You are on page 1of 30

CABARAN MEMBINA KERJAYA KEUSAHAWANAN

INDUTSRI JUALAN LANGSUNG.


JUMLAH SYARIKAT JUALAN LANGSUNG YANG BATAL LESEN
 
Pelan Pemasaran 2005  
2006 2007 2008
MLM 16 5  4 11
SLM 15 11  10 1
MO - 1  - -
SL&MO - 1  - -
Jumlah  31 18  14 12

BILANGAN SYARIKAT JUALAN LANGSUNG YANG DILESENKAN DI BAWAH AKTA


JUALAN LANGSUNG 1993 (SEHINGGA DISEMBER 2008)

BERBILANG TINGKAT MLM 427

SATU TINGKAT SLM 174

PESANAN POS MO 37

SATU TINGKAT & PESANAN POS SL/MO 32

JUMLAH  670
BILANGAN LESEN JUALAN LANGSUNG YANG SAH TAHUN 1997- 2008
Pemasaran 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008

MLM 314 316 446 427 213 230 359 304 342 394 418 427

SLM 436 349 205 199 117 124 128 149 158 162 164 174

MO - - 82 69 31 28 38 37 37 36 37 37

SL&MO - - 32 17 24 31 29 31 32 30 31 32

Jumlah 750 665 765 712 385 413 554 521 569 622 650 670

PECAHAN NILAI JUALAN TAHUNAN


MENGIKUT PELAN PEMASARAN
Jenis Pelan
2003 2004 2005 2006
RM(juta) RM(juta) RM(juta) RM(juta) 2007
RM(juta)
Berbilang Tingkat (MLM) 3,934.5
3,023.9 3,853.9 5,211.2 3,838.3
Satu Tingkat (SL) 745.3
523.9 795.4 718.0 728.4
Satu Tingkat & Pesanan Pos 1,288.1 626.5 1,966.7 2,107.7
(SL/MO) 1,064.6

Jumlah 4,835.9 5,306.3 6,616.0 8,036.9 5,630.3


Di dalam industri MLM, untuk berjaya sebenarnya tidaklah sesukar
seperti yang anda sangkakan. "Orang yang berjaya ada caranya &
orang yang GAGAL ada sebabnya!".
Kenapa Kebanyakan Masyarakat Pandang Serong
Terhadap Perniagaan MLM?
Saya pasti apabila perkataan MLM dan Network Marketing disebut ramai orang yang
akan mengeluh dan mencebik. Ayat-ayat seperti ini sudah biasa kedengaran:

•“Ala MLM lagi ker? Aku tak minat langsung la”


•“MLM? Ini bisnes penipu ni!”
•“Aku malas buat Meeting Lewat Malam ni, tak ada masa la, lagi baik aku tidur je”
•“Aku tak pandai la nak cari orang, tak tahu nak cakap macam mana”

Malah terus terang saya kata kan saya juga mempunyai pandangan yang negatif
terhadap MLM satu masa dahulu.

Potensi jualan langsung amat memberang-sangkan. Jumlah jualan industri jualan langsung
sedunia kini melebihi USD80 bilion. Manakala di Malaysia pula, jumlah jualan industri jualan
langsung melebihi RM4 bilion. Angka ini memberikan satu petanda yang positif bahawa sudah tiba
masanya MLM (Multilevel Marketing / pemasaran pelbagai peringkat / jualan langsung) menjadi
sebuah industri yang terhebat di dunia. Abad ke-21 adalah milik MLM.
Tahukah anda? 20 peratus daripada 500 ribu jutawan Amerika terlibat
dalam bisnes MLM. Manakala 35 peratus jutawan di Malaysia adalah
jutawan MLM. Nilai bisnes MLM melebihi 100 bilion USD dan lebih
40 juta rakyat seluruh dunia berkecimpung dalam bisnes MLM.

