You are on page 1of 44

BAHASA DALAM

KOMUNIKASI BERTULIS:

RENCANA
DEFINISI
• Rencana ialah karangan yang
mengandungi maklumat,ulasan,huraian
atau penceritaan sesuatu perkara yang
biasanya berdasarkan fakta-fakta
sebenar.
• Fakta-fakta yang dikemukakan
biasanya berdasarkan
penyelidikan,tinjauan dan rujukan yang
dilakukan oleh penulis rencana.
• Fakta – fakta yang berkaitan juga perlu
berdasarkan berbagai-bagai sumber
yang mempunyai pertalian atau
hubungan dengan topik rencana.
• Buah fikiran daripada wawancara juga
merupakan sumber bagi mendapatkan
fakta sebenar untuk penulisan rencana.
• Rencana bukanlah bersifat cereka
tetapi memberikan tumpuan kepada
sesuatu tajuk yang khusus.
CIRI-CIRI PENULISAN
RENCANA
• Penulisan rencana mempunyai ciri-cirinya
yang tersendiri. Antaranya adalah seperti
yang berikut:

1.Rencana digolongkan dalam bentuk esei


formal.
 Penulisan rencana melibatkan penggunaan
bahasa baku yang lebih konvensional
berbanding dengan esei yang tidak formal
dan mempunyai struktur yang lebih
terancang.
 Rencana mempunyai
perenggan-perenggan
pendahuluan dan penutup yang
rapi.
 Setiap perenggan pula
mempunyai ayat topik dan
turutan yang lojik.
 Ciri-ciri personal termasuk
humor kurang diadakan dalam
penulisan rencana.
2. Tujuan penulisan rencana adalah serius.
 Melalui rencana terdapat maklumat yang
merangsang minda pembaca untuk turut
berfikir dan menginterpretasikannya.
 Rencana ilmiah terutamanya, ditulis oleh
orang yang mahir dalam sesuatu bidang dan
pendapat yang dikemukakan biasanya
berdasarkan kepada penyelidikan oleh
penulis sendiri atau orang lain.
 Setiap fakta,ulasan dan pendapat haruslah
ada asasnya. Oleh itu, nota kaki,bibliografi
serta lampiran perlu disertakan sebagai
sokongan bagi sesuatu fakta.
3. Ada digniti.
 Penulisan rencana mempunyai
martabatnya kerana mempunyai
nilai intelektual.
 Ciri ini penting kerana penulisan
rencana mementingkan
ketepatan dan kejituan maklumat
serta hujahan yang berdasarkan
penyelidikan ,rujukan dan
tinjauan oleh penulisnya.
 Rencana yang berbentuk ilmiah
atau berunsur sejarah misalnya
mempunyai digniti yang tinggi
kerana tetap kekal dan dijadikan
bahan rujukan oleh pelajar dan
pencinta ilmu.
 Bagi rencana-rencana yang
berunsur sejarah pula dibuat
koleksi dan disimpan di Arkib
Negara, Pusat Dokumentasi
Dewan Bahasa dan
Pustaka,Perpustakaan Negara dan
sebagainya.
4. Ada ukuran kepanjangan.
 Sesebuah rencana yang bermutu
mempunyai ukuran kepanjangan yang
tertentu.
 Sebaik-baiknya lebih panjang daripada
nota dan lebih pendek daripada
monograf jika dilihat dari segi
ukurannya.
 Biasanya sesetengah editor majalah
dan surat khabar mempunyai
ketentuan tentang panjang rencana
yang akan disiarkan.
 Rencana kewartawanan
misalnya mempunyai gaya
penulisnya yang langsung dan
terus kepada isi kandungan
mengikut skop yang dipilih.
 Dengan itu, sesebuah rencana
tidak perlu terlalu panjang
lazimnya menjejaskan minat
pembacanya terhadap
rencana yang berkenaan.
5. Penulisan yang jelas dan jitu.
 Penulisan rencana padat dengan
maklumat yang berupaya menarik
perhatian pembaca untuk terus
