You are on page 1of 25

KERACUNAN MAKANAN

               Keracunan makanan merupakan sejenis gastroenteritis yang disebabkan oleh


makanan yang telah dicemari racun, biasanya bakteria. Bergantung kepada jenis racun,
kekejangan abdomen, demam, muntah dan cirit-birit akan berlaku dalam tempoh 3
hingga 24 jam. Jika makanan telah dicemari bakteria, bakteria akan menghasilkan racun
yang dikenali sebagai toksin. Toksin memberi kesan langsung pada lapikan usus dan
menyebabkan peradangan. Ada pelbagai jenis bakteria yang menyebabkan keracunan
makanan tetapi yang biasa didapati ialah salmonella, shigella, staphylococcus dan E.coli
yang merupakan punca utama keracunan makanan di kalangan bayi, terutamanya bayi
yang menyusu botol. Bagi keracunan makanan yang berpunca daripada bahan bukan
bakteria, tanda penyakit juga timbul jika anak termakan bahan kimia, racun serangga atau
beberapa jenis tumbuh-tumbuhan.

Adakah keadaan ini serius?

Bagi bayi, keadaan ini serius kerana tanda-tanda penyakit yang menyusuli boleh
menyebabkan penyahhidratan.

Tanda-tanda

 Kekejangan otot.
 Demam.
 Kerap membuang air besar. Tinja cair dan mungkin disertai darah, nanah atau
mukus.
 Muntah.
 Otot-otot lemah dan badan berasa seram sejuk.
 Hilang selera makan.

Apakah tindakan pertama?

1. Jika anak muntah dan mengalami cirit-birit, periksa suhu badan untuk
menentukan sama ada anak demam.
2. Periksa tinja untuk menentukan sama ada terdapat darah atau nanah.
3. Biar anak baring di atas katil dan jangan beri sebarang makanan tetapi pastikan
dia kerap diberi minum air yang dicampur secubit garam dan 5ml glukos.
4. Cuba tentukan makanan yang dimakan oleh anak yang telah menyebabkan
timbulnya tanda-tanda penyakit.

 
Perlukah saya berjumpa doktor?

Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika anak muntah atau cirit-birit berterusan
selama lebih enam jam dan keadaan ini tidak boleh dikawal melalui pemakanan cecair
sahaja. Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika keadaan anak masih tidak pulih
dalam tempoh 24 jam, atau anda mengesyaki anak telah minum racun serangga atau
tumbuh-tumbuhan yang beracun. Bawa racun tersebut bersama-sama anda.

Apakah tindakan doktor?

 Biasanya, keracunan makanan tidak memerlukan rawatan khusus kecuali


pemberian bendalir dan garam yang banyak hilang melalui cirit-birit dan muntah.
Doktor mungkin akan memberi sejenis serbuk yang mengandungi glukos dan
garam untuk dicampur dalam minuman. Bagi bayi yang menyusu botol, hentikan
pemberian susu.
 Jika anak mengalami penyahhidratan, doktor akan memasukkan anak ke hospital
supaya bendalir dapat diberi secara intravena. Jika anak mengalami muntah yang
teruk, doktor mungkin memberi anak suntikan dadah antiemetik untuk
menghentikan muntah.

Bagaimankah saya boleh membantu?

 Letakkan baldi di tepi katil supaya anak tidak perlu berjalan ke tandas.
 Jika anak demam, gunakan pek ais atau tuala muka yang lembab untuk
menyegarkan anak.
 Jika anak muntah, bantu anak berkumur dengan air.
 Utamakan kebersihan. Keracunan makanan mudah berjangkit. Oleh itu, pastikan
anak sentiasa membasuh tangan setiap kali dia ke tandas. Basuh tangan anda
selepas menukarkan lampin anak.
 Bagi mengelak berlakunya keracunan makanan, masukkan setiap makanan yang
telah dimasak kedalam peti sejuk. Semasa makanan ini dipanaskan semula,
pastikan ini dilakukan dengan sepenuhnya. Salmonella hidup biak dalam makanan
yang suam panas tetapi akan mati pada suhu yang tinggi.
 Jika anak enggan minum air dengan secukupnya atau tidak menyukai rasa serbuk
khas, beri anak potongan tembikai untuk dikicap.
 Cair beku makanan dengan sempurna sebelum dimasak, terutamanya daging.
Pastikan daging dimasak secukupnya.
 Beri anak makanan yang mudah dihadam seperti bubur, yogurt, jeli dan makanan
tanpa lemak sebaik sahaja anak mula mahu makan. Kesan penyakit biasanya akan
hilang dalam tempoh seminggu.
 Ikut arahan doktor bagi pemberian semula susu bayi yang menggunakan botol.
 Periksa makanan yang dimakan oleh anak 24 jam sebelumnya. Buang sebarang
makanan yang mungkin menjadi punca keracunan makanan seperti daging, ikan,
bahan bersusu atau roti.

_____________________________________________________________________

 Keracunan makanan

Definisi
Keracunan merjuk kepada gangguan sistem fizikal badan manusia disebabkan
samada terhidu, tersentuh atau termakan bahan kimia beracun daripada makmal,
bengkel atau berpunca daripada makanan yang dimakan yang tidak bersih atau
mengandungi racun.

Polisi
Bebas daripada insiden keracunan.

Objektif
1. Mencegah daripada berlaku keracunan , dan mengambil tindakan betul jika
berlaku keracunan di sekolah.
2. Sedar bahaya kimia berracun dan berhati-hati setiapkali berada di makmal atau
bengkel.
3. Tahu tindakan yang perlu dibuat jika berlaku keracunan.

Tanggungjawab Pelajar
1. Melaporkan serta-merta kepada guru jika insiden keracunan berlaku.
2. Menyimpan sampel/contoh kimia atau makanan yang dipercayai punca
keracunan.
3. Membaca dan mematuhi peraturan bilik makmal, stor atau bengkel, kantin dan
dewan makan.
4. Membantu menyelematkan pelajar yang mengalami keracunan.
5. Jaga kebersihan diri.
6. Makan makanan yang dimasak dan bersih.
7. Patuhi arahan doktor.
8. Jangan masuk ke bilik makmal, stor, atau bengkel tanpa arahan atau kehadiran
guru.

Tanggungjawab guru
1. Senantiasa mengingatkan pelajar tentang bahaya keracunan.
2. Jangan benarkan pelajar masuk ke makmal, bengkel atau stor tanpa kehadiran
guru terlebih dahulu.
3. Menyediakan peraturan penggunaansetiap bilik makmal, bengkel, stor, atau
dewan makan.
4. Melaporkan kepada pihak pengurusan sekolah jika berlaku insiden keracunan.
5. Menyiasat punca kejadian keracunan.
6. Mengambil sampel kimia atau makanan yang dipercayai punca keracunan.
7. Memberi rawatan awalan kepada mangsa jika perlu.
8. Menghantar pelajar menadapatkan rawatan di hospital jika perlu.
Langkah Pencegahan
1. Setiap Makmal, bengkel stor, kantin, dan dewan makan ada peraturan
keselamatan keracunan dan dipaparkan untuk makluman umum/pengguna.
2. Taklimat tentang bahaya keracunan oleh pegawai Perubatan dari hospital
daerah Tambunan atau guru kesihatan.
3. Label bilik yang mengandungi kimia berbahaya dengan perkataan beramaran ”
Bahaya Kimia Beracun-Jangan Menghidu, Memakan atau Menyentuh Bahan Kimia”
4. Taklimat langkah-langkah yang perlu diambil jika berlaku keracunan.
5. Setiap bilik perlu pamerkan prosedur tindakan jika berlaku keracunan.

