P. 1
Adakah Nabi s.a.w. Tidak Tahu Membaca Dan Menulis?

Adakah Nabi s.a.w. Tidak Tahu Membaca Dan Menulis?

|Views: 318|Likes:
Published by darulkautsar
Adakah mengakui Nabi s.a.w. seorang yang ummi ya`ni dengan erti tidak pandai membaca, menulis dan menghitung merupakan sebahagian daripada aqidah? Adakah dianggap tidak beriman jika seseorang jika tidak mengakuinya atau beri`tiqad dengannya?

Persoalan ini biasanya tidak timbul kepada masyarakat kita amnya kerana umumnya menerima bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah seoang yang ummi iaitu tidak boleh membaca dan menulis bahkan ia dianggap sebagai satu keistimewaan dan mukjizat yang menunjukkan al-Quran itu bukanlah dari rekaannya tetapi daripada Allah s.w.t

Ironinya jika dia diterima bulat-bulat maka ia boleh menjadi dalil kepada karaguan yang ditimbulkan orientalis untuk menggoyah akidah ummat Islam. Tambahan pula dalil-dalil yang biasanya dikemukakan tidak jelas dan tidak kuat untuk menjadi sandaran kepada dakwaan ini. Ini diikuti pula oleh beberapa hadits dan dalil al-Quran yang menampakkan percanggahan sekiranya diterima bulat-bulat.
Adakah mengakui Nabi s.a.w. seorang yang ummi ya`ni dengan erti tidak pandai membaca, menulis dan menghitung merupakan sebahagian daripada aqidah? Adakah dianggap tidak beriman jika seseorang jika tidak mengakuinya atau beri`tiqad dengannya?

Persoalan ini biasanya tidak timbul kepada masyarakat kita amnya kerana umumnya menerima bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah seoang yang ummi iaitu tidak boleh membaca dan menulis bahkan ia dianggap sebagai satu keistimewaan dan mukjizat yang menunjukkan al-Quran itu bukanlah dari rekaannya tetapi daripada Allah s.w.t

Ironinya jika dia diterima bulat-bulat maka ia boleh menjadi dalil kepada karaguan yang ditimbulkan orientalis untuk menggoyah akidah ummat Islam. Tambahan pula dalil-dalil yang biasanya dikemukakan tidak jelas dan tidak kuat untuk menjadi sandaran kepada dakwaan ini. Ini diikuti pula oleh beberapa hadits dan dalil al-Quran yang menampakkan percanggahan sekiranya diterima bulat-bulat.

More info:

Categories:Types, Research, Science
Published by: darulkautsar on Mar 07, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/16/2014

pdf

text

original

ADAKAH NABI MUHAMMAD S.A.W. TIDAK TAHU MEMBACA DAN MENULIS?

Dipetik dari web: www.darulkautsar.net

Prolog
Adakah mengakui Nabi s.a.w. seorang yang ummi ya`ni dengan erti tidak pandai membaca, menulis dan menghitung merupakan sebahagian daripada aqidah? Adakah dianggap tidak beriman jika seseorang jika tidak mengakuinya atau beri`tiqad dengannya? Persoalan ini biasanya tidak timbul kepada masyarakat kita amnya kerana umumnya menerima bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah seoang yang ummi iaitu tidak boleh membaca dan menulis bahkan ia dianggap sebagai satu keistimewaan dan mukjizat yang menunjukkan alQuran itu bukanlah dari rekaannya tetapi daripada Allah s.w.t Ironinya jika dia diterima bulat-bulat maka ia boleh menjadi dalil kepada karaguan yang ditimbulkan orientalis untuk menggoyah akidah ummat Islam. Tambahan pula dalil-dalil yang biasanya dikemukakan tidak jelas dan tidak kuat untuk menjadi sandaran kepada dakwaan ini. Ini diikuti pula oleh beberapa hadits dan dalil al-Quran yang menampakkan percanggahan sekiranya diterima bulat-bulat. Antaranya hadits ini dan beberapa ayat al-Quran yang akan dibincangkan di akhir perbahasan ini.