membaca bagi mendapatkan
maklumat.
 Rencana yang meleret-leret,longgar
dan tidak ekonomi perkataanya akan
menghambarkan selera pembaca. Idea
yang disampaikan dalam rencana juga
harus berturutan dan ada pertalian
sambil dipertautkan dengan hujahan
penulis.
 Pada keseluruhannya,penulisan
rencana menggunakan perkataan yang
konkrit,tepat untuk sesuatu
idea,mudah difahami dan tidak
menggunakan perkataan secara
berlebihan.
 Walau bagaimanapun,terdapat juga
penulisan rencana yang menggunakan
perkataan-perkataan yang
mengindahkan gaya bahasa,
menghidupkan dan memberikan tenaga
kepada rencana tersebut.
6. Menyampaikan maklumat.
 Penulisan rencana dapat
menyampaikan maklumat yang lebih
banyak dan jelas kapada para
pembaca.
 Contohnya: Kepupusan Penyu
Belimbing. Penulisan rencana boleh
melakukan wawancara dengan
beberapa pihak yang terlibat dan
berdasarkan maklumat yang dikumpul
maka ditulisnya sebuah rencana yang
memaparkan masalah tentang
kepupusan haiwan tersebut.
 Dengan memberikan maklumat kepada
masyarakat pembaca,mungkin usaha
untuk menyelamatkan penyu tersebut
dapat diatasi.
 Masalah-masalah sosial yang lain seperti
isu pendatang asing,setinggan,budaya
punk serta masalah para pekerja kilang
merupakan tajuk rencana yang menarik.
Kadangkala, hasil daripada penulisan
rencana seperti ini dapat mendidik dan
membantu proses perubahan dalam
kalangan masyarakat.
 Maklumat yang dimuatkan dalam
sesebuah rencana biasanya bertujuan
untuk menjawab persoalan-persoalan
yang dikenali sebagai unsur 5W + 1H,
iaitu who(siapa),when(bila),
what(apa),why(mengapa),where(di
mana) dan how(bagaimana).
 Persoalan-persoalan ini dapat
membantu penulis meneroka sesuatu
peristiwa secara menyeluruh. Jawapan
bagi persoalan-persoalan ini juga
secara tidak langsung dapat membantu
memberikan maklumat yang diperlukan
oleh pembaca.
7. Rencana bersifat ulasan subjektif.
 Melalui penulisan rencana,penulis
dapat melahirkan perasaan dan
pandangan terhadap sesuatu isu yang
ditimbulkan. Misalnya, sekiranya para
pembaca mendengar sesuatu peristiwa
penting di radio atau televisyen,maka
keesokan harinya mereka boleh
mengikuti rencana yang lebih
mendalam mengenainya di akhbar.
 Rencana seumpama ini biasanya
memuatkan ulasan-ulasan yang
mengandungi pendapat dan perasaan
penulis.
 Perasaan dan pendapat penulis ini
mempunyai tujuan yang tertentu
seperti meminta pembaca berfikir dan
membuat pertimbangan, membuat
rayuan untuk mendapat simpati
pembaca terhadap sesuatu peristiwa
dan sebagainya.
 Ciri-ciri membezakan rencana daripada
penulisan berita atau laporan adalah
berita atau laporan hanya memaparkan
perkara-perkara yang berlaku tetapi
tidak dimuatkan pendapat penulis itu
sendiri.
8. Tempoh tarikan tidak terhad.
 Ruang dan tempoh tarikan penulisan
rencana tidak terhad sebagaimana
yang berlaku pada penulisan berita.
Seseorang penulis rencana boleh
memilih sudut pandangan yang
dikehendakinya untuk dibicarakan
dalam penulisannya. Tumpuan dari
satu idea kepada idea yang lain
merupakan tugas penulis supaya isu
yang ditimbulkan tetap menarik.