_____________________________________________________________________

Rabu lalu, 33 murid Tahun Lima SKSJ dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban
(HTJS) selepas mengadu sakit perut dan muntah dipercayai selepas makan nasi
lemak di kantin.

Pada hari sama, 17 murid SK Gong Nangka di Marang, Terengganu dirawat di


Hospital Marang kerana masalah sama selepas dipercayai makan mi sup dan keropok
lekor di kantin.

Selain itu, 36 murid SK Taman Aman, Anak Bukit, Alor Star, Kedah dirawat di
Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas muntah dan cirit-birit dipercayai kerana
makan roti aiskrim tercemar.

SEREMBAN: Kementerian Pelajaran akan mempertimbangkan cadangan melarang


pengusaha kantin sekolah menjual makanan berisiko tinggi tercemar dalam usaha
me Rabu lalu, 33 murid Tahun Lima SKSJ dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar
Seremban (HTJS) selepas mengadu sakit perut dan muntah dipercayai selepas
makan nasi lemak di kantin.

Pada hari sama, 17 murid SK Gong Nangka di Marang, Terengganu dirawat di


Hospital Marang kerana masalah sama selepas dipercayai makan mi sup dan keropok
lekor di kantin.

Selain itu, 36 murid SK Taman Aman, Anak Bukit, Alor Star, Kedah dirawat di
Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas muntah dan cirit-birit dipercayai kerana
makan roti aiskrim tercemar.mastikan tiada lagi kes keracunan makanan.

Timbalan Menterinya, Datuk Hon Choon Kim, berkata cadangan itu akan
dipertimbangkan secara serius berikutan beberapa kes keracunan di sekolah,
termasuk dalam tempoh tidak sampai sebulan sejak sesi persekolahan 2008
bermula.

"Kita akan mendapatkan pandangan pakar pemakanan untuk mengenalpasti jenis


makanan yang mudah tercemar atau rosak sehingga mendedahkan pelajar kepada
risiko keracunan.

"Selepas itu, kita akan fikirkan sama ada melarang sepenuhnya pengusaha kantin
menjual makanan seperti itu atau mengurangkannya," katanya selepas melawat
kantin Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya (SKTSJ), di Senawang, dekat sini
semalam.

Seramai 180 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Simpang Lima,
Sungai Besar, di sini yang disahkan menghidap jangkitan saluran pernafasan atau
influenza sehingga semalam, dikuarantin di asrama sekolah itu bagi mengelak
jangkitan merebak.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datin Dr Ang Kim Teng, berkata mereka adalah 143
pelajar yang mengalami simptom influenza sehingga 30 Januari lalu dan 37 kes baru
dikesan kelmarin.

Bagaimanapun, katanya, tidak ada kes baru dilaporkan sehingga lewat petang
semalam.

"Seramai 25 pelajar dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) di


Sabak Bernam antara 24 Januari hingga 30 Januari lalu. Lapan pelajar dibenar keluar
pada 30 Januari, manakala dua pelajar semalamSungai Besar, di sini yang disahkan
menghidap jangkitan saluran pernafasan atau influenza sehingga semalam,
dikuarantin di asrama sekolah itu bagi mengelak jangkitan merebak.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datin Dr Ang Kim Teng, berkata mereka adalah 143
pelajar yang mengalami simptom influenza sehingga 30 Januari lalu dan 37 kes baru
dikesan kelmarin.

Bagaimanapun, katanya, tidak ada kes baru dilaporkan sehingga lewat petang
semalam.

"Seramai 25 pelajar dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) di


Sabak Bernam antara 24 Januari hingga 30 Januari lalu. Lapan pelajar dibenar keluar
pada 30 Januari, manakala dua pelajar semalam

SUNGAI PETANI 4 Feb. – Kes keracunan makanan di kalangan pelajar di negeri ini
berulang lagi dan kejadian terbaru berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Kuala
Muda dekat sini melibatkan 39 pelajar.

Kesemua mereka dipercayai keracunan makanan apabila mengalami pening, muntah


dan cirit-birit selepas memakan bihun sup yang dibekalkan menerusi Rancangan
Makanan Tambahan (RMT) di kantin sekolah itu hari ini.

KEPALA BATAS 5 Feb. - Kes keracunan makanan di kalangan pelajar berulang lagi
dan kejadian terbaru berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gebu, Penaga, di sini
membabitkan 41 murid.
KEPALA BATAS 5 Feb. - Kes keracunan makanan di kalangan pelajar berulang lagi
dan kejadian terbaru berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gebu, Penaga,
Murid berkenaan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Penaga, di sini selepas dilaporkan
mengadu sakit perut, pening dan muntah-muntah dipercayai akibat keracunan
makanan.

Kesemua murid tahun tiga, empat, lima dan enam berkenaan dilaporkan mengalami
masalah itu selepas menikmati hidangan waktu rehat di kantin sekolah tersebut kira-
kira pukul 10.30 pagi.

KUALA LUMPUR 7 Feb. - Pihak berkuasa tempatan (PBT) hari ini diberi kuasa

KUALA LUMPUR 7 Feb. - Pihak berkuasa tempatan (PBT) hari ini diberi kuasa
mengambil tindakan terhadap pengusaha kantin sekolah yang gagal mematuhi
piawaian kebersihan sehingga menyebabkan berlakunya kes keracunan makanan di
kalangan pelajar.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, kuasa itu
diberikan kepada PBT selepas mesyuarat bersama antara Kementerian Pelajaran dan
Kementerian Kesihatan semalam.

"PBT kini ada kuasa untuk membuat pemantauan dan menyaman pengusaha kantin
yang tidak mengikut piawaian kebersihan.

"Lesen pengusaha kantin juga perlu dipohon daripada PBT dan kita yakin cara ini
akan memberi amaran kepada mereka selain mengelak kes baru daripada berlaku,"
katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beberapa kes keracunan makanan di kalangan pelajar sekolah dilaporkan berlaku


kebelakangan ini dan terbaru melibatkan 41 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir
Gebu, Penaga, Pulau Pinang.

Sebanyak 11,226 kes keracunan makanan berlaku di sekolah di seluruh negara dari
Januari sehingga 15 September tahun lalu sekali gus mencatatkan peningkatan lebih
100 peratus berbanding 5,613 kes pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Sepanjang Januari tahun ini sehingga kelmarin sahaja, lebih lima kes keracunan
dicatatkan berlaku di sekolah seluruh negara.
Abdul Latiff berkata, beliau sendiri telah dilantik untuk menjadi pengerusi badan
bertindak teknikal sistem kendiri yang akan mengkaji semula pelbagai program
kebersihan makanan sekolah.

"Kali ini kita hendak lihat sudut kebersihan dari pelbagai aspek dalam sistem kendiri
yang pasti lebih sistematik.