Mengikut kajian, MLM adalah satu industri yang tidak terjejas dikala kemelesetan
ekonomi dunia. Di Malaysia, MLM menyumbang sekurang-kurangnya 2.5% KDNK
negara iaitu lebih kurang 7-8 Bilion setahun.
KONSEP INDUSTRI MLM.

1...Trend masa kini


2...No.1 di dunia
3...Industri tidak mudah terjejas meskipun
kegawatan ekonomi
4...Modal kecil untung besar
5...Bos sendiri
6...Pendapatan tanpa had
7...Kebebasan masa
8...Membantu orang ramai berniaga
SISTEM PENGEDARAN
1...Menggunakan kaedah membina Rangkaian-Niaga sehingga maksima 16
tangga.
2...Pengedar di jadikan pengguna utama.
3...Mensyaratkan pembelian ulangan untuk pelbagai kelayakan.

PRODUK EDARAN
1...Buatan sendiri
2...Mendapat Hak Mengedar dari Syarikat pembuat yang lain.
3...Tidak boleh di jual di pasaran terbuka

HARGA JUALAN PRODUK


1...Kebiasaan nya harga di naikkan sebanyak 300% dari harga Kilang (minima)
sehingga ke paras 1000% (maksima) menurut kesesuaian sesuatu produk.
2...Ketentuan Harga ini bagi menampung segala
KOMISEN..BONUS..IMBUHAN yang di sediakan oleh syarikat kepada SETIAP
RAKAN-NIAGA mengikut Pangkat yang mereka sandang.
BERBILANG TINGKAT (MULTI LEVEL MARKETING PLAN)
Syarikat akan mengambil/melantik individu sebagai ahli/pengedar untuk mengedar barangan syarikat;
Ahli/pengedar yang berkenaan pula akan melantik individu lain ( downline) bagi membentuk rangkaiannya
menjual barangan syarikat. Proses pengambilan ahli/pengedar baru boleh diteruskan sehingga satu
peringkat yang munasabah. Setiap ahli/pengedar akan mendapat komisen/ bonus / insentif daripada jualan
peribadi dan jualan ahli / pengedar di bawah rangkaiannya (over-riding bonus).
 
SATU TINGKAT (SINGLE LEVEL MARKETING PLAN)
Syarikat akan melantik wakil jualan/ejen jualan dan membayar gaji/komisen/gabungan gaji dan komisen
alas jumlah jualan yang dibuat; dan Wakil jualan/ejen jualan berkenaan tidak dibenarkan untuk
melantik/menaja wakil jualan/ejen jualan lain.
 
JUALAN MELALUI PESANAN POS (MAIL ORDER)
Jualan barang atau perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang, sama ada sendiri atau melalui mana-
mana orang yang diberi kuasa melalui pos.
CABARAN KEUSAHAWANAN MLM
ASPEK MLM KONVENSIONAL e-MLM
Geografi Setempat (localised) Tanpa sempadan (borderless)
Hubungan Perjumpaan secara bersemuka Menggunakan komputer (e-mail dan
Internet)
Latihan Latihan melalui perjumpaan yang diatur Latihan atas talian (online)
oleh pihak pengurusan (seminggu sekali, menggunakan e-mail dan forum
sebulan sekali dan sebagainya) (Internet newsletter) oleh pihak
pengurusan ataupun sesama ahli
Kos Banyak kos operasi yang tersembunyi Kos operasi yang minimal (kos
seperti masa yang diperlukan untuk sambungan Internet)
perjumpaan, perjalanan, kesesakan lalu
lintas, telefon dan kesesuaian masa untuk
berjumpa
Semakan Semakan dibuat secara manual dan Semakan rangkaian perniagaan
mengambil masa mudah dibuat
Teknologi Proses perniagaan secara konvensional Peluang melibatkan diri dengan e-
dagang/e-perniagaan
Jualan Jualan kepada pihak ketiga yang Memperkenalkan konsep
memerlukannya penggunaan sendiri (anda beli
barang untuk kegunaan
sendiri/keluarga)
Pembinaan Pembinaan rangkaian Pembinaan rangkaian
Rangkaian perniagaan/pemasaran yang agak lambat perniagaan/pemasaran dengan lebih
dengan dihadkan oleh masa, sumber cepat tanpa mengira masa dan
kewangan dan tenaga tempat (program berjalan secara
automatik 24 jam)
13 Ciri-ciri Dan Kelebihan MLM Yang ANDA Perlu Ketahui
Berikut adalah beberapa ciri-ciri dan kelebihan MLM yang ANDA perlu ketahui :

