pandangan
o Bahasa untuk bertanya atau menyoal utk mendapatkan maklumat
o Bahasa untuk menidakkan dan sebagainya.
o Bahasa yang sesuai mengikut keadaan seperti dengan guru, ibu bapa, rakan2, di
kedai, di majlis rasmi.

Kemahiran Bertutur

Kemahiran Bertutur merujuk kepada keupayaan pelajar menyampaikan maklumat,


pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan
dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada keyakinan pelajar
untuk bertutur serta penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang
sesuai.

Kecekapan berbahasa bagi kemahiran bertutur adalah seperti berikut:

a. Menyebut sesuatu perkataan dengan sebutan yang betul.


b. Bertutur dengan fasih dan dapat memberi pendapat serta pandangan dengan jelas
untuk melibatkan diri dalam interaksi sosial.

c. Berbual dan berbincang tentang kehidupan yang berkaitan dengan diri, keluarga,
dan masyarakat dengan menggunakan sebutan serta intonasi yang betul.

d. Menyoal untuk mendapatkan maklumat dengan mengemukakan soalan secara


jelas dan sopan.

e. Menjawab secara spontan tentang sesuatu perkara atau isu yang dikemukakan
terhadapnya.

Kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan


kemahiran bertutur di kalangan pelajar:

a. Mengadakan latih tubi sebutan untuk membetulkan kesalahan penyebutan yang


telah dikenal pasti.

b. Perbualan secara terpimpin, dialog, dan soal jawab boleh dijalankan untuk
memberi peluang kepada pelajar bercakap tanpa perasaan segan, takut, dan bosan.

c. Mempersembahkan satu daya kreatif berdasarkan skrip yang sedia ada atau yang
dicipta oleh pelajar sendiri.

d. Mengadakan pertandingan bercerita, perbahasan, forum, temu ramah, ceramah,


syarahan, dan sebagainya.

f. Membincangkan berita dan peristiwa semasa, membincang isi yang terdapat


dalam satu gambar bersiri, membincang aspek-aspek satu filem atau slaid yang
telah diperlihatkan.

Berdasarkan konteks yang umum, pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada


bahasa formal dan tak formal.

Contoh bahasa formal - Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana.

Contoh bahasa tak formal - Bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa
pasar, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya.
Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan
ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal, dan ragam bahasa mesra dan
bahasa formal.

PENILAIAN Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Dalam definisi bahasa jelas dinyatakan bahawa bahasa sebagai lambang-lambang
pertuturan atau dalam bentuk lisan. Manusia mencipta lambang-lambang pertuturan
terlebih dahulu sebelum mencipta simbol-simbol tulisan.

Apabila diteliti perkembangan bahasa kanak-kanak, ianya bermula daripada proses


mendengar terlebih dahulu dan diikuti dengan meniru atau mengajuk bunyi-bunyi
yang didengar dan seterusnya bercakap. Lambang-lambang tulisan hanya
diperkenalkan apabila kanak-kanak sudah biasa dengan bahasa dan boleh bertutur
dengan baik ( Kamarudin Hj. Husin, 1988).

Kesimpulannya, kemahiran lisan terdiri daripada dua aspek penting iaitu kemahiran
mendengar dan kemahiran bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan, kanak-kanak
perlulah menguasai kedua-dua aspek ini dengan baik terlebih dahulu. Kanak-kanak
yang mahir dlam bahasa lisan akan dapat melahirkan perasaan dan pendapat
dengan baik, dan akan lebih yakin untuk berinteraksi dengan orang lain dalam apa
jua situasi.

A. Kemahiran Mendengar

Mendengar adalah kemahiran awal yang dikuasai oleh kanak-kanak dalam


perkembangan pemerolehan bahasanya. Lundsteen (1979) telah mendefinisikan
mendengar sebagai satu proses minda yang memberi makna kepada bahasa
pertuturan.
Berdasarkan definisi mendengar ini, Jalongo (1992) menyatakan bahwa kemahiran
lisan melibatkan tiga perkara penting, iaitu;

i. Pendengaran (Hearing) – iaitu proses fisiologikal yang merangkumi ketajaman


pendengaran atau keupayaan mendengar, dan persepsi pendengaran iaitu
keupayaan untuk membezakan bunyi-bunyi, mengadun bunyi-bunyi, dan menyimpan
urutan bunyi dalam ingatan,

ii. Mendengar (Listening) - merupakan bentuk tingkah laku persepsi iaitu memberi
tumpuan, menjadi peka, dan memilih petunjuk-petunjuk isyarat (cues) daripada
persekitaran,

iii. ”Auding” - iaitu tingkah laku pemahaman yang bermula daripada pendengaran
dan mendengar. Auding termasuklah memperoleh makna daripada apa yang
diudengar, menghubungkan bunyi sesuatu yang sudah diketahui, menyusun,
membayangkan, dan menghargai apa yang didengar.

