You are on page 1of 26

PENGENALAN

Pembangunan organisasi adalah satukonsep pengurusan pendidikan yang bertujuan


memperbaiki keadaan organisasi sekolah secara komprehensif. Pembangunan ini
meliputi dimensi pengurusan, kurikulum, kokurikulum, profesionalisme guru, dan
hubungan komuniti, Konsep ini bukanlah satu perkara baru, Di Malaysia, konsep ini
telah digunakan dengan pesat pada tahun 1960-an dan 1970-an. Pada lingkungan
beberapa tahun tersebut berlakunya proses pembinaan negara melalui reformasi
sistem pendidikan, struktur pendidikan, dan kurikulum sejajar dengan keperluan
pengisian Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Issues inPembangunan organisasi sekolah terus berlaku pada tahun 1980an dan 1990-
an, tetapi penekanan diberi kepada inovasi kurikulum dan petluasan penggunaan
komputer dan teknologi maklumat dalam proses pendidikan. Arus pembangunan
dalam sistem pendidikan dalam dua dekad tersebut menjurus kepada pengisian dasar
pembangunan sumber manusia dalam konteks pelaksanaan pelbagai dasar yang
dianjurkan oleh Laporan Kabinet (1979) dan Dasar Perindustrian Negara.
Pada sudut makro, pembangunan sistem pendidikan telah berlaku dengan baik
dan pada kadar yang menjurus kepada sasaran yang dirangkakan oleh Rancangan
Malaysia Pertama hinggalah Ketujuh. Namun pada sudut mikro, iaitu peringkat
dalaman sekolah, banyak program pembangunan boleh dilaksanakan bagi
mempertingkatkan kualiti organisasi sekolah. Inovasi pengurusan bagi pembangunan
organisasi sekolah masih perlu dilaksanakan oleh semua sekolah kerana keadaan
organisasi sekolah di Malaysia masih belum setaraf dengan beberapa sekolah di
negara maju. Kekurangan usaha inovasi bagi pembangunan organisasi sekolahmungkin
bersangkut-paut dengan fenomena pemusatan yang sentiasa menampilkan
kekuasaan birokrasi dari atas ke bawah. Namun itu hanyalah sebahagian daripada
pelbagai faktor yang mengekang pembangunan sistem pendidikan di negara ini.
Birokrasi ialah satu konsep pentadbiran yang menegaskan pembahagian kerja
mengikut bidang, dan juga pembahagian kerja mengikut tatatingkat dan
tarafkedudukan jawatan dan kuasa. Birokrasi juga ditandai oleh aliran arahan dan
maklumat daripada peringkat atas ke peringkat bawah dalam struktur pentadbiran.
Saiz serta kompleksiti birokrasi bertambah besar mengikut peredaran masa.
Sungguhpun birokrasi adalah baik sebagai satu sistem pentadbiran yang sistematik
dan koheren, tetapi apa yang menjadi kemusykilan kebanyakan orang ialah semakin
saiz dan kompleksiti birokrasi bertambah, maka sernakin lambatlah pemprosesan
berbagai-bagai perkara, dari hal pesanan barangan sehinggalah kepadahal kenaikan
gaji dan pangkat. lnilah kelemahan utama birokrasi,
Masalah Pendidikan,