‫6333 - حد ّث َنا إ ِسحقُ ب ْن إ ِب ْراهيم ال ْحن ْظ َل ِي وَأ َحمد ُ ب ْن جناب ال ْمصيصي جميعًععا‬ ِ َ ّ ِ ّ ِ َ َ َ َ ْ َ ْ َ ِ َ ُ ٍ َ َ ُ ّ ُ ‫عَن عيسى ب ْن يون ُس والل ّفظ ل ِسحقَ أ َخب َرنا عيسى ب ْن يعُعون ُس أ َخب َرنعَعا زك َرِيعّعاء‬ َ َ ْ ِ ُ ْ َ َ ُ ِ َ ِ َ َ ْ َ ِ ْ َ ْ َ ُ ُ َ ّ َ ّ ِ َ َ َ ‫عَن أبي إ ِسحقَ عَن ال ْب َراء قال ل َما أحصر الن ّب ِعي صعلى اللعه عَل َيعهِ وَسعل ّم عن ْعد‬ ْ َ ْ ُ ّ ِ ْ َ ِ ْ ّ َ َ ِ َ ْ َ َ ‫ِ َ ع‬ َ َ َ ُ ‫ال ْب َي ْت صال َحه أ َهْل مك ّة عَلى أ َن ي َد ْخل َها فَي ُقي عم ب ِهَ عا ث َلثعًعا وَل ي َعد ْخل َها إ ِل ب ِجل ُبعّعان‬ ُ ّ َ ُ ْ ُ َ َ ِ َ ُ ِ َ ‫السلح السي ْف وَقِراب ِهِ وَل ي َخرج ب ِأ َحدٍ معَه من أ َهْل ِها وَل ي َمن َعَ أ َح عدا ي َمك ُعث ب ِهَ عا‬ ‫ُ ع‬ َ ُ ْ َ ِ ّ ْ ً َ ْ َ َ ْ ِ ُ َ َ َ ِ ّ َ ْ ّ َ َ ُ َ َ َ ْ ّ ِ ‫ممن كان معَه قال ل ِعَل ِي اك ْت ُب الشرط ب َي ْن َنا ب ِسم ِ الل ّهِ الرحمن الرحيم ِ هَذا مععا‬ ِ ّ ِ َ ْ ّ َ ْ ْ َ َ ّ ُ ‫ُ َ َ َ ُع‬ ُ ُ َ ّ َ ُ ِ‫قاضى عَل َي ْهِ محمد ٌ رسول الل ّهِ فَقال ل َه ال ْمشرِكون ل َوْ ن َعْل َعم أن ّعك رس عول الل ّعه‬ َ ُ ْ ُ ُ َ َ َ َ َ ّ َ َ َ َ ‫َع‬ ‫تاب َعْناك وَل َك ِن اك ْت ُب محمد ُ ب ْن عَب ْعدِ الل ّعهِ فَعأ َمر عَل ِيعّعا أ َن ي َمحاهَعا فَقعال عَل ِعي ل‬ ‫ْ ْ َ ع‬ ّ َ ُ ْ َ َ ُ ْ

َ َ ّ َ ُ ُ َ َ َ ‫َ َ ع‬ َ َ َْ َ ُ‫والل ّهِ ل أمحاها فَقال رسول الل ّهِ صلى الل ّعه عَل َي ْعهِ وَس عل ّم أرِنعِعي مكان َهَ عا فَعأراه‬ َ َ ُ َ َ َ ‫مكانها فَمحاها وك َتب ابن عَبد الل ّه فَأ َقام بها ث َلث َة أ َيام فَل َما أ‬ َ َِ َ َ ‫ّ ن كان ي َوْم الثال ِث‬ ِ ّ ُ ِ ِ ْ ُ ْ َ َ َ َ َ َ َ َ ْ ََ َ َ ٍ ّ َ ُ َ َ ِ َ ِ ْ َ ْ ِ َ َ َ ‫قالوا ل ِعَل ِي هَذا آخر ي َوْم ٍ من شرط صاحب ِك فَأ ْمرهُ فَل ْي َخرج فَأ َخب َرهُ ب ِذ َل ِك فَقععال‬ ْ ُ ْ َ ْ ْ ُ ُ ِ َ ّ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ‫ن َعَم فَخرج و قال اب ْن جناب في رِواي َت ِهِ مكان تاب َعْناك باي َعْناك‬ ِ ٍ َ َ ُ َ َ َ ْ َ
Ishaq bin Ibrahim al-Hanzoli dan Ahmad bin Janab al-Mishshishiy, semuanya meriwayatkan daripada Isa bin Yunus dan lafaz hadits adalah melalui Ishaq, katanya: ‘Isa bin Yunus telah menceritakan kepada kami, katanya: Zakariyyaa` telah menceritakan kepada kami daripada Abi Ishaq daripada al-Baraa`, beliau berkata: “Apabila Nabi s.a.w. terhalang daripada pergi ke Baitillah, penduduk Mekah tellah berdamai dengan Rasulullah s.a.w. dengan perjanjian Nabi s.a.w. akan dapat memasukinya dan berada di sana selama tiga hari/malam dan Nabi s.a.w. tidak boleh memasukinya dalam keadan pedang bersarung dan Nabi s.a.w. tidak boleh mengeluarkan sesiapa bersamanya dari kalangan penduduk Mekah dan Nabi s.a.w. tidak boleh menghalang sesiapa yang duduk di Mekah dari kalangan orang Islam. Nabi s.a.w. berkata kepada ‘Ali: “Tulis syarat itu1. Bismillahirrahmanirrahim. Ini apa yang dipersetujui dan diputuskan oleh Muhammad Rasulullah.” Ketika itu orang-orang Musyrikun berkata: “Kalau kami yakin/percaya tentu kami telah mengikutmu tetapi engkau tulislah Muhammad bin ‘Abdullah.” Maka Nabi s.a.w. menyuruh ‘Ali menghapuskannya/memadamkannya.” Maka ‘Ali berkata: “Tidak. Demi Allah! Aku tidak akan memadamkannya.” Ketika itulah Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tunjukkan kepadaku tempat itu.” ‘Ali pun menunjukkan tempatnya dan Nabi s.a.w. pun menghapuskannya/menghilangkannya/memadamnya dan menulis2 ‘Ibnu ‘Abdillah’3. Kemudian4 Nabi s.a.w. berada di Mekah selama tiga hari. Apabila tiba hari yang ketiga. Penduduk Mekah berkata kepada ‘Ali: “Ini adalah hari yang terakhir mengikut perjanjian sahabatmu, suruh lah dia supaya dia keluar.” Maka ‘Ali pun menceritakan kepada Nabi s.a.w. apa yang dikatakan oleh penduduk Mekah itu. Nabi s.a.w. pun berkata: “Baiklah,” lalu Baginda s.a.w. pun keluar. Ibnu

