You are on page 1of 105

NURUL BAHIRAH BT ANUAL

NURUL ZAWANI BT AHMAD


SYAZANA BT FAUZI
 Pendengaran adalah satu saluran penting bagi
manusia menerima bahan-bahan ilmu dan
berkomunikasi dengan individu lain.

 Kehilangan pendengaran memberikan masalah


bukan sahaja dari segi untuk berkomunikasi
malah memberikan impak yang besar terhadap
kehidupan peribadi dan sosial individu yang
berkenaan yakni malu untuk bergaul dengan
orang lain.
 Kanak-kanak cacat pendengaran sering
menghadapi masalah komunikasi dan sukar
mempelajari sebutan perkataan-perkataan
dengan jelas dan tepat.

 Kanak-kanak cacat pendengaran biasanya


digolongkan dalam dua kumpulan iaitu

kanak-kanak cacat pendengaran


pretutur ( prelingual)

 kanak-kanak cacat pendengaran


postutur (postlingual).
 
 Kanak-kanak cacat pendengaran pretutur
adalah kanak-kanak pekak dari sejak lahir.

 Kanak-kanak cacat pendengaran postutur


adalah cacat pendengaran separa atau
sepenuhnya, yang biasanya berlaku selepas
telah mempunyai pengalaman bercakap.

 Selalunya, kanak-kanak cacat pendengaran


dalam peringkat pretutur menghadapai
masalah pembelajaran dan masalah
komunikasi yang lebih teruk daripada kanak-
kanak cacat pendengaran dalam peringkat
postutur.
 Masalah pendengaran ini berpunca daripada pelbagai
faktor iaitu sebelum lahir, semasa lahir dan selepas lahir.

 Sebelum lahir
 Baka yang disebabkan oleh genetik
 Bukan disebabkan baka.

 Jangkitan semasa hamil, terutama oleh virus seperti rubella,


demam glandular dan selesema.

 Semasa hamil, si ibu mendapat penyakit yang berkaitan


dengan pemakanan seperti kencing manis.

 Si ibu mengambil dadah ataupun bahan kimia seperti kuanin


dan streptomycin semasa mengandung.

 Kerap hamil

 Toksemia pada peringkat akhir kehamilan.

 
 Semasa lahir

# Kelahiran tidak cukup bulan

# Masa lahir yang terlalu lama ataupun


susah yang menyebabkan tekanan yang kuat

# Kecederaan semasa dilahirkan, terutama


pada bahagian telinga.

# Penyakit hemolisis selalunya yang


disebabkan oleh faktor Rh.
 Selepas lahir

# Kanak-kanak menghidap penyakit


berjangkit yang disebabkan oleh bacteria dan
virus seperti beguk dan demam campak.

# Kemalangan yang mencederakan


bahagian telinga.

# Terdedah kepada bunyi yang kuat


dalam tempoh masa yang lama.

# Pengambilan antibiotik seperti


streptomycin.
 Tahap pendengaran biasanya diukur dalam
decibel (dB), yang dapat mengukur intensiti
bunyi.

 Kehilangan pendengaran pada 27 dB hingga 70dB


adalah dalam tahap kurang pendengaran,
manakala kehilangan pendengaran pada 71 dB ke
atas adalah dalam tahap pekak.

 Kurang pendengaran adalah merujuk kepada


tahap pendengaran yang masih boleh
membolehkan individu memahami pertuturan

 Tahap pekak merujuk kepada tahap pendengaran


di mana individu mengalami masalah memahami
pertuturan
 Ada dua tahap kehilangan pendengaran
iaitu:

#Kurang pendengaran

 Ringan (Mild)

 Tahap kehilangan pendengaran antara 27 hingga 40 dB.

 Memahami perbualan

 Mengalami kesulitan mendengar bunyi-bunyi yang


perlahan dan jauh.

 Memerlukan terapi pertuturan.


  
 Sederhana (moderate)

 Tahap kehilangan pendengaran antara 41 hingga 55 dB.

 Dapatmendengar bunyi setakat 1 hingga 1.5 meter


daripadanya.

 Memahami perbualan.

 Sukar melibatkan diri dalam perbincangan secara kelas.

 Memerlukan alat bantu dengar.

 Memerlukan terapi pertuturan.


 Sederhana teruk ( moderate-severe )

 Tahap kehilangan pendengaran antara 56 hingga


70 dB

 Memerlukanalat bantu dengar, latihan


pendengaran

 Memerlukan latihan pertuturan dan komunikasi.

 Orangyang ingin berhubung dengan mereka perlu


bercakap dengan kuat.

 Pertuturan
kanak-kanak kategori ini mungkin tidak
sempurna kerana pengalaman pendengaran yang
terhad
 Pekak
#Teruk ( severe)

 Tahap kehilangan pendengaran antara 71 hingga 90


dB.

 Dapatmendengar bunyi yang kuat pada jarak 0


hingga 30 sentimeter daripadanya

 Dapat membezakan sesetengah bunyi sahaja.

