You are on page 1of 1

Sumbangan ilmuan dalam bidang matematik

Menurut sejarah, zaman kegemilangan umat Islam dalam bidang ilmu ialah antara kurun ke-7 hingga 13.
Salah satu bidang ilmu yang sangat tersohor ketika itu ialah matematik.

Tokoh-tokoh ilmuan Islam telah menyumbang dan mencipta pelbagai perkara baru dalam bidang
matematik seperti system perpuluhan dan operasi-operasi asas matematik yang mempunyai kaitan
dengan soal-soaol tambah, pengurangan, darab, bahagi dan eksponen.

Tokoh-tokoh matematik Islam juga memperkenalkan konsep ‘kosong’ dalam dunia matematik. Selain
itu, mereka juga telah membangunkan konsep-konsep dan fungsi trigonometri ; sin, kos, dan tangent
padakurun ke-10.

Al-khawarizmi (780-850)

Nama penuhnya ialah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi dan dikenali sebagai bapa algebra. Beliau
pakar dalam bidang matematik dan astronomi. Antara buku-buku yang terkenal hasil tulisan beliau ialah
Hisab Al-Jabr Wal Mugabalah(buku pengiraan), (perbaikan dan pengurangan) dan algebra. Pada kurun
ke-12, Gerard of Cremona and Robert of Chester telah menterjemahkanbuku algebra Al-Khawarizmi ke
dalam bahasa Latin. Terjemahan ini digunakan di seluruh dunia sehinggalah kurun ke-16.

You might also like