You are on page 1of 14

PERMAINAN BAHASA

DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
BAHASA ARAB

Oleh:
Nazri bin Samsudin

ISI KANDUNGAN:
Pengenalan
Objektif Permainan Bahasa
Kelebihan Permainan Bahasa
Bentuk Pengelolaan Permainan Bahasa
Contoh Permainan Bahasa dalam P&P Bahasa Arab Tahun 2

1
Pengenalan
Permainan Bahasa ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan di dalam bilik darjah yang bertujuan untuk membekalkan ilmu pengetahuan
dan pelbagai kemahiran bahasa kepada para pelajar dalam suasana yang seronok dan
santai, mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan di bawah pengawasan guru 1 .
Penggunaan permainan bahasa sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran
bahasa bukan lagi merupakan satu perkara baru dalam dunia pendidikan. Ia merupakan
salah satu teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab
mutakhir ini.
Penglibatan dalam permainan bahasa memberi peluang kepada pelajar untuk
memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik.
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan meliputi 4 kemahiran berbahasa iaitu kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

1. Objektif Permainan Bahasa


Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan matlamat dalam
sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju
ini dirangkumkan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu 2 :

1.1 Merangsang interaksi verbal pelajar


Dalam permainan bahasa, para pelajar akan diminta bercakap dan mempraktikkan
ungkapan-ungkapan tertentu. Di samping itu, mereka juga diminta memberikan
kerjasama dan melibatkan diri sepenuhnya secara aktif. Tiada seorang pun daripada
mereka dibenarkan bersendiri dan terkecuali. Sebaliknya mereka harus menggunakan
peluang tersebut untuk berkomunikasi sesama mereka.

1
Radhi Fauzi Hanafi (Dr), Al-Al’aab Al-Lughawiyyah wa At-Ta’bir As-Syafahi Al-Ibda’iy:
(http://vb.arabsgate.com/showthread.php?s=30972f37217e021350122313cce2a82f&p=3902715#post39027
15)
2
Lihat 5 isi penting ini dalam: http://bobezani.tripod.com/teknik.htm. Huraiannya pula adalah daripada
penulis sendiri.

2
1.2 Menambah kefasihan dan keyakinan
Permainan bahasa bertujuan untuk meningkatkan kefasihan berbahasa serta
menambahkan keyakinan diri para pelajar. Pelajar biasanya merasa seronok apabila
berhadapan dengan permainan-permainan yang mencabar. Secara tidak langsung
mereka akan menyedari kebolehan dan keupayaan mereka dalam bahasa yang
dipelajari.

1.3 Menyediakan konteks pembelajaran


Permainan bahasa bukan sahaja boleh digunakan selepas selesai pengajaran
sesuatu isi pelajaran tetapi ia dapat menyediakan konteks pembelajaran itu
sendiri. Pelajar dapat lebih mengikuti proses pembelajaran apabila sesuatu
aktiviti seperti permainan bahasa dijalankan dalam masa yang sama
pengajaran guru dilakukan. Ini dapat dilakukan apabila pelajar menjalankan
permainan bahasa dan guru bertindak sebagai fasilitator bagi mengawasi dan
memantau pembelajaran mereka.

1.4 Bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan


Dalam waktu persekolahan yang panjang, rasa bosan dan jemu akan dihadapi
oleh guru apatah lagi para pelajar yang perlu memahami isi kandungan
pelbagai mata pelajaran. Maka permainan bahasa dapat mengikis perasaan ini
dengan kepelbagaian aktiviti yang dijalankan dapat menimbulkan perasaan
seronok dan gembira sekaligus pelajar dapat menerima pengajaran guru
dengan lebih baik.

1.5 Bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan


Dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat pelajar
bermasalah yang memerlukan kepada aktiviti pemulihan, pengukuhan atau
pengayaan bergantung kepada tahap penguasaan mereka selepas melalui
aktiviti biasa seperti mendengar penerangan guru, soal jawab dan membaca
buku teks. Maka permainan bahasa sangat membantu dalam mengatasi
masalah pembelajaran.