Dengan kelemahan itu, kebanyakan orang mempunyai persepsi negatif


terhadap birokrasi, dan beberapa konsep baru dianjurkan oleh para pentadbir yang
kreatif untuk mengurangkan kecerewetan birokrasi. Antara konsep baru ialah
uraipemusatan, pengurusan berasaskan organisasi setempat, dan perkasaan. Namun,
pe1bagai konsep baru ini lenyap perlahan-lahan ditelan oleh gergasi birokrasi yang
tidak mahu menerima perubahan dan inovasi.
Artikel ini mencadangkan satu lagi inovasi baru, iaitu satu model yang
menggabungkan dan memperkukuhkan usaha pembangunan organisasi sekolah.
Model ini mendorong kepada pembangunan organisasi secara penyertaan demokratik
dan penggubalan strategi yang sistematik. Model tersebut ialah model dasar strategik
untuk peringkat organisasi atau mikro. Model ini sesuai untuk menangani sesuatu isu
dasar pendidikan seperti integrasi kaum, vandalisme di sekolah, dan kelemahan murid
dalam bahasa Inggeris. Birokrasi dan arahan dati pihak atasan tidak dapat
menyelesaikan isu dasar ini. Hanya pihak sekolah sendiri yang berkuasa menangani
isu yang sedemikian.
Dalam konteks sistem atau organisasi yang pelbagai, dasar bermakna keputusan
yang dibuat oleh pihak pengurusan organisasi dengan beberapa tujuan strategik, iaitu:
a) Memberi panduan ke arah sesuatu wawasan pembangunan.
b) Memantapkan kedudukan organisasi dalam arus perubahan.
c) Menyelesaikan masalah-masalah tertentu.
d) Mendisiplinkan manusia tentang erika dan tatasusila organisasi.
Dalam rnasyarakat demokrasi di Malaysia, pelbagai dasar boleh digubal oleh
organisasi pada beberapa peringkat sistem pentadbiran, sama ada dalam sektor awam
ataupun swasta. Dalam sistem pendidikan pula, sesebuah sekolah awam sendiri boleh
menggubal dan melaksanakan pe1bagai dasar mikro mereka sendiri. Hal ini adalah
kerana beberapa dasar pendidikan bersifat dinamik dan anjal, iaitu boleh diubahsuai
dan anjal mengikut konteks tempat, masa, dan budaya
Issues in Education, Volume 24,2001
18
masyarakat. Namun demikian, semua dasar mikro yang dilaksanakan pada peringkat
sekolah sewajamya sejajar dengan pelbagai dasar makro pada peringkat kebangsaan.
Pelbagai dasar strategik dalam pengurusan berasaskan sekolah adalah
beberapa dasar yang digubal oleh pihak sekolah secara kolektif, iaitu bersama guru,
pentadbir, murid, dan ibu bapa untuk mencapai mana-mana empat tujuan yang
dinyatakan pada perenggan kedua sebelum ini, Tujuan yang kerap menjadi sasaran
dasar strategik di sekolah ialah mengenai penyelesaian beberapa masalah tertentu,
seperti masalah pinjaman buku teks, masalah pengangkutan murid, masalah prestasi
sains dan matematik yang rendah, dan masalah kelemahan penguasaan bahasa
Inggeris.
Walau bagaimanapun, dalam konteks tujuan pembangunan sekolah, pelbagai
dasar strategik boleh digubal oleh pihak sekolah, Dasar tersebut perlu berbentuk
inovasi baru demi membina sckolah yang berdaya maju, progresif, dan cemerlang.
Contoh dasar pembangunan ialah dasar literasi komputer, dasar pusat sumber sains
dan matematik sekolah, dasar pengajaran berpasukan, dasar pembelajaran ala kuliah
untuk menengah atas, dasar pembelajaran secara penyelidikan untuk sekolah
mcnengah, dan dasar pembelajaran pemikiran logik dan kritikal untuk mencngah atas,
Dalam konteks tujuan etika dan tatasusila organisasi pula, pelbagai dasar
strategik berfokus kepada usaha membina warga sekolah yang berhemah mulia perlu
digubal. Contohnya ialah dasar kerjasama polis dengan sekolah, dan dasar penyertaan
pelbagai pasukan kadet seperti kadet polis, bomba, tentera, dan bulan sabit. Matlamat
dasar seperti ini ialah untuk meningkatkan disiplin murid dan guru secara terus, dan
seterusnya memudahkan pembinaan budaya berhemah tinggi di sekolah. Faedahnya
pula ialah beban dan tanggungjawab pembinaan disiplin sekolah dipikul oleh ramai,
bukannya oleh beberapa orang guru dan pengawas sekolah.
Masalah Pendidikan ,Jilid 24, 2001
19
Dalam konteks tujuan penyesuaian organisasi dalam arus perubahan pula, dasar
strategik berfokus kepada menyerlahkan peranan dan organisasi dalam menghadapi
cabaran, persaingan, atau ancaman daripada persekitaran luar ataupun dalaman harus
difikirkan. Contohnya, dasar pembe1ajaran teknologi multimedia, dasar kehidupan
tanpa AIDS, dan dasar pendidikan pelbagai budaya (multicultural education) boleh
digubal bagi mencapai matlamat tersebut
PROSES PEMBUATAN DASAR STARTEGIK BERASASKAN SEKOLAH
Proses bermakna penggembelingan perkara, sumber, dan tindakan untuk
membuahkan hasil yang tertentu tertentu. Oleh itu, proses dasar strategik ialah
penggembelingan perkara, sumber, dan tindakan untuk memperoleh hasil yang
tertentu. Di sinilah letaknya konsep teras dasar, iaitu sesuatu dasar yang dilaksanakan
oleh pihak pelaksana mesti mengenai kumpulan sasaran yang sewajarnya menerima
faedah. Dasar yang baik membuahkan faedah yang maksimum dalam jangka panjang
kepada organisasi, dan dasar yang tidak baik ialah dasar yang tidak mendatangkan
faedah serta menimbulkan pelbagai masalah lain.
Pembuatan dasar yang baik mesti memenuhi kriteria yang berikut:
a) Penyertaan wakil-wakil yang pe1bagai.
b) Pembentukan beberapa jawatankuasa.
c) Perbincangan mengenai isu dasar berdasarkan pelbagai fakta.
d) Perbincangan dan pen~tapan nilai utama dalam isu dasar,
e) Mengenalpasti jenis dan sifat masalah di sebalik isu dasar,
f) Merangka beberapa strategi alternatif tindakan untuk sesuatu masalah,
g) Menjangka aras kejayaan sesuatu strategi altematif tindakan.
h) Membuat anggaran kos dan faedah.
Penyertaan wakil daripada pelbagai kumpulan manusia dalam sekolah adalah
bersandarkan konsep demokrasi. Pandangan dan kritikan daripada pelbagai kumpulan
boleh menimbulkan berbagai idea
Issues in Education, Volume 24, 2001
20
dan juga memurnikan sesuatu ketctapan dasar, atau memperbanyakkan pendekatan
dan strategi pelaksanaan dasar, Selain daripada itu, pelbagai kumpulan, khususnya
yang terdiri daripada kumpulan sasaran akan membawa nilai, motif, dan fakta yang
peIbagai dalam sesi perbincangan penggubalan dasar. Contoh kumpulan sasaran ialah
guru baru, mutid nakal, kctua panitia, dan guru penasihat. Contoh nilai pula ialah nilai
profesionalisme, nilai hormat, dan nilai persaingan.
Pembentukan beberapa jawatankuasa teknikal bertujuan membahagikan kerja
dalam komponen penggubalan dasar, pelaksanaan dasar, dan penilaian dasar perlu
dilakukan. Sebagai contoh penubuhan beberapa jawatankuasa penting seperti
jawatankuasa kewangan, disiplin, kurikulum, kokurikulum, kantin, perhubungan,
penyelidikan atau penyiasatan, peperiksaan, dan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG)
perlu dilakukan. Penyertaan beberapa jawatankuasa tersebut boleh juga membina
pemerkasaan, sumbang saran dan semangat partisipatif
Perbincangan isu-isu dasar, khususnya oleh pelbagai kumpulan dan
jawatankuasa, mestilah berasaskan fakta-fakra agar julat dan darjah sesuatu isu dapat
dikenalpasti setepat mungkin. Hal ini boleh menolak andaian dan prejudis dan
seterusnya memberikan justifikasi yang kukuh bagi pelaksanaan sesuatu dasar,
Antaranya ialah pelbagai persoalan penting dalam perbincangan boleh dikemukakan
seperti: Apakah isunya? Berapa ramai yang terlibat? Sudah berapa lamakah isu
tersebut wujud? Apakah masalah di sebalik isu tersebut? Apakah faktor yang
menyebabkan isu tersebut timbul?
Sesuatu dasar yang hendak digubal mestilah mempunyai matlamatnya dan
seterusnya nilai penting di sebalik matlamat berkenaan, Misalnya, matlamat membina
sekolah yang selamat berkait dengan nilai seperti kebersihan, kecermatan
pemeriksaan penggunaan e1ektrik, pemadam api, bahan makanan, dan kepekaan
terhadap aduan yag diterima. Matlamat meningkatkan kefasihan bahasa Inggeris pula
berkait dengan nilai komersial, ketrampilan diri, dan globalisasi. Nilai yang dikenal
pasti menjadi panduan keutamaan pada masa memilih
Masalah Pendidikan, Jilid 24, 2001
25
Rajah 1 di atas menunjukkan model kitaran dasar strategik, yang mempunyai
tiga peringkat asas, iaitu peringkat penggubalan dasar, peringkat pelaksanaan dasar,
dan peringkat penilaian dasar. Petingkat penggubalan ialah petingkat yang paling
besar dan rumit, dan peringkat ini meliputi aspek perbincangan isu dasar hinggalah
kepada penaksiran kejayaan pelaksanaan dasar. Aspek mengenal pasti masalah dan
pelbagai faktor berkaitan memerlukan ketelitian agar pelaksanaan dasar mengenai
sasarannya. Selain daripada itu, strategi pelaksanaan juga memerlukan ketelitian agar
prosedur kerja boleh dibuat secara berperingkat-peringkat dan sistematik. Strategi
diperolehi melalui analisis SWOT (Strength, Weakness, Opportunities, Threats)
untuk sesetengah organisasi pendidikan. Bagi organisasi sekolah contohnya, strategi
jangka pendek ialah jenis tindakan untuk tempoh antara satu bulan hingga dua tahun,
dan strategi jangka panjang ialah jenis tindakan untuk tempoh antara riga hingga lima
tahun.
Peringkat pelaksanaan dasar pula terdiri daripada menggerakkan pelbagai
pihak yang terlibat seperti PIBG, ketua panitia, guru, dan murid. Pelaksanaan dasar
juga melibatkan penggunaan wang, oleh itu pentadbir sekolah wajar sekali
mendapatkan bantuan dengan berbagai cara untuk menaja pelaksanaan dasar. Aspek
pemantauan wajar sekali diberi perhatian agar pelbagai halangan dapat dikenal pasti
dan diatasi oleh pelaksana dan tiada berlaku pembaziran kewangan. Halangan utama
ialah ketiadaan komitmen para guru dan murid untuk me1aksanakan sesuatu dasar,
Bagi mengatasi masalah ini kadangkala memerlukan pengetua sekolah bertindak
secara paksaan atau kolaboratif. Hal ini bergantung kepada tahap keseriusan
komitmen itu. Penyelesaian secara kolaboratif boleh dilakukan dengan membina
kumpulan aliran teras yang sentiasa menyakang tindakan inovatif pengetua. Namun
demikian, penggunaan elemen paksaan boleh menimbulkan tentangan di kalangan
guru. Hal ini kerana andaian penggunaan kuasa baleh menyelesaikan semua masalah
sekolah ialah satu andaian yang salah.
Issues in Education, Volume 24, 2001
26
Peringkat penilaian dasar strategik pula memberi perhatian terhadap penilaian
faedah kepada kumpulan sasaran, penilaian terhadap keberkesanan jentera
pelaksanaan menjalankan kerja, serta analisis terhadap kos-faedah. Penilaian wajar
mengambil kira faedah nyata dan tersirat dari segi jangka pendek dan jangka panjang.
Faedah tersirat biasanya sukar diukur tetapi dapat dilihat atau dikesan perubahannya
di kalangan warga sekolah. Sebagai contoh, perubahan keceriaan, perubahan
komitmen guru, dan perubahan sikap mood adalah beberapa faedah tersirat yang
sukar diukur oleh sesiapa pun, tetapi perubahan ini adalah perubahan yang positif dan
baik. Perubahan begini hanya boleh dianggarkan sahaja nilai wangnya dalarn
menaksir koskeberkesanan sesuatu dasar. Nilai nisbah kos-faedah dan kos--
keberkesanan yang tinggi menunjukkan pelaksanaan dasar yang mencapai tahap
tinggi dan dasar tersebut telah berjaya.
PENUTUP
Kemajuan dan pembangunan organisasi sekolah boleh berlaku dengan cara
melancarkan beberapa dasar strategik, iaitu dasar yang mengambil kira
perkembangan dan pelbagai isu luar dan dalam persekitaran sekolah. Keadaan
masyarakat global, negara, dan tempatan kerap berubah-ubah, khususnya dalam
bidang ekonomi, bahasa, dan budaya, sentiasa memaksa sekolah melakukan inovasi
agar proses pendidikan dan pengurusan sentiasa relevan dengan kehendak semasa,
Walau bagaimanapun, dasar strategik juga boleh berfokus kepada usaha-usaha
mengatasi kelemahan dan ancaman terhadap sesebuah sekolah. Antara kelemahan
utama sekolah sekarang ini ialah keadaan fizikal, prasarana, serta pusat sumber yang
daif, taraf penguasaan bahasa Inggeris yang rendah, taraf pencapaian matematik dan
sains yang rendah, dan kesesakan bilik darjah di sekolah ban dar. Ancaman terhadap
sekolah pula ialah seperti golongan perosak harta benda sekolah, akhbar yang
memburukkan guru sekolah, dan jenayah di sekolah. Pihak sekolah tidak wajar
berdiam diri terhadap ke1emahan dan ancaman berkenaan kerana hal tersebut boleh
merosakkan usaha
Masalah Pendidikan, Jilid 24, 2001
27
pembangunan sekolah dan pembangunan sumber manusia dalam proses pembinaan
negara yang maju. Berdiam diri bererti membiarkan masalah dan menunjukkan
kelemahan pengurusan sekolah. Hal ini akan menjadi ancaman yang menjerut warga
sekolah dari semasa ke semasa.
Sekolah wajar memakai metafora "organisasi sebagai organisme hidup", iaitu
sekolah sebagai institusi sosial yang sentiasa belajar memperbaiki keadaan diri
dengan cara mengatur sttategi untuk terus membina imej dan prestij yang cemerlang.
Hal ini kerana kemajuan dan pembangunan ialah sifat penting tamadun manusia.
Essuess Education, Volume 24, 2001
28
RUJUKAN
Azali Atan (2001). Inovasi pengurusan di kalangan pengetua di daerah
Muar, Johar. Kertas Projek Sarjana, Institut Pengetua, Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya.
Azizah Md Isa (2001). Persepsi guru-guru terhadap iklim organisasi
sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur. Kertas Projek
Sarjana, Institut Pengetua, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Bryson, J. M. (1991). Strategic planning for public and nonprofit organizations.
San Francisco: Jossey-Bass Publishers.
Institut Tadbiran Awam Negara (1994). Dasar-dasar pembangunan Malqysia,
Kuala Lumpur: INTAN.
Kaufman, R. (1992). Strategic planning plus: An organizational guide.
Newbury Park: Sage Publications.
Malaysia (1998). Akta Pendidikan 1996. Kuala Lumpur: International
Law Book Series:
Malaysia (1997). Peke/ding kemqjuan pentadbiran awamI991-1993. Kuala Lumpur:
International Law Book Series.
Malaysia (1979). Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkqji pelaksanaan dasar pelajaran.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Mauriel, J. J. (1989). Strategic leadership for school: Creating and sustaining productive change.
San Francisco: Jossey-Bass Publishers.
Schmuck, R. A., & Runkel, P J. (1994). The Handbook of organizational
defopment in (thools and college ( Prospect Heights' Waveland Press.
Smith, S. c., Mazzarella, J. A., & Piele, P. K. (1982). School leadership:
Handbook for survival. Eugene: ERIC, University of Oregon.
Sufean Hussin (1996). Pendidikan di Malqysia: S~jarah, sistem dan falsa/ah.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Wan Nab Wan Deraman (2001). Kepimpinan pengajaran guru besar sekolah di empat
buah sekolah berkesan di daerah Kinta, Perak. Kertas Projek Sarjana, Institut
Pengetua, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Weimer, D. V, & Vining, A. R. (1992). Policy analysis: Concepts and practice. (2nd ed.).
Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall.