"Kita akan tengok semua perancangan dan hasil yang akan diperoleh nanti. Kita juga
yakin masalah keracunan ini akan dapat diselesaikan segera," ujarnya.

Selain itu katanya, sistem baru itu akan menjadikan pengusaha kantin lebih
bertanggungjawab dan meletakkan kebersihan sebagai perkara terpenting yang
perlu diutamakan.

Tambahnya, satu jawatan kuasa bertindak yang memeriksa tahap kebersihan kantin
sekolah akan turut diwujudkan sama seperti yang dipraktikkan di kawasan Rehat
dan Rawat (R&R) di lebuh raya.

"Kita akan hantar garis panduan yang perlu diikut setiap pengusaha kantin.
Hukuman keras akan dikenakan jika mereka ingkar" kata beliau.

Semua Pengarah Pendidikan Negeri


Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/1995 :
KERACUNAN MAKANAN DI SEKOLAH-SEKOLAH
Kejadian keracunan makanan di sekolah pada waktu-waktu kebelakangan ini sering
dilaporkan di media tempatan dan melibatkan ramai murid. Di antara punca keracunan
tersebut adalah daripada makanan yang dijual di kantin-kantin sekolah, asrama dan
daripada program-program pemakanan seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan
Program Susu Sekolah.
2. Kementerian Pendidikan memandang serius terhadap kejadian ini dan meminta
semua pihak terutama sekolah, mengambil beberapa langkah tegas pengawalan dan
pencegahan, supaya keracunan makanan tidak lagi berulang di sekolah. Di antara
langkahlangkah
yang boleh diambil adalah seperti berikut :
a. Pastikan pekerja atau pengendali makanan sentiasa mengamalkan kebersihan
diri setiap masa sama ada semasa menyedia, memasak ataupun menghidang
makanan.
b. Pastikan alat-alat ataupun perkakas-perkakas yang digunakan, seperti pinggan
mangkuk sentiasa dalam keadaan bersih.
c. Pastikan bangunan dan semua kemudahan seperti tempat menyedia dan
menghidang makanan dalam keadaan bersih dan kemas.
d. Pastikan pekerja atau pengendali makanan mengamalkan amalan-amalan yang
baik seperti menjaga tubuh badan dan pakaian sentiasa dalam keadaan bersih
dan kemas. (Sila lihat Bab V – ”Kawalan Kebersihan” m.s. 22-27 dalam Buku
”Garis Panduan Kantin Sekolah”, Kementerian Pendidikan dan Kementerian
Kesihatan, 1989 – untuk keterangan lanjut).
2.1 Pihak sekolah juga adalah diminta untuk :
a. Menggalakkan seboleh-bolehnya pengusaha/pengendali makanan,
memasak makanan di dalam kawasan sekolah.
b. Mempastikan makanan yang disediakan tidak dimasak terlalu awal
sehingga semalaman, terutama makanan-makanan yang bersantan.
c. Menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa khas di peringkat sekolah bagi
menyelia dan mengadakan pemeriksaan harian.
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
d. Mengadakan kempen kesedaran mengenai kebersihan makanan dan
kebersihan premis makanan.
e. Bekerjasasama dengan Jabatan Kesihatan bagi usaha-usaha
peningkatan dan penggalakkan kebersihan dan kesihatan.
3. Untuk maklumat pihak sekolah, di antara tanda-tanda dan simptom keracunan
makanan adalah seperti berikut :
Rasa loya, muntah, sakit perut dan cirit-birit, rasa letih, kejang otot,
sakit kepala dan pening.
4. Pihak sekolah adalah diminta untuk mengambil tindakan berikut apabila mengesyaki
pelajar-pelajar/murid-murid mengalami masalah keracunan makanan.
a. Laporkan dan bawa murid-murid/pelajar-pelajar yang disyaki ke klinik/hospital
yang paling hampir.
b. Laporkan ke PPD/JPN.
c. Maklumkan dan hubungi ibu bapa murid-murid/pelajar-pelajar yang terlibat.
d. Sediakan laporan awal tentang kejadian tersebut dan hantarkan satu salinan ke
JPN dn Kementerian Pendidikan.
e. Elakkan daripada membuat sebarang kenyataan akhbar.
f. Dapatkan laporan lengkap kejadian dan sebab kejadian daripada Jabatan
Kesihatan, dan hantarkan satu salinan laporan tersebut ke Jabatan Pendidikan
Negeri (u.p. KPP HEM) dan satu lagi salinan ke Kementerian Pendidikan (u.p.
Pengarah Bahagian Sekolah).
5. Dengan surat pekeliling ini semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah adalah diminta
untuk memberi perhatian serius dan mengambil langkah-langkah tegas pengawalan dan
pencegahan kejadian keracunan makanan di sekolah-sekolah. Surat pekeliling ikhtisas
terdahulu Bil. 2/1983 dan Bil. 5/1988 dan Surat Pendidikan
KP(BS/UKS)8614/2B/1a/Jld.II(32) bertarikh 12 Januari 1989, juga berkaitan dan perlu juga
dirujuk.
Kerjasama Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan adalah dipohon bagi memanjangkan surat ini kepada
semua sekolah rendah dan menengah di negeri Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(TAN

Pada tahun 2007, isu keracunan makanan telah menjadi isu hangat yang dilaporkan oleh
media.  Sehubungan itu, satu Jawatankuasa Bersama telah ditubuhkan di bawah 2
Kementerian iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pelajaran
Malaysia.  Di bawah Jawatankuasa tersebut, 2 Jawatankuasa Kecil telah ditubuhkan dan
salah satunya Jawatankuasa Promosi.

Pelbagai aktiviti telah dirancang dan antaranya satu projek khas iaitu road show
keselamatan makanan telah diadakan di sekolah rendah.  8 buah negeri telah menjalankan
aktiviti ini bermula pada bulan Oktober sehingga November 2007 iaitu negeri Selangor,
Kedah, Kelantan, Terengganu, Sarawak, Sabah, Johor dan Perak.

Objektif program ini adalah untuk membudayakan amalan keselamatan makanan yang
baik di kalangan warga sekolah.

Adalah diharapkan melalui program yang telah dirangka, rakyat Malaysia dapat
menerapkan budaya mementingkan aspek keselamatan makanan sebagai satu cara hidup
sihat.

Tarikh
Kejadian
Keracunan di Sekolah-sekolah Malaysia Tahun 2002 Bilangan
27/3 Sekolah Menengah Teknik Seri Pelindung, Kuantan 60
3/5 Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Seremban 60
17/5 Sekolah Menangah Agama Al-Attas, pekan 65
29/6 Sek. Kuala Abang, Dungun 80
12/7 Sek. Keb. Bunohan, Tumpat, Kelantan 69
4/8 Sekolah Menengah Agama Al Ehsan, Kuantan 60
25/9 Kolej Sultan Ismail, Kota Bharu 363
1/10 Sek. Men, Kok Lanas, Kota Bharu 50
23/10 Sekolah Rendah, Seremban 26
Sumber: Maklumat dari Berita Harian & NST tahun 2002

Rekod-rekod mungkin tidak sampai ke tahap kematian tetapi bahaya


persekitaran tidak sihat terbukti mampu memberi kesan kerosakan dan
kecacatan jangka pendek dan jangka panjang terhadap kesihatan kanak-kanak
seperti kecacatan anggota badan, kerosakan sistem pembiakan, kanser, penyakit
mental dan lain-lain. Kanak-kanak amat mudah terdedah kepada bahaya
persekitaran tidak sihat berbanding orang dewasa kerana faktor semula jadi
tubuh badan dan sikap mereka. Kejadian cirit-birit dan muntah-muntah akibat
keracunan makanan masih lagi berlaku. Hampir setiap bulan pada musim
persekolahan ada sahaja kejadian keracunan makanan di sekolah-sekolah di
Malaysia. Keracunan adalah antara penyebab kepada kanak-kanak. Kekotoran,
pencemaran bakteria dan kuman serta tiada kebersihan diri adalah merupakan
sebab-sebab yang tersohor.