3
2. Kelebihan Permainan Bahasa
Permainan bahasa mempunyai peranan penting dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa bagi membantu menguasai pelbagai kemahiran bahasa. Ia juga
dapat membantu dalam memudahkan lagi aktiviti pembelajaran bahasa kerana
pembelajaran bahasa merupakan satu tugas yang sukar yang memerlukan kepada latihan
yang berterusan untuk mempraktikkannya dan menguasai segala aspek kemahiran
berbahasa. Antara kelebihan permainan bahasa ialah 1 :

2.1 Memberikan peluang kepada pelajar untuk melatih dan menguasai pelbagai
kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis
dalam pelbagai situasi dan keadaan. Oleh itu, permainan bahasa merupakan
kaedah terbaik dalam membantu pelajar menguasai kemahiran bahasa sama ada
secara lisan dan tulisan.

2.2 Ia dapat mengurangkan rasa bosan dan jemu semasa pembelajaran bahasa
selain daripada memperbaiki dan menyelesaikan masalah emosi dan perasaan
negatif yang dihadapi oleh segelintir pelajar seperti suka menyendiri,
mendiamkan diri dan mengasingkan diri daripada para pelajar yang lain. Oleh itu,
permainan bahasa dapat membantu mereka untuk meluahkan buah fikiran dan
perasaan mereka dengan lebih jelas.

2.3 Ia dapat menggalakkan pelajar untuk menggunakan bahasa secara lebih


kreatif, inovatif dan semulajadi (fitrah).

2.4 Ia dapat membantu guru memperbetulkan kesilapan dan kesalahan yang biasa
dilakukan oleh pelajar sama ada dari segi sebutan atau bacaan sesuatu perkataan
yang berbeza penggunaannya sesuai dengan situasi dan keadaan tertentu.

1
Radhi Fauzi Hanafi (Dr), Al-Al’aab Al-Lughawiyyah wa At-Ta’bir As-Syafahi Al-Ibda’iy:
(http://vb.arabsgate.com/showthread.php?s=30972f37217e021350122313cce2a82f&p=3902715#post39027
15)

4
2.5 Ia memberi peluang kepada guru dan sesama para pelajar untuk berbincang,
bertanyakan soalan dan mengeluarkan pandangan sambil melaksanakan aktiviti
permainan bahasa. Oleh itu, para pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan
dalam keadaan rehat dan santai.

3. Bentuk Pengelolaan Permainan Bahasa


Berikut adalah teknik pengelolaan aktiviti permainan bahasa. Guru boleh menjayakannya
sama ada secara berkumpulan, berpasangan ataupun secara individu 1 :

(a) Secara Berkumpulan


Guru boleh melaksanakan permainan bahasa menerusi pembentukan kumpulan-
kumpulan yang kecil. Bilangan empat hingga enam orang pemain dalam satu kumpulan
sudah memadai. Guru perlu teliti dalam menentukan bilangan ahli dalam sesebuah
kumpulan kerana ia memainkan peranan dalam menentukan kelancaran permainan. Jika
bilangan pelajar di dalam kelas anda terlalu ramai, anda hendaklah membahagikan pelajar
ke dalam banyak kumpulan. Keadaan ini mungkin kurang selesa. Walau bagaimanapun,
jika keadaan ini tidak dapat dielakkan, permainan bahasa bolehlah digantikan dengan
jenis permainan yang tidak memerlukan terlalu banyak gerak kerja menulis. Sebagai
alternatif, guru boleh membawa pelajar anda keluar kelas untuk meneruskan permainan.

Sebelum guru memulakan satu permainan yang baru secara kumpulan, guru perlulah:
(i) Jelaskan kepada pelajar apakah jenis permainan yang hendak dimainkan itu.
(ii) Adakan tunjuk ajar atau demonstrasi. Dalam hal ini sebahagian daripada pelajar boleh
diminta membantu guru.
(iii) Arahan-arahan boleh ditulis di papan hitam, jika pelajar sudah boleh menulis,
membaca dan memahaminya.