Birokrasi ialah sebuah konsep sosiologi dan sains politik yang merujuk kepada cara bagaimanapun
pentadbiran melaksanakan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan yang sah secara sosial.
Pengurusan ini disifatkan dengan tatacara piawai, pembahagian tanggungjawab yang formal,
hierarki, dan hubungan tidak peribadi.

Weber mengemukakan sepuluh (10) ciri organisasi1, yaitu:


1.    Suatu organisasi terdiri dari hubungan-hubungan yang ditetapkan antara jabatan-jabatan. Blok-
blok bangunan dasar dari organisasi formal adalah jabatan-jabatan.
2.    Tujuan atau rencana organisasi terbagi ke dalam tugas-tugas, tugas-tugas tersebut disalurkan di
antara berbagai jabatan sebagai kewajiban resmi (job description).
3.    Kewenangan: melaksanakan kewajiban diberikan kepada jabatan (saat resmi menduduki sebuah
jabatan).
4.    Garis kewenangan dan jabatan diatur menurut suatu tatanan hierarkhis.
5.    Sistem aturan dan regulasi yang umum tetapi tegas yang ditetapkan secara formal, mengatur
tindakan-tindakan dan fungsi-fungsi jabatan dalam organisasi.
6.    Prosedur bersifat formal dan impersonal. Perlu adanya catatan tertulis demi kontinuitas,
keseragaman (uniformitas), dan untuk maksud-maksud transaksi.
7.    Adanya prosedur untuk menjalankan disiplin anggota.
8.    Anggota organisasi harus memisahkan kehidupan pribadi dan kehidupan organisasi.
9.    Pegawai yang dipilih utk bekerja berdasarkan kualifikasi teknis.
10.    Kenaikan jabatan berdasarkan senioritas dan prestasi kerja.

PERNYATAAN MASALAH (HIPOTESIS)

Sebagai sebuah jabatan yang penting dan besar dari segi saiz, bilangan anggotanya
dan taraf profesionalismenya. Sudah tentu pengurusan akan berhadapan dengan
kerenah pentadbiran khususnya sikap dan nilai sumber manusia yang bersifat positif
atau negatif . Namun dalam kajian ini kami akan menumpukan sikap dan nilai
pekerja dari perspektif negatif iaitu suatu sifat yang tidak selaras dengan peraturan
am dan kehendak organisasi. Akibat nilai-nilai negatif ini akan menjejas disiplin baik
dan kualiti pekerja serta mendorong pengurusan melakukan pemantauan dan
mengambil tindakan disiplin terhadap pekerjanya. Walau bagaimanapun, bagi
memudahkan kefahaman kajian ini, kami telah menggunakan istilah laporan tata
kelakuan (disiplin/tatatertib) sebagai mesej utama yang perlu dienkod dan didekod
serta menginterpretasi dokumen-dokumen bertulis yang telah dijadikan sebagai alat
saluran untuk mengkomunikasikan mesej yang telah diolah dan dijana kepada pihak
tertentu untuk tindakan. Manakala gangguan komunikasi ialah faktor penyumbang
menghalang bagi penyegeraan suatu tindakan seperti tempoh penyiasatan dan
tempoh menjawab dokumen-dokumen pertanyaan. Kajian ini adalah berbentuk
kualitatif dan bukan kuantitif di mana kumpulan kami tidak mengutamakan statistik
mengikut kes tetapi kami cuba menyampaikan bagaimana kes-kes dikendali, diurus
dan dikomunikasi dengan baik, cekap dan efektif berpandukan kepada pendekatan
pengurusan, kaedah, kuasa dan peraturan yang sedia ada?. Sehubungan dengan
itu, kumpulan kami telah menyedia satu set masalah yang mungkin dihadapi oleh
JKRS iaitu “JKR mempunyai tindakan tatatertib yang tertunggak implikasi daripada
prosedur dan peraturan yang perlu dilalui sesuai dengan sifat JKR sebuah
organisasi yang birokratik khususnya berkaitan dengan disiplin.” Benar atau tidaknya
andaian ini, akan terjawab dalam kesimpulan kami di perenggan akhir nanti.

SEJARAH PENUBUHAN ISN


Senator Dato’ Annuar Hj. Musa, Menteri Belia dan Sukan telah merasmikan bangunan ISN
pada 20 Oktober 1992. Penubuhan Institut ini adalah sejajar dengan Dasar Sukan Negara
yang diluluskan oleh kabinet pada 20 Januari 1988.
Tujuan Institut ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan sains sukan, perubatan sukan,
penyelidikan dan pembangunan serta pendidikan berterusan ke arah mencapai
kecemerlangan sukan negara. Bagi mengecapi matlamat ini, jurulatih, ahli sains sukan dan
penggiat sukan harus menggunakan pendekatan saintifik dalam menyediakan program
latihan bersistematik kepada atlet-atletnya.
Selain itu, Institut juga merupakan satu pusat sumber maklumat dalam memberi ilmu
bermanfaat kepada jurulatih-jurulatih negara seiring dengan fungsi ISN sebagai pusat
kecemerlangan sukan negara.
Sejarah Penubuhan ISN

 1983
o Kertas konsep asal penubuhan ISN (kertas kerja Lembaga Pengurus Bil.
14/83, agenda 3) di dalam Mesyuarat Lembaga Pengurus pada 28 Julai
1983.
o Kementerian Tanah & Wilayah mengenalpasti kawasan 200 ekar di Bukit Jalil
bagi pembinaan bangunan fizikal ISN.

 1988
o Penubuhan Institut ini adalah sejajar dengan Dasar Sukan Negara yang
diluluskan oleh Kabinet pada 20 Januari 1988.

 1992 – 1996
o Kerja pembinaan bermula 1 September 1992.
o Perasmian ISN dilakukan oleh YB. Dato’ Annuar Hj. Musa, Menteri Belia dan
Sukan ketika itu pada 20 Oktober 1992.
o Kemudahan dibina termasuk blok pentadbiran, sains sukan dan dewan
biomekanik, dewan latihan, asrama (termasuk dewan makan), gimnasium
serta trek latihan (balapan dan padang).
o Pewujudan fizikal ISN dipercepatkan selaras dengan pemilihan Kuala Lumpur
sebagai tuan rumah Sukan Komanwel Kali Ke-XVI, 1998.
o Pada 14 Mac 1996, ISN telah beroperasi secara sepenuhnya di Bukit Jalil,
Kuala Lumpur.

 2006 – 2007
o Pembangunan dan perluasan bangunan ISN dilaksanakan bagi menampung
penambahan pakar dan kepegawaian serta ruang makmal untuk tujuan ujian,
penyelidikan dan kajian saintifik.
o Kerja-kerja pembinaan Plaza ISN bermula 5 Disember 2005 dan siap pada 1
Mac 2007.
o Majlis Penyerahan Kunci Plaza ISN berlangsung pada 31 Mei 2007.

 25 April 2007
o YB. Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said, Menteri Belia dan Sukan pada
ketika itu telah memutuskan perubahan peranan dan fungsi ISN seperti
berikut:
 ISN sebagai satu entiti yang memberi fokus kepada penyelidikan,
perubatan dan sains sukan di Malaysia.
 Berperanan memberi perkhidmatan sokongan sehingga ke peringkat
akar umbi melalui kaedah saintifik.

SEJARAH SUKAN NEGARA MSN

Majlis Sukan Negara ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan
Negara (pindaan 1979). Pelancarannya secara rasmi telah dilakukan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk
Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.

Pada peringkat awal penubuhannya, program-program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di bawah kendalian

Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan(nama Kementerian


Belia Dan Sukan ketika itu). Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha
kolektif melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan
tanahair, majlis-majlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela serta orang perseorangan
telah diusahakan supaya mutu sukan negara dapat mencapai prestasi yang terbaik.

Selepas organisasi Majlis disusun semula pada tahun 1981, Majlis mula mengorak langkah dan seterusnya
mengembangkan program dan aktiviti sehinggalah apa yang dapat dilihat masa kini. Matlamat penubuhan Majlis
Sukan Negara Malaysia adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke
arah penggalakkan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di peringkat tertinggi.

Sukan Dari Perspektif Islam


Oleh Ahmad Muliady Ab. Majid

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- "Sukan adalah antara jihad umat Islam di
dunia ini". Agak pelik bunyi kenyataan ini, tetapi ia mempunyai pengertian
tersendiri.

"Ini kerana pengorbanan dan kesungguhan yang dicurahkan atlet demi untuk
mengharumkan nama negara di persada dunia sukan adalah satu bentuk jihad
walaupun ia tidak sehebat jihad di medan perang," demikian kata Ketua Unit Hal
Ehwal Islam Cawangan Khidmat Pengurusan Majlis Sukan Negara, Ustaz
Mohammad Hasnol Bakar.

Beliau menambah definisi jihad jangan disalah anggap kerana ia mempunyai


pengertian yang luas.

"Jihad dalam pengertian dunia moden sekarang ialah pengorbanan tenaga yang
dilakukan secara bersungguh-sungguh untuk mencapai kemakmuran dan
keunggulan yang mendatangkan manfaat kepada ummah.

"Dan sukan juga adalah salah satu bentuk jihad umat Islam di akhir zaman jika
kena dengan niatnya dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam," jelasnya
kepada Bernama.

Malah menurut Muhammad Hasnol, sejarah mencatit bahawa pemimpin agung


umat Islam iaitu Nabi Muhammad S.A.W sendiri pernah berdakwah mengunakan
medium sukan.

"Ini berlaku apabila Nabi telah dicabar beberapa kali oleh ahli gusti dari kaum
Quraish di Mekah yang bernama Rukanah Abu Yazid untuk bergusti dengannya
dan sanggup memeluk Islam jika Nabi mampu mengalahkannya dalam tiga
pusingan.

"Baginda menyahut cabaran itu dan kemudian menewaskan Rukanah. Ini secara
tidak langsung membuktikan bahawa umat Islam pada zaman itu mempunyai
kekuatan fizikal kerana mengamalkan aktiviti bersukan dalam kehidupan
mereka," katanya.

Menurut Muhammad Hasnol lagi, Nabi pernah menyertai sahabat-sahabatnya


untuk bermain panah malah pernah berlumba kuda dengan isteri baginda Siti
Aisyah.