َ َ َ َ َ َ Janab dalam riwayatnya berkata ‘‫ ’تاب َعْناك‬di tempat ‘‫(’باي َعْناك‬nescaya kami telah berbai`ah
kepadamu). [ Riwayat Muslim ]

1 2

Ya`ni sebagai syarat yang dipersetujui dalam perjanjian Inilah yang menjadi dalil kepada golongan yang berpendapat Nabi s.a.w. boleh membaca dan menulis selepas kenabiannya. 3 Ya`ni sebagai gantian di tempat ‘Rasulullah’ 4 Ya`ni pada tahun berikutnya iaitu pada tahun ketujuh dinamakan tahun Umratul Qada`

Sebenarnya persoalan tentang.. ‘Adakah Nabi s.a.w. boleh membaca dan menulis?’ bukanlah persoalan yang baru dalam Islam bahkan sudah sudah diperbahaskan sekian lama oleh ulamak hadits. Ada dua golongan yang berbeza pendapat berhubung perkara ini: 1) Mengikut pendapat umum, perbuatan ‘menulis’ dalam hadits tadi adalah merujuk kepada Saidina ‘Ali kerana kebanyakan ulamak berpendapat Nabi seorang yang ummi iaitu buta huruf. 2) Dalam bab ini Imam an-Nawawi ada menukilkan daripada Qadhi ‘Iyad5, katanya: Sesetengah orang berhujjah dengan lafaz ini tentang Nabi s.a.w. telah menulis dengan tangannya sendiri mengikut zahir lafaz hadits ini bahkan Imam Bukhari telah mengemukakan hadits yang lebih kurang sama dengan hadits ini tetapi ia bukannya diriwayatkan daripada Syu’ bah tetapi Isra`il yang meriwayatkan daripada Abi Ishaq dan beliau adalah anak murid Abi Ishaq yang paling kuat ingatannya, dalam hadits itu beliau menyebutkan Rasulullah s.a.w. mengambil kertas / surat tersebut lalu baginda pun menulis. Dalam riwayat lain ada tambahan ‘dia tidak pandai menulis tetapi dia telah menulis’. Orang-orang yang mengikut aliran ini berpendapat: “Allah s.w.t telah menjadikan penulisan itu melalui tangan Nabi s.a.w. samada Baginda sendiri tidak tahu pen itu bergerak (ketika Baginda memegangnya) atau Allah mengajarnya pada ketika itu sehingga Baginda menulisnya dan menjadikan ini sebagai tambahan kepada mukjizatnya yang sedia ada kerana sebelum itu Baginda tidak tahu mengajar dan menulis sepertimana Allah s.w.t telah mengajarkan kepada apa yang Baginda tidak tahu sebelum ini dan Allah s.w.t menjadikannya boleh membaca al-Quran yang sebelum itu dia tidak mampu membacanya maka begitu juga Allah s.w.t mengajarnya menulis yang mana sebelum ini dia tidak tahu. Baginda dapat menulis selepas menjadi Nabi apa yang sebelum ini dia tidak boleh. Ini tidak mencacatkan sifat Nabi s.a.w yang dikatakan ummi (buta huruf) itu dan tidak merobohkannya. Mereka berhujjah lagi dengan beberapa atsar yang diriwayatkan oleh Sya’bi dan beberapa orang salaf bahawa Nabi s.a.w tidak mati melainkan dalam keadaan dia boleh menulis. Qadhi ‘Iyad berkata: Antara orang yang berpendapat sedemikian adalah Abul Walid al-Baji (Pengarang al-Muntaqa syarah Muwatto`), juga daripada Sam`ani dan Abi Zar al-Hirawi dan lainlain lagi