 Selain itu, penulis rencana tidak perlu
mengejar tarikh akhir penerbitannya
dan rencana yang dihasilkan boleh
disimpan untuk beberapa hari di dalam
fail dan akan digunakan apabila perlu.
 Sesuatu rencana itu tidak akan basi
walaupun peristiwa yang berkenaan
hanyalah berupa imbasan kembali.
9. Organisasi penulisan yang logik.
 Maklumat yang disampaikan dalam
rencana adalah logik dan berdasarkan
rujukan penyelidikan,tinjauan dan
temu ramah dengan pihak-pihak yang
berkaitan.
 Rencana yang berdasarkan maklumat
yang tepat tentang sesuatu perkara
biasanya disokong dan dimantapkan
dengan keterangan,data,jadual,peta
dan sebagainya bagi menjelaskan
maksud penulisannya dan kesahihan
perkara tersebut.
10. Pembatasan pembicaraan
 Rencana ditulis berdasarkan skop
yang dipilih sahaja. Walaupun sesuatu
isu itu hangat dan besar,tetapi
penulisan rencana biasanya cuba
menjuruskan sudut penulisannya
kepada sesuatu aspek sahaja.
BENTUK-BENTUK
RENCANA
• Bentuk rencana boleh
dibahagikan kepada tiga
jenis,iaitu:
 Rencana bentuk ilmiah
 Rencana bentuk separa ilmiah
 Rencana bentuk popular
1. Rencana bentuk ilmiah
Rencana bentuk ilmiah biasanya
ditulis oleh penulis yang pakar dalam
sesuatu bidang.
Pendapat yang dikemukakan biasanya
berdasarkan penyelidikan sendiri atau
orang lain.
Setiap fakta,huraian,ulasan serta
pendapat mestilah ada dasarnya
sekiranya rencana itu tidak
berdasarkan penyelidikan sendiri.
2. Rencana bentuk separa ilmiah
Bentuk rencana separa ilmiah tidak
memerlukan kajian dan rujukan yang
mendalam.
Walau bagaimanapun, penulisan
rencana bentuk ini juga mengandungi
data,jadual,rajah,peta dan sebagainya
yang memerlukan maklumat tepat
untuk pembaca.
Rencana separa ilmiah ini sering
ditulis oleh wartawan akhbar harian
dan majalah-majalah. Penulisan
bentuk ini tidak perlu disertakan
bibliografi.
3. Rencana bentuk popular
Isi yang diketengahkan oleh
rencana bentuk popular biasanya
tidaklah berat.
Rencana bentuk ini berkaitan
dengan isu-isu semasa dan
menjadi bahan santapan rohani
pembaca.
Pembaca yang ingin mengetahui
isu-isu semasa akan mendapat
maklumat tersebut dengan jelas
kerana penulis menggunakan gaya
bahasa yang lebih mudah,ringkas
dan jitu.
Rencana bentuk popular ini sering
menjadi topik mingguan dalam
akhbar harian. Misalnya, isu-isu
tentang wanita,hobi,tempat
pelancongan dan sebagainya
sering dimuatkan dalam akhbar.
JENIS-JENIS RENCANA
1. Rencana jenis penerangan
Kebanyakan rencana dalam akhbar
dan majalah mengetengahkan fakta
dengan lebih jelas dan menyeluruh.
Segala aspek tentang topik tersebut
diberi penerangan yang berupa
kumpulan fakta dari berita harian.
Rencana jenis ini sering kali ditulis
oleh sidang editor majalah semasa
timbulnya sesuatu isu atau perkara
yang susah difahami umum.
2. Rencana jenis berita.
Rencana jenis berita berasaskan
kenyataan atau isu semasa dengan
memberi keutamaan terhadap sesuatu
kejadian yang baru, luar biasa dan
bernilai beritanya.
Biasanya, rencana berita
mengandungi huraian lanjut tentang
berita yang hangat diperkatakan.
Dalam penulisan berita,penulis
dikehendaki melaporkan apa yang