•Jumlah pelaburan yang rendah - Kebanyakan syarikat MLM hanya mengenakan caj
yang nominal untuk menjadi ahli/pengedar iaitu di antara RM30 hingga RM520.

•Risiko yang minimum - Bayaran sebagai ahli yang rendah tidak memberi risiko yang
besar untuk memulakan perniagaan jika dibandingkan dengan jenis perniagaan lain
seperti francais, kedai makan dan lain-lain yang memerlukan modal yang tinggi.

•Sebagai pekerjaan sampingan - Apakah yang lebih baik daripada memulakan


perniagaan secara sambilan selain dapat mengekalkan pekerjaan tetap anda?

•Masa yang fleksibel - Perniagaan MLM dapat dijalankan pada bila-bila masa setiap hari
mengikut pilihan anda sendiri.

•Tidak memerlukan pengalaman atau taraf pendidikan yang khusus - Seseorang


yang berpendidikan rendah dan tanpa pendidikan formal dalam pengurusan perniagaan
juga mampu berjaya sebagai usahawan MLM.

•Bekerja Dari rumah - Tidak memerlukan pejabat atau ruang iklan. Anda boleh
mengendalikan perniagaan di rumah, malah di dalam kereta sekali pun.
•Pembabitan keluarga - Jika anda mementingkan institusi keluarga, babitkan mereka bersama.

•Tidak memerlukan pekerja tambahan - Anda tidak perlu risau untuk membayar upah pekerja atau
berhadapan dengan masalah yang sering ditimbulkan oleh pekerja.

•Berpotensi memperolehi pendapatan tanpa had - Sesiapa sahaja mampu mendapatkannya, jika
mereka “benar-benar” inginkannya.

•Kebebasan masa untuk menikmati pendapatan - Anda tidak perlu menunggu sehingga berpuluh
tahun untuk mengecap kejayaan. Jika anda berusaha bersungguh-sungguh serta komited, anda pasti
berjaya dalam masa yang singkat.

•Kebebasan untuk berpindah - Anda tidak perlu bimbang lagi untuk mencari pekerjaan lain sekiranya
anda perlu berpindah ke tempat lain. Bonus anda tetap dihantar di mana sahaja yang dikehendaki.

•MLM berteraskan sistem latihan yang komprehensif - Sistem latihan yang merangkumi
pembangunan diri, motivasi dan pelbagai konsep perniagaan lazimnya menjadi teras latihan yang akan
diajar kepada pengedar-pengedar. Ini merupakan salah satu faedah pembangunan diri yang bakal
diperolehi.

•Hubungan persahabatan yang berkekalan - Anda akan mempunyai ikatan persahabatan yang
berterusan mempunyai perkaitan dan matlamat perniagaan yang sama.

•Percutian yang panjang, kerap, bila-bila masa sahaja - Perniagaan ini yang tidak memerlukan masa
bertugas yang tetap membolehkan anda merencana percutian anda pada bila-bila masa sahaja tanpa
perlu memohon cuti daripada majikan.

•Tabung persaraan - Pendapatan lima angka dan perancangan kewangan yang bijak akan memastikan
seseorang itu mempunyai simpanan yang mencukupi ketika waktu persaraan
Cabaran dan Persiapan :
Setiap perniagaan ada cabarannya yang tersendiri. Bahagian ini memberi
panduan bagaimana menghadapi cabaran dalam MLM dan persiapan yang perlu
anda lakukan. Apa yang perlu dibuat apabila pelanggan menolak dan persediaan
emosi dan sikap.