 Menghadapi masalah dalam pertuturan.

 Memerlukan pendidikan khas, alat bantu dengar,


dan latihan pertuturan dan komunikasi.
 Sangat teruk ( profound)

# Tahap kehilangan pendengaran lebih


daripada 90 dB.

# Sukar untuk mendengar walaupun bunyi


yang kuat.

# Memerlukan alat bantu pendengaran dan


terapi pertuturan.
 Jenis kehilangan pendengaran dapat ditentukan
melalui ujian pendengaran dengan
menggunakan audiometer.

 Terdapat dua jenis kehilangan pendengaran


yang utama iaitu kehilangan pendengaran
konduktif ataupun bahagian penerimaan bunyi
dan kehilangan pendengaran sensori-neural
ataupun bahagian tanggapan.

 Kehilangan pendengaran konduktif ataupun


bahagian penerimaan bunyi ini terjadi akibat
daripada kerosakan pada telinga luar ataupun
telinga tengah yang mengurangkan intensity
bunyi yang sampai ke telinga dalam.
 Bunyi-bunyi yang masuk melalui salur auditori
ke gegendang telinga yang kemudiannya
menyebabkan tiga tulang kecil dalam telinga
tengah bergetar dan menghantar bunyi ke
telinga dalam terganggu kemungkinan
disebabkan oleh wax ( tahi telinga) ataupun
sebarang kecacatan

 Gegendang telinga yang pecah, luka ataupun


berlubang juga boleh menghalang getaran tiga
tulang kecil yang boleh menyebabkan
berlakunya pekak. Pekak jenis ini biasanya
dapat dibantu dengan alat bantuan
pendengaran.
 Namun kehilangan pendengaran sensori-neural
ataupun bahagian tanggapan pula disebabkan
oleh kerosakan pada telinga dalam atau saraf
auditori yang membawa impuls iaitu getaran ke
otak. Kehilangan jenis ini mungkin melibatkan
sebahagian frekuensi ataupun keseluruhannya.
 
Kanak-kanak cacat pendengaran ini dapat dikenalpasti melalui ciri-ciri yang berikut:
 
 Bersifat pendiam, pemalu serta tidak suka bertanya.

 Terlalu pasif dan tidak suka bergaul dengan rakan-rakan sebaya.

 Pertuturan kurang lancar, sering tersekat atau terulang-ulang

 Menghadapi masalah untuk memahami kata orang lain.

 Kurang berupaya menggunakan perkataan yang tepat untuk menerangkan atau menyatakan
sesuatu perkara atau idea.

 Pendapat yang diberikan kurang tepat kerana tidak boleh mendengar sesuatu dengan jelas
dan tepat.

 Sering memerhati pergerakan bibir orang untuk mendengar dan memahami maksud yang
ingin dikatakan.

 Sering mengelak daripada menjawab soalan lisan orang lain kerana kurang pasti apa yang
disoal.

 Mendekatkan muka ke depan untuk mendengar dengar jelas percakapan orang lain.

 Pencapaian dalam pelajaran lemah terutama yang berkaitan dengan bahasa.


 
 Perkembangan kanak-kanak bermasalah
pendengaran bergantung pada tahap kehilangan
pendengaran dan umur semasa mengalami
masalah pekak atau kurang pendengaran.

 Kebiasaannya, kanak-kanak berusia antara 12


bulan hingga 24 bulan yang mengalami
kecacatan pendengaran melalui perkembangan
partuturan dan bahasa yang terganggu atau
lambat berbanding kanak-kanak yang normal.

 Kelambatan ini mempengaruhi perkembangan


mentalnya.
 Oleh itu, selalunya kanak-kanak bermasalah
pendengaran mempunyai tiga jenis
kecacatan iaitu disebabkan tidak dapat
bertutur, mereka tidak dapat bertutur dan
tidak dapat pula berfikir seperti kanak-kanak
normal.

 Keadaan ini boleh menyebabkan


perkembangan akal mereka terencat.

 Dari segi perkembangan fizikal, tidak


terdapat perbezaan antara kanak-kanak
normal dengan kanak-kanak cacat
pendengaran.
 Malah mereka sering dianggap sebagai kanak-
kanak normal. Aspek yang membezakan
mereka adalah dari segi komunikasi.

 Perkembangan kanak-kanak bermasalah


pendengaran ini boleh dilihat dari aspek
perkembangan bahasa dan komunikasi,
perkembangan sosial dan emosi,
perkembangan kognitif, dan perkembangan
fizikal dan motor.
Aspek perkembangan Huraian
bahasa dan komunikasi • Berkomunikasi melalui mimik muka,
sentuhan, gerak tangan dan badan.