benar-benar berlaku di samping
memberikan pendapatnya.
3. Rencana jenis profil.
Rencana jenis profil menceritakan hal-hal
tentang pencapaian dan kejayaan seseorang
tokoh.
Biasanya rencana ini memuatkan gambaran
tentang diri,individu yang menunjukkan
keperibadian,keistimewaan dan ketokohan.
Orang yang diprofilkan merupakan orang
yang terkenal.
Rencana jenis ini menceritakan latar
belakang seseorang tokoh itu dan apa yang
dilakukannya serta bagaimana dia menjadi
terkenal.
4. Rencana jenis penyiasatan.
Rencana jenis penyiasatan ditulis untuk
merangsang pihak-pihak tertentu agar
bertindak untuk memperbaiki dan
mengubah keadaan,cara berfikir serta
pendapat orang ramai.
Penulis rencana seumpama ini perlu
menyediakan bukti-bukti dan contoh-
contoh yang sebenarnya.
Sebagai contoh, dalam rencana tentang
Ponteng Sekolah dalam Kalangan
Murid-murid Sekolah, penulis dapat
memberikan sebab-sebab berlakunya
ponteng sekolah,tempat-tempatyang
selalu dikunjungi oleh murid-murid yang
ponteng dan peratusan yang terlibat.
6. Rencana jenis pendapat.
Rencana jenis pendapat menggunakan
persembahan yang bersahaja, iaitu
pendapat disampaikan secara tepat
dan jelas dengan mengemukakan
fakta dan data seperti peraturan yang
dikenakan oleh pihak berkuasa atau
jadual bilangan nahas jalan raya dalam
satu tempoh tertentu.
Rencana ini akan menjadi hambar jika
pendapat penulis tidak berdasarkan
penyelidikan dan rujukan yang
mendalam.
7. Rencana jenis perbahasan
Dalam rencana jenis
perbahasan,penulis biasanya
mengetengahkan teori
kemasyarakatan dan menyampaikan
hujah-hujah dengan berasaskan
falsafah,politik,penyelesaian masalah
ekonomi ataupun strategi dalam
permainan dan sukan.
Melalui rencana jenis ini, penulis lebih
berani memperkatakan pendapatnya
sama ada bersetuju atau menentang
pendapat-pendapat pihak lain.
8. Rencana jenis kritikan.
Rencana jenis kritikan memberi peluang
kepada penulis untuk menyatakan sama ada
dia bersetuju atau tidak dengan sesuatu isu
atau perkara dengan mengemukakan
alasannya.
Namun begitu, oleh sebab tidak mudah untuk
menolak sesuatu secara bulat-bulat,penulis
biasanya menyediakan fakta-fakta yang
menyokong pendiriannya dan cara-cara
bagaimana untuk menghadapi alasan-a;asan
lain kemudiannya.
Kritikan dan penulisan rencana seumpama ini
lazimnya bersikap adil dan mengemukakan
kelemahan yang perlu diperbaiki dan
kekuatan yang patut diberikan pujian.
9. Rencana jenis umum.
Rencana ini berkaitan dengan
perkara yang telah menjadi
pengetahuan umum seperti hal-
hal tentang burung,peredaran
bulan dan matahari. Walaupun
begitu, sudut penulisan yang
digunakan oleh penulis dapat
menyegarkan maklumat tersebut
untuk menarik minat pembaca.
PERINGKAT PENULISAN.
Semasa menulis rencana terdapat dua
aspek yang perlu diberi perhatian,iaitu
bahasa dan isi kandungan rencana.
Bahasa
Bahasa rencana hendaklah
ringkas,bernas dsan padat. Biasanya
dalam penulisan rencana ayat yang
digunakan ialah ayat penyata. Ayat yang
terlalu panjang dan berbelit-belit
hendaklah dielakkan kerana ayat
sedemikian akan menyukarkan
kefahaman pembaca.
KANDUNGAN RENCANA