"Bagaimanapun, batas-batas seperti pergaulan bebas antara lelaki dan wanita


sehingga mendatangkan kemudaratan pada jiwa, akal dan emosi perlulah
diambil berat agar ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam," katanya.

Menutup aurat juga dituntut untuk atlet Islam dan ini tidak menghalang atlet
yang menuntup aurat untuk bersaing dengan atlet lain dan mencapai
kemenangan, katanya.

Ini terbukti pada kejohanan Olimpik Beijing yang baru berlalu, di mana beberapa
atlet wanita dari negara Islam seperti Homa Hosseini dari Iran dan Shaimaa El-
Gammal dari Mesir, tetap menutup aurat mereka walaupun sedang bertarung.
Contoh lain ialah pelari dari Bahrin, Ruqaya al-Ghasara yang bertudung tetapi
masih mampu memenangi pingat emas ketika beraksi di Sukan Asia di Doha,
Qatar pada 2006.

Muhammad Hasnol berkata negara Islam perlu menggiatkan sukan di kalangan


rakyatnya sendiri dan menjadikan sukan untuk memajukan meraka di peringkat
antarabangsa.

"Walaupun negara Islam telah mewujudkan Sukan Perpaduan Negara Islam


yang mula diperkenalkan pada tahun 2005 di Arab Saudi, namun ia belum
mencapai tahap yang boleh dibanggakan oleh seluruh umat Islam," katanya.

-- BERNAMA

Kami menyediakan langganan  


berita melalui perkhidmatan Newswire.

Kembali Ke Atas

Pencapaian sukan negara, gema


1Malaysia
SEJAK sekian lama dari tahun 1950-an hingga kini, Malaysia melahirkan juara dalam arena
badminton antarabangsa, begitu juga dengan sukan hoki yang meletakkan negara sebagai
pasukan digeruni lawan dalam tahun 1970-an.

Sepanjang dekad kebelakangan ini, olahragawan dan olahragawati negara begitu menyinar
dalam sukan di peringkat antarabangsa seperti boling, boling padang, skuasy dan
kebelakangan ini, lumba berbasikal.

Sememangnya rakyat Malaysia, dari berbilang kaum dan agama serta juga fahaman politik
bersatu dengan satu tujuan dalam bidang sukan untuk melihat rakan senegara mencipta
nama di persada sukan antarabangsa.Itulah semangat 1Malaysia.

Tahun ini, semangat itu dilihat lebih menonjol dan berasaskan semangat itulah juga atlet
negara bermain bermatimatian untuk mendapatkan kemenangan buat negara.

Apabila Datuk Lee Chong Wei tewas di peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Dunia di
Hyderabad, India, satu negara merasai kekecewaan itu.

Bahkan apabila pemain skuasy wanita nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David tidak
berjaya dalam usaha melobi sukan berkenaan ke dalam Olimpik, kita turut terkilan.
Sikap cintakan negara juga telah menyuntik semangat Azizulhasni Awang membuktikan
dirinya jaguh pecut sukan lumba basikal Asia apabila menjuarai acara 200m pecut lelaki
pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Velodrom Tenggarong dekat Samarinda,
Kalimantan 16 Ogos lalu.

Begitu juga dengan semangat atlet OKU negara yang turut menyumbang pingat untuk
negara seperti yang ditunjukkan oleh atlet paralimpik kuartet 4X100 meter negara dan
perenang Zul Amirul Sidi serta keseluruhan persembahan cemerlang mereka pada Sukan
Para Asean kelima (KL 09).

Sukan suntik semangat 1Malaysia

Kalau dulu, laungan 'Malaysia Boleh' mengaum di belakang setiap atlet Malaysia, apakah
sorakan dan semangat '1Malaysia' berupaya menggantikan slogan ini dalam bidang sukan?

Persoalannya, bagaimanakah semangat itu dapat dibentuk menerusi bidang sukan?

Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Elyas Omar ialah Datuk Bandar yang dinamik
dalam usahanya menukarkan wajah Kuala Lumpur menjadi Bandar Sukan yang
membangun dan merupakan Datuk Bandar sewaktu negara menjadi tuan rumah Sukan
Komanwel ke-16 (KL'98).

Beliau sangat menyokong pandangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
yang mahu bidang sukan diberi penekanan kembali di peringkat sekolah.

Rasionalnya menurut Elyas, individu yang sering bersukan selalunya akan sihat tubuh
badan dan minda dan akan membawa kepada sikap sentiasa berfikiran positif.

"Ia menanamkan semangat kerjasama, tanggungjawab dan disiplin yang tinggi. Jika
bermain sebagai satu pasukan yang mewakili negara, perasaan sayangkan negara akan
timbul," katanya semasa ditemui selepas satu forum mengenai "Bermain dan Belajar:
Pembentukan Individu Yang Seimbang, anjuran Nestle Malaysia barubaru ini.

Justeru, beliau bersetuju bahawa sistem persekolahan adalah saluran terbaik untuk
melahirkan generasi yang cintakan negara. Ini juga sesuai untuk Gagasan 1Malaysia.

Bekas ratu trek

Bekas ratu trek negara Marina Chin yang ditemui pada forum yang sama berpendapat
bidang sukan bukan sekadar untuk melihat sejauh mana pencapaian seseorang individu
dalam meraih pingat untuk negara. Tetapi falsafah di sebaliknya ialah melahirkan individu
yang berkeyakinan, berpendidikan dan lebih menonjol berbanding anggota masyarakat yang
lain apabila berada di luar persekolahan.Jelas Pengetua Sekolah Sukan Bukit Jalil itu, sukan
ialah satu cabang yang mendidik dan membentuk keperibadian individu secara positif.

Pengalaman yang dilalui sebagai atlet negara banyak membentuk kesedaran dalam dirinya
tentang nilai yang diperoleh dalam sukan.

Tidak ada perbezaan kaum dalam sukan

Kata Marina, tidak ada perbezaan kaum dalam sukan. "Pada saya, apabila sedang berlatih
bersama-sama di atas padang dan apabila berada di luar negara untuk sesuatu
pertandingan, kita menjadi satu keluarga yang sering mengambil berat dan saling memberi
galakan antara satu sama lain.

“Di peringkat masyarakat pula, sukan dapat menggalakkan dan menaikkan semangat
pertandingan yang sekaligus membawa kepada interaksi sosial yang bermakna.

“Antara lain, ia membina kualiti fizikal dan moral masyarakat bahkan berjaya mewujudkan
suasana yang kondusif untuk memupuk hubungan komuniti yang lebih baik dalam pelbagai
kumpulan etnik di negara ini.

"Ketika inilah mereka dapat melupakan perbezaan etnik dan boleh bekerjasama sebagai
satu pasukan dengan satu azam," katanya.

Semangat patriotik akan terpamer dalam usaha para atlet negara mencapai kecemerlangan
di peringkat tertinggi dan kecemerlangan itu perlu dicapai dengan semangat kesukanan
yang tulen.

Jati diri

Bagi Marina, sebagai individu beliau percaya kepada jati diri yang terbentuk dalam bidang
sukan.

Sebagai seorang pendidik pula, beliau mengharapkan semua pihak terutamanya ibu bapa
mengubah cara berfikir mereka dalam masyarakat.

Bagi Marina, pengalaman membesar sebagai seorang atlet banyak menanam sikap
toleransi yang tinggi terhadap individu lain. Ini kerana, sewaktu bersukan, ia turut melibatkan
orang lain.

Secara tidak langsung mengajar beliau bagaimana untuk hidup bersama orang lain tanpa
mengira bangsa mahupun agama. Itulah semangat 1Malaysia. BERNAMA
Kejayaan meraih 40 pingat emas di Sukan Sea Vientiane baru-baru ini dan berakhirnya
penantian 20 tahun untuk emas pertama dari bola sepak memberi sebab untuk warga sukan
meraikan penghujung 2009 dengan penuh keceriaan.

Meskipun pelbagai suka duka ditempuhi, ditambah pula dengan ancaman Influenza A
(H1N1) yang turut menjejaskan program sukan sepanjang tahun ini, ia tidak menghalang baik
atlit mahupun penggiat sukan berusaha melakukan yang terbaik demi mengharumkan nama
negara.

Kejayaan di Sukan Sea dianggap kenangan paling manis apabila berjaya melepasi sasaran
awal 30 hingga 35 emas selepas kita ‘kehilangan’ separuh pingat emas yang menyumbang
kepada 68 pingat emas seperti yang dimiliki di Korat dua tahun sebelumnya. Hakikatnya,
Sukan Sea sering hadir dengan kejutan tersendiri.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong turut mengakui
perkara ini biarpun selepas ini cabaran lebih besar menanti untuk berdepan cabaran Sukan
Komanwel di New Delhi, Oktober depan apatah lagi beliau sendiri akan memikul beban
selaku Chef de Mission Sukan Asia di Guangzhou pada bulan berikutnya.

Menganggap pencapaian tahun ini cukup memuaskan meskipun ada yang tidak menepati
sasaran, beliau mahu pencapaian itu terus dipertingkatkan pada tahun mendatang.

“Selepas ini kita perlu meletakkan sasaran realistik khususnya untuk sukan berbentuk
subjektif seperti karate dan wushu. Kita mungkin tidak berpeluang dalam sukan terjun
berikutan dominasi China tetapi dalam acara seperti wushu, silat seni, karate juga poomsae
(taekwondo) peluang masih ada,” katanya.

Menurutnya secara keseluruhannya, pencapaian sukan lain masih memuaskan dan masih
unggul dalam acara lumba basikal, skuasy, bowling dan boling padang tetapi apa yang
membuat beliau kagum ialah pencapaian 40 atlit pelapis yang yang berjaya membawa satu
emas, lima perak dan tujuh gangsa di Sukan Sea, membayangkan sukan negara masih terus
mempunyai masa depan cerah.

Sepanjang 2009, nama besar seperti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David dan
Azizulhasni Awang terus gah dalam sukan masing-masing meskipun Chong Wei masih
berdepan prestasi tidak menentu manakala pemain England, Jenny Duncalf pula sudah
menemui ‘titik kelemahan’ Nicol apabila dua kali menewaskan pemain nombor satu dunia itu
tahun ini.