1. Rintangan yang Bakal Anda Hadapi


2. Mudahkah Menjalankan MLM?
3. Tugas Anda sebagai usahawam MLM
4. Bersedia Alam Emosi dan Sikap
5. Rahsia Memikat Hati Pelanggan
6. Apabila Pelanggan Berkata Tidak
7. Perlukah Anda Menjadi Super Salesman?
8. Kemahiran Menaja Dalam MLM.
9. Ciri-ciri Orang Berjaya dalam MLM
Motivasi MLM – Kaedah
Mempertingkatkan Kejayaan Usahaniaga MLM

• 4 Ketakutan
• Jadikan Perniagaan MLM Anda Lebih Penting
•Mengapa Downline Tidak Aktif?
•Apa Itu Service?
•Teknik Kuasa Minda.
•Bina Impian
Salesman perlu menjual seberapa banyak produk mereka,
tetapi ini berbeza dengan MLM. Mengapa?
Ini adalah kekeliruan yang banyak berlaku kepada pengedar MLM. Mereka tidak
tahu membezakan antara salesman dengan pengedar MLM. Salesman perlu
menjual seberapa banyak barangan mereka. Melalui jualan ini, mereka
mendapat komisen. Tetapi, ini berbeza dengan MLM. Dalam MLM, anda tidak
perlu menjual dengan banyak. Anda hanya perlu membina rangkaian
perniagaan melalui penajaan. Anda hanya perlu jual antara RM100 hingga
RM300 sahaja. Jadi, mampukah anda menjual sehingga RM30 ribu?

Dalam perniagaan MLM ini, anda mampu menjual melebihi RM30 ribu tetapi
bukan dengan cara menjadi super salesman. Anda hanya perlu membina
rangkaian dan rangkaian anda juga membina rangkaian. Jualan anda sedikit
demi sedikit mencecah lebih RM30 ribu.

Fokuskan kepada pembinaan rangkaian yang mantap. Apabila anda bekerja


seorang, anda perlu jual sampai RM30 ribu. Sebagai contoh, apabila anda
bekerja dalam rangkaian, anda sudah ada sehingga 3000 rangkaian. Hanya
dengan menjual ataupun mengguna RM100 seorang, seolah-olah anda menjual
RM30 ribu (RM100 x 3000 orang).
Betulkah Jualan Langsung Mampu Lahirkan

Banyak Jutawan?’.
Oleh: Abdullah Hafiz (Ruangan Forum MS 12 Utusan
Malaysia, 5 September 2006)
Pada saya, ini adalah soalan yang datangnya daripada mereka yang kurang
arif tentang industri jualan langsung atau datang daripada mereka yang gagal
dan kecewa. Rata-rata telah mengakui bahawa MLM adalah industri yang
mampu melahirkan jutawan, di Amerika Syarikat jutawan yang lahir daripada
industri ini terlalu ramai dan di Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Lantaran
daripada itu, jika yang menulis artikel tersebut benar-benar mengikuti
perkembangan industri jualan langsung, saya percaya beliau tidak akan
mempersoalkannya.