KERACUNAN – SIMPTOM DAN RAWATAN


ONG KOK MENG

Pengenalan .

Definisi Keracunan .

Keracunan ialah kesan kemasukan bahan "substance" sama ada semulajadi atau sintetik
ke dalam tubuh manusia . Racun boleh memasuki tubuh melalui penelanan , penghiduan ,
penyerapan melalui kulit atau tersuntik ke bawah lapisan kulit ( seperti akibat sengatan
serangga berbisa seperti tebuan dan kala jengking atau patukan ular kapak / tedung ) .
Racun mungkin juga berpunca dari dalam badan itu sendiri . Sebagai contoh , bakteria
boleh menghasilkan endotoksin , enterotoksin atau eksotoksi beracun . Penyakit ginjal ,
kegagalan hepar (organ hati ) dan gangguan metabolik mungkin boleh menyebabkan
bahan-bahan beracun terhasil terkumpul dalam badan . Keracunan tidak terhad kepada
jenis-jenis racun yang dikenali sebagai sianida dan plumbum . Kes keracunan yang
dilaporkan di negara ini membabitkan penggunaan paraguat dan minyak angin yang
mengandungi salisilat .

Keracunan mungkin bersifat ringan ( contohnya rasa mual atau sakit kepala ) atau berat
(contohnya demam panas atau sawan ) sehingga boleh menyebabkan maut . Satu dos
merujuk kepada jumlah sesuatu bahan kimia yang dapat memasuki tubuh pada sesuatu
masa . Dos yang mengakibatkan keracunan ialah dos beracun atau dos toksik . Dos
ambang merupakan jumlah terkecil yang menyebabkan keracunan . Jikalau jumlah
sesuatu bahan kimia yang memasuki tubuh lebih daripada dos ambang , bahan kimia itu
tidak akan menyebabkan keracunan . Sebaliknya , ia mungkin mendatangkan kesan yang
baik seperti ubat-ubatan . Ia akan mendatangkan kebaikan sekiranya diambil mengikut
dos yang betul sebagaimana disyorkan oleh doktor .

Keracunan mungkin bersifat akut atau kronik . Dalam keracunan akut , sejumlah racun
yang banyak memasuki atau dihasilkan dalam badan dalam tempoh masa yang singkat
(selama beberapa saat , minit , jam atau dalam masa sehari ) . Keracunan akut melibatkan
keracunan makanan dan ubat-ubatan moden kerana dibuat daripada sintesis kimia .
Keracunan kronik merujuk kepada keracunan yang dialami untuk beberapa hari , bulan
atau tahun . Ia berpunca daripada pengumpulan sedikit demi sedikit racun yang tidak
dapat dikeluarkan dengan cepat .

Tiga Faktor Penyebab Keracunan .

Agen , perumah dan persekitaran merupakan tiga punca utama berlakunya keracunan .
Keracunan berlaku apabila ketiga-tiga punca ini saling bertindakbalas . Pengasingan
ketiga-tiga punca ini boleh menghindarkan keracunan .

Agen .

Agen merupakan bahan aktif atau media (biasanya kimia ) yang mengakibatkan
keracunan . Menurut satu kajian , 1/3 daripada kes keracunan yang telah dirujuk ke
sebuah hospital tempatan membabitkan bahan-bahan kegunaan rumah tangga ( Rujuk
lampiran A ) .

Perumah .

Perumah merujuk kepada individu yang terdedah kepada kemungkinan keracunan .


Faktor ini merangkumi umur , jantina , kematangan fizikal dan mental serta peribadi
individu . Satu kajian menunjukkan lebih daripada 90% kes keracunan melibatkan kanak-
kanak berusia antara satu hingga 11 tahun . Dalam hal ini , 80% kes melibatkan kanak-
kanak berusia di bawah enam tahun dan merupakan keracunan akibat kecuaian .

Kes keracunan melibatkan orang dewasa adalah kurang berbanding kanak-kanak .


Kebanyakannya bertujuan untuk membunuh diri melalui campuran dadah dengan alkohol
yang menambahkan ketoksidan beberapa jenis dadah . Mereka biasanya diberikan
rawatan keracunan dan khidmat psikatri atau kaunseling . Pembabitan orang tua dalam
kejadian keracunan biasanya serius dan mangsa mengalami komplikasi serta maut .
Keracunan berlaku apabila dos ubat-ubatan atau suplemen vitamin diambil secara
berlebihan untuk merawat penyakit seperti sakit jantung , darah tinggi dan diabetes .

Persekitaran .

Persekitaran melibatkan kawasan rumah dan luar rumah . Kebanyakan kejadian


keracunan berlaku di rumah . Menurut satu kajian , kes keracunan di kalangan kanak-
kanak lumrahnya berlaku di dapur ( 55%) , tandas ( 20%) dan bilik tidur (10%) . Kanak-
kanak menghadapi risiko yang tinggi kerana pembentukan hati dan ginjal yang belum
sempurna . Kawasan luar rumah melibatkan alam sekitar mengalami pencemaran
pelbagai bahan kimia toksin daripada sumber asli atau bahan buangan . Agen-agen ini
didapati dalam air , tanah , udara dan makanan . Pencemaran udara menjadi contoh yang
paling nyata . Karbon monoksida , hidrokarbon dan nitrogen dioksida adalah agen toksik
yang biasa terdapat di udara .

Kaedah pendedahan kepada keracunan .

Kaedah pendedahan atau penyerapan merujuk kepada cara di mana racun memasuki
tubuh . Ia dibahagikan kepada :

Pendedahan melalui mulut dengan menelan ( ingesi ) .

Keracunan sebegini kerap berlaku di kalangan kanak-kanak dan menjadi punca utama
dalam kejadian keracunan pestisid . Racun yang ditelan akan dibawa ke perut . Malah
sesetengah racun boleh menembusi dinding perut dan meresap ke dalam saluran darah .
Keracunan yang lebih serius akan dialami sekiranya racun berada lebih lama di usus yang
seterusnya banyak yang memasuki saluran darah . Keracunan tidak akan berlaku
sekiranya racun tidak menembusi dinding usus dan tidak dapat meresap ke dalam darah .
Sebaliknya , ia bergerak mengikut saluran usus dan keluar melalui najis . Sebagai
contoh , logam raksa .
Pendedahan melalui paru-paru dengan cara bernafas ke dalam mulut atau hidung .

