You are on page 1of 28

1

1.0 PENDAHULUAN

Zaman keemasan kesenian Islam bermula pada 750 apabila seni tembikar, kaca, seni
logam, tekstil, manuskrip berhias dan pertukangan kayu berkembang maju. Sepuh
berkilat merupakan sumbangan Islam yang terunggul kepada seni tembikar. Manuskrip
berhias menjadi suatu seni yang penting dan amat dihormati dan lukisan potret kenik
berkembang maju di Parsi. Secara umumnya para ulama membahagikan seni rupa kepada
dua iaitu seni rupa yang mempunyai imej ataupun bentuk dan seni rupa yang yang tidak
mempunyai imej dan bentuk. Seni rupa yang mempunyai bentuk ialah apa yang diperbuat
daripada tembaga, batu, besi dan sebagainya. Manakala seni rupa yang tidak mempunyai
imej dan bentuk pula sesuatu yang dilukis diatas kertas, dinding-dinding, lantai-
lantai,bantal-bantal dan sebagainya.

Seni ukir Islam terdiri dari pelbagai cabang seperti seni bina, seni khat dan seni
lukis. Seni ukir berkembang seiring dengan seni-seni yang lain sehingga kini. Ada
pendapat mengatakan seni khat dan seni ukir tidak berbeza kerana kemasyuran seni khat
atau kaligrafi juga merupakan hasil kemajuan seni ukirnya. Perkembangan seni ukirnya
berjalan seiring dengan perkembangan seni-seni lain terutama seni bina Islam. Ini kerana
bangunan dan binaan-binaan tersebut biasanya dihiasi dengan ukiran yang bertujuan
untuk mengindahkan dan menampakkan keunggulan.

Kertas kerja ini akan memberi tumpuan kepada seni ukiran pada zaman Islam.
Dalam kertas kerja ini juga akan dikupas mengenai seni ukir yang ada pada zaman
kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, Umaiyyah di Andalus, kerajaan Fatimiyyah,
kerajaan Uthmaniah, kerajaan Mughal dan Tanah Melayu. Semoga kertas kerja ini akan
memberi manfaat kepada kita semua.
2

2.0 SEJARAH KEMUNCULAN SENI UKIR ISLAM

Seni ukir Islam memulai sejarah kemunculan di Tanah Arab diikuti Parsi, Turki, India dan
negeri-negeri Tanah Melayu. Bangsa Arab merupakan bangsa yang mula-mula memeluk
Islam dan kerana merekalah seni ukir bermula. Kehebatan mereka sebagai pengukir dan
ahli pertukangan telah terbukti sejak sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW
lagi(Norashikin Mhd Bani 2002).

Sebagai contohya, masyarakat Saba’ di Yaman sudah mempunyai ahli-ahli yang


mahir dalam bidang ukiran dan pertukangan. Terdapat banyak bukti yang menunjukkan
seni ukir dan seni bina sudah berkembang pada zaman tersebut menerusi peninggalan
runtuhan-runtuhan bangunan termasuk bangunan empayar Ma’rib. Antara yang ditemui
ialah ukiran batu kaum Saba’ yang menunjukkan Puteri Saba’ iaitu Puteri Balqis. Turut
ditemui ialah beberapa kesan pertukangan tangan seperti alat-alat rumah, kerusi, lampu
dan sebagainya(Norashikin Mhd Bani 2002).

3.0 CIRI-CIRI SENI UKIR ISLAM

Keindahan seni ukir Islam sebenarnya berdasarkan kepada ciri-ciri tersendiri dan unik.
Seni ukir Islam mempunyai ciri yang berbeza dengan seni ukir bangsa lain. Seni ukir
dalam Tamadun Islam perlu dipelajari kerana mengandungi nilai-nilai estetika yang
mencerminkan kemahiran dan kehalusan budi sesuatu kaum(Norashikin Mhd Bani 2002).

Antara ciri seni ukir Islam ialah seni yang berpandukan kepada akidah dan akhlak.
Satu garis panduan mengenainya telah dicetus iaitu bertujuan untuk mendapatkan
keredhaan Allah S.W.T. Ukiran yang dihasilkan mengandungi nilai-nilai murni yang
melambangkan akhlak ataupun ia berbentuk neutral yakni bebas dari nilai-nilai negatif.
Konsep penting dalam penghasilan seni ukir Islam kerana ia akan membangkitkan
perasaan, damai dan merendahkan diri ke hadrat Ilahi. Pengagungan dan perhiasan
bukanlah matlamat sebenar bagi seni ukir Islam. Namun dengan perkembangan bentuk
3

penggunaan corak, warna dan rekabentuk yang diperbuat berdasarkan ajaran al-
Quran(Norashikin Mhd Bani 2002).

Seni ukir Islam mestilah tertakluk kepada Syariat. Contohnya seni ukir Islam tidak
boleh menyerupai unsur-unsur haiwan dan manusia ataupun makhluk bernyawa. Perkara
ini berbeza dengan seni ukir Parsi yang banyak menghasilkan ukiran yang menyerupai
haiwan dan manusia. Manakala ukiran pada tembikar dan gangsa turut bercampur aduk
dengan motif-motif kaligrafi dan arabes(Norashikin Mhd Bani 2002).

4.0 KONSEP SENI UKIR

Seni ukir Islam mempunyai nilai yang tinggi samada dalam susunan komposisi cara
pengisian bidang yang dihias, ataupun dalam menyelaraskan motif-motif ukiran. Pada
umumnya pembahagian bidang itu diatur berdasarkan geometri yang bermotifkan seperti
daun, akar, bunga, dan sebagainya. Oleh itu, dalam seni ukir Islam kelihatan paduan yang
hormani antara rasa dan akal yang kelihatan pada ukiran kayu, batu, tembaga, besi dan
sebagainya(Abdul Ghani Samsudin et al 2001).

Seni ukir ini kerap terjalin dengan seni khat. Seni khat merupakan suatu
keistimewaan seni ukir yang sering didapati menghiasi bangunan-bangunan Islam. Oleh
itu, seni ini bukan semata-mata untuk memenuhi kewujudan seni untuk seni atau sebagai
pantulan dan jelmaan rasa indah sahaja. Namun ia juga memberi kesan lain yang lebih
mendalam dan bererti iaitu kesan keindahan yang mendekatkan kepada peri manusia dan
rasa ketuhanan. Justeru ukiran-ukiran dari pelbagai motif itu terjalin denagn keindahan
ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis dan kata-kata hikmat yang dapat menambat hati dan
perasaan manusia(Abdul Ghani Samsudin et al 2001).

Seni ukir juga dinamakan seni pahat merangkumi apa sahaja yang dipahat atau
yang di ukir, samada yang berbentuk patung-patung manusia, binatang atau apa sahaja
yang sifatnya berlembaga, samada ukirannya pada dinding-dinding rumah dan
sebagainya(Abdul Ghani Samsudin et.al 2001).
4

5.0 PERKEMBANGAN SENI UKIR ISLAM

5.1 ZAMAN RASULULLAH DAN KHALIFAH AL-RASYIDIN

Bermula dengan turunnya ayat suci al-Quran kepada baginda Rasulullah s.a.w,
masyarakat Arab yang petah bersyair serta berpuisi, menggunakan kepandaian yang
dikurniakan mencipta tulisan berseni atau kaligrafi sebagai tinggalan tamadun Islam
untuk ditatap generasi seterusnya. Pensyarah pelawat Muzium Kesenian Islam Malaysia
(IAMM), Profesor Dr Heba Barakat, berkata sejarah kaligrafi atau dalam bahasa
Yunaninya, kalious, dikatakan bermula sejak kurun kelapan apabila masyarakat Arab
menghasilkan tulisan bagi menunjukkan ketinggian martabat kabilah mereka.

Menurutnya, adalah menjadi satu kebanggaan bagi mereka apabila dapat


menghasilkan seni ukiran yang indah dan halus untuk ditunjukkan kepada pihak lawan,
apatah lagi apabila digabungkan dengan kekuatan kehebatan kabilah mereka sewaktu di
medan perang. Ketinggian kabilah Arab pada zaman dulu diukur pada kehebatan mereka
sewaktu berperang, bersyair serta tulisan yang dihasilkan. Semakin tinggi kreativiti
mereka, semakin tinggi sanjungan yang diterima(http://www.sipoel.unimed.in).