1
Zawawi Ismail, Mohd Abdul Nasir Abdul Latif, Wan Nordin Wan Abdullah (2009). Pengenalan
Pendidikan Bahasa Arab. m/s 99-100, Malaysia: Open University

5
(b) Secara Berpasangan
Permainan secara berpasangan boleh memberi lebih banyak peluang latihan mendengar
dan bertutur. Biasanya, permainan secara berpasangan tidak banyak menimbulkan
masalah jika dibandingkan dengan permainan secara berkumpulan. Guru boleh mengawal
pelajar dengan mudah.

(c) Secara Individu


Permainan secara individu amat sesuai untuk aktiviti pengayaan. Cara ini biasanya
dilakukan bagi pelajar yang pintar, cergas serta telah menghabiskan tugasan yang
diberikan oleh guru dalam sesuatu masa yan tertentu. Dalam situasi begini, pelajar
berfikir sendirian untuk menyelesaikan masalah yang diberikan. Jika tidak dapat
menyelesaikannya. Pelajar boleh merujuk kepada guru untuk mendapatkan petunjuk dan
panduan.

6
4. Contoh permainan bahasa yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Arab Tahun 2 di sekolah kebangsaan:

Nama Permainan Bahasa Mengenal Nombor dan Bilangan (‫)األرقام واألعداد‬


Tajuk dalam Buku Teks ‫( في فصلي‬mukasurat 14) dan ‫( األدوات الدراسية‬mukasurat 30)
Bahasa Arab Tahun 2
Kemahiran Bahasa Mendengar dan Bertutur
Isi kandungan Nombor dan Bilangan 21 hingga 30 ( ٣٠-٢١ )

Objektif 1. Mengenal bentuk nombor dan bilangan Bahasa Arab


2. Membilang nombor dalam Bahasa Arab
3. Menyebut nombor dan bilangan Bahasa Arab
dengan betul dan lancar
Bahan Wang kertas RM1 dan RM10, 3 set kad nombor Arab

( ٣٠-٢١ )

Kaedah Kelas, kumpulan dan individu


LANGKAH-LANGKAH
Pendahuluan Guru masuk ke dalam kelas dan meminta murid-murid
(2 minit) membaca doa secara beramai-ramai.
Set Induksi - Guru menunjukkan 10 keping wang kertas RM1 dan
(3 minit) sekeping wang kertas RM10.

7
- Guru membilang setiap keping wang kertas RM1 dari 1
hingga 10.
- Kemudian, guru mengeluarkan sekeping wang kertas
RM10 dan mencampurkan dengan 10 keping wang kertas
RM1 satu persatu serta membilang dari 11 hingga 20.
Langkah 1 - Guru membahagikan murid di dalam kelas kepada 3
(5 minit) kumpulan iaitu setiap kumpulan mempunyai 10 orang murid
(jumlah murid di dalam kelas ialah 30 orang).
- Guru mengagihkan kad nombor 21 hingga 30 kepada
setiap kumpulan. Ini bermakna setiap murid mendapat
nombor yang berlainan.

٢١ ٢٢
٢٣ ٢٤
٢٥ ٢٦
٢٧ ٢٨
٢٩ ٣٠
Langkah 2 - Guru menyebut nombor 21 hingga 30 satu persatu
(15 minit) mengikut urutan tanpa menunjukkan kad nombor dan
meminta semua murid menyebutnya semula secara beramai-
ramai.
- Guru menyebut nombor 21 hingga 30 satu persatu
mengikut urutan dengan menunjukkan kad nombor dan
meminta semua murid menyebutnya semula secara beramai-
ramai.

٢١ ٢٢
٢٣ ٢٤

8
٢٥ ٢٦
٢٧ ٢٨
٢٩ ٣٠
Langkah 3 - Guru menyebut nombor 21 hingga 30 satu persatu dan
(20 minit) meminta murid dari setiap kumpulan untuk datang ke
hadapan kelas membawa dan menunjukkan nombor yang
dipegangnya.
- Kemudian, 3 orang murid dari setiap kumpulan itu tadi
diminta untuk menyebut nombor yang ditunjukkan itu tadi.
- Kumpulan yang berjaya menunjukkan dan menyebut
nombor dengan betul akan diberikan 1 markah bagi setiap
kad nombor yang betul dan 1 markah lagi bagi setiap
sebutan nombor yang betul. Markah penuh ialah 2 markah
bagi aktiviti ini.

