You are on page 1of 12

cgazmi.blogspot.

com


Teknik Pembuatan Wau Tradisional


Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan
untuk membuat wau ialah buluh, kulit rotan,
gam daripada pokok kayu dan lain-lain
keperluan yang bersesuaian untuk
menghasilkan sebuah wau. Selain daripada itu,
kepakaran dan kemahiran juga merupakan
aspek utama untuk menghasilkan sebuah wau
yang bermutu seperti kepakaran dalam
pemilihan bahan mentah, kemahiran
kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang
aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan
dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah
seperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan
lebih teliti. Oleh itu terdapat beberapa petua
serta pantang-larang yang terlibat semasa
ingin menebang dan menyimpan buluh
tersebut.
Petua dan Pantang Larang Pemilihan
Buluh Mencari dan Menebang Buluh
1.Rumpun buluh mestilah di kawasan yang
tinggi dan lapang, bukan di dalam semak
atau dusun.
cgazmi.blogspot.com


2.Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-


eloknya di tengah rumpun.
3.Jangan tebang buluh yang mempunyai
pucuk muda kerana buluh tersebut
mempunyai banyak kanji dan mudah
diserang serangga perosak.
4.Buluh yang condong ke arah matahari naik
adalah lebih baik kerana mempunyai
semangat yang kuat menurut kepercayaan
orang tua-tua.
5.Keadaan cuaca kering dan panas adalah
sangat sesuai untuk menebang buluh
seperti di waktu tengahari.
6.Jika menebang buluh pada waktu pagi,
pastikan penebang menindih bayangnya.
7.Sebelum menebang buluh, digalakkan
membaca doa dan selawat terlebih dahulu
8.Adalah lebih baik buluh yang sudah
ditebang dipotong di situ juga.
9.Petua orang tua-tua di Kelantan pula
semasa membawa balik buluh yang sudah
ditebang, akan meninggalkan pesan
kepada Sang Bubuk iaitu, “Wahai Sang
Bubuk, hak aku tinggal ini adalah hak mu,
cgazmi.blogspot.com


hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu tok


sah ikut akulah, mu make hok sini”.
Penyimpanan Buluh Buluh akan disimpan
dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum
diraut menjadi rangka wau. Biasanya tempat
penyimpanan mestilah tinggi untuk
mengelakkan buluh daripada dilangkah
manusia. Antara petua-petua yang digunapakai
untuk memastikan buluh tersebut tahan dan
kuat ialah :-
1.Buluh disimpan di dalam paya atau
direndam di dalam selut.
2.Buluh ditanam di dalam pasir dan
dinyalakan unggun api di atasnya selama
satu jam.
3.Menyalai kepingan buluh pada bara api.
Meraut Buluh Buluh perlu diraut untuk
membuang bahagian-bahagian yang tidak
diperlukan seperti ruas dan kulit. Selain itu
tujuannya adalah untuk memberi
keseimbangan pada bentuk dan berat bahagian
sayap wau. Pisau khas digunakan untuk
meraut dan mestilah benar-benar tajam bagi
cgazmi.blogspot.com


memastikan kerja-kerja tersebut dapat


dijalankan dengan mudah dan mengelakkan
daripada kesilapan. Antara bahagian buluh
yang perlu diraut adalah seperti :-
1.Bahagian tulang belakang diraut sehingga
1.0 sentimeter dengan kadar lembut dan
sederhana keras.
2.Bahagian bilah sayap di kedua-dua
bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter
dan semakin halus di hujung bilah tersebut
iaitu sebesar lidi kelapa.
3.Bahagian ekor yang mempunyai dua
bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5
sentimeter.
4.Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian
pinggang dan bulatan berbentuk bulan.
Rautan di bahagian tersebut adalah lebih
nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter
untuk memudahkan ia dibentuk.
5.Selepas semua buluh diraut, proses
seterusnya ialah semua bilah tersebut akan
digosok pula dengan kertas pasir.
Membuat Bingkai Bingkai wau terdiri
daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang
cgazmi.blogspot.com


belakang, tulang rentas sayap, rangka sayap


dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut
akan dipotong mengikut ukuran wau yang
dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk
sayap, satu keping untuk tulang belakang dan
dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan
buluh yang hendak dibuat sayap perlulah
diseimbangkan dengan menandakan di tengah-
tengah kepingan buluh.
Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau
1.Tulang belakang wau diukur kepada 3
bahagian dan kemudiannya ditanda 3
bahagian tersebut.
2.Bahagian sayap wau akan diikat terlebih
dahulu
3.Sayap yang sudah diikat akan diikat pula
pada tulang belakang
4.Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada
tulang belakang. Pastikan bahagian
tersebut seimbang di kedua-kedua belah.
5.Cantumkan hujung bahagian ekor
kemudian tautkan pada hujung bahagian
sayap
cgazmi.blogspot.com


6.Untuk bahagian pinggang terutamanya


jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut
membentuk separa bulatan pada bahagian
sayap dan ekor wau. Seterunya kepingan
buluh yang diraut lebih nipis dibentuk
menjadi bulatan untuk diikat di tengah
pinggang wau. Saiznya ditentukan dengan
mengikut nisbah iaitu bersamaan dengan
keluasan kepala wau.
7.Proses terakhir ialah membuat kepala wau
iaitu dengan mengikat separuh daripada
kepala wau dengan sayap dengan jarak 2
inci dari tulang belakang.
Proses Memasang Tanah Wau
Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas
yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang pada
wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan
lasak kerana sifat utama kertas tersebut lebih
kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan
melibatkan beberapa langkah :-
1.Ukur kertas dengan saiz bingkai.
cgazmi.blogspot.com