Kebanyakan hasil lakaran yang dicipta berdasarkan suasana pada masa itu seperti
berlatar belakangkan peperangan antara kabilah. Mereka melakarkan kaligrafi sebagai
cara untuk menunjukkan kekuatan mereka dari segi emosi dengan merujuk pada ayat al-
Quran yang menceritakan mengenai sebab dan akibat berlakunya peperangan itu.

Ia mempunyai simbolik tersendiri kerana bukan semata-mata menunjukkan


kekuatan dalam peperangan tapi juga dalam menghasilkan sesuatu yang boleh menaikkan
martabat dan semangat kaum mereka yang pergi berperang untuk mencari kemenangan,”
katanya. Penyebaran Islam ke seluruh pelosok dunia oleh pedagang Arab menyebabkan
tulisan kaligrafi turut berkembang sama ada melalui dakwah, penaklukan mahupun
perdagangan. Pertembungan antara dua budaya menyaksikan tulisan kaligrafi mengalami
5

corak perubahan dalam bentuk, warna mahupun tulisan namun paksi asasnya masih pada
ayat al-Quran.

Sejajar dengan perkembangan Islam, tulisan kaligrafi mengalami perubahan


mengikut kesesuaian tempat dan budaya masyarakat, namun masih gunakan ayat al-
Quran. Kehalusan ukiran dan ayat yang dilakarkan begitu terserlah kerana dihasilkan
dengan penuh rasa tawaduk terhadap Allah, sesuai untuk memberi penghormatan pada
ayat al-Quran(http://www.sipoel.unimed.in).

Pada zaman Rasulullah S.A.W, seni ukir Islam belum lagi mengalami
perkembangan yang luas. Binaan yang ketara ialah dengan pembinaan masjid. Ia dibina
dengan ringkas tanpa hiasan yang pelbagai. Kesenian Islam nampak ketara dari sudut seni
bina dengan terbinanya Masjid Quba dan Masjid Nabawi.

Selepas Nabi Muhammad wafat yang memerlukan kepada penganti untuk


menyambung tugas-tugas sebagai pentadbir negara. Zaman Khalifah al-Rasyidin telah
menyaksikan masjid-masjid mula dihiasi dengan ayat-ayat al-Quran yang diukir indah.
Ukiran yang dibuat bertujuan untuk mengambarkan dengan jelas padian antara
pembangunan fizikal dengan kerohanian serta ketakwaan yang tinggi. Seni khat, ukiran
dan hiasan dalaman merupakan ciri baru yang di adun dengan ciri masjid yang dibina
pada zaman Rasulllah pada zaman ini. Mimbar masjid telah diperkenalkan penggunaanya
oleh Nabi Muhammad SAW. Masjid Nabawi di Madinah ditingkatkan kualitinya. Pada
tahun 21 H, mimbar masjid mula diukir dengan seni khat yang cantik beserta ukiran yang
berseni.

5.2 SENI UKIR ZAMAN UMAYYAH

Pada zaman pemerintahan Bani Umayyah telah perkenalkan kubah yang merupakan salah
satu ciri identiti seni bina Islam. Kubah diperkenalkan pada zaman pemerintahan Abdul
Malik bin Marwan (65-86H). Keindahan seni bina ini telah kian meningkat lagi apabila
ukiran dan khat yang dapatmenimbulkan keimanan kepada Allah SWT. Arca, maqsurah,
6

dan bentuk-bentuk gambarajah yang indah turut diperkenalkan oleh seni bina Islam pada
zaman Bani Umayyah. Seni khat dan ukiran yang menakjubkan menjadi lebih indah dan
berseri apabila dihiasi dengan kaca yang bertatahkan batu permata yang berkilauan dan
lain-lain lagi. Ukiran seni khat begitu meluas pada masa itu yang mengukir ayat-ayat al-
Quran di masjid. Di masjid sekali-kali tidak diukir lukisan yang mempunyai bentuk
seperti manusia, binatang dan sebagainya kerana ia bertentangan dengan nilai-nilai akidah
Islam(Mustafa Hj Daud 1991).

Pada zaman Rasulullah, baginda telah mimbar dengan tiga tangga dan baginda merasa
lebih nyaman duduk di atasnya semasa berkhutbah. Setelah Umayyah mengambil alih
tapuk pemerintahan, beliau telah menambah jumlah tangga menjadi enam. Tempat duduk
baginda dalam menyampaikan dakwah iaitu mimbar telah di ubah menjadi tinggi dan
dihiasi indah dengan ukiran(Yulianto Sumalyo 2000).

Banyak bukti yang menunjukkan seni ukir Islam mula menampakkan


perkembangan secara meluas zaman Bani Umayyah. Pada zaman ini, seni ukir Islam
berkembang maju untuk membentuk suatu identiti kesenian Islam yang tersendiri. Para
khalifah Bani Umayyah berpendapat bahwa perlu bagi kerajaan untuk membina struktur-
struktur dan binaan yang mewah bagi menunjukkan kehebatan mereka sebagai khalifah.
Misalnya, Muawiyyah memindahkan pusat pentadbiran ke Damsyik dan beliau
merasakan perlu untuk membina kediaman yang menunjukkan status sebagai khalifah.
Oleh itu, beliau telah memerintah pembinaan istana yang diperbuat daripada batu-batu
yang bermutu tinggi(Norashikin Mhd Bani 2002).

Selain itu, perkembangan bandar yang begitu pesat telah menarik ramai rakyat
dari pelbagai keturunan dan agama untuk berhijrah ke kota Damsyik. Dengan itu berlaku
pertembungan tamadun yang turut memberi kesan kepada penghasilan ukiran. Bangsa
Arab banyak belajar dari kepakaran seni tukang dan ukiran batu dari negeri Syam, Parsi
dan Mesir. Antara kepandaian yang dikuasai termasuk ukiran dinding berbentuk sarang
labah-labah.
7

Antara contoh lain yang menunjukkan perkembangan seni ukir Islam pada zaman
ini sepertimana terdapat pada binaan Masjid Suriah. Keseluruhan bentuk dan ciri masjid
ini telah dihiasi dengan pelbagai bentuk ukiran yang indah dan ia terdiri daripada bahan-
bahan yang mahal dan bermutu tinggi.

Jelaslah bahawa perkembangan seni ukir Islam berkembang pesat dengan


bermula zaman Bani Umayyah. Perkembangan ini merupakan satu dari lambang atau
petanda kewujudan kesenian Islam yang terpenting dalam Tamadun Islam. Ukiran-ukiran
yang menghiasi bangunan-bangunan telah tersebar luas dibumi Sepanyol, Iraq, Syam dan
Mesir. Semua ini menjadi bukti peninggalan umat Islam pada zaman Bani
Umayyah(Norashikin Mhd Bani 2002).

5.3 SENI UKIR ZAMAN ABBASIYAH

Keagungan seni bina Islam telah sampai ke puncak keagungan pada zaman pemerintahan
Bani Abasiyyah. Tamadun Islam telah berhadapan dengan beraneka jenis tamadun yang
ada di dunia, khususnya seni bina. Pertembungan dengan kebudayaan asing yang
beraneka rupa ini memberi inspirasi yang cukup bertenaga bagi ahli seni bina Islam
mereka bentuk bangunan dan perhiasan yang masih lagi berada dalam lunas-lunas Islam.
Jika sekiranya seni bina asing berasaskan kepada lukisan yang berbentuk berhala, seni
bina Islam mengantikannya dengan pamandangan yang indah seperti tumbuh-tumbuhan,
garisan geometri dan lain-lain lagi(Mustafa Hj Daud 1991).

Zaman Khalifah Abbasiyyah lebih luas sempadan berbanding Bani Umayyah.


Pusat pemerintahan Khalifah Abbasiyyah iaitu Baghdad ternyata mengalami
perkembangan yang pesat dan menjadi tumpuan pelbagai bangsa serta mengalami
asilimisasi kebudayaan. Keadaan ini telah mencorakkan kemajuan dalam Daulah
Abasiyyah(Norashikin Mhd Bani. 2002).