Sepatutnya beliau bertanya, ‘Mengapa Aku Tidak Menjadi Jutawan MLM’. Pada
saya, apabila berlaku kegagalan ataupun kekecewaan, terlalu sedikit yang
akan mengakui bahawa, kegagalan itu adalah berpunca daripada diri mereka
sendiri. Akibatnya industri yang baik menjadi tidak baik pada pandangan
mereka dan juga pada masyarakat yang tidak mengenali industri jualan
langsung.
TIP MEMILIH SYARIKAT ‘MLM’:-
1. Pastikan ada lesen AJL.
2. Pastikan jika ada kemusykilan berhubung hukum hakam
agama (Islam), rujuk dahulu dengan mereka yang arif
(pandai).
3. Pastikan latar-belakang pengurusan syarikat.
4. Pastikan tiada masalah pembayaran bonus atau komisen.
5. Pastikan pelan pemasaran diluluskan oleh KPDN&HEP.
6. Pastikan produk mendapat kelulusan daripada pihak yang
berkuasa.
7. Pastikan syarikat ada menyediakan bengkel latihan kepada
pengedar.
8. Pastikan ada pengedar-pengedar yang sudah berjaya.
9. Pastikan sistem yang diguna-pakai, telus atau tidak.
10. Pastikan keberkesanan sistem menyokong kepada
perkembangan perniagaan.
11. Pastikan perniagaan mampu menerokai pasaran global.
Punca Gagal Dalam Bisnes Networking dan Bagaimana
Mengatasi Kegagalan.
1. Semakin ramai rakyat Malaysia yang meminati perniagaan bersifat networking tetapi
lebih ramai yang gagal daripada yang berjaya. Ini satu fenomena yang menakutkan
tetapi sebenarnya ia tidaklah sampai boleh membunuh industri networking di negera
ini.

2. Sebenarnya dalam apa juga bidang perniagaan, lebih ramai yang gagal daripada
mereka yang berjaya. Ini kenyataan dan juga fakta. Kita perlu sedar bahawa 95%
daripada manusia di atas muka bumi ini adalah tergolong dalam orang-orang yang
GAGAL dalam kehidupan dan hanya 5% sahaja yang BERJAYA. Jadi kita tidak
perlu berasa hairan! Cuma, kita yang perlu letakkan diri kita dimana: 95% atau 5% ?

3. Networking adalah suatu bentuk perniagaan yang mempunyai potensi besar untuk
pergi jauh. Ada pemimpin negara kita berpendapat dan berpandangan bahawa
industri networking akan menguasai dunia dan amat malang sekali jika ada yang
berpendapat industri ini tidak akan sampai ke mana, senang cakap tak boleh pergi
jauh.
ANTARA PUNCA-PUNCA KEGAGALAN
1. Sikap Individu - Ingin lekas kaya dalam
sekelip mata, bila tidak dapat, kecewa.
2. Sikap Malas ,Kurang ilmu dan
pengetahuan.
3. Jadi ahli ‘Pak Turut’. Ikut apa orang
cakap tanpa rujuk.
4. Salah memilih syarikat. Tanpa selidik
terlebih dahulu.
5. Tanpa melakukan apa-apa, harap duit
datang ke riba
Bukan Senang Untuk Berjaya Dalam Perniagaan
Jualan Langsung MLM.
Saya berikan 8 asas kejayaan dalam jualan langsung MLM kepada anda
iaitu:

1.Kejayaan adalah pilihan yang anda buat.


2.Cari apa sebab mengapa anda melibatkan diri.
3.Katakan YA kepada penolakan.
4.Dalam kamus kejayaan, kegagalan bermakna anda semakin hampir
dengan kejayaan.
5.Tabiat, membantu atau menjadi beban kepada anda.
6.Kekuatan bercerita.
7.Kekuatan menceritakan secara keseluruhan.
8.Kesediaan memberi lebih dari biasa
CIPTAKAN MASA DEPAN ANDA …

Cipta Semula Diri Anda - Ramai orang yang menyertai jualan


langsung tidak "mencipta semula diri mereka". Apakah maksudnya? 