• Menggunakan alat bantu


pendengaran bagi membantunya
mendengar.

sosial dan emosi • tidak mahu dan sukar untuk bergaul


dengan masyarakat sekeliling
kognitif • kemahiran menaakul, menyimpan
dan mengingati maklumat yang
diperolehi, mengklasifikasikan benda-
benda, menyelesaikan masalah
lambat dari kanak-kanak normal.
fizikal dan motor kasar serta halus • sama dengan kanak-kanak normal
 Terdapat dua cara bagi mengesan kecacatan
pendengaran pada peringkat kanak-kanak dan bayi
iaitu:

# Ujian tarikan ( distraction test )

- kanak-kanak didedahkan pada


bunyi-bunyian tanpa pengetahuan ataupun
penglihatan mereka. Gerak balas yang dihasilkan
terhadap bunyi-bunyi itu diperhati dan direkodkan.
 
# Ujian Pertuturan ( speech test )

- pemerhatian dilakukan terhadap kanak-kanak


sama ada mereka memahami apa yang dituturkan
dan seterusnya menunjukkan gerak balas terhadap
arahan yang diberi.
 
 kaedah yang digunakan untuk berkomunikasi
oleh kanak-kanak cacat pendengaran.
Antaranya:

# kaedah auditory oral


# bacaan bibir
# bahasa isyarat
# komunikasi seluruh
# pertuturan kiu ( cued speech ).

 Keberkesanan kaedah ini bergantung pada tahap


kehilangan pendengaran.
 
 menekankan proses mendengar serta bertutur
dengan penggunaan alat bantu pendengaran dan
deria lihat serta deria sentuh.

 Kaedah ini tidak menggunakan bahasa isyarat atau


ejaan jari tetapi menekaankan kaedah membaca
gerak bibir ( lip reading ).

 Kaedah ini menggunakan implikasi bunyi bagi


memperkembang kemahiran mendengar dan
bertutur, melibatkan latihan mendengar bunyi dan
dilakukan menggunakan bunyi-bunyi yang berbeza.
 sesuai bagi mereka yang mampu memberi
konsentrasi yang tinggi kepada bibir penutur.

 Kaedah ini juga menekankan penggunaan


penglihatan sepenuhnya

 Kaedah ini memerlukan kanak-kanak sentiasa


melihat gerak bibir penutur dengan tepat
dan dalam situasi ini penutur perlu berada di
tempat yang terang dan jelas.
 digunakan dengan mudah dengan
menggabungkan perkataan dengan makna
asas.

 Terdapat pelbagai bahasa isyarat yang


digunakan seperti Kod Tangan Bahasa Melayu
(KTBM).
 satu kaedah yang menggabungkan ejaan jari,
isyarat, bacaan bibir, pertuturan dan implikasi
auditori ataupun dikenali juga sebagai bahasa
isyarat manual-visual

 Elemen penting dalam kaedah ini ialah


penggunaan isyarat dan pertuturan secara
serentak. Melalui kaedah ini, kanak-kanak
dapat memahami apa yang dinyatakan
mengikut keupayaan masing-masing.
 diperkembang melalui kaedah bacaan bibir,
menggunakan bentuk-bentuk tangan bagi
memandu bunyi-bunyian.

 Bentuk-bentuk tangan yang dilambangkan


( kiu ), ditentukan pada kawasan-kawasan di
mana bentuk tangan menentukan bunyi
perkataan.
 Pengesanan awal sebaik-baiknya dijalankan tiga
bulan selepas kelahiran bagi membolehkan
intervensi awal dijalankan.

 Dengan intervensi awal, kanak-kanak mungkin


dapat mendengar melalui rawatan perubatan
dan penggunaan alat bantu dengar.

 Jawatankuasa Bersama Organisasi Kesihatan


Sedunia membuat ketetapan pada tahun 1982,
kanak-kanak bermasalah pendengaran perlu
dikesan pada umur tiga bulan dan mula
diberikan tindakan pada umur enam bulan.
 Pelbagai cara komunikasi boleh dilatih terhadap
kanak-kanak itu daripada ekspresi mimik muka,
bacaan bibir, pergerakan badan, sentuhan dan
getaran.

 Program latihan awal bagi kanak-kanak


bermasalah pendengaran adalah untuk
memperkembangkan kemahiran komunikasi.

 latihan awal ini juga diberikan untuk memberi


peluang kepada kanak-kanak bermasalah
pendengaran untuk belajar berkongsi, bermain
bersama-sama rakan serta mengambil bahagian
dalam setiap perbualan.
 kaedah ini juga dapat membantu kanak-
kanak menggunakan baki pendengaran yang
masih ada menerusi latihan auditori dan
penggunaan alat bantu pendengaran.

 Kaedah ini juga dapat membentuk kesediaan


untuk belajar kemahiran asas dalam
akademik.
1
 Dari segi pendidikan, bermaksud sekumpulan kanak-kanak

yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah

penglihatan.

 Murid-murid di program ini mengikuti pelajaran yang sama

seperti diikuti oleh murid normal tetapi mempunyai

kaedah yang berbeza di mana murid-murid ini didedahkan

kepada penggunaan bahan cetak yang dibesarkan saiz

tulisannya bagi yang rabun manakala bagi yang buta

mereka akan diajar menggunakan Braille.