Ukiran bangsa Parsi kelihatan jelas pada binaan Istana al-Dhabab di Banghdad.
Reka bentuk dan seni ukir Parsi ini di ambil dari orang Parsi yang tinggal di Baghdad.
8

Istana ini kemudian dijadikan model seni ukir dan seni khat yang menghiasai bangunan
istana samada bahagian dalam dan luar.

Penghasilan seni ukir Islam pada zaman Daulah Umayyah banyak dihasilkan pada
masjid-masjid, tetapi pada zaman Daulah Abasiyyah lebih ditumpukan kepada pembinaan
Istana. Contohnya, semasa pemerintahan khalifah al-Jaafar telah membina istana al-
Dhabab (Istana Emas) di Baghdad. Pada masa itu juga, istana-istana telah menjadi tempat
berkembangnya seni ukir, seni khat , seni bina dan sebagainya. Jika dilihat bahawa seni
ukir lebih luas pengaruhnya dan konsepnya kerana tidak terhad pada bangunan masjid
sahaja.

Pada zaman Daulah Abbasiyyah, jelas perkembangan seni ukir Islam telah sampai
ke kemuncak iaitu apabila jajahan takluk menjadi luas dan serta berlaku asilimisasi
kesenian antara kaum dan kawasan. Pada waktu itu juga, bentuk dan ukiran Islam
menjadi lebih banyak dan bertambah indah. Kehalusan corak ukiran Islam begitu
mengagumkan mata memandang. Aspek seni ukir Islam zaman Daulah Umayyah jelas
lebih bersifat klasik berbanding pada zaman Daulah Abbasiyyah(Norashikin Mhd Bani.
2002).

5.4 ZAMAN KERAJAAN FATIMIYYAH

Selama lebih kurang 240 tahun kerajaan Fatimiyyah memerintah Mesir dan negeri-negeri
sekitarnya yang meluas di Lautan Atlantik di barat dan Laut Merah di timur dengan
seramai tiga belas orang khalifah yang memegang tampuk pemerintahan kerajaan
berkenaan, terdapat begitu banyak kemajuan dan pembangunan negara ini yang dapat
menandingi pencapaian kerajaan Abbasiyah di Baghdad dalam bidang ketenteraan,
ekonomi, pelajaran, kesenian, dan lain-lain( Dasuki Ahmad 1982).

Dalam bidang kesenian ini kerajaan Fatimiyyah telah berjaya memajukan


perusahaan tangan yang bernilai tinggi seperti bertenun, mengukir, dan menyulam dalam
9

berbagai jenis. Antaranya tikar permaidani, pakaian, pelana kuda, dan lencana-lencana
kebesaran dari logam. Khalifah pertama kerajaan Fatimiyyah di mesir iaitu Khalifah
Muiz, pernah mendirikan sebuah kilang yang menjalankan perusahaan tenunan untuk
pakaian para pegawai kerajaan yang akan digunakan ketika musim sejuk dan panas.
Selain itu, di tempat tersebut juga dibuat kiswah ( kelambu ) Kaabah yang megah sekali.
Pada kelambu tersebut, dilukis dua belas bulan sabit daripada emas. Ayat-ayat Al-Quran
juga ditulis dengan zamrud yang berwarna biru, kemudian di bungai pula dengan
permata-permata yang mahal harganya(Dasuki Ahmad 1982).

Disebabkan kekayaan yang melimpah-limpah, sejarah ada membuktikan terdapat


satu zaman dalam pemerintahan kerajaan Fatimiyyah ini, dengan tertegaknya istana-
istana yang tersergam indah, megah, cantik ukirannya sebagai lambang kesenian Islam
pada waktu tersebut dan dapat dilihat hingga ke hari ini(Dasuki Ahmad 1982).

5.5 ZAMAN UMAYYAH DI ANDALUS

Kerajaan Bani Umayyah boleh dianggap sebagai zaman permulaan perkembangan


kesenian Islam di Sepanyol. Sejak pembukaan di Sepanyol sehingga tahun 976M, boleh
dianggap sebagai tahap pembinaan tamadun Islam di Sepanyol. Dalam tempoh tersebut
telah dibina masjid besar di Cordova(Mahyudin Yahya, Ahmad Jelani Halimi 1995)

Alhambra (Bahasa Arab: ‫ = الحمراء‬Al Ħamrā'; yang bermaksud "Istana Merah")


adalah sebuah masjid, istana dan kompleks kota silam kerajaan Moor Granada, di selatan
Sepanyol (dikenali sebagai Al-Andalus apabila kotanya dibina), menduduki atas bukit
teres di tenggara sempadan di bandaraya Granada. Ini adalah tempat tinggal raja-raja
Muslim Granada dan mahkamah mereka, tetapi sekarang sebuah muzium yang
mempamerkan kecantikan gaya seni bina Islam( http: www.wikipedia.org).

Kecantikkan masjid cordova tidak dapat menandingi dengan masjid-masjid lain


kecuali Masjidil Haram dan Masjid al-Aqsa. Pada bangunan ini terdapat kesenian
Byzantine dan Rom Purba. Terdapat kira-kira 1093 tiang dari marmar berbentuk papan
10

catur. Selain itu, masjid ini mengandungi 19 ruang tengah yang membujur. Mimbarnya
diperbuat daripada gading dan kayu yang berharga serta diletakkan paku-paku emas.
Dalamnya dihiasi seribu lampu. Sebelah selatan berhadapan Wadi al-Kabeer dengan 19
pintu yang di tempa dengan emas. Manakala bahagian tenggara dan barat laut mempunyai
9 pintu. Terdapat arca di dalamnya yang berbetuk tapak kaki kuda dan bulat. Di pintu-
pintu dan di bumbungnya terdapat banyak lukisan-lukisan geometri.

Selain Masjid Cordova, Madinat al-Zahra dibina berlandaskan seni bina Islam
yang tinggi nilainya. Menurut pakar arkeologi bandar istana punyai bentuk dan senibina
cukup indah paduan seni bina rom dan Islam. Siling dan dinding dibentuk dari emas dan
marmar. Terdapat kolam raksa dan lapan buah pintu terdiri dari gading gajah dan kayu
ebony yang amat berharga. Sertiap hari pembinaaannya menggunakan 6000 ketul batu
besar yang telah dipahat selain batu granit dan batu bata(Maruwiah Ahmat 1993).

Zaman pertama kerajaan Umayyah di Sepanyol yang terpisah dari kerajaan


Abbasiyah di Baghdad bermula apabila Abdul Rahman bin Muawiyah bersama dengan
pengikut-pengikutnya berjaya merampas kuasa pemerintahan negeri Sepanyol di Cordova
bawah pimpinan gabenor Abbasiyah yang pertama Yusuf bin Abdul Rahman al-Fihri dan
mendirikan pemerintahan Umayyah di Sepanyol iaitu pada tahun 756M ( 138H )(Dasuki
Ahmad 1982).

Abdul Rahman ini juga dikenali dengan gelaran Abdul Rahman al-Dakhil ( Yang
Memasuki Negeri ), kerana kejayaannya sebagai pengasas kepada kerajaan Umayyah
yang terletak di Sepanyol ini. Selain itu, baginda juga memutuskan hubungan dengan
kerajaan Abbasiyah dan mendirikan pusat pentadbirannya yang tersendiri yang terletak di
Cordova, Sepanyol(Dasuki Ahmad1982).

Abdul Rahman al-Dakhil telah menubuhkan sebuah kota yang kuat dan teguh di
Sepanyol. Semasa pemerintahannya, baginda telah mencantikkan bandar-bandar dibawah
kerajaannya, mengadakan beberapa telaga simpanan air, membina tali air, dan menanam
pokok buah-buahan dan memajukan perusahaan pertanian, membina tempat persinggahan
11

di luar Kota Cordova dan membina benteng di sekeliling ibu kota. Pada tahun 786M,
beliau telah meletakkan batu asas sebuah masjid yang besar di Cordova yang menjadi
simbol pemerintahan Islam. Masjid ini diberikan nama Masjid al-Qurtuba yang telah siap
pembinaannya pada zaman pemerintahan amir-amir selepasnya. Masjid ini merupakan
suatu keagungan kerajaan Islam Sepanyol dalam sejarah kesenian Islam. Namun
malangnya, dalam tahun 1236M ia telah dijadikan gereja, hingga kini masih tetap berdiri
teguh dengan nama La Mezquita atau Cathedral-Mosquita(Dasuki Ahmad 1982).