Hanya Azizulhasni kekal konsisten untuk meraih beberapa kejayaan, di sebalik kesibukan
menghadapi latihan dan pengajian di Melbourne hingga diangkat menjadi ‘anak emas’
Kementerian Belia dan Sukan juga MSN.

Selain itu, pelancaran program Road to London 2012, penyertaan Pasukan F1 1Malaysia
dalam Formula Satu tahun depan, kejayaan skuad paralimpik negara di Sukan Para Asean di
Kuala Lumpur antara peristiwa yang memacu harapan negara untuk lebih cemerlang dalam
bidang sukan selepas ini.
Apatah lagi, 2009 turut menyaksikan jawatan Menteri Belia dan Sukan bertukar tangan
apabila bekas Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mengambil alih tugas
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kini bertukar ke Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), April lalu.

Sebaik memegang posisi penuh mencabar itu, beliau terus hadir dengan tiga gagasan iaitu
menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat bersukan, menaikkan nama negara
menerusi pungutan pingat dan membangunkan sukan sebagai satu industri, dengan
berpaksikan kejayaan industri sukan di Amerika Syarikat dan Eropah.

Lanjutan itu, lahirlah Konvensyen Industri Sukan Malaysia (Kismas) yang akhirnya
mewujudkan direktori sukan kebangsaan. Turut memberi impak dalam hala tuju sukan negara
termasuklah Konvensyen Sukan Kebangsaan yang baru saja berakhir minggu lalu.

Seperti juga Zolkples, Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh
Kok Chi turut mengakui Sukan Sea adalah pencapaian yang cukup cemerlang tahun ini
apatah lagi selepas bola sepak berjaya membawa pulang pingat emas selepas begitu hebat
dikritik sebelum ini.

Malah Sukan Sea juga menurut beliau membuka mata terhadap kemampuan sebenar negara
dalam sukan mempertahankan diri dan menerusi penyertaan dalam Sukan Mempertahankan
Diri Asia banyak membantu mengasah kemampuan atlit biarpun selepas ini akan
digabungkan bersama Sukan Dalam Dewan Asia pada 2011.

Daripada 40 emas dimenangi, 13 diperolehi menerusi karate (5), silat (4), wushu (3) dan
taekwondo (1).

Cuma di sebalik kegemilangan itu, isu perbalahan di kalangan persatuan turut mencemari
kalendar 2009 menerusi pertelingkahan dikalangan atlit boling padang, isu Persatuan Pemain
Golf Profesional Malaysia (MPGA) dan tentu sekali masalah dalaman Persatuan Taekwondo
Malaysia (MTA) yang entah bila akan selesai.

“Memang akan sentiasa wujud pihak yang tidak berpuas hati tetapi dengan adanya
Pesuruhjaya Sukan dan MOM sendiri, kita akan berusaha membantu menyelesaikannya,”
kata Kok Chi.

Selain isu perbalahan persatuan, insiden bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
runtuh, Jun lalu serta beberapa insiden rusuhan penyokong bola sepak tempatan turut
dikenang antara peristiwa hitam dalam sejarah sukan negara 2009.

Begitupun ia diharapkan tidak menjejaskan semangat penggiat sukan negara untuk terus
memberikan yang terbaik untuk karier mereka juga kemajuan sukan negara amnya. Semoga
apa yang berlaku sepanjang 2009 mungkin boleh diambil iktibar untuk melakar 2010 yang
lebih cemerlang