Penghiduan racun berlaku semasa pengendalian bahan racun di dalam bangunan yang
kurang udara segar atau ketika penyemburan pestisid tanpa pemakaian pakaian lindung
diri secukupnya . Pengeluaran wasap beracun seperti karbon monoksida daripada alat
pemanas minyak atau bergas dan api boleh mencapai kepekatan tahap bahaya jika
sirkulasi udara tidak sempurna yang menyebabkan asap tidak dapat keluar .

Racun yang berada dalam paru-paru akan meresap ke dalam saluran darah dengan cepat .
Hal ini disebabkan ruang udara dalam paru-paru berdinding nipis dan mempunyai aliran
darah yang baik . Hanya zarah yang terlalu kecil boleh meresap ke dalam paru-paru
manakala zarah yang lebih besar akan tersekat di bahagian mulut , tekak dan hidung serta
berkemungkinan ditelan .

Pendedahan melalui kulit akibat sentuhan dengan cecair , semburan atau kabus .

Individu yang menggunakan pestisid boleh diracuni jika tersembur bahan tersebut ke atas
kulit ataupun memakai pakaian yang tercemar dengan bahan kimia . Ada sesetengah
racun yang boleh menembusi kulit . Kulit yang panas , basah , dan berpeluh lebih cepat
ditembusi berbanding kulit yang sejuk dan kering . Kulit yang rosak akibat terbakar atau
tercalar juga lebih cepat ditembusi berbanding kulit yang tidak rosak . Justeru ,
pembasuhan kulit disyorkan untuk mengeluarkan racun di samping mencegah kemasukan
dos beracun ke dalam tubuh .

Pendedahan dengan suntikan melalui kulit .

Suntikan melalui penggunaan jarum , pistol tekanan ( semasa melukis tatoo ) ataupun
gigitan atau sengatan serangga , ular berbisa dan ikan boleh menyebabkan keracunan .
Tindakan racun adalah lebih lambat sekiranya racun disuntik di bawah kulit atau ke
dalam otot . Hal ini disebabkan racun perlu menembusi beberapa lapisan tisu sebelum
sampai ke saluran darah . Suntikan secara terus ke dalam saluran darah mendatangkan
kesan yang lebih cepat . Sejurus selepas racun memasuki tubuh , racun akan disebarkan
ke seluruh bahagian tubuh . Implikasinya bergantung kepada jenis-jenis racun yang
terbabit .

Simptom keracunan .

Simptom-simptom dalam keracunan biasanya tidak khusus . Beberapa sistem organ


manusia mungkin terjejas pada satu masa bergantung kepada jenis bahan racun yang
terbabit . Pesakit akan menemui ajal sekiranya saluran darah tersekat , penekanan fungsi
pernafasan atau apabila mangsa tersedak dengan bahan racun yang masuk ke dalam paru-
paru . Sebab utama kematian akibat keracunan ialah kesukaran bernafas .

Kanak-kanak yang mengalami keracunan akan mempunyai tahap asid yang tinggi dalam
darahnya sekiranya punca lain tidak dapat dikenalpasti . Sekiranya kesukaran bernafas
berlaku , keracunan harus disyaki terutama apabila pesakit seorang yang tidak siuman ,
pesakit dikenalpasti mengalami stres yang teruk , koma atau pesakit muda yang
mengalami degupan jantung tidak menentu tanpa diketahui punca sebenar .

Senarai bahan-bahan berserta dengan simptom keracunan .

Ubat-ubatan

Antidepresi Sawan , nadi tidak menentu dan perlahan , koma , pengsan


(imipramine, triptylines ) pantas , pupil mata mengembang , kejutan .

Ubat sakit sendi seperti aspirin atau minyak Muntah-muntah , bernafas dalam – dalam dan pantas , dem
gosok panas yang mengandungi salisilat metil

Ubat selsema Pening , bingung , meracau , pergerakan terhuyung-hayang


(anthistamina ) kordinasi , pupil mata mengembang , kulit merah padam da
demam .

Ubat tidur/sawan yang mengandungi Tidak bernafas atau pernafasan yang perlahan , koma atau p
barbiturat

Ubat sakit jantung yang mengandungi Rasa loya , muntah-muntah , nadi tidak menentu dan perlah
digoksin demam .

Zat besi Muntah-muntah , kejutan .

Narkotik seperti morfin dan kodein dalam ubat Koma atau pengsan , tidak bernafas atau pernafasan yang p
batuk pupil mata mengecil .

Ubat penenang Pergerakan terhuyung-hayang , tiada kordinasi , tidak berna


pernafasan yang perlahan , koma atau pengsan , sawan .

Tumbuh-tumbuhan Simptom keracunan

Cendawan Muntah-muntah .

Kecubung Pupil mata mengembang , kulit merah padam , demam , nad


pantas , pening ,bingung , meracau , sawan .

Bahan-bahan yang disimpan di rumah Simptom keracunan

Bahan asid / alkali seperti pencuci longkang, Melepuh di bahagian mulut , rasa pedih / panas seperti terb
pengkakis bahagian mulut , perut , kejutan .

Peluntur-natrium hipoklorit Muntah-muntah , rasa pedih / panas seperti terbakar di baha


mulut , perut , kejutan .
Asid borik Rasa loya , muntah-muntah , kulit merah padam .

Kamfor Rasa loya , muntah-muntah , pening , bingung , meracau , s


kejutan .

Disinfektan-fenol Melepuh di bahagian mulut , rasa pedih / panas seperti terb


bahagian mulut , perut , pening , bingung , meracau , koma
pengsan , kejutan .

Minyak tanah dan cecair pemetik api Rasa loya , muntah-muntah , sukar bernafas .

Ubat gegat Rasa loya , muntah-muntah .

Pengilap perabot dan pelarut- penipis cat Muntah-muntah , sukar bernafas .

Turpentin Rasa pedih / panas seperti terbakar di bahagian mulut , peru


bernafas , pergerakan terhuyung-hayang , tiada kordinasi da
.

Penyembur-freon Kejutan .

Alkohol-metil, alkohol gosok Rasa loya , sakit kepala , koma atau pengsan .

Alkohol - minuman arak, minyak wangi Rasa pedih/ panas seperti terbakar di bahagian mulut , peru
sawan , koma atau pengsan .

Racun Makhluk Perosak Simptom keracunan

Racun serangga Hidrokarbon: klordane, Muntah-muntah , sakit kepala , pening , bingung , meracau
lindane sukar bernafas , nadi tidak menentu dan perlahan , kejutan .

Fosfat: diazinon, parathion Muntah-muntah , rasa pedih / panas seperti terbakar di baha
mulut , perut , pergerakan terhuyung-hayang , tiada kordina
tidak menentu dan perlahan , warna kebiruan di bahagian m

Fluorid-racun semut, lipas dan tikus Muntah-muntah , rasa pedih / panas seperti terbakar di baha
mulut , perut , tidak bernafas atau pernafasan yang perlahan
tidak menentu dan perlahan , sawan

Arsenik-racun tikus, herbisid Rasa loya , muntah-muntah , sakit kepala , kejutan .

Striknin-racun tikus Sawan , koma atau pengsan .

Karbon tetraklorid Muntah-muntah , tidak bernafas atau pernafasan yang perla


kejutan .
Gas Simptom keracunan

Karbon monoksid Sakit kepala , pening ,bingung ,meracau , koma atau pengsa
merah padam .