Khalifah Abdul Rahman I, perkembangan seni tekstil, tembikar dan seramik


berkembang pesat kerana diberi perlindungan, sokongan dan pengarahan dari khalifah.
Hasil dorongan daripada pemerintahan seni-seni tersebut mengalami perkembangan yang
maju serta memiliki ciri-ciri khas dan tersendiri sebagai bentuk seni orang moor yang
disebut ‘hispano mauresque’. Pemerintahan Abdul Rahman II, ( 206-238H/822-852M )
Andalus dalam zaman ini dikenali juga dalam zaman kebebasan dan kegemilangan. Pada
tahun 832-848M, dibina beberapa anjung dan ruang yang mengadap kiblat masjid ini
dihiasi dengan ukiran ayat-ayat al-Quran yang menarik dan cantik, seni binanya ditiru
dari gaya klasik Rom.

Pemerintah kedua yang telah memajukan kerajaan Islam ini ialah Abdul Rahman
al-Ausat yang telah memerintah pada tahun 822M/206H. Baginda telah mencantikkan
Kota Cordova dengan membina jalan-jalan raya, taman-taman, tempat-tempat
perdagangan, dan memperbesarkan serta memperbaiki masjid-masjid. Manakala dalam
istana pula, telah diukirkan dengan bentuk dan corak yang begitu menarik menambahkan
lagi kemegahan istana yan telah berdiri tersergam indah(Dasuki Ahmad.1982).

Seterusnya kemajuan kerajaan Umayyah di Andalus ini terus diciptakan oleh


pemerintah yang seterusnya dengan memakai gelaran Khalifah Abdul Rahman al-Nasir
berbanding pemerintah yang sebelum ini dengan gelaran amir, memerintah pada tahun
912M ketika usia mencapai 23 tahun. Semasa pemerintahannya, Cordova telah menjadi
sebuah kota yang terbesar dan megah sekali ketika waktu tersebut. Kemegahan dan
kebesaran itu adalah kerana adanya istana-istana dan gedung-gedungnya yang indah
12

permai, masjid-masjidnya yang besar, jambatannya yang panjang, hebat dan kukuh
melintangi di atas Sungai Guadalquivir ( Sungai Wadil Kabir ) (Mahyudin Yahya &
Ahmad Jelani Halimi 1995).

Abdul Rahman III, setiap istana punyai nama tersendiri seperti Istana al-
Mubarrra’, al-Kamil, al-Masyuq, al-Raudha, al-Mujaddl, al-Hair dan lain-lain. Tetapi
taman bunga, kolam-kolamnya indah serta punyai keluasan yang sangat luas. Sekeliling
taman terdapat arca yang indah dan menarik, seni pahatnya berasal dari Rom dan
percikan air yang berpancaran pelbagai bentuk. Manakala zaman Hakam II, ( 350-366 H/
961-976M )

Keistimewaannya yang lain ialah dari segi kehalusan dan keindahan seni bina
yang tidak dijangkakan pada perbelanjaan masjid ini yang pada awalnya sebanyak 80,000
dinar. Saiznya pula, ialah 360x 270 kaki dan dibina di atas sebidang tanah seluas empat
ekar. Ia mempunyai 21 pintu dan 1239 tiang batu yang bertatahkan permata. Di dalamnya
tedapat 10 lorong melintang dan 30 lorong membujur. Mimbarnya diperbuat daripada
gading dan kayu berharga dan dilekatkan dengan paku-paku emas. Di dalam masjid ini
dihiaskan dengan 1000 buah lampu. Di tengah-tengahnya dibina sebuah air pancut
(Mahyudin Yahya & Ahmad Jelani Halimi1995).

Selain masjid Cordova, terdapat bandar istana di Madinah al-Zahra’yang dibina


oleh Abdul Rahman II. Namun begitu, menurut pakar-pakar arkeologi, Bandar istana ini
mempunyai bentuk dan seni bina yang sungguh indah. Selain itu, terdapat beberapa buah
seni bina yang menarik berupa benteng-benteng pertahanan yang dibina pada zaman Bani
Umayyah di Sepanyol. Begitu juga barang-barang dan alat-alat perhiasan rumah yang
diperbuat dari emas, perak, gading, marmar dan kristal yang ditemui di
Cordova(Mahyuddin Yahya. 1995).

Istana al-Zahra merupakan sebuah kota yang cantik yang didirikan oleh Abdul
Rahman pada tahun 936M, di suatu sudut penjuru dalam Kota Cordova. Ini merupakan
tanda ketinggian, kehalusan kesenian dan kekayaan negeri Sepanyol pada waktu tersebut.
13

Kos bagi mendirikan kota tersebut telah dibiyai Abdul Rahman dengan membelanjakan
wang hampir tujuh juta dinar. Di samping kota ini, terdapat sebuah masjid yang besar dan
permai dikelilingi oleh pejabat-pejabat kerajaan dan taman-taman bunga yang indah. Pada
zaman ini bilangan masjid d Kota Cordova sahaja telah mencapai angka hingga 600 buah,
perpustakaan 70 buah, kedai-kedai buku pula tidak terhitung banyaknya, sedangkan
penduduk di kawasan tersebut tidak lebih dari setengah juta orang(Dasuki Ahmad:
1982,340 ).

Selain itu, antara yang dapat dikagumi hingga sekarang peninggalan yang terdapat
di Sepanyol ialah Masjid al-Qurtuba di Cordova, Menara Giralda di Seville, Istana Zahra,
Istana Jaafariyah di Saragossa, Istana Makmun, Masjid Jamik di Isybiliyah, Istana
Alhambra di Granada, dan lain-lain. Bandar Toledo hari ini telah dijadikan muzium, iaitu
bangunan-bangunannya dan jalanrayanya yang berasal dari kurun kelima belas tidak
diubah untuk dijadikan tumpuan pelancong, manakala jalan-jalannya sempit dan boleh
dilalui oleh hanya sebuah kereta sahaja.

Masjid besar di Cordova yang boleh memuatkan 100,000 orang dan mempunyai
1000 tiang telah dijadikan gereja dan sampai sekarang terkenal dengan nama Cathadal-
Mosquita. Ukiran di dalamnya sangat cantik, orang-orang Sepanyol hari ini membiarkan
ukiran dan tulisan ayat-ayat al-Quran dalam bangunan itu, di samping itu mereka telah
mendirikan patung-patung dan lukisan tentang Nabi Isa dan pemimpin agama kristian
yang lain. Mereka melakukannya sebagai ingatan kemenangan Kristian ke atas umat
Islam(Dasuki Ahmad 1982).

5.6 ZAMAN MUGHAL

Seni bina dalam Empayar Mughal adalah dibentuk dari gaya seni yang Parsi dan India.
Seni bina Mughal mengandungi arca, kubah, menara-menara, indentur(surat perjanjian
antara pekerja dan majikan dan dibuat dalam dua salinan), dan ukiran. Untuk
menunjukkan kehebatan seni bina Mughal, bangunan-bangunan cenderung menjadi tinggi
dan besar. Contoh terbaik seni bina Mughal adalah Taj Mahal, dibuat oleh Shah Jahan,
14

seorang raja Mughal. Hari ini, bangunan-bangunan India telah ciri-ciri serupa sebagai
seni bina Mughals. Bangunan-bangunan biasa yang seumpama telah indentur(surat
perjanjian antara pekerja dan majikan dan dibuat dalam dua salinan)dan kubah. Kerana
ini, seni bina India menyalin semula seni bina dinasti Mughal.