Peranan Guru dalam Memacukan Pembangunan Sukan di Malaysia


Julismah Jani (Ph. D)
julismah@upsi.edu.my
Fakulti Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak
Kertas kerja yang telah dibentangkan di Konvensyen Sukan Antarabangsa Teluk Danga Mac, 2006 di Johor Bahru, Johor
Abstrak
Kerajaan Malaysia sangat perihatin terhadap pembangunan dan perkembangan sukan
diMalaysia. Jesteru itu, Dasar Sukan Negara telah digubal dengan menumpukan kepada
SukanMassa dan Sukan Prestasi Tinggi (Kementerian Belia dan Sukan, 1988). Dasar tersebut
bertujuan untuk membentuk masyarakat yang sihat dan cergas melalui penglibatan aktiviti
sukan ke arah mencapai kecemerlangan dalam sukan ke tahap tinggi. Strategi pelaksanaan
sukan massa dan sukan prestasi tinggi hendaklah dibangunkan serentak dengan pendekatan
serta tumpuan yang berbeza. Pendekatan bagi membangunkan sukan massa hendaklah
ditumpukan kepada pendidikan sukan. Pendekatan tersebut melibatkan sokongan daripada
semua pihak termasuk guru. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana peranan guru
dalam memacukan pembangunan sukan di Malaysia. Objektif kajian ialah mengenalpasti
tahap ilmu konten guru opsyen dan bukan opsyen dalam bidang sukan berdasarkan Sukatan
Pelajaran Pendidikan Jasmani Sekolah Menengah. Kajian ini turut mengkaji pelaksanaan
pengajaran guru opsyen dan bukan opsyen dalam Pendidikan Jasmani. Sampel kajian
melibatkan 189 orang guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani di tingkatan
satu
hingga lima sama ada opsyen atau bukan opsyen dalam bidang Pendidikan Jasmani di
sekolahsekolah
menengah Daerah Batang Padang, Perak. Keputusan kajian mendapati 96.0% guru
opsyen mempunyai ilmu konten pada tahap tinggi dan 4.0 % pada tahap sederhana. Bagi guru
bukan opsyen, seramai 2.9 % mempunyai ilmu konten pada tahap tinggi, 94.2% pada tahap
sederhana dan 2.9% pada tahap rendah. Kajian ini turut mendapati 90.0 % guru opsyen
mengajar lebih dari 50 peratus tajuk-tajuk bidang sukan berdasarkan Sukatan Pelajaran
Pendidikan Jasmani berbanding 6.4 % guru bukan opsyen. Seterusnya, sebanyak 24.5 % guru
bukan opsyen tidak mengajar tajuk bidang sukan dalam pelajaran Pendidikan Jasmani.
Dapatan
kajian ini menggambarkan bahawa pelajar di sekolah menengah yang dikaji tidak mendapat
pendidikan sukan yang meluas untuk menggalakkan penyertaan dalam sukan sepenuhnya
bagi
mencapai matlamat Dasar Sukan Negara khususnya sukan massa.
2
Pengenalan
Kerajaan Malaysia sangat perihatin terhadap pembangunan dan perkembangan sukan di
Malaysia. Kerajaan telah menyediakan prasarana sukan untuk kemudahan rakyat
menceburkan
diri dalam sukan dan dana bagi pertandingan peringkat kebangsaan hingga antarabangsa demi
pembangunan sosial dan kesejahteraan rakyat. Jesteru itu, Dasar Sukan Negara telah digubal
dengan menumpukan kepada Sukan Massa dan Sukan Prestasi Tinggi (Kementerian Belia
dan
Sukan, 1988).
Sukan massa merujuk kepada segala jenis sukan termasuk aktiviti rekreasi yang
berbentuk fizikal dan penglibatannya terbuka kepada semua peringkat masyarakat. Ia
merupakan sukan untuk semua bagi menggalakkan penyertaan yang luas bukan semata-mata
untuk pertandingan. Dasar sukan massa bertujuan untuk membentuk masyarakat yang sihat
dan cergas melalui penglibatan aktiviti sukan dan rekreasi. Pelbagai program yang
melibatkan
slogan “Malaysia Cergas” telah diusahakan oleh organisasi tertentu bagi menggalakkan
penyertaan serta kesedaran masyarakat terhadap faedah bersukan dan rekreasi.
Sukan prestasi tinggi merujuk kepada sukan pertandingan peringkat kebangsaan dan
antarabangsa. Dasar sukan prestasi tinggi menekankan pencapaian kecemerlangan atlet pada
tahap tinggi. Majlis Sukan Negara telah dipertanggungjawab menyelaraskan pembangunan
sukan prestasi tinggi.
Kejayaan pembangunan sukan negara perlu bermula dengan menggerakan masyarakat
aktif dalam sukan sebagai amalan dan budaya hidup mereka. Pendekatan menggerak dan
membudayakan sukan hendaklah ditumpukan kepada pendidikan sukan di peringkat sekolah.
Pendidikan sukan menitikberatkan pengajaran kemahiran, strategi dan pengetahuan tentang
sukan dan aktiviti kecergasan fizikal. Pendekatan tersebut melibatkan sokongan daripada
semua pihak termasuk guru. Peranan guru bukan semata-mata mengajar topik-topik pelajaran
yang ditentukan dalam sukatan pelajaran bidang masing-masing. Peranan guru ialah
menyampaikan ilmu pengetahuan dalam bidang kepakarannya melalui pelbagai pendekatan
mengajar untuk pelajar menimba pembelajaran secara berkesan. Hasil dari proses
pembelajaran yang berkesan, pelajar dapat meningkatkan kefahaman melalui proses kognisi,
membina kecekapan sesuatu kemahiran melalui pergerakan psikomotor dan menerapkan
nilainilai
afektif yang baik melalui aktiviti sosialisasi (Rink, 2002).
Persoalannya, bagaimanakah seseorang guru boleh berjaya dalam mewujudkan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan? Apakah formula atau model yang perlu ada
dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan? Mampukah seseorang guru
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan?
Persoalan tentang bagaimanakah seseorang guru boleh berjaya dalam mewujudkan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah apabila guru menguasai ilmu konten dan
ilmu pedagogi yang mantap dalam bidangnya. Formula atau model yang perlu ada dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah pendekatan-pendekatan yang
melibatkan penggabungjalinan ilmu konten dan ilmu pedagogi secara bersepadu dan
bermakna.
Kemampuan guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan boleh
3
direalisasikan sekiranya guru bermotivasi, kompiten dan komitmen terhadap bidang profesion
keguruan yang diceburinya. Guru Pendidikan Jasmani seharusnya pakar dalam pelbagai
bidang sukan dan kecergasan fizikal bagi menentukan bagaimana cara mereka
menyampaikan
ilmu dan sejauhmana murid belajar dalam satu-satu unit konten pelajaran. Salah satu aspek
penting pengajaran seseorang guru ialah penguasaan dalam teras pengetahuan mengajar
(knowledge based of teaching) secara interaktif dan mendalam.
Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana penguasaan guru dalam teras
pengetahuan mengajar khususnya ilmu konten serta pelaksanaan pengajaran dalam pelajaran
Pendidikan Jasmani sebagai peranan utama dalam memacukan pembangunan sukan di
Malaysia.
Teras pengetahuan mengajar bermaksud segala jenis pengetahuan yang perlu ada pada
seseorang guru untuk mengajar dengan berkesan dalam bidang pelajarannya di sekolah
(Shulman, 1987). Salah satu elemen teras pengetahuan mengajar ialah ilmu konten iaitu
pengetahuan tentang kandungan subjek bidang yang hendak di ajar. Christensen (1996)
melaporkan bahawa di negara Amerika, kebanyakan guru menggunakan elemen teras
pengetahuan dalam mengajar bagi program pendidikan yang dianjurkan oleh the National
Council on Accreditation for Teacher Education (NCATE). Kebaikan yang dapat dihasilkan
apabila guru menggunakan elemen-elemen teras pengetahuan dalam proses pengajarannya
ialah:
a). Guru dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai berdasarkan ilmu
konten, ilmu pedagogi am dan ilmu konten pedagogi ke arah mencapai objektif pelajaran.
b). Aktiviti-aktiviti pengajaran dilaksanakan dengan berkesan berdasarkan pengetahuan
dalam
kurikulum sekolah, pengetahuan tentang konteks pendidikan, pengetahuan tentang murid
dan ciri-ciri murid dan pengetahuan tentang matlamat pendidikan.
c). Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan dapat memotivasikan
murid dengan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti Pendidikan Jasmani.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperuntukan dua waktu seminggu bagi
pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah menengah dan masa bagi kegiatan
kokurikulum (bidang sukan) kepada pelajar. Pendidikan Jasmani adalah bidang ilmu yang
mengabungjalinkan aspek-aspek pendidikan melalui aktiviti pergerakan fizikal dalam sukan.
Matlamat Pendidikan Jasmani adalah ke arah pembinaan kecergasan diri pelajar melalui
amalan-amalan gaya hidup sihat serta menjadikan aktiviti kecergasan dan sukan sebagai
pendidikan sepanjang hayat (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999). Berdasarkan matlamat
tersebut, guru perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut sukatan pelajaran
dan disesuaikan dengan tahap kematangan dan kebolehan pelajar. Proses pengajaran dan
pembelajaran guru hendaklah bermakna dan berkesan dengan menguasai ilmu konten
pedagogi
pada tahap tinggi.
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 25/1998 memaklumkan bahawa mata pelajaran Pendidikan
Jasmani adalah mata pelajaran teras dan perlu dilaksanakan seperti yang diperuntukan dalam
Akta Pendidikan 1996. Pelaksanaan mata pelajaran tersebut hendaklah berlandaskan kepada
pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang terkandung di dalam Sukatan
Pelajaran
4
Pendidikan Jasmani melalui pergerakan fizikal. Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2001) disusun mengikut tiga tunjang utama iaitu Tunjang 1:
Kecergasan, Tunjang 2: Kemahiran, dan Tunjang 3: Kesukanan.
Tunjang Kecergasan memfokuskan kepada komponen kecergasan berasaskan kesihatan
dan perlakuan motor. Guru yang mempunyai ilmu konten dalam tunjang ini perlu menguasai
pengetahuan dan kemahiran dalam aspek daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot,
kekuatan,
kelenturan dan komposisi badan bagi komponen kecergasan berasaskan kesihatan. Bagi
komponen kecergasan berlandaskan perlakuan motor, guru perlu menguasai ilmu konten dan
kecekapan kemahiran dalam aspek koordinasi, imbangan, ketangkasan, kuasa, masa tindak
balas dan kepantasan.
Tunjang kedua iaitu Kemahiran adalah aktiviti-aktiviti belajar yang melibatkan pelajar
melakukan pergerakan lakuan motor asas seperti kemahiran-kemahiran dalam permainan
sukan, olahraga, gimnastik, pendidikan pergerakan, pergerakan kreatif dan rekreasi. Guru
perlu mempunyai pengetahuan yang lengkap dan cekap dalam melaksanakan
kemahirankemahiran
dalam permainan sukan, olahraga, gimnastik, pendidikan pergerakan, pergerakan
kreatif dan rekreasi.
Tunjang Kesukanan menumpukan kepada pendidikan dan amalan pelajar berkaitan
aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya, etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan
sukan. Bagi tunjang ini, guru perlu mempunyai ilmu konten yang dapat mengaitkan tunjang
tersebut dengan bidang lain seperti perubatan, pentadbiran, ekonomi, agama dan politik.
Penyataan Masalah
Mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah menengah sepatutnya diajar oleh
guruguru
yang berkelayakan dalam bidang Pendidikan Jasmani atau Sains Sukan (guru opsyen)
kerana mereka telah didedahkan dengan ilmu konten dan pedagogi semasa dalam kursus
pengajiannya. Namun demikian, masih terdapat guru-guru yang bukan dalam bidang
Pendidikan Jasmani atau Sains Sukan (guru bukan opsyen) diminta untuk mengajar mata
pelajaran tersebut. Perkara ini berlaku kerana kurangnya guru opsyen Pendidikan Jasmani di
sekolah-sekolah menengah. Tambahan, pihak sekolah masih beranggapan bahawa mata
pelajaran Pendidikan Jasmani boleh diajar oleh semua guru kerana mata pelajaran ini tidak
berunsur peperiksaan dan pendekatan mengajar lebih kepada bermain-main. Tanggapan
tersebut tidak berasas kerana peranan guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dalam
pelbagai pendekatan kepada murid untuk mereka menimba pembelajaran yang berkesan.
Persoalannya, adakah guru opsyen dan bukan opsyen yang mengajar mata pelajaran
Pendidikan Jasmani di sekolah menengah mempunyai ilmu konten dalam proses pengajaran
dan pembelajarannya? Justeru itu, kajian ini ingin mengenal pasti sejauh mana penguasaan
ilmu konten guru Pendidikan Jasmani (opsyen atau bukan opsyen) dan pelaksanaannya dalam
pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah menengah daerah Batang Padang, Perak.
5
Objektif Kajian
a). Mengenalpasti tahap ilmu konten guru opsyen dan bukan opsyen dalam bidang sukan
berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Sekolah Menengah di sekolah yang
dikaji.
b). Mengkaji sama ada wujud pelaksanaan pengajaran dalam bidang sukan bagi guru opsyen
dan bukan opsyen semasa pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah yang dikaji.
Kaedah Kajian
Rekabentuk kajian ini berupa deskriptif melalui kaedah survey. Konseptual kajian
memfokuskan kepada tahap penguasaan ilmu konten dan pelaksanaan mengajar guru opsyen
dan bukan opsyen dalam pelajaran Pendidikan Jasmani.
Alat ukur yang digunakan dalam kajian ini berupa soal selidik. Alat ukur tersebut
mengandungi tiga bahagian. Bahagian pertama mengandungi soalan-soalan tentang
demografi
responden (guru opsyen atau guru bukan opsyen dalam bidang Pendidikan Jasmani).
Bahagian
ini dapat memberikan maklumat latar belakang sama ada guru yang mengajar mata pelajaran
Pendidikan Jasmani adalah guru opsyen atau guru bukan opsyen dalam bidang Pendidikan
Jasmani serta pengalaman mengajar guru dalam bidang tersebut. Bahagian kedua dalam soal
selidik ini merupakan soalan-soalan yang mengandungi elemen ilmu konten. Soalan-soalan
ini
memberi gambaran sejauh mana tahap penguasaan ilmu konten guru sama ada opsyen atau
bukan opsyen dalam bidang Pendidikan Jasmani. Manakala bahagian ketiga berupa
soalansoalan
yang meliputi pelaksanaan pengajaran guru dalam pelajaran Pendidikan Jasmani.
Sampel kajian meliputi guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani sama
ada opsyen atau bukan opsyen dalam bidang Pendidikan Jasmani bagi tingkatan satu hingga
tingkatan lima di sekolah-sekolah menengah. Tempat kajian ialah sekolah-sekolah menengah
Daerah Batang Padang, Perak yang melibatkan kawasan Tanjong Malim, Slim River,
Sungkai
dan Tapah.
Keputusan Kajian
Jadual 1 menunjukkan keputusan analisis data tentang ilmu konten (pengetahuan dan
kemahiran) guru opsyen dan bukan opsyen Pendidikan Jasmani mengikut Tunjang
Pembelajaran dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM). Hasil kajian mendapati bahawa pada keseluruhannya guru yang dikaji
mempunyai ilmu konten di antara 26% hingga 75% dalam Tunjang Kecergasan, 26% hingga
75% dalam Tunjang Kemahiran dan 51% hingga 100% dalam Tunjang Kesukanan.
Sesungguhnya, guru opsyen menguasai ilmu konten dalam ketiga-tiga Tunjang Pembelajaran
pada peratusan yang tinggi berbanding guru bukan opsyen Pendidikan Jasmani.
6
Jadual 1: Peratus Ilmu Konten Guru Opsyen (n = 50) dan Bukan Opsyen Pendidikan Jasmani
mengikut Tunjang Pembelajaran (n = 139)
Tunjang Pembelajaran
%
Guru Opsyen
%
Guru Bukan Opsyen
%
Keseluruhan
%
Tunjang Kecergasan
76% - 100%
51% - 75%
26% - 50%
Kurang 25%
37.0
43.7
17.2
02.1
04.8
28.9
59.4
06.9
20.9
36.3
38.3
04.5
Tunjang Kemahiran
76% - 100%
51% - 75%
26% - 50%
Kurang 25%
37.3
48.9
13.8
0
26.0
31.5
38.1
04.4
31.6
40.2
26.0
2.2
Tunjang Kesukanan
76% - 100%
51% - 75%
26% - 50%
Kurang 25%
68.4
31.6
0
0
42.9
56.0
01.1
0
55.6
43.8
00.6
Jadual 2 di bawah ini adalah keputusan analisis data tentang tahap penguasaan ilmu konten
guru opsyen dan bukan opsyen dalam Pendidikan Jasmani.
Jadual 2: Tahap Penguasaan Ilmu Konten Guru Opsyen dan Bukan Opsyen Pendidikan
Jasmani (n = 189)
Peratus
Teras Pengetahuan
Mengajar
Skor Min
1.00 – 2.33
Rendah
Skor Min
2.34 – 3.66
Sederhana
Skor Min
3.67 – 5.00
Tinggi
Skor Min
Keseluruhan
Sisihan
Piawai
Tahap
Penguasaan
O
BO
Ilmu Konten
K
0
02.9
02.1
04.0
94.2
70.4
96.0
02.9
27.5
4.040
2.772
3.107
0.234
0.278
0.620
Tinggi
Sederhana
Sederhana
Nota: O: Opsyen Pendidikan Jasmani (n = 50)
BO: Bukan Opsyen Pendidikan Jasmani (n = 139)
K: Keseluruhan (Guru Opsyen dan Bukan Opsyen)
7
Keputusan kajian mendapati 96.0% guru opsyen mempunyai ilmu konten pada tahap tinggi
dan
4.0 % pada tahap sederhana. Bagi guru bukan opsyen, seramai 2.9 % mempunyai ilmu konten
pada tahap tinggi, 94.2% pada tahap sederhana dan 2.9% pada tahap rendah. Keseluruhan
dapatan kajian menunjukkan guru Pendidikan Jasmani menguasai ilmu konten pada tahap
sederhana.
Kajian ini turut mendapati 90.0 % guru opsyen mengajar lebih dari 50 peratus tajuktajuk
bidang sukan berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani berbanding 6.4 % guru
bukan opsyen (Rujuk Jadual 3). Seterusnya, sebanyak 24.5 % guru bukan opsyen tidak
mengajar tajuk bidang sukan dalam pelajaran Pendidikan Jasmani.
Jadual 3: Peratus Pelaksanaan Mengajar Guru Opsyen (n = 50) dan Bukan Opsyen
Pendidikan Jasmani mengikut Tunjang Pembelajaran (n = 139)
Mengajar mengikut Tunjang Pembelajaran
%
76% - 100%
51% - 75%
26% - 50%
Kurang 25%
Tidak
Mengajar
%
Guru
Opsyen
55.1
34.9
10.0
0
0
Guru Bukan
Opsyen
02.0
04.4
24.3
44.8
24.5
8
Perbincangan dan Implikasi Kajian
Sukan sering dikaitkan dengan aktiviti fizikal yang memerlukan kemahiran pergerakan motor
serta kecergasan fizikal, mental dan emosi yang baik. Sukan juga dilihat sebagai satu institusi
sosial yang berpangaruh dan berperanan dalam membudayakan masyarakat yang sihat,
cergas,
bersemangat kesukanan dan bersikap positif dalam sukan. Membudayakan sukan perlu
dibentuk dari peringkat kanak-kanak dengan ilmu pendidikan sukan. Ilmu pendidikan sukan
telah bermula dibangku sekolah melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan kegiatan
kokurikulum. Guru yang terlibat secara langsung dalam pendidikan sukan bertanggungjawab
memberikan didikan dan bimbingan tentang bidang sukan dengan sempurna. Kesempurnaan
mendidik dan membimbing merujuk kepada kemantapan ilmu konten dan pedagogi guru
dalam
bidang sukan melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani.
Namun, hasil dari kajian ini mendapati bahawa purata 48 % guru opsyen yang
mempunyai ilmu konten di antara 76 % hingga 100% dalam Tunjang Pembelajaran mengikut
Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani (KBSM). Manakala 25% guru bukan opsyen
mempunyai ilmu konten pada tahap 76 % hingga 100% dalam Tunjang Pembelajaran
mengikut
Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani (KBSM). Sehubungan itu, keputusan kajian mendapati
96.0% guru opsyen mempunyai ilmu konten pada tahap tinggi dan 4.0 % pada tahap
sederhana.
Bagi guru bukan opsyen, seramai 2.9 % mempunyai ilmu konten pada tahap tinggi, 94.2%
pada tahap sederhana dan 2.9% pada tahap rendah. Keseluruhan dapatan kajian menunjukkan
guru Pendidikan Jasmani menguasai ilmu konten pada tahap sederhana.
Menurut Shulman (1987), seseorang guru perlu menguasai teras pengetahuan
terutamanya ilmu konten untuk mengajar dengan berkesan dalam bidang pelajarannya di
sekolah. Ilmu konten sangat penting kerana matlamat pengajaran seseorang guru ialah untuk
melaksanakan sebaik mungkin proses pembelajaran yang berkesan agar pembelajaran
menjadi
lebih menarik dan dapat memotivasikan murid dengan mengambil bahagian dalam
aktivitiaktiviti
Pendidikan Jasmani. Shanker (1985), telah melaporkan bahawa guru di Amerika
Syarikat yang dikaji menggunakan kemahiran profesional am (ilmu pedagogi am) dengan
lebih
cenderung memilih tajuk dan kaedah pengajaran yang mudah semasa mengajar bagi
menangani situasi yang mana guru merasakan mereka kurang pengetahuan dalam bidang
yang
diajar. Seharusnya guru perlu yakin menggunakan ilmu konten daripada ilmu pedagogi am
dalam proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar di sekolah.
Pissanos & Temple (1990), melaporkan bahawa guru opsyen Pendidikan Jasmani
merasa kecewa dengan kualiti pengajaran guru bukan opsyen kerana pengajaran mereka
bersifat “ikut apa yang cikgu suruh buat” daripada pengajaran yang berpusatkan ‘bagaimana
nak lakukan dan mengapa perlu lakukan kemahiran itu”. Harris (1992), menegaskan bahawa
peranan guru Pendidikan Jasmani ialah memperkembangkan pengetahuan, kefahaman,
kemahiran dan sikap melalui aktiviti sukan supaya murid menjadi pengamal dalam
membudayakan sukan untuk kesihatan dan kecergasan. Kementerian Pendidikan Malaysia
(1997) pula menjelaskan bahawa peranan guru bestari ialah melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran yang berkualiti sebagai aspek penting bagi menjamin tercapainya matlamat
pendidikan negara seterusnya wawasan negara.
9
Guru Pendidikan Jasmani adalah guru yang menyebarkan pengetahuan awal kepada
pelajar tentang sesuatu kemahiran baru tentang sukan. Mereka adalah pencetus kepada minat
pelajar terhadap sukan dan seterusnya pelajar akan memilih sukan kegemarannya sebagai
kegiatan riadah. Kekangan dalam menguasai sesuatu kemahiran sukan sering berlaku kerana
guru yang mengajar Pendidikan Jasmani kurang ilmu pengetahuan dalam bidang yang diajar.
Tambahan, guru hanya merasakan tiada keperluan dan kepentingan untuk mengajar pelajaran
Pendidikan Jasmani kerana tidak melibatkan penilaian dan akauntabiliti. Tillman (1996),
memperkatakan tentang akauntabiliti yang harus dimiliki oleh seseorang guru Pendidikan
Jasmani. Guru Pendidikan Jasmani yang berakauntabiliti menurut beliau adalah guru yang
mempunyai kesedaran dan bertanggungjawab terhadap tugas mengajarnya dengan betul dan
sempurna. Justeru, akan mewujudkan situasi pembelajaran yang bermakna bagi seseorang
pelajar hasil komitmen guru yang berakauntabiliti.
Setiap guru mesti mempunyai tanggungjawab terhadap menyampaikan pelajaran dan
sepatutnya menghabiskan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dalam mata pelajaran
Pendidikan Jasmani. Namun dalam kajian ini didapati, 90.0 % guru opsyen mengajar lebih
dari
50 peratus tajuk-tajuk bidang sukan berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani
berbanding 6.4 % guru bukan opsyen. Seterusnya, sebanyak 24.5 % guru bukan opsyen tidak
mengajar tajuk bidang sukan dalam pelajaran Pendidikan Jasmani. Dapatan kajian ini
menggambarkan bahawa pelajar di sekolah menengah yang dikaji tidak mendapat pendidikan
sukan yang meluas untuk menggalakkan penyertaan dalam sukan sepenuhnya.
Gambaran sedemikian memberi implikasi bahawa matlamat Dasar Sukan Negara
khususnya sukan massa sukar mendapat sokongan dan penyertaan sepenuhnya bagi
membentuk masyarakat yang sihat dan cergas. Sebenarnya sistem pendidikan di Malaysia
memberi peluang kepada setiap pelajar mengetengahkan bakat dan kebolehan mereka dalam
bidang sukan. Ketrampilan guru dalam sukan sepatutnya dapat menggarap pelajar
menyalurkan kemahiran bersukan serta dapat menggunakan ilmu pendidikan sukan semasa
mereka menyertai pertandingan di peringkat sekolah, daerah atau negeri.
Berdasarkan dapatan kajian, adalah disimpulkan bahawa peranan guru Pendidikan
Jasmani ialah memantapkan diri dengan ilmu konten, akauntabiliti dalam melaksanakan
pengajaran dan mata pelajaran Pendidikan Jasmani perlu diajar oleh guru opsyen Pendidikan
Jasmani ke arah memacukan pembangunan sukan di Malaysia.
10
Rujukan
Christensen, D. (1996). The profesional knowledge research base for teacher education. In M.
W. Metzler. (2000). Instructional models for physical education, (pp. 21). Boston:
Allyn and Bacon.
Harris, J. (1992). Highlighting health related exercise within the National Curriculum-Part 2.
The British Journal of Physical Educator, 23, (2). Pg 18-22.
Kementerian Belia dan Sukan. (1988). Dasar sukan Negara. Kuala Lumpur: Kementerian
Belia dan Sukan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1997). Sekolah bestari di Malaysia. Kuala Lumpur:
Pasukan Petugas Sekolah Bestari.
Pissanos, C., & Temple, J.G. (1990). Fitting together physical education specialist and
classroom teachers, pupils and teachers. The Physical Educator, 58, (3). Pg 154-156.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (1999). Sukatan pelajaran rendah dan menengah:
Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran kurikulum bersepadu
sekolah menengah: Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Rink, J. E. (2002). Teaching physical education for learning (4th ed.). Boston: Mc Graw Hill.
Shanker, A. (1985). “Educations dirty little secret.” New York Times, October, 1986.
Shulman, L. S. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard
Educational Review, 15 (2), 4–14.
Tillman, K.G. (1996). The administration of physical education, sport and leisure programs
(6th ed). Needham Height Massachusetts: Simon & Schuster Company.