Sianid-fumigant Sakit kepala , muntah-muntah , sukar bernafas , nadi pantas


sawan , koma atau pengsan .

Bisa sengatan serangga Simptom keracunan

Himenoptera – lebah Sukar bernafas , rasa mual , muntah-muntah dan tekanan da


menurun yang boleh menyebabkan kematian .

Makanan tercemar Sakit perut , muntah dan cirit-birit selepas 3-24 jam terkem
Demam , muntah-muntah , lemah dan hilang selera makan
tempoh 6 jam .

Plumbum Kesakitan usus , abdomen , diarea , muntah teruk , tanda an


kurang selera makanan , garisan gusi kebiruan / hitam / keb
anggota lumpuh / lemah , halusinasi , seizur , koma , mungk
kematian .

Simptom Gastrousus dan Simptom Neurologi .

Simptom keracunan boleh dibahagikan kepada simptom gastrousus dan simptom


neurologi . Simptom gastrousus melibatkan penyakit radang lapisan perut dan usus .
Simptom utamanya ialah sakit bahagian perut , loya , muntah dan cirit – birit . Simptom
kerap muncul setelah satu - 6 jam setelah tertelan bahan kimia beracun .Simptom
neurologi melibatkan sistem saraf dengan simptom utamanya seperti gangguan
penglihatan , kebas-kebas dan lumpuh , kebingungan , halusinasi ( meracau ) dan koma .
Simptom ini muncul setelah beberapa jam mangsa tertelan bahan racun seperti raksa dan
cendawan beracun .

Pendekatan rawatan keracunan .

Antara pendekatan rawatan keracunan ialah bantuan sokongan yang bertujuan


menstabilkan keadaan mangsa diikuti pengeluaran racun daripada perut , usus di samping
pada kulit dan mata . Pendekatan seterusnya ialah pemberian penawarnya jika ada ,
penyingkiran bahan beracun yang telah diserap oleh tubuh dan rawatan sokongan serta
pemerhatian . Ia termasuk pengenalpastian sistem jantung , pernafasan , peredaran darah
dan aliran udara berfungsi dengan sempurna . Tindakan yang boleh diambil untuk
menangani keracunan bergantung kepada kaedah pendedahan kepada keracunan .
Racun yang ditelan .

Mangsa tidak harus diberi apa-apa melalui mulut sekiranya racun itu adalah kategori
ubat-ubatan sehinggalah nasihat doktor diperoleh terlebih dahulu . Mangsa harus
diberikan setengah gelas susu atau air biasa dengan segera sekiranya racun tersebut bahan
kimia yang digunakan dalam rumah ( umpamanya sabun ) melainkan sekiranya tidak
sedar diri , tidak berupaya menelan atau mengalami sawan . Ia bergantung kepada
kepekatan kandungan bahan pencuci dalam perut . Kanak-kanak disyorkan minum lebih
daripada 60 ml ( 1 cawan ) dan orang dewasa pula kurang 150 ml ( 2 .5 cawan ) . Mangsa
patut disuruh muntah jika keracunan melibatkan dadah , racun serangga dan tumbuhan
beracun . Mangsa keracunan produk petroleum dan produk kaustik tidak digalakkan
untuk muntah kerana mendatangkan kesan yang lebih buruk .

Racun yang dihidu ( asap / gas ) .

Tindakan segera ialah membawa mangsa ke kawasan lapang . Tingkap dan pintu harus
dibuka luas . Mangsa yang terhidu gas beracun seperti karbon tetraklorid harus
dipindahkan ke tempat berudara bersih atau segar . Kepala dan dada mangsa yang masih
sedar harus diangkatkan sedikit untuk memudahkan pernafasan . Pakaian ketat harus
dilonggarkan dan bantuan pernafasan diberikan jika mangsa tidak dapat bernafas dengan
baik sebelum pemerolehan bantuan lanjut . Kebiasaannya , mangsa keracunan gas perlu
diuruskan dengan cermat agar badannya tidak bergoncang . Sekiranya perlu , penolong
mangsa boleh menggunakan alat seperti topeng gas .

Racun yang terkena pada mata .

Biasanya , mata menjadi merah dan rasa pedih . Langkah yang diambil ialah mencuci
mata dengan menuangkan air suam dari bekas ( umpamanya gelas ) pada jarak 2-3 inci
dari mata . Langkah ini perlu dilakukan terus-menerus sekurang-kurangnya selama 15
minit . Mangsa harus mengelip - gelipkan mata seberapa banyak kali yang boleh .
Kelopak mata tidak harus dibuka apabila mata dibasahi dengan air . Seterusnya mangsa
dibawa ke hospital rawatan dan penilaian selanjutnya .

Racun yang terkena pada kulit .

Langkah segera ialah penanggalan pakaian yang tercemar diikuti pembilasan kulit dengan
sebanyak mungkin air selama sekurang-kurangnya 10 minit . Seterusnya , bahagian yang
terkena racun harus dicuci dengan sabun sekiranya kulit tidak melecur dan dijirus dengan
air sebelum rawatan lanjut di hospital .Sekiranya perlu , penolong mangsa boleh
menggunakan pakaian pelindung khusus ( sarung tangan ) .

Langkah-langkah rawatan awal bila berlaku keracunan .

Ubat-ubatan Rawatan awal


Antidepresi Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak seda
(imipramine, triptylines ) Ubat diri atau mengalami sawan .
tidur/sawan yang mengandungi Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air. Pernafasan
barbiturat bantuan diberikan jika perlu .

Ubat selsema Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak seda
(anthistamina ) diri atau mengalami sawan .

Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air .

Terapkan dengan air sejuk .

Ubat sakit jantung yang mengandungi Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak seda
digoksin diri atau mengalami sawan .
Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air.

Zat besi Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak seda
diri atau mengalami sawan .

Berikan campuran satu sudu teh natrium bikarbonat dalam ½ gelas


air .

Gunakan julap .

Narkotik seperti morfin dan kodein Pernafasan bantuan diberikan jika perlu .
dalam ubat batuk

Ubat penenang Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak seda
diri atau mengalami sawan .

Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air .

Gunakan julap .

Tumbuh-tumbuhan Rawatan awal

Cendawan Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak seda
diri atau mengalami sawan .

Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air.

Gunakan julap .

Kecubung Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak seda
diri atau mengalami sawan .
Terapkan dengan air sejuk .
Bahan-bahan yang disimpan di Rawatan awal
rumah

Bahan asid / alkali seperti pencuci Berikan air dan susu pada ketika ini .
longkang , pengkakis
Jiruskan air ke bahagian mata atau kulit jika terkena racun .

Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan mangsa keracun


muntah .

Peluntur-natrium hipoklorit Berikan air dan susu pada ketika ini .


Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan mangsa keracun
muntah .

Asid borik Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak seda
diri atau mengalami sawan .

Kamfor Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak seda
diri atau mengalami sawan .
Pernafasan bantuan diberikan jika perlu .

Disinfektan-fenol Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak seda
diri atau mengalami sawan .

Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air.

Gunakan julap .

Minyak tanah dan cecair pemetik api Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan mangsa keracun
muntah .

Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air.

Gunakan julap .

Ubat gegat Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak seda
diri atau mengalami sawan .

Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air.