5.6.1 LUKISAN DI MUGHAL

Seni lukis di Mughal berkembang pesat sejak awal kemunculan islam di Timur. Lukisan-
lukisan di Mughal banyak dipengaruhi oleh perkmbangan lukisan semasa zaman Kerajaan
Saljuk. Pelukis Mughal banyak melihat kepada manuskrip Manafi al-Hayawan untuk
mencari idea dalam lukisan yang akan dihasilkan. Sekurang-kurangnya pada ketika itu
terdapat tiga jenis gaya lukisan yang dihasilkan iaitu Gaya Tradisional Baghdad, Gaya
Saljuk dan Gaya Ilkhanid. Ketiga-tiga gaya ini turut menberi pengaruh kepada lukisan
yang dihasilkan di China. Lukisan Gaya Baghdad lebih bercorak atau bercirikan binatang
dan patung(Ernst J. Grube 1966).

5.6.2 TAMPALAN

Pada zaman ini, perkembangan seni bina cemerlang dalam kepelbagaian bangunan-
bangunannya dan penapisan tradisional membentuk, pencapaiannya yang tertinggi tiada
bandingannya dengan kekayaan ia adalah tampalan iaitu sesuatu menghairankan dengan
kepelbagaian teknik. Menampal berhias berturap dinding seluruh permukaan-permukaan
dan turut ditekankan ciri-ciri struktur tertentu. Sifat perhiasan luar biasa dalam pedalaman
Pir-I Bakran- sebuah makam raja yang kecil Isfahan-deretan yang dekat daripada mudah
mendalam garis untuk memperdalami timbulan tinggi potongan muka, daripada ikhtisar
tenang corak-corak lurus pergerakan yang untuk hampir ukiran barok dalam besar
berbunga-bunga dan panjang lebar, diukir dan meniru mihrab juga menerangkan
penggunaan kerap reka bentuk seni khat. Di satu tiga bingkainya hiasan, satu tulisan yang
dengan cantik ganda dan bercorak dalam naskhi dan Kufic yang bersudut disediakan pada
lapisan-lapisan gulungan kertas berbunga-bunga dan arabes corak-corak adalah dicipta
15

dengan watak seni khat yang berlari perpenjuru dengan mengulangi perkataan itu
lagi(Ernst J. Grube 1966).

5.6.3 TAJ MAHAL

Pembinaan struktur putih yang tesergam indah di bandar Agra ini bermula dengan titah
Sultan Shah Jahan, pemerintah Kerajaan Mogul Islam India ketika itu. Ia dibina sebagai
tanda cinta dan kasih sayang seorang suami memperingati pemergian isteri Baginda yang
telah meninggal dunia. Taj Mahal dibina menggunakan batu marmar putih yang terpilih
dan meliputi hampir keseluruhan persekitaran taman-tamannya yang indah. Taj Mahal
ketika itu dan sehingga kini adalah mercu tanda kemegahan dan kecantikan tamadun
Islam India dan di dunia. Walaubagaimanapun, Sultan Shah Jahan tidak lama kemudian
digulingkan oleh anaknya sendiri dan hanya mampu melihat Taj Mahal melalui lubang
kecil tingkap di bilik penjaranya.

Tahun 1631 Shah Jahan yang menjadi Maharaja Dinasti Mughal telah kematian
isteri tersayang. Isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal ketika melahirkan anak mereka
yang ke-14 Begum Gauhara ketika Shah Jahan berada di medan pertempuran pada tahun
1631 ketika Shah Jahan dalam kempen memperluaskan tanah jajahannya.
Makam Taj Mahal ini menggambarkan keagungan senibina Dinasti Mughal. Bangunan
lain yang mendapat gaya senibina ini ialah Timurid dan bangunan Mughal. Ini
termasuklah Gur-e Amir di Samarkhan. Makam Humayun yang dipanggil Makam Itmad-
Ud-Daulah dan Masjid Jama Lauhari dari Turki untuk mereka di Delhi.
Shah Jahan memerintahkan Ustaz Ahmad bentuk bangunan ini. Ustaz mengumpulkan
20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang
termasyhur dari seluruh dunia. Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat
daripada marmar putih, serta seni mozek yang indah, Taj Mahal merupakan salah satu
daripada Tujuh Benda Ajaib di dunia. Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya
berlian, jed, kristal, topaz dan nilam telah digunakan. Pembinaan Taj Mahal menelan
masa sebanyak 22 tahun. Taman rekreasi seluas 300 meter X 300 meter dengan ,lorong-
lorong hiasan bunga. Ada empat charbagh yang melambangkan empat sungai utama di
16

India yang kononnya mengalir dari syurga. Terdapat ayat dari al Quran menjadi hiasan
utama Taj Mahal. Huruf khat thuluth menjadi seni huruf utama. Jurukhat bernama
Amanat Khan dibawa dari Parsi. Antara surah yang menjadi hiasan ialah Surah 91 , Surah
112, Surah 89, Surah 93, Surah 95 , Surah 94, Surah 36, Surah 81, Surah 8 , Surah 84,
Surah 98, Surah 67, Surah 48, Surah 77 dan Surah 39.
Bahan binaan di bawa dari seluruh Asia menggunakan 1000 ekor gajah. Marmar putih
dari Rajasthan. Permata dari Punjab. Jed dan hablur dari China. Firus dari Tibet . Lazuardi
dari Afghanistan. Nilam dari Sri Langka. Kamelian dari Arab.28 jenis batu berharga telah
digunakan bagi membina Taj Mahal.Kos pembinaan lebih 32 juta rupee. Kos ini tidaklah
banyak ketika itu. Bahan binaan di bawa dari seluruh Asia menggunakan 1000 ekor gajah.
Marmar putih dari Rajasthan. Permata dari Punjab. Jed dan hablur dari China. Firus dari
Tibet. Lazuardi dari Afghanistan. Nilam dari Sri Langka. Kamelian dari Arab. 28 jenis
batu berharga telah digunakan bagi membina Taj Mahal. Kos pembinaan lebih 32 juta
rupee. Kos ini tidaklah banyak ketika itu(http://sianakwarisan.blogspot.com/).

5.7 ZAMAN UTHMANIYAH

Dalam sejarah peradaban Islam mencatitkan negara-negara Islam dan yang pernah berada
di bawah wilayah Islam banyak meninggalkan warisan-warisan tamadun dunia yang
mempunyai nilai-nilai estetik yang sangat berharga terpelihara hingga ke hari ini. 'Qubbat
al-Sakhrah' contohnya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi untuk ditandingi
kehebatannya. Pembinaan awal masjid ini diasaskan oleh Saidina Umar al-Khattab r.a. di
atas sebuah bukit bernama Moriah berhampiran dengan Masjid al-Aqsa di Palestin.
Masjid ini terkenal di seluruh dunia termasuk masyarakat Barat dengan gelaran 'Dome of
the Rock'. Khalifah Abdul Malik bin Marwan, pemerintah kelima kerajaan Bani Umaiyah
telah memperbaharui semula pembinaan masjid ini dengan menjemput arkitek-arkitek
dari Byzantine. Di samping mereka, orang-orang Parsi juga dijemput untuk membuat
ukiran dan tulisan khat 'kufi' pada dekorasi 'qubbah' masjid.
17

Monumen-monumen warisan dunia yang mempunyai nilai-nilai estetik tersendiri juga


berjaya dihasilkan oleh acuan kesenian arkitek-arkitek Uthmaniyah yang hebat seperti
Khayruddin, Mahmud Aga, Davud Aga, Ahmad Pasha, Ibrahim Pasha dan yang paling
terkenal di kalangan mereka ialah Sinan. Dia digelar sebagai 'chief imperial architect'
Dawlah Uthmaniyah di bawah pemerintahan tiga orang sultan, iaitu Sultan Sulaiman al-
Qanuni, Salim II dan Murad III. Antara projek mega hasil pemikiran dan keringat Sinan
termasuklah pembinaan Masjid Sehzade dan Suleymaniye di Istanbul serta Masjid
Selimiye di Edirne.