 Program ini juga disediakan dalam dua jenis iaitu sekolah
khas dan di sekolah biasa (bagi program integrasi).
 Program ini juga disediakan dalam dua jenis iaitu sekolah
khas dan di sekolah biasa (bagi program integrasi).
 Masa mereka di sekolah adalah masa yang amat berharga
yang perlu digunakan sepenuhnya  untuk meminimumkan
kesan kecacatan terhadap keupayaan mereka.
 Biasanya sukar atau tidak dapat melakukan tugasan seperti
membaca atau menulis tanpa menggunakan alat bantuan
khas.
 Gangguan penglihatan berlaku apabila penglihatan
seseorang individu tidak dapat dibantu untuk mencapai
tahap penglihatan normal.
 Gangguan penglihatan ini boleh disebabkan oleh penyakit
yang dialami, trauma, serta masalah kongenital ataupun
keturunan.
 Terdapat dua kategori utama dalam masalah penglihatan
iaitu buta dan rabun warna ataupun disebut penglihatan
terhad ( low vision).
 Pertubuhan kesihatan dunia (WHO) mendefinisikan kedua-
dua kategori di atas sebagai:

1) Kebutaan:
Iaitu penglihatan kurang daripada 3/60, pada mata
yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang
daripada 10 darjah setelah menerima rawatan
ataupun pembetulan biasa (refractive).
2) Rabun ataupun penglihatan terhad (low vision):

Iaitu penglihatan kurang dari 6/18 sehingga persepsi cahaya pada


mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10
darjah sesudah rawatan ataupun pembetulan biasa (refractive).
Individu dengan penglihatan terhad dapat melakukan tugas seharian
menggunakan deria penglihatan.

Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan


antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan
ujian visual akuiti dan juga adaptasi pendidikan khas. Masalah
penglihatan dapat dilihat dalam tahap berikut:
 Sederhana

Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan
menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat Bantu khas
seperti kanta.
 Teruk

Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih


banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malah mengalami kesukaran
melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun dengan bantuan
alat khas.
 Sangat Teruk

Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-


kanak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti visual
seperti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung pada
deria-deria lain.
 Terdapat pelbagai punca bagi kecacatan ini termasuk:

1. baka dan keturunan

2. Komplikasi semasa hamil dan semasa lahir

3. Rubella

4. Sifilis

5. Kecederaan

6. Penyakit
 KATARAK
 sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata
berselaput dan rabun.
 Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat
menembusinya.
 Keadaan ini menjejaskan penglihatan seseorang dan
akan menjadi buta sekiranya lewat, atau tidak dirawat.
 Golongan yang berisiko mengidap katarak adalah seperti
berikut :-
 Pesakit kencing manis yang gagal mengawal penyakitnya.
Kandungan gula dalam darah menjadikan kanta kurang kenyal dan
membentuk katarak.

 Orang dewasa yang berusia 60 tahun ke atas.


Katarak merupakan suatu proses akibat usia yang lanjut.

 Kanak-kanak dan bayi yang baru lahir dengan komplikasi


Katarak boleh berlaku pada bayi atau kanak-kanak sekiranya si ibu
mengidap jangkitan seperti penyakit Rubella semasa mengandung.
 GLAUKOMA
 sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang
terlalu tinggi di dalam bebola mata.
 Kesemua jenis Glaukoma adalah disebabkan gangguan atau dihalang
oleh bendalir yang mengedarkan ke dalam mata.
 Pusat atau sempada penglihatan akan rosak atau hilang
keseluruhannya apabila tekanan meningkat dan merosakkan saraf
optik.
 Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf
sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu menjadi semakin
sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta.
 Glaukoma Akut

Glaukoma Akut menyerang secara tiba-tiba, mengurangkan daya penglihatan,

menyebabkan mata merah serta kesakitan di dalam dan sekitar bola mata.

Glaukoma Akut memerlukan rawatan kecemasan. Rawatan awal boleh

menyelamatkan penglihatan mereka yang mengidap Glaukoma.

 Glaukoma Kronik

Glaukoma Kronik melarat secara perlahan-lahan tanpa rasa sakit. Glaukoma

Kronik melarat secara perlahan-lahan tanpa rasa sakit atau kabur penglihatan.

Penghidap Glaukoma tidak menyedari yang mereka mempunyai masalah Glaukoma

Kronik sehingga keadaan menjadi terlalu lewat untuk mendapatkan rawatan.


 Tanda-tanda Glaukoma Kronik:

1. Ruang penglihatan yang semakin sempit.

2. Penglihatan menjadi kabur dan rabun.

3. Kesukaran menyesuaikan penglihatan dalam keadaan gelap (rabun

ayam).