Gunakan julap .

Pengilap perabot dan pelarut- penipis Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan mangsa keracunan
cat , turpentin muntah .
Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air.

Gunakan julap .

Penyembur-freon Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak seda
diri atau mengalami sawan .
Pernafasan bantuan diberikan jika perlu .

Alkohol-metil , alkohol gosok Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak seda
diri atau mengalami sawan .

Berikan campuran satu sudu teh natrium bikarbonat dalam ½ gelas


air .

Pernafasan bantuan diberikan jika perlu .

Alkohol - minuman arak, minyak Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak seda
wangi diri atau mengalami sawan .
Pernafasan bantuan diberikan jika perlu .

Racun Makhluk Perosak Rawatan awal

Racun serangga Hidrokarbon: klordane, Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan mangsa keracun
lindane muntah .

Gunakan julap .

Rawat kejutan .

Fosfat: diazinon, parathion Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak seda
diri atau mengalami sawan .

Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan mangsa keracun


muntah .

Rawat kejutan .

Pernafasan bantuan diberikan jika perlu .

Fluorid-racun semut, lipas dan tikus Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak seda
diri atau mengalami sawan .

Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan mangsa keracun


muntah .

Rawat kejutan .

Arsenik-racun tikus, herbisid Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak seda
diri atau mengalami sawan .
Gunakan julap .

Striknin-racun tikus Pernafasan bantuan diberikan jika perlu .

Karbon tetraklorid Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak seda
diri atau mengalami sawan .

Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan mangsa keracun


muntah .

Rawat kejutan .

Gas Rawatan awal

Karbon monoksid , sianid-fumigant Pernafasan bantuan diberikan jika perlu .

  Rawatan awal

Plumbum Penceghan pendedahan seterusnya . Doktor mungkin mempreskrib


ejen kelat Penicillamine untuk ikat plumbum dan menolong badan
mengumuhkannya pada kadar yang lebih cepat .

Pengkategorian jenis pendedahan dan implikasi rawatan .

Pendedahan kepada bahan racun boleh dibahagikan kepada tiga jenis . Kategori pertama
melibatkan pendedahan sebenar tetapi tidak memerlukan rawatan tertentu . Pengesahan
boleh dilakukan jika bahan tersebut bahan tidak toksik . Ia juga merangkumi keracunan
bahan toksik tetapi diambil pada amaun yang sedikit . Mangsa dalam kategori ini
biasanya tidak menunjukkan sebarang simptom . Adalah lebih baik jika mangsa
mendapat pengesahan doktor di hospital atau laporkan kepada Pusat Racun Negara .

Kategori kedua meliputi pendedahan keracunan yang boleh dirawat di rumah .


Pemahaman dan mengikut arahan doktor adalah penting . Keracunan kategori ini
dianggap minor dan tidak mengugat nyawa . Jenis bahan racun , jumlah dan simptomnya
perlu diketahui . Muntah merupakan alternatif terbaik jika bahan racun ditelan . Cara ini
popular di Amerika Syarikat kerana rawatan keracunan yang menjimatkan . Namun , di
Malaysia cara ini tidak digalakkan kerana permuntahan yang selamat belum dapat
dilakukan di rumah .

Kategori ketiga melibatkan pendedahan kepada bahan racun yang memerlukan rujukan
dari hospital untuk membolehkan pemeriksaan doktor . Kategori ini merangkumi kes-kes
keracunan yang disengajakan , jika simptom serius dijangkakan berlaku dan apabila
bahan racun yang diambil terlalu toksik .

Kesimpulan .

Pengenalpastian pengambilan bahan racun sebenar dalam kebanyakan kes keracunan


adalah rumit dan memakan masa . Pengesahan biasanya dibuat di hospital atau setelah
mangsa menemui ajal . Hal ini disebabkan ubat-ubatan tidak mencatatkan
kandungannya . Pencegahan adalah amat penting . Bahan racun patut dilabelkan dan
diletakkan dalam bekas yang asal dan perlu disimpan di tempat yang tidak dapat dicapai
oleh kanak-kanak . Sememangnya , kes keracunan harus dirujuk pada Pusat Racun
Negara dan doktor yang bertauliah . Antidot biasanya diambil untuk mengurangkan kesan
buruk sesuatu racun .

LAMPIRAN A .

Bahan-bahan kegunaan rumah tangga yang sering menyebabkan keracunan .

   
Sabun dan bahan pencuci Sabun dan bahan pencuci biasanya menyebabkan rasa tidak selesa da
terbakar pada kulit .

   
Kosmetik Bedak bayi boleh menyebabkan penyakit radang paru-paru yang seriu
Kebanyakan deodoran dan pewangi mengandungi alkohol yang tingg
sebanyak 90% . Ia boleh menyebabkan keracunan alkohol dalam ben
penindasan sistem saraf pusat , jika tertelan oleh kanak-kanak .

  Banyak kes terminum minyak tanah dan lain-lain bahan petroleum se


Hidrokarbon tidak sengaja . Ini berpunca daripada penggunan botol sebagai bekas
minuman .

   Ubat gegat atau naftalin seakan-akan gula-gula atau coklat sering dim
Ubat gegat kanak-kanak .

   
Racun serangga Aerosol racun serangga yang disimpan dalam tin yang tidak tahan
dan boleh meletup . Sesetengah kanak-kanak berupaya menyembu
dengan hanya menekan butang semburannya .

   Pengharaman beberapa keluaran pencil , krayon dan warna air ker


Pencil warna didapati mengandungi logam berat yang berlebihan pada awal 199
menunjukkan keracunan boleh berlaku terhadap kanak-kanak seko

  Ubat-ubatan aspirin dan ubat selsema seperti antihistamin merupak


Ubat-ubatan bahan yang biasa terdapat dirumah dalam pelbagai bentuk , saiz da
yang menarik seperti gula-gula atau coklat .

   Makanan yang telah dicemari oleh kuman tertentu boleh menyeba


Makanan tercemar keracunan yang parah . Sebagai contoh , bakteria seperti Staphyloc
Aureus , Salmonella , vibro cholerae dan bahan kimia seperti racun
racun perosak , cendawan berkulat dan makanan laut beracun .

   Tumbuh-tumbuhan banyak mengandungi bahan beracun .


Tumbuh-tumbuhan
Contohnya seperti pokok kecubung yang banyak terdapat di persek
kita . Pokok ini mengandungi racun alkaloida

belladonna yang mudah diperolehi di persekitaran kita .

Sumber : Dr. Rahmat Awang , 1996, Mengendalikan kes keracunan , Dewan Kosmik ,

Februari , hlm .39

BIBLIOGRAFI .

Dr. Mohamed Isa Abd. Majid . 1996 . Keracunan ubat-ubatan moden . Dewan Kosmik .

Mac : 38-39 & 48 .

Dr. Rahmat Awang . 1996 . Mengendalikan kes keracunan . Dewan Kosmik . Februari :

18 , 38 & 39 .

Kamilah Beran . 1996 . Bahaya bahan sediaan di rumah . Dewan Kosmik . November :

41-43 .

Rosman Ahmad . 1996 . Racun dan anda . Dewan Kosmik . Januari : 22-24 .

E.J. Ariens , E. Mutschler , A.M. Simanis .1986 . Toksikologi Umum : pengantar .