5.7.1 Iluminasi

Iluminasi, kebanyakkannya adalah dalam warna emas dan biru, merupakan warna diraja
dalam Dewan Mahkamah Tinggi Abbasiyah, yang sesuai dengan iringan untuk kaligrafi
terbaik daripada abad ke 19M dan tukang-tukang Uthmaniyyah dalam studio istana pad
abad ke 16m di Istanbul mempunyai tradisi yang sangat besar yang mana perlu dikikis
daripada Tabriz, Herat, Damascus dan Kaherah dan daripada abad ke 15M di Turki. Di
mana Mehmet II yang penting telah memesan buku-buku untuk perpustakaannya
menghasilkan gambar-gambar yang telah diiluminasikan dalam gaya yang tersendiri.
Dalam perbandingan kepada tulisan, dimana gaya-gaya istana Herat dan Tabriz seolah-
olah mempunyai pengaruh yang kuat ke atas studio Suleyman, gaya asli Uthmaniyyah
terhadap manuskrip iluminasi yang masih tinggal untuk menarik perhatian. Memenuhi
iluminasi klasik Uthmaniyyah ini adalah pada dasarnya kerja gulungan dengan anyaman
yang bergabung atau ruas batang-batang yang berdaun banyak yang mana lebih biasa
kepada Safavid, perhiasan anyaman bersudut masih popular untuk kerja kayu
Uthmaniyyah yang mana ianya sangat karekteristik terhadap iluminasi al-Quran(J.M.
Roger & R.M. Ward 1988).

5.7.2 Lukisan atau Maniatur

Dalam bidang lukisan atau maniatur pula, pelukis Turki pada abad ke 16M, telah
menunjukkan sedikit keasliaan dalam kerja-kerja kesusateraan ilustrasi Parsi. Antara
18

pelukis yang telah berpindah dari Tabriz ke Istanbul ialah Shah Quli yang mana yang
nampak jelas kegembiraannya dan berus lukisannya yang lembut tetapi mereka
mengingatkan sama sekali dalam semangat orang-orang Iran. Gaya Turki yang berlainan
telah berkembang dengan keperluaan melengkapkan ilustrasi grafik untuk kronologi
kehidupan dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam pemerintahan Uthmaniyyah,
kemenangan mereka, sambutan majlis tertentu, perarakan dan persembahan yang
masyhur(Ernest Kuhnel 1970).

Sebilangan kecil mengetahui lukisan awam Uthmaniyyah dan meskipun ini telah
pasti dihasilkan di kawasan istana Uthmaniyyah di Bursa dalam penaklukan
Konstantinople, ianya amat susah untuk dipastikan yang mana bilangan kecil tarikh
lukisan awal Uthmaniyyah adalah daripada zaman Pra-Istanbul. Selepas penaklukan dan
penubuhan sebuah kawasan sekolah di bawah naungan Sultan Mahmud di Istana, lukisan
Uthmaniyyah telah mengambil satu langkah yang berbeza untuk lukisan itu sendiri.

Pada zaman pemerintahan Uthmaniyyah, lukisannya seringkali dianggap sebagai


meniru daripada lukisan Parsi, walhal pada hakikatnya lukisan parsi memberi sedikit
sahaja pengaruh kepada lukisan Uthmaniyyah. Lukisan Parsi tidak mempunyai gambaran
gaya hidup di Istana, mempunyai cita-cita dan prinsip yang berbeza idea yang puitis dan
mengiliustrasikan puisi berdasarkan perkara yang lepas untuk melukis gambar tradisi,
manakala lukisan Turki Uthmaniyyah pula berminat dengan keadaan dunia sebenar,
peristiwa bersejarah pada sesuatu masa dan karektor Sultan secara individu yang banyak
dalam bentuk potret(Ernest J. Grube 1966).

Penemuaan pertama dalam pemilihan bahan subjek, personaliti lukisan


Uthmaniyyah telah muncul pada kemenangan dan upacara keramaian pada abad ke16M.
Lukisan tersebut menceritakan tentang peranan megah-megah di eropah dan Asia dan
mengenai perayaan Negara itu. Hasil karya seperti History of Sultan Sulaeyman (Sejarah
Sultan Sulayman) dan Sur-Name (Perayaan Berkhatan) ilustrasi di ambil untuk
pemberitaan realistic peristiwa sezaman(David James 1977:53).
19

5.7.3 Perusahaan Besi dan logam

Pada zaman Uthmaniyyah, kerja seperti menempa dan mengukir besi gangsa , perak dan
pelbagai barangan logam lain adalah sedikit. Tetapi pada masa yang sama, kerajaan
Uthmaniyyah sangat produktif dalam menghasilkan peralatan perang. Pedang pada zaman
Uthmaniyyah sangta terkenal dengan proses pembuatannya yang menggunakan besi
keluli yang berkaliti tinggi dan ia telah menjadi model dalaam pembuatan senjata bagi
tentera berkuda Eropah. Cara penghasilan senjata Uthmaniyyah yang menggunakan besi
keluli yang berkualiti tinggi telah mejamin keunggulan senjata di zaman tersebut(Oktay
Aslanapa 1971: 330).

Sebagai contoh senjata yang digunakan pada zaman Uthmaniyyah adalah pedang,
senapang, pisau, belati, perisai, panah dan sebagainya. Ianya digunakan ketika berlakunya
pertempuran. Sehingga pada abad ke 17M , 18M dan 19M, masih lagi beratus bala tentera
termasuk Turki Uthmaniyyah. Senjata Turki Uthmaniyyah masih lagi lagi pelbagai,
ketagori yang boleh diramalkan dan seperti dirangkakan atau persamaan kategori ini
menggambarkan sebab kemerosotan empayar. Perkembangan seni ukir pada besi dan
logam ketika zaman Uthmaniyyah, secara mutlak tidak berubah daripada tahun 1650M-
1850M. Terdapat senjata-senjata yang pelbagai lebih baik, sebenarnya untuk zaman ini.
Ada juga berubah sedikit demi sedikit. Ianya ketegasan senjata termasuk juga mengubah
teknik ketika di medan pertempuran. Ini telah melambang kepada kemerosotan empayar
Uthmaniyyah(Anthony C. Tirri 2003: 109-110).

5.8 ZAMAN KEPULAUAN MELAYU

Sejarah telah membuktikan pengislaman masyarakat di dalam alam Melayu ini melalui
catatan-catatan sejarah yang telah dikatakan berlaku sekitar kurun permulaan hijrah lagi.
Buktinya ialah, terdapat satu batu nisan diukir dengan huruf-huruf arab yang bertarikh
tahun Masihi 1082 hingga 1102 telah dijumpai di Gerisik Jawa. Namun begitu,
perselisihan berlaku untuk menentukan dari mana asal kedatangan agama Islam ke Tanah
Melayu ini. Kebanyakkan ahli sejarah menetapkan kedatangan Islam dari Perlabuhan
20

Cambay daerah Gujerat berdasarkan batu-batu nisan yang mula-mula ditemui. Batu nisan
yang terdapat di perkuburan Sultan Malikus Salleh ( 1297M ) di Pasai, batu nisan
Waliullah, Abdullah bin Muhammad ( 1407M ) adalah hasil pertukangan tangan orang
Islam di Gujerat(Dasuki Ahmad.1982).

Manakala dakwaan sesetengah pendapat lain mengatakan agama Islam ini datang
dari negeri China yang terus ke Terengganu berdasarkan sebuah batu bersurat bertulis
yang membuktikan bahawa sekumpulan orang Islam telah mendiami Terengganu sekitar
tahun 702H/1303M, Tempat tersebut ialah di Kuala Berang lebih kurang dua puluh batu
ke Hulu Sungai Terengganu. Buktinya masih dapat dilihat di Muzium Negara Kuala
Lumpur, iaitu Batu Bersurat Terengganu, batu yang tertulis dalam bahasa melayu jawi.
Dalam tulisan itu antara lain terdapat susunan peraturan tentang undang-undang
kekeluargaan dan hukuman terhadap perzinaan. Namun pendapat ini tidak dapat diterima
oleh para sejarawan berdasarkan beberapa sebab antaranya Terengganu bukanlah tempat
yang menjadi tumpuan para pedagang China untuk menjalankan perniagaan di Tanah
Melayu. Selain itu,juga ditemui batu bersurat Islam yang dijumpai di daerah Sungai
Ujong Negeri Sembilan iaitu batu nisan yang ganjil di Pengkalan Kempas, Sungai Linggi.
Batu nisan ini menunjukkan kubur seorang yang bernama Ahmad telah meninggal dunia
pada tahun 1467M .