Kepentingan Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar sangat penting dalam kehiduipan kerana kemahiran


mendengar adalah asas kepada proses komunikasi. Interaksi dua hala akan
terganggu berlaku apabila salah seorang gagal mendengar dengan baik. Kemahiran
mendengar adalah kebolehan bahasa yang mula-mula sekali bagi kanak-kanak.
Sebaik sahaja organ pendengaran kanak-kanak sudah terbentuk di dalam
kandungan ibu mereka sudah mula mendengar. Bayi yang baru lahir akan bertindak
balas terhadap bunyi-bunyi yang berbeza di sekitarnya, dan mereka akan
ditenteramkan oleh bunyi-bunyi yang biasa didengarnya ketika dalam kandungan
ibunya. Lebih dari itu, mendengar adalah asas kepada kemahiran bahasa yang lain
iaitu bertutur, membaca, dan menulis.

Keduanya, mendengar adalah kemhairan bahasa yang paling kerap digunakan oleh
manusia. Lundsteen (1979) membuat persamaan berikut untuk menegaskan
kepentingan mendengar, iaitu dalam sehari kita mendengar sama banyak dengan
sebuah buku, kita bertutur bersamaan sebuah buku seminggu, kita membaca
bersamaan sebuah buku sebulan kita menulis bersamaan sebuah buku setahun.

Di sebalik kepentingannya, kemahiran mendengar adalah kemahiran yang diabaikan.


Proses pengajaran dan pembelajaran di kelas sangat kurang menitikberatkan
kemahiran ini dan guru lebih tertumpu kepada mengajar kemahiran membaca dan
menulis.

Keperluan Mendengar

Abd.Aziz Talib (2000) menyatakan bahawa keperluan mendengar berbeza mengikut


situasi sama ada berbentuk tidak formal atau formal. Kemahiran mendengar dalam
situasi tidak formal berlaku di rumah, di taman permainan, ketika bermain dengan
rakan dan sebagainya. Walaupun secara tidak formal, keperluan mendengar sangat
penting kerana kanak-kanak perlu mendengar dan memahami percakapan ibu bapa
dan ahli keluarganya yang lain. Begitu juga apabila dia perlu mendengar untuk
berhibur seperti mendengar radio, atau menonton televisyen.

Keperluan mendengar di sekolah bercorak formal, iaitu bahan-bahan yang didengar


adalah bercorak akademik. Selain itu, aktiviti lain seperti syarahan, pidato, kuiz, dan
sebagainya menjadikan kemahiran mendengar lebih penting lagi.

Keperluan mendengar sama ada bersifat formal atau tidak formal dapat dilihat dari
segi tujuankita mendengar. Abd. Aziz Talib (2000) memberikan tiga tujuan kita
mendengar, iaitu:

i. mendengar dalam interaksi sosial seperti berbual dan bermesyuarat,


ii. mendengar untuk mendapatkan hiburan seperti mendengar radio,menonton
televisyen, atau filem, dan
iii. mendengar untuk mendapatkan maklumat atau pengetahuan seperti di dalam
kelas, mendengar ceramah dan sebagainya.

B. Kemahiran Bertutur

Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat


sebutan (artikulator) ,ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana
berbahasa manusia ( Kamarudin Hj. Husin, 1978). Kemahiran bertutur dikuasai oleh
kanak-kanak hasil daripada meniru atau mengajuk pertuturan orang dewasa di
sekelilingnya. Rangsangan dan ganjaran yang diterimanya akan menggalakkannya
mengulang-ulang perkataan yang disebutnya sehingalah ia dapat menguasai
pertuturan yang lebih kompleks. Apabila kemahiran bertutur sudah dikuasai, kanak-
kanak akan mula berinteraksi dengan orang lain di sekelilingya. Sebab itulah orang
dewasa perlu menunjukkan model pertuturan yang baik kepada kanak-kanak bagi
membolehkan mereka bertutur dengan berkesan.

Aspek-aspek Pertuturan

Ada beberapa aspek penting dalam pertuturan yang perlu diberi perhatian supaya
pertuturan menjadi lebih berkesan. Kamarudin Hj. Husin (1978) memberikan
sembilan aspek pertuturan seperti berikut:

Sebutan

Tekanan

Mora ( panjang pendek)

Jeda ( persendian)

Intonasi

Nada
Tatabahasa

Kelancaran

Kefasihan

Laras Bahasa

B. ASPEK PERTUTURAN

Sebutan adalah membunyikan huruf-huruf , perkataan, atau ayat dengan tepat dan
jelas. Kanak-kanak perlu dilatih menyebut dengan betul supaya tidak menimbulkan
kekeliruan keoada orang yang mendengar pertuturannya. Pertuturan yang tidak jelas
menyebabkan mesej yang hendak disampaikan tidak dapat difahami.

Intonasi adalah keadaana bunyi yang menaik atau menurun ketika sesuatu ayat
dilafazkan. Dalam bahasa Melayu, intonasi juga penting kerana ia boleh membawa
makna yang berbeza bagi sesuatu ayat sekiranya disebut dengan intonasi yang
tertentu.

Kelancaran bermakna kanak-kanak dapat bertutur tanpa tersekat-sekat, kemas, dan


teratur. Individu yang mengalami masalah gagap akan menghadapi masalah
kelancaran bertutur yang serius.

Kefasihan pula bererti kanak-kanak boleh bercakap bukan sahaja lancar tetapi jelas
dan tepat sebutannya tanpa ada unsur-unsur dialek atau telor bahasa asing.

You might also like