٢١ ٢٢
٢٣ ٢٤
٢٥ ٢٦
٢٧ ٢٨
٢٩ ٣٠
Langkah 4 - Setiap kumpulan diberikan semula 10 keping kad nombor
(10 minit) 21 hingga 30.
- Setiap kumpulan diminta untuk menyusun semula 10
keping kad nombor tersebut dengan betul dan teratur.
- Kumpulan yang berjaya menyusun semula 10 keping kad
nombor 21 hingga 30 tersebut dengan betul akan diberikan 1

9
markah bagi setiap nombor yang disusun dengan betul.
Penutup - Setiap kumpulan diminta untuk menyebut nombor 21
(5 minit) hingga 30 satu persatu mengikut giliran.

Beberapa manfaat yang boleh diperolehi oleh guru dan murid daripada permainan bahasa
ini:
1) Permainan ini hanya menggunakan bahan bantu mengajar iaitu wang kertas dan
kad nombor tanpa menggunakan buku teks. Maka para murid lebih berasa teruja
dan seronok serta bersedia untuk memulakan pembelajaran melalui permainan.
2) Semua murid memberikan perhatian kepada pengajaran guru apabila guru
memulakan pengajaran dengan mengeluarkan wang kertas yang pelbagai jenis.
Sekaligus, dapat menghilangkan rasa jemu dan bosan terhadap pengajaran dan
pembelajaran.
3) Guru dapat meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran kerana dapat
menghasilkan suatu permainan bahasa yang kreatif dan inovatif. Ini dapat
memberikan motivasi dan suntikan semangat yang baru kepada guru untuk
mencipta aktiviti permainan bahasa yang lain.
4) Dalam permainan bahasa ini, guru dapat mempelbagaikan kaedah, teknik dan
strategi pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, guru dapat melihat dan menilai
kepelbagaian sikap dan tingkah laku daripada para murid yang terlibat.
5) Permainan bahasa ini adalah lebih mudah untuk dipelajari dan lebih cepat untuk
diterima oleh para murid kerana aktiviti yang dilaksanakan adalah berpusatkan
murid dan isi kandungan pelajaran disampaikan dalam bentuk yang kreatif.

10
Penutup
Dengan adanya permainan bahasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Arab, khususnya apabila melibatkan murid yang belajar Bahasa Arab sebagai
bahasa asing ketiga (selepas Bahasa Inggeris) di Malaysia ini, maka diharapkan dapat
menambahkan lagi minat mereka dalam mempelajari bahasa ini.
Aktiviti permainan bahasa ini juga dapat mengubah persepsi murid bahawa
mempelajari Bahasa Arab adalah sesuatu yang susah dan membebankan. Hasil daripada
penglibatan dan kejayaan mereka dalam menjalankan permainan bahasa ini, maka
mempelajari Bahasa Arab sebenarnya adalah mudah.

11
RUJUKAN

1. Zawawi Ismail, Mohd Abdul Nasir Abdul Latif, Wan Nordin Wan Abdullah (2009).
Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab. m/s 99-100, Malaysia: Open University

2. Majdi Ibrahim, Amiruddin Ishak, Rijaludin Yahya (2008). Buku Teks Bahasa Arab
Tahun 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Radhi Fauzi Hanafi (Dr), Al-Al’aab Al-Lughawiyyah wa At-Ta’bir As-Syafahi Al-


Ibda’iy:
(http://vb.arabsgate.com/showthread.php?s=30972f37217e021350122313cce2a82f&p=39
02715#post3902715)

4. http://bobezani.tripod.com/teknik.htm

12
LAMPIRAN
Contoh Bahan ‘WANG KERTAS’ yang digunakan dalam permainan Bahasa Arab

13
Contoh Bahan ‘KAD NOMBOR’ yang digunakan dalam permainan Bahasa Arab

٢١ ٢٢
٢٣ ٢٤
٢٥ ٢٦
٢٧ ٢٨
٢٩ ٣٠

14

You might also like