Selain itu, terdapat juga ukiran yang tertulis di wang dinar milik seorang syeikh
dari Patani yang datang berdakwah ke negeri Kelantan. Pada wang tersebut telah tertulis
angka arab 577 yang mungkin bermaksud 557H telah dijumpai di sana. Manakala
terdapat juga ukiran di batu nisan sultan Pahang yang pertama bernama Sultan
Muhammad yang telah meninggal pada tahun 1475M. Batu nisan tersebut dapat dilihat di
Makam Langgar dan batu inilah batu bertulis yang terawal di temui di Pahang(Dasuki
Ahmad.1982).
21

5.8.1 Ukiran Kayu Melayu Tradisional

Seni ukiran tidak dapat dipisahkan daripada seni rupa kerana satu bentuk seni dalam
bidang yang sama. Bidang ini juga tidak dapat dipisahkan daripada kebudayaan melayu
yang berterusan sepanjang zaman. Pada masa lampau, titik permulaan dari peralihan
zaman prasejarah ke era zaman sejarah terdapat satu zaman yang penuh dengan cabaran
bagi orang Melayu, iaitu zaman yang digelar zaman kebudayaan batu hidup atau
megalitik. Pada ketika itu, manusia telah mendirikan tugu-tugu batu yang mempunyai
nilai spiritual yang berhubung dengan kepercayaan yang berbentuk anemisme dan
pemujaan leluhur yang mereka anuti ketika waktu tersebut(Abdul Halim Nasir 1986).

Bertempat di Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan yang


terletak kira-kira 30km ke tenggara bandar Seremban terdapat tugu-tugu batu megalitik
yang berbagai-bagai bentuk seperti pedang, dayung, sudu, kura-kura dan lain-lain lagi.
Batu yang berbentuk pedang itu terdapat ukiran-ukiran yang dipahat timbul
menggambarkan haiwan yang menyerupai ular atau naga. Pada batu megalitik yang
disebut ‘Batu Kemudi’ terukir bentuk beberapa ekor haiwan yang menyerupai anak rusa
atau kijang(Abdul Halim Nasir 1986).

Contoh-contoh yang terukir pada batu megalitik di Kompleks Sejarah Pengkalan


Kempas itu membuktikan bahawa nenek moyang orang-orang Melayu pada zaman
sebelum tercipta tulisan merupakan pencipta ukiran yang mempunyai kebolehan dan
menghayati seni ukiran(Abdul Halim Nasir 1986).

Persejarahan mengenai seni rupa yang menjadi induk kepada lain-lain bentuk seni
akan mengingatkan kita kepada beberapa peninggalan sejarah purba di Gua Tambun, Ipoh
Perak. Pada salah sebuah batu kukup ( rock shelter ) yang condong ke arah luar itu masih
terdapat lakaran-lakaran lukisan yang merupakan hasil karya manusia di zaman kuno.
Tidak dapat dibuktikn sama ada itu adalah keturunan kita atau tidak, namun demikian
lakaran itu membuktikan kepada generasi masa kini yang mereka juga sudah berminat
terhadap bidang seni dan peneroka bidang terebut lebih awal daripada yang kita
22

sangkakan. Peninggalan warisan yang sedemikian itu merupakan karya seni yang tidak
ternilai dan menjadi khazanah yang terpenting(Abdul Halim Nasir 986).

Melalui artifak-artifak sama ada yang ditemui secara tidak sengaja atau secara
penggalian oleh ahli-ahli arkeologi di tempat-tempat tertentu seperti di muka-muka gua,
tanah-tanah lapang, di pinggir sungai, kita dapat melihat hasil kemahiran mereka dalam
mencipta seni ukiran bagi menghiasi alat-alat keperluan seperti tembikar-tembikar yang
dibuat daripada tanah untuk keperluan memasak atau alat-alat yang digunakan dalam
amalan-amalan yang bersifat rohaniah(Abdul Halim Nasir 1986).

Kesan awal mengenai kedatangan Islam ke Semenanjung Tanah Melayu dipegang


buktinya dari batu bersurat Terengganu yang bertarikh awal kurun keempat belas. Selain
itu, terdapat batu nisan yang berukir, digelar Batu Aceh. Batu-batu nisan ini terdapat di
perkuburan-perkuburan lama di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia seperti di
daerah Pekan, Pahang, Kota Tinggi Johor serta di negeri-negeri Perak,
Kedah,Terengganu, Perlis dan juga Selangor(Abdul Halim Nasir.1986).

Nisan yang berukir berusia tua, terutama nisan batu Aceh, mempunyai
keistimewaan yang menarik. Bentuknya unik, terdapat tulisan khat yang indah. Kehalusan
ukiran-ukiran dan lorekan khatnya itu sangat sukar ditandingi.

5.8.2 Seni ukiran logam

Kepandaian menggunakan logam di zaman purba merupakan sesuatu yang menarik


kerana logam adalah bahan yang tidak boleh dipecah-pecahkan untuk menghasilkan
sesuatu alat seperti alat-alat yang diperbuat daripada batu(Abdul Halim Nasir 1986).

Penggunaan alat-alat daripada logam yang berukir berterusan hingga kini. Orang-
orang Melayu banyak sekali menghasilkan beraneka jenis alat yang diperbuat daripada
logam, emas, perak, suasa, tembaga, timah, besi, dan lain-lainnya. Seni ukiran ini
dihasilkan oleh tukang-tukang Melayu pada senjata-senjata seperti lela rentaka, keris,
23

lembing, pisau, alat-alat perhiasan diri, alat-alat permainan, alat-alat perabot, pemujaan,
pembomohan dan sebagainya(Abdul Halim Nasir 1986).

5.8.3 Seni ukiran kayu

Seni ini juga dikenali dengan seni kerajinan tangan dan telah lama wujud dalam
masyarakat melayu. Seni ukiran yang dipersembahkan sama juga dengan yang terdapat
pada batu, tanah, dan lain-lain bahan logam. Cuma yang membezakannya ialah cara dan
teknik pengukiran sahaja(Abdul Halim Nasir 1986).

Ukiran kayu bukan sahaja terdapat pada rumah, tetapi penjelmaan dan
penerapannya terdapat pada istana-istana raja, masjid, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-
alat permainan masa lapang, alat-alat pemujaan dan pembomohan, alat-alat muzik tradisi,
alat-alat perabot, alat-alat pertanian, alat-alat pertukangan, alat-alat senjata pendek, alat-
alat memasak, alat-alat pakaian, perahu tradisional dan kenderaan lain seperti kereta kuda,
pedati, kereta lembu dan berbagai lagi(Abdul Halim Nasir 1986).

Contohnya ialah, terdapat catatan yang menerangkan tentang istana sultan mansur
syah ( sultan melaka 1459-1477M ), selain bentuk istna yang indah dan unik, diselitkan
juga dengan ukiran-ukiran yang terdpt pada dinding-dinding, bendul, bumbung, serambi
dan lain-lain(Norhana Ismail 2001).

5.8.4 Motif Ukiran Melayu Tradisi

Penjelmaan sesuatu ragam hias dalam karya ukiran melayu tidak dapat dipisahkan dari
dua perkara iaitu motif hiasan dan teknik penyusunan. Dalam seni ukiran ini, terdapat
beberapa teknik dan gaya bagaimana ukiran tersebut diolah mengikut kebolehan,
kebijaksanaan, kemahiran, daya kreatif dan kemampuan yang terdapat pada seorang
pengukir(Abdul Halim Nasir 1986).
24

Ukiran melayu terdiri dri beberapa teknik tebuk atau sober, digelar tebuk terus,
tebuk separuh, dan tebuk timbul. Manakala pola seni ukiran pula terdiri dari tiga pola
yang penting, iaitu pola bujang/pola putu, pola bingkai ( pola pemidang ), dan pola
lengkap(Abdul Halim Nasir 1986).