4. Kerap menukar cermin mata kerana penglihatan masih tidak

terang.
 DEGENERASI MAKULAR
 Selalunya dipanggil AMD adalah penyebab utama 
kehilangan penglihatan dan kerabunan.
 AMD berlaku apabila makular yang merupakan
sebahagian dari retina  yang berfungsi untuk ketajaman,
dan pusat penglihatan yang diperlukan untuk membaca
atau memandu, semakin merosot.
 Degenerasi makular terbahagi kepada dua, iaitu dalam
bentuk basah dan kering.
 Degenerasi Makular Kering
AMD Kering adalah peringkat awal kepada penyakit ini, dan disebabkan
oleh penuaan dan penjarangan tisu-tisu mokular, endapan pigmen di dalam
mokular atau kombinasi kedua-dua proses di atas.

 Degenerasi Makular Basah


Kadang kala, AMD kering menjadi lebih parah dan menjadi suatu penyakit
yang dikenali sebagai degenerasi makular basah.  Degenerasi Makular Basah
terjadi apabila saluran darah yang baru membesar di bawah retina pecah
dan membocorkan darah dan cecair. Kebocoran ini menyebabkan kerosakan
kekal kepada sel-sel retina yang sensitif kepada  cahaya dan seterusnya
mewujudkan titik buta pada pusat penglihatan.
 OCULAR MOTILITY

 Kebolehan mata untuk bergerak terhalang.

 Kerosakan ini memberi masalah kepada penglihatan

binokular yang mana kebolehan kedua-dua belah mata

untuk memfokuskan ke atas satu objek dan menyatukan

dua imej kepada satu imej yang lebih jelas.


 STRABISMUS (MATA JULING)
 Suatu keadaan di mana kedua-dua mata tidak searah
dan memandang pada titik yang berbeza.
 Masalah ini adalah ketidakbolehan untuk memfokuskan
objek yang sama pada kedua-dua belah mata kerana
penyimpangan ke dalam atau ke luar pada sebelah atau
kedua-dua belah mata.
 Sekiranya tidak dirawat, strabismus boleh
mengakibatkan kehilangan penglihatan kekal.
 AMBLYOPIA (LAZY EYE)

 Suatu keadaan di mana salah satu mata tidak berfungsi dan perlu bergantung pada

sebelah mata yang sihat.

 Mata malas merupakan gangguan yang terjadi pada masa perkembangan

penglihatan.

 Oleh sebab ketajaman penglihatan berkurang, mata menjadi malas melakukan

fungsinya.

 Saraf mata yang seharusnya berkembang menjadi terhenti.

 Masalah ini sukar dikenal pasti kerana dengan hanya satu mata sahaja, individu

mampu melakukan kegiatan dengan normal.

 Sekiranya mata yang baik mengalami gangguan, barulah dapat dikesan bahawa

salah satu mata sebenarnya malas melakukan fungsinya.


 NISTAGMUS
 Nistagmus adalah pergerakan bola mata yang kelihatan
bergerak-gerak secara teratur tetapi pergerakan itu
terjadi sendiri.
 Pergerakan bola mata tersebut seolah seperti “menari-
nari”, “bergoyang”, atau “melompat-lompat”.
 Nistagmus merupakan salah satu tanda adanya masalah
pada mata itu sendiri atau adanya kelainan di otak.
 Seseorang boleh menghidap penaykit ini sejak lahir atau
dapat dideritai di kemudian hari.
 SENTUH
 Pandu tangan kanak-kanak untuk menyentuh benda-
benda.
 Beri kanak- kanak pelbagai benda ataupun objek
pelbagai tekstur, bentuk dan saiz.
 Beri peluang kepada kanak-kanak untuk menjalankan
aktiviti seharian seperti bermain, mengurus diri,
menyertai keluarga di dapur ataupun di taman.
 PENDENGARAN
 Bercakap dengan kanak-kanak itu pada setiap kesempatan.
 Namakan benda-benda yang disentuhnya dan beritahu apa yang sedang
berlaku di sekelilingnya.
 Terangkan juga benda-benda yang sedang dilakukan dan jelaskan kepada
kanak-kanak itu tentang perasaan.
 Galakkan kanak-kanak bercakap, misalnya dengan bertanya soalan kepadanya
dan galakkan ia bertanya kembali.
 Elakkan daripada menggunakan bahasa pelat (baby talk) dengan kanak-kanak.
 Pastikan orang bercakap terus kepada kanak-kanak. Misalnya jika ada orang
yang bertanya , “ Adakah anak anda mahu aiskrim?”, cadangkan kepada orang
itu supaya bertanya terus kepada kanak-kanak.
 BAU

