You are on page 1of 15

SOLAT JAMAK DAN

QASAR
Disediakan oleh : En. Muhamad Muhaimi Bin Yazid
PENDAHULUAN

 SOLAT merupakan ibadah yang paling penting


kepada setiap muslim dan ia wajib dilaksanakan
walau di manapun kita berada mengikut cara yang
tertentu.

 Dengansifat Ar-Rahman & Ar-Rahim Allah taala,


maka kita diberikan RUKHSAH (kelonggaran &
kemudahan) apabila kita bermusafir.
PENGERTIAN RUKHSAH SOLAT
 Rukhsah Solat ialah :-
 Kemudahan @ keringanan yang diberikan kepada orang yang
bermusafir untuk menunaikan solat dengan cara QASAR dan
JAMAK.

 HUKUM :-
 Seorang yang bermusafir ke destinasi yang jauh
DIHARUSKAN menunaikan solat fardhu dengan
secara Qasar dan Jamak atau kedua-duanya sekali.

RUKHSAH SOLAT

QASAR QASAR & JAMAK JAMAK


DALIL KEHARUSAN SOLAT QASAR &
JAMAK
،‫ غزوت مع رسول هللا وشهدت معه الفتح‬: ‫ عن عمران بن حصين قال‬
‫ ”يا أهل‬: ‫ فيقول‬،‫فأقام بمكة ثماني عشرة ليلة ال يصلي إال ركعتين‬
“‫البدر صلوا أربعا ً فإننا قوم سفر‬
 (‫بو داود‬l‫ أ‬l‫ه‬l‫)روا‬
 Maksudnya : daripada umar bin husain berkata : aku bersama
Rasullullah, dan aku juga hadir bersama ketika permbukaan
Kota Makkah. Baginda telah tinggal di Makkah selama 18
hari dan dengan hanya bersolat dua rakaat. Lalu baginda
bersabda : “Wahai ahli Badar, solatlah kamu dengan empat
rakaat (sempurna), kerana sesungguhnya kami semua adalah
orang yang bermusafir. (hadith riwayat Abu
Dawud)
KEMUDAHAN SOLAT JAMAK & QASAR

 Jamak dari segi BAHASA :-


 Himpunan atau kumpul.
 Dari segi Istilah Syarak ialah :-
 Solat Jamak bermaksud, menghimpunkan dua solat fardhu dalam
satu waktu dengan syarat-syarat tertentu.

 Qasar dari segi BAHASA :-


 Pendek dan ringkas
 Dari segi Istilah Syarak ialah :-
 Solat Qasar bermaksud memendekkan solat empat rakaan menjadi
dua rakaat.
SYARAT-SYARAT PERJALANAN YANG
DIHARUSKAN JAMAK & QASAR
 Bermusafir bukan bertujuan MAKSIAT
dan KEMUNGKARAN.
 DESTINASI yang dituju melebihi 2
marhalah (90KM).
 Mengetahui destinasi yang dituju.
PENGERTIAN
SOLAT JAMAK TAQDIM DAN
SOLAT JAMAK TAKHIR.

 JAMAK TAQDIM :-
 Menghimpunkan dua solat dalam waktu PERTAMA iaitu
menunaikan ZOHOR dengan ASAR di waktu ZOHOR
dan menunaikan MAGHRIB dengan ISYAK dalam waktu
MAGHRIB.

 JAMAK TAKHIR :-
 Menghimpunkan dua solat dalam waktu KEDUA iaitu
menunaikan ZOHOR dengan ASAR di waktu ASAR dan
menunaikan MAGHRIB dengan ISYAK dalam waktu
ISYAK.
SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK

JAMAK TAQDIM JAMAK TAKHIR

1. Dimulakan dengan solat waktunya


terdahulu iaitu : ZOHOR & 1. Berniat akan melakukan JAMAK
MAGHRIB. TAKHIR dalam waktu pertama :
ZOHOR / MAGHRIB)
* Berniat akan menunaikan Zohor @ Maghrib
2. Berniat JAMAK dalam solat yang pada waktu Asar @ Isyak.
PERTAMA

3 . ‫مـواـالة‬ ertinaya berturut-turutan


pada kedua-dua solat tersebut.
2. Masih dalam perjalanan sehingga
kedua-dua solat selesai ditunaikan.
4. Perjalanan masih berterusan sehingga
masuk waktu ke solat kedua.
SYARAT-SYARAT SOLAT QASAR

1. Hendaklah melepasi kawasan tempat tinggal @


bermukim
2. Tidak niat bermukim melebihi 4 hari termasuk
perjalanan pergi dan balik

3. Tidak berimam dengan imam yang sempurna


RAKAAT nya.
4. Masih dalam keadaan musafir ketika mengerjakan
solat QASAR
CARA-CARA MENUNAIKAN
SOLAT JAMAK QASAR DAN JAMAK TAQDIM
 Berniat JAMAK ketika solat PERTAMA. Contohnya :

 1. Lafaz Niat SOLAT JAMAK TAQDIM & QASAR antara


fardhu ZOHOR dan ASAR. (m/s 148)
 2. Lafaz niat SOLAT JAMAK TAQDIM & QASAR antara
fardhu MAGHRIB dan ISYA. (m/s 148)

 Didahulukan solat waktunya TERDAHULU daripada solat


yang KEDUA.
 Mesti berturutan iaitu setelah menunaikan solat PERTAMA,
terus menunaikan solat yang ke dua.
CARA-CARA MENUNAIKAN
SOLAT JAMAK QASAR DAN JAMAK TAKHIR
 Berniat JAMAK ketika solat PERTAMA. Contohnya :

 1. Lafaz Niat SOLAT JAMAK TAKHIR & QASAR antara


fardhu ASAR dan ZOHOR. (m/s 149)
 2. Lafaz niat SOLAT JAMAK TAQDIM & QASAR antara
fardhu ISYA dan MAGHRIB. (m/s 149)

 Berkekalan masa musafir sehingga selesai SOLAT yang


KEDUA.
HIKMAH PENSYARIATAN
SOLAT QASAR & JAMAK
 Memberi keringanan kepada ummat islam untuk
menunaikan solat fardhu ketika dalam perjalanan
dengan mudah dan senang.
 Tanda kasih sayang Allah kepada ummat Nabi
Muhammad s.a.w.
 Supaya dapat melaksanakan fardhu solat yang begitu
penting dan tidak boleh ditinggalkan walau apa keadaan
sekalipun.
 Menggalakkan ummat islam bermusafir dan berjalan di
muka bumi Allah ini untuk menjalankan kehidupan
dengan lebih sempurna.
LATIHAN ULANGKAJI
 Berikan pengertian RUKHSAH SOLAT dengan jelas.
 Nyatakan 3 syarat-syarat perjalanan yang diharuskan
menunaikan solat dengan cara Qasar dan Jamak.
 Terangkan 3 syarat sah Solat Jamak Taqdim dan 2 syarat
sah Jamak Takhir.
 Tuliskan dalil yang menunjukan keharusan beramal
dengan solat Qasar dan Jamak.
 Berikan 3 hikmah dari pensyariatan solat Qosar dan
Jamak.
SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like