Manusia mempunyai pelbagai ragam dan salah satu ragam itu ialah ego di dalam
diri. Mereka percaya bahawa hanya mereka sahaja yang baik atau betul. Mereka
tidak mahu menerima teguran atau tunjuk ajar. Dalam MLM, anda mesti
membuang ego anda. Anda mesti bersedia menerimateguran dan tunjuk ajar biar
pun yang memberikan teguran atau tunjuk ajar itu adalah orang yang  lebih muda
daripada anda. Inilah yang dikatakan "cipta semula (recreate)".
Membuat Servis - Ramai pengedar beranggapan bahawa servis
tidak perlu bahkan suatu perbuatan leceh. Pada anggapan mereka,
pelanggan tidak memerlukan servis. Servis amat perlu dalam MLM kerana
servis umpama iklan produk biasa yang biasa ke udara di televisyen
atau disiarkan di akhbar. Anda tidak boleh membuat iklan produk dalam
televisyen atau akhbar kerana salah dari segi Akta Jualan
Langsung.Jadi, servislah pengganti iklan. Dengan servis, anda telah
menunjukkan kesungguhan anda terhadap perniagaan ini dan komitmen anda
untuk membantu pelanggan anda. Jika anda tidak membuat servis, anda
tidak akan mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelanggan anda setelah
menggunakan produk itu. Jika produk itu mendatangkan masalah kepada
pelanggan anda dan anda tidak membuat servis, anda akan dituduh tidak
bertanggungjawab menjual/memperkenalkan produk yang tidak berkualiti.
Jika pula produk itu memberikan kebaikan kepada pelanggan anda dan
anda tidak membuat servis, anda telah kehilangan peluang keemasan
untuk memperkenalkan barangan lain dalam senarai produk syarikat
MLM anda.
Ramai Pengedar Dalam Syarikat MLM Ini - Ramai
pengedar merungut. Macam mana hendak menjual dan menaja kerana sudah ramai
pengedar dalam syarikat MLM ini? Memang benar terlalu banyak pengedar dalam
sesebuah syarikat MLM tetapi bukan semua pengedar berdaftar yang benar-benar
serius melakukan perniagaan ini.

Hanya 5% sahaja yang bergiat aktif sementara selebihnya telah "tidur". Jika anda
pengedar yang masih aktif, ini peluang anda untuk mendapatkan jualan dan tajaan yang
sepatutnya menjadi jualan dan tajaan pengedar yang "tidur" itu.
Mampukah Saya Memimpin Downline Saya? - Perkataan
"memimpin" perlu anda tukar kepada "membantu". Ada boleh membantu orang lain
seperti anda membantu isteri di dapur, membantu anak-anak menyelesaikan masalah
kerja sekolah, membantu orang tua melintas jalan, dan sebagainya. Ingatlah, sebelum
anda mampu membantu (memimpin), anda telah pun terlebih dahulu dibantu (dipimpin)
oleh upline anda. Tiru bagaimana upline anda membantu anda dahulu. Itulah cara
mudah untuk membantu downline anda.
Mustahilkah Menjadi Jutawan Dalam MLM? - Menjadi jutawan
dalam jualan langsung samalah dengan membina bangunan. Asas/tapak perlu dibina sebelum
anda membangunkan dinding konkrit.Setelah tingkat demi tingkat dapat dibina, barulah anda
boleh memasang/membina mercunya. Membina sebuah bangunan tidak dapat dilakukan dalam
sehari dua, tetapi berbulan-bulan. Jika bangunan itu bangunan mercu tanda, masa yang lama
amat diperlukan.

Boleh atau tidak menjadi jutawan MLM adalah soal kedua. Persoalan asasnya ialah
mahu buat atau tidak mahu buat. Anda sabar atau tidak dalam perniagaan ini.
Bukanlah menjadi rahsia bahawa: Jika mahu menjadi kaya, berniagalah!" Peniaga-
peniaga yang menjadi kaya-raya seperti Pengerusi Microsoft, Bill Gates "mencipta
keperluan orang ramai", bukannya "memenuhi keperluan orang ramai". Orang
ramai/pelanggan tidak menyangka produk keluarannya akan dikeluarkan tetapi
beliau mengeluarkannya kerana sedar bahawa produk itu kelak akan menjadi
keperluan orang ramai pada masa akan datang.
Kualiti Yang Perlu Ada Pada Anda.
Dalam MLM, ungkapan "Jangan menilai kandungan buku daripada kulitnya" adalah tidak benar.
Orang ramai akan menilai kandungan buku daripada kulitnya. Bagaimana pelanggan hendak
membeli produk minyak wangi anda sedangkan anda datang kepadanya dalam keadaan berbau
peluh? Bagaimana pelanggan hendak membeli sabun cuci anda sedangkan semasa berhadapan
dengan mereka baju anda comot/kotor?