 Pastikan kanak-kanak diberikan peluang untuk menghidu

benda, misalnya makanan yang dimakannya,

minumannya, sabun yang digunakan untuk mandi, bau

pasar, bau kiosk petrol, minyak wangi, bedak dan lain-

lain.
 RASA
 Galakkan kanak-kanak memasukkan benda ke dalam mulut kerana ini
menggalakkan sensasi rasa.
 Ini selamat dilakukan jika objek itu bersih dan besar serta tidak boleh
ditelan.
 Aktiviti ini perlu dihentikan apabila kanak-kanak tumbuh gigi.
 Berikan makanan dan minuman yang berbagai-bagai dari segi rasa dan
tekstur dan beritahu mereka apakah makanan yang diberikan itu.
 Tahap kehilangan penglihatan dan latar belakang murid serta latihan
yang diterima memberi kesan terhadap pelbagai strategi dan cadangan.
 Kanak-kanak dengan masalah penglihatan memerlukan bantuan dalam
pelbagai aspek pendidikan seperti orientasi dan mobiliti di kawasan yang
belum biasa baginya.
 Pendidikan bagi kanak bermasalah penglihatan perlu
dilengkapi dengan peralatan yang sesuai mengikut tahap
masalah yang dihadapinya.
 Antaranya adalah tongkat putih, mesin Braille, buku
Braille, alat sentuh seperti peta, gambar rajah timbul,
model tiga dimensi, bilik sumber yang dilengkapi dengan
kemudahan mesin Braille, alat rakaman audio, duplicator
Braille, bilik penyelenggaraan Braille, bilik low vision,
hand held magnifier, stand magnifier, spectacle
magnifier, dan teleskop.
 Bagi setiap kanak-kanak low vision, mereka mesti dinilai
dari segi fungsi visual bagi menentukan tahap penglihatan
mereka yang masih ada dengan bantuan alat khas ataupun
tidak.
 Ini perlu bagi membolehkan mereka menggunakan baki
penglihatan dengan optimum.
 Penilaian ini mungkin melibatkan preskripsi dan latihan
penggunaan alat-alat untuk kanak-kanak kategori ini.
 Penggunaan peralatan khas ini perlu dilatih supaya murid
bermasalah penglihatan yang masih mempunyai baki
penglihatan dapat memanfaatkan penglihatan mereka.
 Latihan perlu diberi di samping memberi motivasi kepada
murid-murid dalam menggunakan peralatan itu.
 Keadaan murid low vision yang tidak dibantu dengan
peralatan khas menyekat perkembangan murid itu bukan
sahaja dalam bidang akademik tetapi juga bidang
perkembangan yang lain seperti emosi dan sosial.
 Pertuturan melibatkan perpaduan bunyi
dengan perkataan, mencantum perkataan
kepada unit dan meluahkannya dalam bentuk
bunyi yang mempunyai makna. Pertuturan
juga dapat didefinisikan sebagai simbol-
simbol yang diwakili oleh bunyi dalam bentuk
bahasa yang formal yang bertujuan
pertukaran idea.
 Kecacatan pertuturan difahamkan sebagai
pertuturan yang menunjukkan
ketidaksempurnaan samada dari segi bunyi,
penguasaan bahasa atau gangguan semasa
bertutur. Kirk,1972 mengatakan kecacatan
pertuturan boleh dibahagikan kepada 6 jenis.
 Pertama ialah gangguan artikulasi. Faktor yang
menyebabkan gangguan artikulasi ialah kecacatan
lidah, sumbing bibir dan lelangit, penyakit hidung
dan tekak, peniruan pertuturan yang salah semasa
dalam proses pembelajaran. Kecacatan lelangit dan
bibir adalah akibat kerenggangan tulang mulut, tisu
lembut dan struktur bahagian atas bibir yang
menggangu pengaliran udara melalui hidung dan
menghasilkan suara yang sengau.
 3 langkah untuk memperbaiki masalah
artikulasi
1. mengajar kanak-kanak mengenali masalah
artikulasi yang dihadapinya dan melatih untuk
menyebut perkataan yang betul.
2. mengajar penyebutan perkataan secara
berasingan, suku kata dan dalam bentuk
perkataan dapat membaiki masalah artikulasi.
3. mengajar menggunakan bunyi yang betul dalam
perkataan antara lankah yang dicadangkan.
 Gangguan bunyi merupakan jenis kecacatan
pertuturan. Jenis ini berkait rapat dengan nada,
kekuatan dan kualiti bunyi yang dikeluarkan oleh
peti suara. Suara yang kurang menyenangkan ialah
akibat alunan bunyi yang tidak teratur, pengeluaran
bunyi yang terlalu tinggi atau rendah dan
penyebutanperkataan yang kurang jelas. Ini boleh
diketahui melalui pengeluaran suara yang kasar,
sengau, berbisik, serak dan nyaring yang boleh
mengganggu komunikasi berkesan.
 Kecacatan kualiti suara berlaku dalam dua bentuk iaitu :
1. Pengeluaran bunyi
 Pengeluaran bunyi berpunca dari perubahan struktur
pertuturan iaitu saluran udara yang gagal membentuk
getaran kepada udara yang mengalir dan disebabkan oleh
kelumpuhan otak. Akibatnya suara yang dikeuarkan menjadi
sengau , kasar dan menyebabkan kesesakan semasa
bertutur. Apabila suara tinggi berterusan maka
berkemungkinan suara tidak dapat dikeluarkan dan saluran
udara boleh ditumbuhi bintil.
  