Kandungan rencana terbahagi


kepada tiga bahagian iaitu
pendahuluan,tubuh rencana dan
penutup rencana.
1. Pendahuluan
Pendahuluan merupakan bahagian
pengenalan dalam sesuatu rencana.
Bahagian ini penting dan seharusnya
dapat menarik minat dan menimbulkan
perasaan ingin membaca rencana itu
sehingga akhir.
Untuk menarik minat pembaca,bahagian
pengenalan rencana boleh dimulakan
dengan unsur-unsur yang menarik seperti
data,madah,peribahasa,persoalan,kecind
an dan sedutan kata-kata.
Pemilihan gaya pendahuluan haruslah
dibuat dengan berhati-hati supaya dapat
menggambarkan tajuk rencana dan
persoalan umum yang akan dibincang
dalam rencana tersebut. Selain itu,
kenyataan inti boleh ditulis sebagai
kenyataan penutup dalam bahagian
pengenalan.
2. Tubuh rencana.
Tubuh rencana boleh dibahagikan kepada
beberapa perenggan yang dapat
merangkumi keseluruhan tema rencana.
Perenggan-perenggan ini merupakan
perkembangan kepada tema rencana.
Perkembangan ini boleh dilakukan melalui
ilustrasi seperti menggunakan
angka,fakta,carta,rajah dan sebagainya.
Ilustrasi ini bertujuan menyokong idea dan
pendapat penulis. Ilustrasi ini juga
menjadikan sesebuah rencana itu menarik
dan mudah difahami.
Dengan menggunakan ilustrasi yang
berkenaan, sesebuah rencana boleh
ditulis dalam bentuk
gambaran,laporan,cerita atau ulasan.
Namun begitu,tiga prinsip; iaitu
kesatuan idea,urutan idea dan
penonjolan idea utama perlu diadakan
pada setiap perenggan.
Prinsip-prinsip ini perlu diberi
perhatian untuk memastikan peralihan
idea berlaku secara lancar dan
memudahkan pembaca mengikuti
perkembangan idea tersebut.
Untuk mendapatkan kesatuan idea,
penulis harus memilih tema atau idea
utama dan mengekalkan tema atau
idea utama itu dari awal hingga akhir
penulisan.
Bahan-bahan yang tiada hubungan
dengan idea utama haruslah
diketepikan. Hubungan idea dari
perenggan ke perenggan lain hendaklah
dikawal dan disusun mengikut urutan
yang difikirkan logik berdasarkan
kerangka idea yang telah disediakan.
• Urutan idea pula boleh dikekalkan
melalui pengulangan perkataan
dan rangkai kata yang sesuai dan
berpautan atau penggunaan
penanda wacana yang tepat.
• Penonjolan idea utama dalam
setiap perenggan boleh dilakukan
dengan cara memastikan huraian
dalam setiap perenggan
dibicarakan dan mengukuhkan
idea utama.
3. Penutup rencana
Bahagian ini memenuhi perasaan ingin
tahu dan seterusnya menimbulkan
rasa puas hati dalam kalangan
pembaca kerana semua persoalan dan
maklumat telah diketengahkan. Untuk
mencapai tujuan ini penulis biasanya
boleh merumuskan isi-isi penting atau
membuat kesimpulan tentang
penulisan yang berkenaan.
KESIMPULAN
Penulisan seperti rencana radio,rencana
majalah,rencana deskriptif,rencana
akhbar,rencana sukan,rencana sejarah dan
sebagainya yang turut dikategorikan
sebagai penulisan rencana merupakan satu
seni penulisan yang tersendiri.
Walaupun rencana tersebut melalui
berbagai-bagai alat media seperti surat
khabar,majalah,radio,televisyen dan buku
tetapi rencana tetap merupakan penulisan
yang menarik sekiranya diolah dengan
baik.
BIBLIOGRAFI

Ab. Rahman Ab.Rashid, 2002.


Bahasa Kebangsaan. Pearson
Malaysia : Petaling Jaya.

You might also like