Pola bujang ialah bermotifkan gaya bebas, tidak terikat, berkait, atau bersambung.
Biasanya menggunakan unsur-unsur kuntum bunga, putik buah, bulan, bintang, matahari
dan juga unsur-unsur makhluk hidup. Manakala pola pemidang pula, menggunakan unsur
sederhana, pergerakkannya tidak banyak berbelit-belit atau berlingkar dan mempunyai
pemidang atau bingkai. Ukiran-ukiran bentuk ini, dikenal dengn motif seperti itik pulang
petang, badak mudik, setampuk manggis, dan sebagainya(Norhana ismail: 2001). Selain
itu, bagi pola lengkap pula, dikenali juga dengan pola induk. Lebih menitik beratkan
unsur tumbuh-tumbuhan kerana sifatnya yang lebih lembut dan mudah disusun. Bentuk
ini merangkumi seluruh pokok itu bermula dari akar, batang, dahan, daun, buah, putik,
dan sulurnya sekali(Abdul Halim Nasir: 1986).

6.0 UNSUR-UNSUR DALAM SENI UKIRAN

Unsur-unsur yang digunakan dalam ukiran ini sangat dipengaruhi beberapa faktor
berkaitan dengan cara hidup seperti adat resam, kepercayaan agama, alam persekitaran
semula jadi, iklim dan juga topografi.

6.1 Unsur makhluk hidup

Tidak banyak digunakan dalam ukiran melayu kerana agama Islam tidak menggalakkan
penciptaan ragam hias berdasarkan makhluk yng bernyawa. Biasanya yang menjadi
contoh ialah burung, kucing, ayam, itik dan sebagainya. Ukiran berunsurkan makhluk
hidup peninggalan orang melayu sebelum kedatangan Islam.
25

6.2 Unsur Kosmos

Unsur ruang angkasa dipersembahkan melalui gambaran matahari, bulan, bintang, awan
berarak, gunung-ganang, bukit-bukau dan lain-lain. Unsur-unsur ini juga selalu
dipasangkan bersama unsur tumbuhan dan kaligrafi.

6.3 Unsur Geometri

Mula dikesan dalam ukiran melayu yang menggunakan pola seperti bersegi atau yang
dikenali dengan pola tupal. Selain itu digunakan unsur piling berganda, iaitu bentuk-
bentuk huruf ‘s’ yang disusun berderet-deret, atau ukiran piling berganda dan berpiuh-
piuh. Ukiran jenis ini mudah didapati pada alat-alat tembikar, sarung keris, tepak sirih,
barang-barang tembaga dan alat-alat ragam hias yang dipakai dalam rumah.

6.4 Unsur Kaligrafi

Unsur ini mengambil contoh huruf arab, ayat Al-Quran dan tulisan jawi. Juga terdapat
tulisan jawi yang digabungkan dengan unsur-unsur kosmos, dan tumbuh-tumbuhan yang
bersesuaian. Sering terdapat pada bangunan masjid, surau juga rumah-rumah kediaman.

6.5 Unsur Tumbuh-tumbuhan

Biasanya tumbuhan yang menjalar atau pohon-pohon bunga yang menjadi pilihan para
pengukir. Antara yang menjadi sumber ilham ialah jenis kacang, labu, ketumbit, peria,
daun salad, balung ayam dan sebagainya(Abdul Halim Nasir: 1986).
26

7.0 KESIMPULAN

Allah Subhanahu Wata'ala mencipta alam ini dalam keadaan yang sangat indah,
sehinggakan tidak ada walau sedikit pun sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak
munasabah. Perjalanan cakerawala, peredaran siang dan malam, pagi dan petang, bulan
dan bintang dan sebagainya teratur menurut aturan yang telah ditetapkan oleh Allah
Subhanahu Wata'ala. Begitu juga hiasan-hiasan alam semulajadi, bunga-bungaan, pokok-
pokok, tasik, pergunungan dan seumpamanya terlalu sangat menarik sehinggakan ciptaan-
ciptaan Allah Subhanahu Wata'ala dijadikan sebagai salah satu industri tarikan pelancong
tempatan dan luar negeri melihat pemandangan alam dan menikmati keindahannya.
Keindahan dan nilai-nilai estetik semulajadi yang diciptakan oleh Allah Subhanahu
Wata'ala untuk manusia ini sudah setentunya patut disyukuri, dihargai dan dipergunakan
untuk apa jua keperluan manusia dengan sebaik-baiknya. Firman Allah Ta'ala dalam surah
al-Kahfi ayat 7:

‫إنا جعلنا ما على الرض زينة لها لنبلوهم أيهم أحسن عمل‬
Tafsirnya:
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan
baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapa di antaranya yang lebih baik
amalnya.

Berdasarkan ayat ini, jelas kepada kita bahawa segala apa yang Allah ciptakan di
dunia ini merupakan satu perhiasan yang sangat indah untuk kita mempermanfaatkannya.
Melalui daya usaha seni kreatif, apa yang ada di dunia ini boleh diubah dan direka bentuk
menjadi suatu yang lebih bermanfaat, berharga dan berguna untuk keperluan manusia.
Setiap manusia ada daya imaginasi dan kreativiti menurut akal pemikiran, yang
dengannya manusia mampu mencipta sesuatu yang bernilai estetik bagi keperluan diri,
keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Kekuatan imaginasi dan kreativiti pada diri
seseorang merupakan anugerah dan amanah daripada Allah Subhanahu Wata'ala yang
perlu dijaga, disubur dan disemaikan dalam ruang dan batasan yang hanya dibenarkan
oleh syariat Islam.
27

BIBLIOGRAFI

Abdul Ghani Samsudin, Ishak Sulaiman, Engku Ibrahim Ismail. 2001. Seni dalam Islam.
Selangor : Intel Multimedia and Publication.

Anthony C. Tirri. 2003. Weapons Maghribi and Moghul. United State Of America:
Indigo Publishing.

Davi James. 1977. Islamic Art An Introduction. London: The Hamlyn Publishing Group
Limited.

Davies, Philip. 1989. The Penguin Guide to the Monument of India. Vol II. London:
Viking.

Derek Hill, Oleg Grabar.1967. Islamic Architecture and Its Decoration. London: Faber
and Faber 24 Russell Square.

Dusuki Ahmad. 1982. Iktisar perkembangan islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Ensklopedia Dunia, Jilid 19. 2005. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Ernest Kuhnel. 1970. Islamic Art. Klinkhardt & Bierman,Braunschweig

Ernst J. Grube. 1966. The World of Islamic. London: Paul Hamlyn Limited

http://ms.wikipedia.org [23 Febuari 2008]

http://www.sipoel.unimed.in [23 Febuari 2008]

http://sianakwarisan.blogspot.com/ [26 Febuari 2008]

J.M. Roger & R.M Ward. 1988. Suleyman The Magnificent. Secaucus: The Wellfleet
Press.

Mahyudin Yahya & Ahmad Jelani Halimi.1995. Sejarah Islam. Selangor : Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Mustafa Hj Daud. 1991. Tamadun Islam. Kuala Lumpur : Affluent Master Sdn.Bhd

Maruwiah Ahmat. 1993. Bani Umayyah dan Sumbangannya terhadap Tamadun Islam di
Andalus. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia
28

Norashikin Mhd Bani. 2002. Seni Ukiran pada Zaman Umayyah dan Abbasiyyah. Bangi :
Universiti Kebangsaan Malaysia

Norhana Ismail. 2001. Ekpresi Seni Ukir dalam Senibina Melayu sebagai Suatu
Penerapan Unsur-Unsur Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nasirah Ashaari. 2007. Sejarah Kesenian Islam di Andalus: Kajian Mengenai Imej dan
Keistimewaam Kesenian Islam di Andalus. Bangi : Universiti Kebangsaan
Malaysia

Oktay Aslanapa. 1971. Turkish Art and Architecture. London: Fabor and Feber Limted 3
Queen Square.

Robert Irwin. 1997. Islamic Art Incontext. New York: Harry N. Abrams,inc. Publishers

Siti maryam. 2003. Sejarah Peradaban Islam dari Masa Klasik hingga Moden.
Yogyakarta: Jurusan Spi Fak.Adab IAIN Sunan Kalijaga.

Tagell, Chistopher. 1990. History of Archtiecture in India. Lodon: Phaidon Press.

Yulianto Sumalyo. 2000. Arsitetuk Mesjid dan Monumen Sejarah Muslim. Yogyakarta:
Gadjah Mada University Pres

You might also like