2.Kemudian kertas ditanda dengan pensil


dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari
rangka bingkai.
3.Potong kertas wau tersebut dan lebihan
tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.
4.Lekatkan kertas pada bingkai dengan
menggunakan gam kanji.
Mengukur, Melukis dan Menyobek Corak
Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara
elemen utama yang menjadikan wau tersebut
unik dan istimewa. Antara langkah-langkah
yang terlibat :
1.Lipat empat kertas warna untuk bahagian
sayap, dan lipat dua untuk bahagian ekor.
2.Mulakan melukis dari bahagian dada
sehingga ke hujung sayap dengan
mengosongkan satu ruang kosong untuk
ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor
pula, corak yang hendak dilukis mestilah
sama dengan corak di bahagian sayap.
3.Corak perlu dipotong menggunakan pisau
tajam khas dan corak ini menjadi corak
asas bagi wau.
cgazmi.blogspot.com


4.Corak akan ditampal pada kertas warna


lain, biasanya warna emas dengan
menyapu gam di belakang kertas corak.
Gam perlu dicampur dengan air terlebih
dahulu untuk elakkan daripada berkedut.
Kertas bercorak akan diletakkan di atas
kain lembap. Kertas berwarna diletakkan
perlahan-lahan ke atas kertas corak dan
kemudiannya diratakan dengan
menggunakan seterika panas di atas kain
lembap tadi.
5.Potong semula corak yang hendak disobek
dan tampal sekali lagi dengan kertas
berlainan warna sehingga siap sepenuhnya.
6.Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau
dengan hanya menyapu gam kanji pada
bahagian tepinya sahaja.
Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan
menyapu gam menggunakan berus lukisan.
Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan
di belakang wau untuk menutup kecacatan
iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap
wau. Berlainan pula dengan wau yang hendak
diterbangkan mestilah menggunakan kertas
cgazmi.blogspot.com


yang tidak menyerap air. Selain itu, belakang


wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan
ukiran sobek hanya mempunyai tiga atau
empat lapis sahaja berbanding dengan wau
hiasan yang mempunyai sehingga lapan
warna.
Proses Membuat Serta Memasang Jambul
atau Rambu
Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan
pada rangka ekor atau sayap wau. Diperbuat
daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan
gunting secara memanjang untuk membentuk
rambu.
Proses Membuat Serta Memasang Belalai
Menggunakan bahan yang sama dengan
jambul tetapi dipasang pada kepala wau. Wau
tradisional mempunyai keunikannya yang
tersendiri. Warisan tradisional ini haruslah
dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya
bangsa Melayu dan juga sebuah negara. Kini
permainan wau mulai popular di kalangan
masyarakat bandar dan tidak lagi terhad di luar
bandar sahaja. Bukan itu sahaja, permainan
cgazmi.blogspot.com


wau ini juga telah dimodenkan dan mula


memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau,
layang-layang juga amat diminati sebagai
salah satu aktiviti pada waktu terluang.
Cara bermain wau. Kawasan yang sesuai.
Wau hendaklah dimainkan di kawasan yang
lapang seperti di tepi pantai, di kawasan sawah
padi atau di padang kawasan tepi pantai
merupakan kawasan yang paling sesuai untuk
menerbangkan wau. kawasan yang tidak
sesuai bermain wau ialah dikawasan yang
tidak lapang, banyak bangunan, pokok, tiang
elektrik atau tiang telefon.
3 unsur yang mempengaruhi kenaikan wau
Tekanan angin Apabila tekanan angin di
permukaan wau semakin kuat, maka
kemampuan untuk naik tinggi semakin
meningkat.
Daya tarikan graviti
Tarikan graviti ialah daya yang menarik wau
ke bawah.
Daya seretan.
cgazmi.blogspot.com


Wau akan mengundur ke belakang apabila


permukaan wau mendapat tekanan yang
tinggi. Hal ini akan mewujudkan daya seretan.
Permainan wau tradisional Melayu adalah
dimainkan menggunakan satu tali sahaja.
Penggunaan satu tali membolehkan wau ini
mudah diterbangkan dan dikawal. Terdapat
dua cara melancarkan atau menaikkan wau
iaitu, pelancaran jarak dekat dan pelancaran
jarak jauh. Tali yang digunakan adalah tali
tangsi.
Teknik menaikkan wau jarak dekat.
Teknik ini sesuai bagi wau yang bersaiz kecil
dan ringan. Hanya seorang sahaja diperlukan
untuk melancarkan teknik ini. Pemain berdiri
membelakangkan angin. Sebelah tangan
pemain akan memegang badan wau dan
dihadapkan ke arah angin. Sebelah lagi tangan
memegang gelung tali. wau dilepaskan
perlahan-lahan sehingga wau naik tinggi ke
udara.
Mengawal penerbangan
cgazmi.blogspot.com


Tiupan angin yang tidak meneru menyebabkan


pemain perlu mengawal penerbangan wau.
Mengawal penerbangan wau penting untuk
mengelakkan wau jatuh ke tanah atau
mengelakkan tali wau terputus. Terdapat dua
kemungkinan tiupan angin, iaitu angin beriup
lemah dan angin bertiup kuat. Apabila angin
bertiup lemah, pemain mesti menggulung tali
wau supaya wau tersebut tidak jatuh ke tanah.
Teknik menurunkan wau.
Menurunkan wau memerlukan dua pemain,
iaitu seorang penarik tali dan seorang lagi
penggulung tali. Penarik tali ialah orang yang
menarik talu wau manakala penggulung tali
ialah orang yang menggulung tali wau yang
telah ditarik oleh penarik tali. Permainan wau
laga merupakan perlawanan memutuskan tali
wau pihak lawan. Ia memerlukan kepantasan,
tumpuan dan kemahiran yang tinggi. Bahagian
tali wau ini disalut dengan serpihan kaca halus

You might also like