1. Arahan bunyi suara
Bergantung kepada keseimbangan aktiviti pertuturan
seperti mulut, hidung, belakang tekak dan peti suara.
Keadaan ini juga berlaku apabila kanak-kanak yang sedang
dalam prses pembelajaran meniru pertuturan orang lain
yang sengau dan seumpamanya yang disangkakan
pertuturan yang betul. Hal ini juga boleh berlaku akibat
jangkitan di saluran udara, terkejut dan berasa takut.
 Ketiga ialah gagap. Seseorang itu dikatakan
gagap apabila menyebut sesuatu perkataan
secara berulang-ulang, terhenti-henti dan
diikuti oleh ketegangan otot tekak dan tulang
dada. Hal ini disebabkan oleh gangguan
pernafasan yang berpunca daripada
penyelarasan otot pertuturan yang tidak
sempurna. Agresif yang terlampau akan
menyebabkan kanak-kanak merasa tegang,
cemas dan terlampau aktif.
 Gagap boleh berpunca daripada :
1. Ketidakstbilan mekanisme neuromuscular untuk pertuturan
ketika peringkat awal kanak-kanak. Ketika kanak-kanak sudah
mula mahu bercakap, otot-otot pertuturan masih belum bersedia
dan tidak stabil. Keadaan ini menyebabkan pertuturan menjadi
tersekat-sekat dan berulang-ulang.
2. Keadaan persekitaran juga boleh menyebabkan gagap
terutamanya persekitaran rumah yang selamat dan tidak
menggembirakan serta hubungan emosi yang tidak cukup antara
ibu dengan anak.
3. Keadaan fizikal yang lemah akibat kekurangan zat makanan dan
mempunyai masalah kesihatan.
1. Kejutan secara tiba-tiba seperti kemalangan,
kematian orang tersayang terutamanya ibu atau
bapa, pengalaman yang menakutkan dan
menghidap sesuatu penyakit.
2. Peniruan pertuturan yang salah semasa proses mula
belajar bertutur.
3. Sekiranya sejarah keluarga mempunyai ahli yang
gagap, besar kemungkinan masalah gagap akan
diturunkan kepada anak-anak mereka.
4. Seseorang yang mahir tangan kiri boleh menjadi
gagap sekiranya dipaksa menggunakan tangan
kanan untuk menulis atau membuat sebarang kerja.
 sumbing juga antara jenis kecacatan pertuturan.
Sumbing disebabkan oleh kagagalan di antara tulang
dan tisu lelangit janin untuk bercantum selepas 13
minggu dalam kandungan. Kanak-kanak yang sumbing
akan bertutur dengan suara yang sengau.
 
 Akhir sekali, kecacatan pertuturan juga disebabkan
kurang pendengaran. Kurang pendengaran boleh
menyebabkan kelewatan atau mempunyai pertuturan
yang tidak sempurna. Hal ini boleh berpunca daripada
kemalangan, kecederaan, penyakit atau secara
semula jadi sejak dilahirkan.
 Bahasa adalah suatu sistem lambang-lambang
pertuturan yang dipersetujui oleh sesuatu
kelompok manusia dan digunakan sebagai
alat untuk berkomunikasi. Definisi bahasa di
atas dengan jelas menyatakan bahawa
bahasa adalah merupakan alat untuk manusia
berkomunikasi. Oleh itu sebarang kecacatan
berbahasa akan memberi kesan negatif
terhadap proses komunikasi.
 Masalah pertuturan kanak-kanak juga berkait
rapat dengan masalah bahasa kerana kedua-
duanya merupakan alat untuk berkomunikasi.
Namun, kanak-kanak normal juga mengalami
masalah bahasa dalam aspek-aspek tertentu
atau pada ketika tertentu.
 Aphasia merupakan sejenis penyakit yang
disebabkan oleh kerosakan saraf otak,
dengan itu akan melumpuhkan kebolehan
seseorang untuk berkomunikasi. Masalah
aphasia adalah berbeza dengan dyslexia.
Tanda penting pengidap aphasia adalah
kesukaran berkomunikasi secara pertuturan,
kesukaran memahami percakapan orang lain,
dan kesukaran untuk membaca dan menulis.
 Aphasia terdapat dalam banyak jenis, tetapi
empat jenis aphasia yang besar adalah
aphasia sementara, aphasia fasih, aphasia
tidak fasih, dan aphasia sejagat.
 Ahli-ahli bahasa telah membahagikan bahasa
kepada 5 komponen iaitu :
1. Fonologi yang merujuk kepada penggunaan
bunyi-bunyi untuk menghasilkan suku kata dan
perkataan.
2. Morfologi adalah proses pembentukan perkataan
daripada unsur makna yang paling asas iaitu
morfem.
3. Sintaksis adalah susunan perkataan yang
membentuk ayat.
4. Semantik merujuk kepada cara perkataan-
perkataan digunakn secara bermakna dalam
komunikasi.
5. Pragmatik adalah penggunaan kemahiran
berkomunikasi dalam konteks sosial atau cara
bahasa digunakan.
 masalah-masalah yang dihadapi adalah seperti berikut;
1. Fonologi
Kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan
menghadapi masalah dalam bahasa lisan. Mereka kerap membuat
kesalahan menggantikan bunyi dalam perkataan seperti “nama”
untuk “mama”.
2. Morfologi
Kecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan
imbuhan yang luar biasa, struktur ayat yang salah, dan
penggunaan “tenses” yang salah (bahasa Inggeris).
3. Sintaksis
Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan
kesalahan tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam
menyusun dan menyampaikan pendapat yang kompleks.
4. Semantik
Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan
perbendaharaan kata yang lemah, menggunakan makna
perkataan yang tidak sesuai, dan tidak berupaya memahami
makna perkataan.
5. Pragmatik
Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-
kanakmemahami atau menggunakan bahasa dalam konteks atau
perbualan dalam situasi yang berbeza.
 Bertindak balas secara tidak konsisten terhadap
bunyi atau percakapan.
 Mempunyai tumpuan yang singkat walaupun
terhadap perkara yang diminati.
 Kadang-kadang tidak menunjukkan sebarang
reaksi ketika orang lain bercakap dengannya.
 Sukar memahami konsep abstrak
 Ada masalah dalam perkataan banyak makna.
 Bermasalah mengenal hubungan perkataan
dengan idea.
 Kerap memberi jawapan yang tidak sesuai.
 Sukar mempelajari makna yang baru.
 Kerap mengulangi soalan daripada member
ijawapan kepada soalan itu.
 Seorang yang pendiam.
 Tidak mengambil bahagian dalam perbincangan
kelas.
 Kerap salah menggunakan perkataan.
 Lesu dan tidak bersemangat ketika bercakap.
 Banyak melakukan pergerakan fizikal daripada
verbal.
 Sentiasa mengunakan ayat-ayat yang pendek.
 Menggunakan perkataan secara berlebihan
untuk menjelaskan idea yang konkrit.
 Tidak dapat mencari perkataan-perkataan untuk
penerangan dalam perbualan atau menulis.
Alat bantu mengajar

