You are on page 1of 11

11/02/21

Terdapat 4,000 jenis bahan kimia dalam asap rokok, 200


daripadanya adalah toksik dan 63 lagi boleh
menyebabkan kanser (karsinogenik)

11/02/21
11/02/21
Merokok Dan Kesan Buruknya Ke Atas Kesihatan

Merokok bertanggungjawab menyebabkan lebih daripada 3 juta kematian


setiap tahun. Namun ia merupakan penyebab penyakit yang paling mudah
dicegah di dunia hari ini. World Health Organisation (WHO) mengganggar
sekiranya corak merokok di seluruh dunia berterusan, 10 juta kematian setiap
tahun akan disebabkan oleh pengambilan tembakau selewat-lewatnya pada
tahun 2020. Tembakau akan menjadi penyebab utama kematian dan
kecacatan, dengan itu menyebabkan lebih kematian di seluruh dunia
beerbanding dengna HIV, tuberculosis, kematian ibu, kemalangan kenderaan
motor, bunuh diri dan homicid.

11/02/21
Sehingga hari ini, lebih daripada 25 jenis penyakit yang berkaitan dengan
tembakau telahpun di ketahui, termasuk: Kanser Paru-paru, Bibir, Muluts dan
Farinks, Esofagus, Pankreas, Larinks, Trakea dan Bronkus, Pundi Kencing, Buah
Pinggang dan organ urin yang lain; Penyakit kardiovaskular seperti tekanan
darah tinggi, penyakit jantung iskemik, penyakit jantung pulmonary, penyakit
vaskularserebro; dan penyakit saluran pernafasan seperti Tuberkulosis,
Pneumonia, Influenza, Bronkitis, Lelah dan Sekatan Saluran Pernafasan yang
kronik.

Di Malaysia, prevalens merokok di kalangan lelaki ialah 49.2% dan wanita ialah
3.5% pada tahun 1986, 1% daripada remaja perempuan merokok; tetapi pada
tahun 1996, bilangan tersebut telah meningkat ke 4.8%.

11/02/21
BAHAN KIMIA YANG BISA

Sebanyak 4000 bahan kimia telah dikenalpasti dalam asap rokok.


Sekurang-kurangnya 60 daripada bahan kimia ini didapati boleh
menyebabkan kanser. Salah satu daripadanya ialah karbon monoksida
yang didapati dalam kuantiti yang banyak. Ia merencat keupayaan
darah untuk mengangkut oksigen ke tisu-tisu tubuh dan organ penting
seperti jantung dan otak.

Lain-lain bahan kimia yang hadir ialah mutagen, toksin, dan bahan-
bahan yang boleh meningkatkan tekanan darah, menggalakkan tumor,
menjejaskan sistem saraf pusat, merosakkan paru-paru dan
menyebabkan malfungsi ginjal.

11/02/21
Merokok menyebabkan 90% daripada kematian akibat kanser paru-paru,
80% bronkiotis kronik dan kes-kes emfisema, serta 20-25% daripada
kematian akibat penyakit jantung koronari dan strok.

Merokok meningkatkan risiko kegagalan erektil dan mati pucuk di


kalangan lelaki. Wanita juga mengalami risiko penyakit berkaitan dengan
merokok yang tersendiri dan berhubungan dengan kehamilan,
penggunaan kontraseptif oral, fungsi haid dan kanser serviks.

11/02/21
BAHAYA ASAP SEKUNDER

Golongan yang tidak merokok turut menghadapi kesan


penggunaan tembakau. Mereka adalah tertakluk kepada asap
rokok sekunder, yang merupakan kombinasi asap daripada
tembakau yang dibakar dan asap yang dihembus oleh perokok.

Asap rokok sekunder mengandungi beribu-ribu bahan kimia yang


boleh mengancam dan membunuh golongan bukan perokok.
Kesan segara asap rokok

11/02/21
hidung, kerongkong dan paru-paru. Orang yang tidak merokok
secara umumnya lebih sensitif terhadap kesan toksik asap
tembakau dan mungkin mengalami sakit kepala, rasa loya dan
pening.

Bagi penghidap asma, asap tembakau boleh menyebabkan


bahaya serta-merta dengan merangsangkan serangan. Majoriti
daripada penghidap asma yang terdedah kepada asap rokok
sekunder melaporkan simptom yang meliputi kurang selesa ke
distres akut.

Asap rokok sekunder juga menyebabkan kerosakan kesihatan


jangka panjang. Ia meletakkan stres berlebihan terhadap jantung
golongan bukan perokok, mengganggu keupayaan tubuh untuk
menyerap dan menggunakan oksigen. Selepas pendedahan yang
bertahun-tahun lamanya, golongan bukan perokok mengalami
risiko kanser dan penyakit jantung yang lebih tinggi.

11/02/21
BERHENTI MEROKOK
Langkah 1
Langkah pertama untuk berhenti ialah membuat keputusan
di dalam fikiran anda. Kenapa anda ingin berhenti?
Bagaimanakah ia akan memanfaatkan anda? Senaraikan
sebab-sebab tersebut dan beritahu ahli keluarga serta
rakan-rakan mengenai keputusan anda dan dapatkan
sokongan mereka.
Langkah 2
Kenalpasti sama ada anda ingin berhenti dengan bantuan
terapi gantian nikotin atau tanpanya (iaitu menerusi ‘cold
turkey’). Ramai yang telah berhenti tanpa terapi gantian
dan kekal berjaya.
Langkah 3
Tentukan tarikh berhenti terlebih dahulu, dan buatlah
persediaan tersendiri. Beri perhatian kepada sebab dan bila
anda merokok. Kenalpasti rutin yang anda ingin ubah.
Apabila
11/02/21
menangani situasi tersebut? Anda mungkin ingin meneguk sedikit air
sejuk, pergi berjalan, memulakan suatu hobi baru untuk mengisi masa
atau menarik nafas secara mendalam. 1-2 hari sebelum tarikh berhenti,
jauhkan bekas abu, rokok, pemetik api atau kawan-kawan yang sedang
merokok. Dapatkanlah kerjasama daripada kawan, rakan sepejabat dan
ahli keluarga.
Langkah 4
Berhenti pada hari yang ditetapkan.
 

11/02/21

You might also like