You are on page 1of 4

Kuliah 6

DEMOKRASI BERPARLIMEN
Pengenalan

Bagi rakyat, Parlimen merupakan suatu badan yang amat penting dalam sesebuah negara.
Rakyat sendiri terlibat secara langsung dalam memilih ahli-ahli Parlimen/Dewan Rakyat
menerusi satu pilihan raya umum. Kerajaan berparlimen di Malaysia adalah berasaskan
kepada prinsip demokrasi.

Apa itu Parlimen dan Pilihan Raya?

Menurut D. Robertson (1993), secara amnya Parlimen merupakan satu perhimpunan


perundingan (consultive assembly). Kebanyakan Parlimen hari ini mempunyai ahli yang
dipilih dengan tugas meneliti, mengawal dan adakalanya memilih kuasa eksekutif. Parlimen
ini berfungsi membuat undang-undang/akta, dan juga mengawasi dan mengawal perbelanjaan
awam/kerajaan.

Pilihanraya sebagai satu kaedah untuk memilih calon bagi jawatan /kerusi tertentu.
Pilihanraya boleh dijalankan menerusi berbagai-bagai cara/kaedah. Prosedur mengundi adalah
rahsia, direkod dan diterbitkan seperti dalam banyak pilihan raya yang diadakan di seluruh
dunia. Pilihan raya merupakan salah satu kaedah daripada berbaga-bagai cara pemilihan, dan
ia menjadi kaedah yang sangat dominan dalam abad ke-20.

Dalam pilihan raya, pemilihan mestilah dilakukan secara terbuka oleh sekumpulan orang.
Maka dalam satu-satu pilihan raya terdapat dua objek yang terlibat, iaitu orang yang dipilih
dan kumpulan pemilihnya.

Demokrasi Berparlimen

Malaysia telah memilih pemerintahan berlandaskan demokrasi berparlimen dengan raja


berpelembagaan. Perjalanan demokrasi berparlimen ini agak lambat dan membebankan
kerajaan dan rakyat. Hal ini kerana kerajaan terpaksa berunding dan mempertimbangkan
pendapat dari tiap-tiap lapisan masyarakat.

Pemerintahan demokrasi berparlimen merupakan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan untuk
rakyat. Kerajaan yang berlandaskan demokrasi berparlimen akan terus kekal diterajui oleh
pemimpin yang dipilih dan didukung oleh rakyat.

Latar Belakang Kewujudan Parlimen dan Parlimen di Malaysia.

Kerajaan berperwakilan/berparlimen telah diperkenalkan di Malaysia buat pertama kalinya


dalam tahun 1909, apabila Majlis Persekutuan (Federal Council) ditubuhkan, iaitu bagi
negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS).
Majlis Persekutuan ini mengalami sedikit perubahan dalam tahun 1927. Bentuk asal majlis ini
dikekalkan, tetapi Raja/Sultan tidak menjadi ahli lagi dan digantikan dengan lebih ramai wakil
yang dilantik dari berbagai-bagai sektor dan pegawai-pegawai pentadbir British.

Pada 1 Februari 1951 pula, satu sistem baru telah diperkenalkan dan diberi nama Sistem Ahli
(Member System). Sistem Ahli ini merupakan satu mini kabinet dengan ahli-ahli yang
mngetuainya bersifat sebagai seorang menteri. Ini merupakan satu langkah positif dan ia
merupakan satu peralihan pentadbiran yang biasa dilakukan oleh British kepada tanah
jajahannya.

Dalam tahun 1995, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948, telah dipinda. Pindan itu
dibuat bagi membolehkan pilihan raya umum bagi memilih ahli Dewan Undangan
Persekutuan untuk menambah keahlian Dewan tersebut. Ahli Dewan Undangan Persekutuan
tahun 1955 terdiri dari 98 orang ahli: 52 dipilih dan 46 dilantik. Parlimen sepertimana yang
kita ketahui pada hari ini wujud hasil dari pilihan raya umum yang diadakan pada 19 Ogos
1959.

Struktur dan Keanggotaan Parlimen.

Struktur Parlimen Malaysia yang wujud pada hari ini adalah seperti yang terkandung di dalam
Perlembagaan Persekutuan Malaysia, iaitu dalam Bahagian 4, Perkara 44.

Keanggotaan Parlimen pula adalah seperti berikut:

Dewan Negara

Keanggotaan Dewan Negara telah ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam
Bahagian 4, Bab 4, Perkara 45.