PROSPEK 2006-2010

24.15 Dalam tempoh RMKe-9, pembangunan sukan akan menekankan kepada


penambahbaikan institusi dan organisasi untuk meningkatkan profesionalisme dan
menggalakkan pencapaian yang lebih baik dalam sukan. Teras strategik
pembangunan sukan adalah seperti berikut:

a) memperkukuh jentera sukan negara dan keupayaan institusi persatuan sukan


untuk menggalakkan pencapaian yang lebih baik dalam sukan;

b) membangunkan budaya kesukanan di kalangan rakyat Malaysia melalui


pelaksanaan pelbagai program sukan; dan

c) menggalak gaya hidup aktif dan sihat melalui sukan dan rekreasi.

Pengukuhan Jentera Sukan Negara dan Keupayaan Institusi

24.16 Dalam tempoh Rancangan, pembangunan sukan akan memberi penekanan


kepada lapan sukan teras, iaitu olahraga, akuatik, badminton, boling tenpin,
bolasepak, gimnastik, hoki dan skuasy. Bagi memastikan pembangunan sukan di
Malaysia diselaras dan diurus dengan baik secara profesional dan menepati Akta
Pembangunan Sukan 1997, Pejabat Pesuruhjaya Sukan akan terus menganjur
program latihan untuk pemegang jawatan dengan memberi tumpuan kepada
pentadbiran dan pengurusan. Kira-kira 2,010 pegawai dijangka dilatih setiap tahun.
Bagi menyeragam pengurusan persatuan sukan di seluruh negara, Akta
Pembangunan Sukan, 1997 akan diperluas ke Sabah dan Sarawak.

24.17 Sektor swasta juga akan digalak untuk melengkapi usaha Kerajaan dalam
menyedia kemudahan sukan dan rekreasi di kawasan yang akan dibangunkan
untuk tujuan kediaman, komersil dan perindustrian. Satu rancangan jangka
panjang mengenai penyediaan dan pengurusan kemudahan sukan dan rekreasi
oleh sektor awam dan swasta akan digubal. Di samping itu, perkongsian dengan
sektor swasta akan dipergiat bagi membantu usaha mengenal pasti bakat muda
serta menyedia peluang yang lebih kepada generasi muda menyertai aktiviti sukan.

Program Sukan Massa

24.18 Pelbagai program sukan dan aktiviti rekreasi berkaitan sukan akan dianjur
untuk terus meningkatkan penyertaan masyarakat dalam sukan. Usaha tersebut
termasuk program pembangunan kecergasan dan aktiviti luar manakala program
baru berasaskan kekuatan dan ketahanan yang boleh menarik penyertaan lebih
ramai di kalangan belia akan diperkenal. Bagi mempromosi manfaat mengekalkan
gaya hidup sihat di kalangan orang ramai, lebih banyak program kesedaran seperti
kempen, program pendidikan kecergasan dan kalistenik di tempat kerja dan taman
awam akan diteruskan dalam tempoh Rancangan. Sebanyak 50 peratus rakyat
Malaysia dijangka terlibat secara langsung dalam aktiviti gaya hidup cergas dan
sihat menjelang tahun 2010. Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan program
ini, sejumlah 24,000 jurulatih dan fasilitator dalam sukan massa akan dilantik dan
dilatih melalui kursus yang akan dijalankan di dalam dan luar negara.

24.19 Program gaya hidup aktif akan diteruskan bagi membolehkan belia
terutamanya di peringkat akar umbi menyertai acara sukan. Di bawah program ini,
semua aktiviti sukan termasuk sukan bermotor, sukan air dan sukan udara akan
digalakkan dengan sokongan sektor korporat melalui penajaan mereka. Program
dan aktiviti ini akan meningkat dan menggalakkan pelancongan sukan dan
menyumbang kepada pertumbuhan industri sukan.

24.20 Sebagai sebahagian usaha untuk menggalakkan penyertaan yang lebih


ramai dalam aktiviti sukan, beberapa kemudahan sukan sedia ada di peringkat
negeri dan daerah akan di naik taraf. Langkah akan diambil untuk memastikan
penyenggaraan dan penjagaan kemudahan dilakukan dengan sempurna termasuk
penguatkuasaan peraturan dan prosedur mengenai penggunaan kemudahan
tersebut. Di samping itu, personel terlibat dalam penyenggaraan kemudahan akan
diberi latihan berkaitan bagi memastikan mereka cekap dan berupaya untuk
mengurus kemudahan tersebut. Bagi menggalak serta memudahkan penyertaan
yang lebih ramai dalam sukan pada peringkat akar umbi, 13 kompleks sukan
pelbagai guna peringkat daerah akan dibina. Pelbagai kemudahan untuk sukan
seperti badminton, sepak takraw dan futsal serta premis untuk mengadakan
mesyuarat dan lain aktiviti berkaitan masyarakat akan disedia di kompleks
tersebut. Satu jawatankuasa bagi pengurusan dan penyenggaraan yang teratur
bagi setiap kompleks akan ditubuhkan di setiap kawasan berkenaan.

Sukan Berprestasi Tinggi

24.21 Dalam tempoh Rancangan, usaha akan terus diambil untuk menyedia lebih
ramai atlit muda untuk menyertai pertandingan pada peringkat antarabangsa
melalui program latihan dan kejurulatihan yang sistematik. Sehubungan ini,
Program Pembangunan Bakat akan menyediakan latihan kepada 14,570 atlit muda
dalam 37 acara sukan. Bagi tujuan ini, pusat latihan dan jurulatih untuk Program
Pembangunan Bakat akan ditambah bagi menghasilkan lebih ramai atlit berbakat
menjadi juara dan berpotensi memenangi pingat terutamanya untuk Sukan Asia
2006, Sukan Olimpik 2008, Sukan Komanwel dan Sukan Asia pada tahun 2010
serta kejohanan antarabangsa yang lain. Akses yang lebih kepada program latihan
di luar negara akan disediakan untuk memastikan atlit cemerlang dalam sukan
berprestasi tinggi pada peringkat antarabangsa.

24.22 Pendekatan yang lebih bersistem untuk mengenalpasti dan menyediakan


atlit di peringkat sekolah rendah dan menengah akan diguna pakai bagi
mewujudkan asas yang lebih baik bagi membolehkan penyertaan dalam sukan
berprestasi tinggi. Bagi tujuan ini, lebih ramai guru pendidikan jasmani akan
ditempatkan di sekolah rendah manakala mata pelajaran olahraga dan gimnastik
akan dijadikan sebahagian daripada kurikulum pendidikan. Di samping itu, program
pembangunan sukan sekolah akan terus diperkukuh termasuk menaik taraf
kemudahan sedia ada, membina dua sekolah sukan baru, penglibatan dan
penyertaan yang lebih cemerlang di peringkat antarabangsa serta penyediaan lebih
ramai jurulatih yang berkelayakan dan berkebolehan. Sekolah akan digalakkan
untuk menganjur aktiviti selepas waktu sekolah bagi menyediakan peluang kepada
pelajar untuk menambah baik kemahiran mereka dalam sukan yang dikenali dan
melibatkan diri dalam aktiviti baru di bawah bimbingan jurulatih yang baik. Akses
yang lebih baik kepada kemudahan dan kompleks sukan akan disediakan kepada
pelajar termasuk kemudahan di bawah pengurusan pihak berkuasa tempatan
dalam usaha menggalakkan pelajar aktif dalam sukan.

24.23 Usaha akan diambil untuk menambah bilangan jurulatih yang berkelayakan
memandangkan jurulatih memainkan peranan penting dalam pembangunan sukan.
Lebih banyak program latihan di peringkat sijil, diploma dan ijazah akan dijalankan.
Satu program khas akan diperkenalkan untuk akreditasi jurulatih yang terlibat
dalam menjalankan program pembangunan atlit manakala bekas atlit dan atlit
sedia ada yang berpengalaman akan digalakkan untuk mengikuti latihan yang perlu
untuk menjadi jurulatih. Institusi pendidikan tinggi awam akan digalakkan untuk
menawarkan lebih banyak tempat kepada pelajar untuk mendaftar pada peringkat
ijazah dalam bidang sains sukan serta program bagi melatih jurulatih baru.

24.24 Program Persediaan Atlit akan diteruskan bagi menyediakan atlit Malaysia
ke Sukan Komanwel dan Sukan Asia pada tahun 2006 dan 2010, Sukan SEA pada
tahun 2007 serta Sukan Olimpik pada tahun 2008. Sebagai tuan rumah Sukan
Paralimpik Timur Jauh dan Pasifik Selatan untuk Orang Kurang Upaya pada tahun
2006, Malaysia akan terus menyumbang ke arah pembangunan sukan di kalangan
orang kurang upaya. Acara ini akan melibatkan penyertaan 48 negara dengan
5,000 atlit dan pegawai sukan serta 10,000 sukarelawan. Bagi tujuan ini, program
latihan intensif dan khusus akan dianjurkan bagi memastikan kejayaan penyertaan
atlit Malaysia. Di samping itu, peranan sebagai tuan rumah acara sukan yang lain
seperti sukan Bot Berkuasa Tinggi, Le Tour de Langkawi, Formula One Grand Prix
dan Piala Monsoon akan meningkatkan sumbangan kepada pembangunan industri
pelancongan.

Copyright® 2005. All rights reserved. The Government of Malaysia |

You might also like