Yogyakarta : Gadjah Mada University Press .

Fokus : Racun dan Anda . 1998 . Buletin Utama Pusat Racun Negara , USM . 20 Mei

Internet . http://prn.usm.my/prnnet.html

1995 . Ensiklopedia Malaysiana ( Jilid 7 ) . Kuala Lumpur : Anzagain Sdn. Bhd.

1991 . The New Book Of Knowledge . Connecticut : Grolier Incorporated .

Apa yang patut anda lakukan semasa serangan asma?

 Ikut panduan pelan tindakan asma yang diberi.


 Dudukkan anak secara menegak dan tenangkan nya.
 Minta bantuan segera daripada orang sekeliling anda
 Untuk serangan yang tidak teruk beri anak ubat pelega 4 hingga 6 jam sekali atau bergantung
kepada gejalanya.
 Sekiranya anak anda perlu ubat pelega lebih kerap dan kurang dari 4 jam, bawa anak anda
berjumpa doctor dengan segera.
 Teruskan pemberian ubat pencegah seperti yang telah disarankan

[Atas]

Bagaimana mencegah serangan asma?

 Ambil ubat sebagaimana arahan doktor.


 Pesakit mesti sentiasa membawa ubat pelega pada setiap masa.
 Elakkan terdedah kepada faktor pencetus.
 Ambil ubat sebelum bersenam bagi mengelakkan serangan akibat bersenam
 Buat bacaan peak flow seperti arahan doktor.
 Ambil ubat pelega apabila mengalami asma yang ringan

Apa yang patut anda lakukan semasa serangan asma?

 Ikut panduan pelan tindakan asma yang diberi.


 Dudukkan anak secara menegak dan tenangkan nya.
 Minta bantuan segera daripada orang sekeliling anda
 Untuk serangan yang tidak teruk beri anak ubat pelega 4 hingga 6 jam sekali atau bergantung
kepada gejalanya.
 Sekiranya anak anda perlu ubat pelega lebih kerap dan kurang dari 4 jam, bawa anak anda
berjumpa doctor dengan segera.
 Teruskan pemberian ubat pencegah seperti yang telah disarankan

[Atas]

Bagaimana mencegah serangan asma?


 Ambil ubat sebagaimana arahan doktor.
 Pesakit mesti sentiasa membawa ubat pelega pada setiap masa.
 Elakkan terdedah kepada faktor pencetus.
 Ambil ubat sebelum bersenam bagi mengelakkan serangan akibat bersenam
 Buat bacaan peak flow seperti arahan doktor.
 Ambil ubat pelega apabila mengalami asma yang ringan
 Mata menjadi merah apabila salur-salur darah pada lapisan  yang menyelaputi bahagian
putih mata (konjunktiva) sesak atau membengkak, yang mengakibatkan lebih banyak lagi
darah mengalir ke bahagian itu dan menjadikannya kelihatan merah.

 Untuk Informasi Lanjut, Sila Klik Sini.....

 Keadaan-keadaan Umum
Penting
Pengendalian kendiri mata merah yang mudah
Pengguanan ubat-ubat mata
Tabiat-tabiat untuk diikuti
Elakkan

 Keadaan-keadaan Umum

  Konjuktivitis iritasi, kimia atau toksik – Ini disebabkan oleh iritasi dari habuk,
tembakau, 
    klorin dari kolam mandi, minuman beralkohol yang melampau, pancaran matahari
atau 
    menggosok. Gejala-gejala - gatal, pengeluaran air mata dan kadang-kala terasa
seperti 
    terdapat pasir.
 Konjunktivitis Alahan – Disebakan oleh bahan alah di udara, alahan kepada kosmetik,
bulu
    dari haiwan peliharaaan dll.  Mata menjadi terlalu sakit/pedih dan gatal serta mula 
    mengeluarkan air mata. Lazimnya, ia disertai oleh bersin, terengah-engah dan ruam
pada 
    kulit. 
 Mata yang dijangkiti (Konjunktivitis berjangkit) – Konjunktivitis jenis ini adalah
disebabkan 
    oleh jangkitan bakteria atau virus.  Mata terlekat bersama, terutamanya apabila
bangun 
    dari tidur di awal pagi. Terdapat nanah dan rasa pedih dan berpasir. Konjunktivitis
jenis ini 
    boleh merebak kepada ahli-ahli keluarga dan kenalan-kenalan yang lain.  
 Mata yang kering. Ini disebabkan olah kurangnya penghasilan air mata yang
mencukupi. Ia     lebih biasa dijumpai pada warga tua dan boleh disebabkan oleh
pengambilan ubat-ubat 
    tertentu. Mata yang merah tidak harus diabaikan. Anda harus dirawat. Runding
dengan     doktor atau pegawai farmasi anda.
 Penting

 Oleh kerana mata merah boleh menjadi tanda amaran untuk penyakit-penyakit mata
yang serius, runding dengan seorang doktor jika mana-mana keadaan yang biasa
berlanjutan melebihi dua hari atau jika terdapat mana-mana di antara gejala-gejala
berikut :-

  Ketidakselesaan di cahaya terang (fotofobia).


 Pandangan yang kabur.
 Kemerahan serta-merta sekeliling iris (bahagian mata yang hitam) berbanding seluruh
bahagian putih pada mata.
 Sakit .
 Pengeluaran nanah. 
 Pengendalian kendiri mata merah yang mudah

  Rehatkan mata dan elakkan cahaya terang.


 Masukkan beberapa titisan ubat titis mata untuk melegakan kepedihan atau iritasi
(runding 
    dengan pegawai farmasi anda).
 Mata yang kering – jika mata masih kering untuk 3 hari walaupun dengan penggunaan
ubat     titis mata selepas berunding dengan pegawai farmasi anda, runding dengan
doktor anda.
 Pengguanan ubat-ubat mata

  Bersihkan mata.
 Basuh tangan.
 Dongakkan kepala ke belakang.
 Tarik kelopak mata ke bawah.
 Pandang ke atas dan titiskan satu titis. Untuk salap, picitkan lebih kurang 4mm.
Jangan 
    biarkan bekas menyentuh mata. Letakkan salap pada sudut dalaman mata.
 Tutup mata secara lembut untuk beberapa minit.
 Basuh tangan semula.
 Tabiat-tabiat untuk diikuti

  Pakai cermin mata berenang di kolam yang berklorin atau kotor.


 Pakai cermin mata gelap untuk melindungi dari pancaran matahari yang terang.
 Gunakan kawasan tidak merokok di restoran-restoran, kapal terbang dan di tempat
kerja.
 Cuba kenalpasti dan elakkan benda-benda yang menyebabkan alahan.
 Organisma boleh membiak di dalam produk mata yang terbuka. Jangan gunakan
cecair     dan salap yang telahpun dibuka melebihi sebulan, kecuali dinasihat sebaliknya
oleh 
    pegawai farmasi anda.
 Elakkan

  Menggosok mata anda.


 Merokok dan bilik yang berisi asap.
 Menggunakan produk mata yang dipreskripsi untuk orang lain.
 Pengambilan minuman beralkohol yang melampau
 Mengabaikan gejala-gejala yang serius.
 Jaga diri anda dan penglihatan anda.

You might also like