1. Anggota dari setiap negeri


2. Anggota dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
3. Anggota dari Wilayah Persekutuan Labuan
4. Anggota ahli lain yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong

Tempoh perkhidmatan senator ialah tiga tahun, dan seorang yang tidak boleh memegang
jawatan itu lebih dari dua penggal ( secara berterusan atau cara lain ). Seorang senator mesti
berumur 30 tahun ke atas.

Dewan Rakyat

Keanggotaan Dewan Rakyat pula adalah ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan


Malaysia, Bahagian 4, Bab 4, Perkara 46.

Pilihanraya Di Malaysia.

Pilihanraya di Malaysia dijalankan oleh sebuah suruhanjaya yang dilantik khas. Suruhanjaya
Pilihanraya (SPR) dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis
Raja-Raja. Suruhanjaya ini terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi
dan tiga orang ahli.
Suruhanjaya Pilihanraya pada dasarnya ditubuhkan untuk menjalankan pilihanraya yang
bebas dan adil di Malaysia (free and fair election). Perlembagaan Persekutuan Malaysia
menggariskan tiga fungsi penting SPR seperti berikut :

a. mempersempadankan bahagian-bahagian pilihanraya,


b. menjalankan pendaftaran pemilih, dan
c. menjalankan pilihanraya, samada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil.

Seseorang pemilih (pengundi) yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya telah
didaftarkan dalam Daftar Pemilih.

Parlimen dan sesebuah Dewan Undangan Negeri mempunyai tempoh selama lima tahun; dan
dengan demikian, melainkan jika ia dibubarkan dengan lebih awal, pilihanraya diadakan tiap-
tiap lima tahun. Tiap-tiap bahagian pilihanraya memilih seorang ahli (bagi ahli Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri), dan tiap-tiap pengundi mempunyai satu undi dan dia mengundi
secara undi rahsia.

Di Malaysia, sebelum proses pengundian dijalankan, kempen pilihanraya boleh diadakan.


Akta Pilihanraya Malaysia juga telah menetapkan mengenai petisyen pilihanraya, iaitu satu
bentuk tindakan undang-undang yang boleh diambil oleh seseorang calon, agen pilihanraya,
atau pengundi dalam mana-mana pilihanraya, jika mereka tidak berpuas hati dengan
keputusan pilihanraya yang telah dijalankan.

Fungsi dan Kuasa Parlimen

Antara fungsi Parlimen ialah;


a. kuasa perundingan
b. mengenakan cukai-cukai baru, tambahan atau memansuhkan mana-mana cuka; dan
c. meluluskan belanjawan negara bagi satu-satu tahun tertentu.

Prosedur Perundangan

Bagaimana undang-undang di Parlimen dibuat?

Mula-mula suatu rang undang-undang (undang-undang dalam bentuk draf dikemukakan di


Parlimen. Rang undang-undang itu menjadi undang-undang apabila ia diluluskan oleh kedua-
dua Dewan Parlimen dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. Antara kedua-dua
Dewan Parlimen, Dewan Rakyat lebih berkuasa daripada Dewan Negara.

Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamakan Akta dan undang-undang yang dibuat
oleh Dewan Undangan Negeri dinamakan Enakmen dan di Sarawak pula ia dipanggil Ordinan

Keistimewaan Parlimen.

Keabsahannya apa-apa perjalanan dalam mana-mana satu Dewan Parlimen atau dalam mana-
mana Jawatankuasa, tidak boleh dipersalahkan dalam mana-mana mahkamah. Tidak seorang
pun boleh didakwa bagi apa juga diucapkannya atau apa-apa undi yang diberi oleh ahli
Parlimen apabila mengambil bahagian dalam apa-apa perjalanan bagi mana-mana
jawatankuasanya.

Satu lagi keistimewaan Parlimen ialah bahawa seseorang itu tidak boleh dibicarakan dalam
mana-mana mahkamah berkaitan dengan apa juga yang diterbitkan dengan atau di bawah
kuasa mana-mana satu Dewan Parlimen.

Kesimpulan

Persekutuan Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan melalui


amalan demokrasi berparlimen. Sistem ini mendapat sokongan dan penglibatan pihak
pemerintah dan rakyat jelata. Sistem Parlimen dan pilihanraya di Malaysia akan terus kekal
dan bertambah mantap pada masa hadapan.
 
 
 
 
 
 

You might also like