You are on page 1of 5

menggantung patin jack.

patin

kecil seberat 1-3 kg lebih dikenali sebagai pati jack (jek) kerana boleh dinaikkan tanpa menggunakan
tangguk. jek jer. sebenarnya patin sebesar ini pun dapat memberikan keseronokan memancing jika kena caranya.
harini saya berpeluang untuk memancing di kolam seksyen 24 yang baru memasukkan patin jek sebanyak 1 tan.
banyak tu....
patin ni suka makan umpan yang berada dipermukaan atau dipertengahan air. oleh itu penggunaan teknik
gantung adalah penting. oleh kerana dikolam ni tidak boleh menggunakan teknik apung. maka teknik gantung
adalah yang terbaik. mata gantung selalunya sepanjang 1 depa hingga yang paling panjang 4depa. kalau 1-2 depa
ok lagi nak baling, tapi kalau sampai 4 depa, susah tu. kalau tak kena gayanya boleh terlekat matakail kat telinga
pemancing. huhu.........
yang paling penting bagi teknik ini adalah bahan apung untuk mengapungkan umpan. selalunya pemancing
menggunakan mashmellow dan ada juga yang menggunakan gabus, selipar getah dan sebagainya. saya lebih
menggemari mashmellow kerana sifatnya yang lembut dan terapung yang tidak akan mengganggu matakail
untuk menacap kukuh.

patin pertama yang sudi menyapa.


saya menggunakan perambut gantung sepanjang 2 depa sahaja. dah kira panjang la tu. kalau kat kolam lain
pastinya umpan hanya akan berada dipermukaan sahaja. nasib baiklah kolam ni dalam. saya sampai ke kolam
pada jam 7.15 pagi. saya lihat pagi tu tiada pemancing yang ada dipondok tengah seberang kaunter. apa lagi. port
baik tak ada orang. saya terus kesana.
umpan yang saya gunakan adalah umpan strawbery dan saya menggunakan roti gardenia. kenapa saya gunakan
roti gardenia? mesti ada yang bertanya. selama ni pemancing tidak menggunakan roti gardenia kerana ianya akan
keras jika terkena air, tetapi kalau menggunakan teknik gantung, ia tidak akan keras kerana roti tidak akan
dikepal, sebaliknya hanya akan dicucuk macam satey sahaja. jangan la kepal roti tu. cucuk sahaja mesti dah ok.
ikan akan senang makan.
patin jek ni juga selalu makan sampai telan matakail terutamanya kalau matakail bersaiz agak kecil. kalau guna
matakail besar nanti susah juga nak bagi umpan menggantung dan naik dalam air. saya selalu menggunakan
daiichi 16 ataupun barkley chinu no 9 sebagai matakail untuk teknik gantung. dan selama ini ianya menjadi.
okla. saya nak kongsikan teknik gantung yang saya gunakan memancing patin jek tadi.

gambarajah lakaran perambut

perambut gantung sepanjang 2 depa

cangkukkan mashmellow pada matakail

turunkan mashmellow hingga melepasi matakail dan masuk ke tali perambut

saya selalu gunakan 3 ketul mashmellow

cucukkan sahaja roti potong dadu pada matakail. tak perlu kepal atau picit
apa lagi. cubalah teknik ni esok dikolam pancing. mana tau boleh menjadi.

hasil memancing menggunakan teknik mata gantung selama 3 jam. ada beberapa ekor yang tak masuk gambar
oh ya. patin jek ni selalunya saya dapat dengan umpan yang berbau kuat sikit. jangan kuat sangat lak. nanti ikan
tak nak makan.
kalau menggunakan teknik gantung ni jarang sekali ikan akan tarik auto macam memancing rohu. sebaliknya tali
akan tegang. pastikan tali agak tegang dan gunakanlah radar plastersin. selalu terjadi ikan akan langgar tali
banyak kali. jika anda lihat tali berdenyut biarkan sahaja. tapi bila tali menegang agak lama dalam 3-5 saat,
buatlah sedikit rembatan. ini agak penting dalam menggunakan teknik ini. pastinya anda boleh faham kerana
perambut sepanjang 2 depa dan dengan berat batu gantung lagi. sebab tu la kena rembat sikit. ada juga yang
merembat sampai ke belakang. terpulang kepada anda. jangan sampai kena cap main sembat dah la.
teknik ni sangat sesuai digunakan untuk kolam yang tidak membenarkan penggunaan pelampung dan teknik
apung. tapi kalau kolam tu tidak membenarkan penggunaan bahan apung, susah la. apa pun ianya bergantung
kepada tempat dimana anda memancing.
dengan teknik ni saya dapat menaikkan 12 ekor patin dan 2 ekor patin besar lucut dipertengahan jalan dalam
masa 4 jam memancing.
selamat mencuba

You might also like