Dalam MLM, anda perlu "menjual" diri anda terlebih dahulu. Penampilan anda adalah
"jualan pertama" anda sebelum anda menjual produk anda.

Semasa anda, memperkenalkan produk anda atau menawarkan peluang perniagaan ini
kepada prospek anda, ingatilah

5 HURUF - S.E.B.A.B .
Mulakan Langkah MeN...
Ada usahawan yang berjaya memberikan jawapan secara berseloroh apabila saya tanya
tentang apakah maksud MLM? Mereka mengatakan bahawa MLM ialah singkatan
(akronim) "MULAKAN LANGKAH MEN-". Ada juga yang berkata, MLM ialah MEETING
LARUT MALAM. Seloroh yang kedua akan memberikan imej tidak sihat pada industri
jualan langsung seolah-olah memberikan gambaran bahawa apabila menjalankan
perniagaan ini, kita perlu bekerja keras sampai larut malam.

M pertama      =         Menetapkan matlamat diri dalam perniagaan MLM ini


M kedua         =         Memperkenalkan produk kepada orang terdekat/dikenali
M ketiga          =         Menaja pelanggan yang berpuas hati dengan produk itu
M keempat     =         Memberikan servis kepada pelanggan/downline
M kelima         =         Membantu/Memimpin downline
M keenam      =         Membuat mesyuarat kumpulan
M ketujuh        =         Meniru teknik, kaedah, dan strategi upline
Rahsia Kejayaan Usahawan MLM
Beberapa rahsia kejayaan usahawan-usahawan MLM yang saya kutip.

1.Bergaul dengan segenap lapisan masyarakat. Dari celah-celah lumpur itu


mungkin ada permata berharga.
2.Bekerjasama sesama ahli kumpulan. Lakukan perniagaan ini bersama
dengan pasangan anda. Kerja berdua akan lebih mendatangkan hasil
mutlak. Berilah tunjuk ajar anda dengan ikhlas. Jangan tanya diri anda
berapakah hasil yang akan saya dapati dengan menolongnya. Tanyalah,
berapakah hasil yang akan downline saya peroleh kalau saya
membantunya. Downline anda berjaya, anda juga akan berjaya.
3.Sediakan strategi anda yang berbentuk sistem yang akan menjadi
panduan dan amalan kumpulan anda.
4.Buat perancangan anda dan mestilah anda komited dengan perancangan
anda itu.
5.Jangan abaikan downline anda. Setiap permohonan bantuan daripada
mereka walaupun generasi di bawah perlu anda penuhi.
6. Anggap perniagaan ini sebagai peperangan.
7. Luangkan sedikit masa anda untuk memikirkan idea kreatif yang dapat menjayakan
perniagaan anda.
8. Sentiasalah anda merendah diri walaupun anda telah berjaya. Sikap ini akan
menyebabkan sesiapa pun tidak berasa rendah diri apabila bergaul dengan anda.
9. Sentiasa berkata kepada diri sendiri : Aku berniaga kerana mengejar kepuasan,
bukannya wang. Jika anda puas, wang akan datang bergolek.
10. Mesti sanggup menentang arus. Orang tak buat cara ini, anda buat. Jika orang lain
tidak buat, anda buat, anda akan berjaya.
11. Sentiasa turun ke bawah. Jangan hanya melihat dari atas walaupun anda telah
berjaya.
12. Beri motivasi kepada diri sendiri. Berikan hadiah kepada diri anda apabila anda
berjaya melakukan sesuatu. Hadiah itu mungkin berupa tidur seketika untuk
merehatkan otak anda.
13. Sentiasa setia pada syarikat. Sifat kanggaroo tidak ada dalam resipi kejayaan
usahawan MLM.
14. Anggapkan bahawa melakukan perniagaan sebagai ibadah.
Sekian terima
kasih

You might also like