KANAK-KANAK
BERMASALAH
PENDENGARAN
Alat ini digunakan khas untuk kanak-
kanak bermasalah pendengaran. Alat
ini dipasang di telinga kanak-kanak
bermasalah pendengaran semasa
proses komunikasi dengan individu
lain serta semasa dalam proses
pengajaran dan pembelajaran
berlaku. Alat ini dapat membantu
murid-murid dengan jelas.
 
•Alat ini merupakan alat bantu belajar bagi
kanak-kanak bermasalah pendengaran.

• Alat ini dikenali sebagai otometrics.


•Alat ini digunakan denagn memasang di
telinga.
• Kegunaannya sama dengan ‘earphone’
namun semasa proses pembelajaran murid-
murid diminta untuk memakai alat ini dan
menekan ‘microphone’ yang terdapat di
otometrics ini apabila mendengar dan
memahami arahan serta latihan yang diberi.
Cara pelaksanaan aktiviti menggunakan alat bantu
mengajar.
 Murid-murid bermasalah pendengaran diajar dengan
menggunakan kaedah dengar dan faham. Kaedah ini
digunakan dengan cara memperdengar murid-murid kepada
video. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak bermasalah
pendengaran mudah tertarik kepada nyanyian dan aktiviti
bergambar.

   Aktiviti dijalankan di dalam kelas yang mengandungi ‘LCD’


atau di bilik media. Semasa aktiviti ini dijalankan, murid-
murid hendaklah memakai alat bantu belajar yang telah
disediakan dan menekan ‘microphone’ jika dapat
memahami serta mendengar setiap latihan dan arahan yang
diberikan.

 Aktiviti ini sangat sesuai dilakukan kerana dapat menguji


ketajaman pendengaran murid-murid dan menguji
pendengaran murid-murid dengan jelas.
BIBLIOGRAFI
Bahan Ilmiah:
 Jamila K.A. Mohamed, 2006. Pendidikan Khas
untuk
 KANAK-KANAK istimewa. PTS Professional
Publishing Sdn.Bhd. Kuala Lumpur.
 Mok Soon Sang, 2009. Perkembangan Kanak-
kanak. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Selangor.
 Ang Huat Bin,1999. Konsep dan Kaedah
Pengajaran dengan Penekanan Pendidikan
Inklusif. Siri Pengajian dan Pendidikan
Utusan. Kuala Lumpur.
Laman Web:
 http://www.moe.gov.my/jpkhas/forums/ind
ex.php?action=vthread&forum=4&topic=28
 http://www.moe.gov.my/jpkhas/forums/ind
ex.php?action=vthread&forum=4&topic=33
 http://jomperaduan.blogspot.com/2009/01/
masalah-bahasa-dan-komunikasi.html
 http://www.skmethodist.edu.my/portal/mo
dules.php?
name=Encyclopedia&op=content&tid=29

You might also like