Hujjah Golongan Pertama
5

An-Nawawi - Syarah Sahih Muslim. Jld.6 ms.381

Kebanyakan ulamak berpendapat demikian dan mereka mengatakan bahawa pendapat golongan yang kedua terbatal kerana Allah telah mensifatkan Nabi s.a.w sebagai Nabi yang ummi dengan firman Allah:

‫وَما ك ُن ْت ت َت ْلو من قَب ْل ِهِ من ك ِتاب وَل ت َخط ّه ب ِي َمين ِك إ ِذا لرتاب ال ْمب ْط ِلون‬ َ ُ َ َ ْ َ ً َ ِ ُ ُ َ ٍ َ ْ ِ ُ َ َ ْ ِ ُ
Maksudnya: Dan engkau (Wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah Kitab pun sebelumnya dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu; (Kalaulah engkau dahulu pandai membaca dan menulis) tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang menentangmu akan merasa ragu-ragu (tentang kebenaranmu). [Al-‘Ankabut:48] Dan sabda Nabi s.a.w:

‫إنا أمة أمية ل نكتب ول نحسب‬
Sesungguhnya kita adalah ummat Ummi, tidak boleh menulis dan menghitung [Riwayat Bukhari dan Muslim] Mereka berpendapat ‘menulis’ bermakna: Nabi s.a.w menyuruh supaya ditulis seperti juga dalam hadits lain: Nabi s.a.w merejam Ma`iz bermakna Nabi s.a.w menyuruh orang merejam Ma’iz dan begitu juga dengan memotong tangan pencuri dan menyebat peminum arak bukanlah bermakna Nabi melakukannya sendiri tetapi Nabi s.a.w menyuruh orang lain bermakna ia dipakai dengan erti majaz bukan hakikat.

Hujjah Golongan Kedua
Mereka berpegang dengan hadits yang lain:

‫فقال لعلي رضي الله تعالى عنه اكتب محمد بن عبد الله‬
Maka Nabi s.a.w berkata kepada ‘Ali r.a.: “Tuliskan Muhammad bin ‘Abdillah”. Perintah dalam riwayat ini ditujukan kepada Saidina ‘Ali maka dengan sebab itu mereka mengatakan ‘Ali yang menulis.

Jawapan Dari Golongan Pertama
Qadhi ‘Iyad berkata: Golongan pertama (iaitu golongan yang berpendapat Nabi s.a.w boleh menulis, membaca dan mengira) menjawab begini: Memang Baginda tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis sebelum Allah s.w.t mengajarkannya kerana Allah s.w.t berfirman: diutuskan sebagai Nabi. Ya`ni kita tidak mengatakan sejak dari awal lagi dia pandai membaca dan menulis. Ini bermakna sehinggalah Nabi s.a.w berumur 40 tahun Baginda di maklumi sebagai orang yang tidak boleh membaca dan menulis tetapi ini bukanlah bermakna untuk sepanjang hidupnya bahkan selepas berumur 40 tahun Baginda boleh menulis dengan tiba-tiba dan bukannya dengan pembelajaran dan inilah yang dikatakan mukjizat. Sepertimana boleh dikatakan dia membaca maka boleh juga dikatakan dia boleh menulis dan ini tidak merobohkan kedudukan Baginda yang tidak boleh membaca dan menulis kerana mukjizat bukan terletak kepada tidak boleh membaca dan menulis semata-mata Qadi ‘Iyad berkata: Golongan pertama (yang berpendapat Nabi s.a.w. boleh menulis dan membaca selepas kenabian) inilah yang zahir daripada hadits. dalam hadits ada menyebut:

‫( من قَب ْل ِه‬bermaksud) sebelumnya iaitu sebelum ِ ْ ِ

‘‫’ ول يحسن أن يكتب فكتب‬ “..dia tidak tahu menulis tetapi dia menulis.” [riwayat Bukhari]
Ini adalah nash yang terang menunjukkan Nabi s.a.w. boleh menulis kerana sudah dimaklumi bahawa ‘Ali boleh menulis dan ini tidak membawa apa-apa makna yang pelik jika dikatakan yang menulis itu adalah ‘Ali dan bukan Baginda s.a.w. Qadhi ‘Iyad berkata: Mengelakkan diri daripada ini kepada yang lain (daripada zahir kepada makna yang lain) adalah majaz sedangkan tidak perlu kepada majaz.

Beberapa Penilaian Terhadap Dalil Golongan Pertama

1) Daripada sini dapat kita ketahui bahawa bukan seorang dua yang berpendapat demikian bahkan ramai dari kalangan salaf turut berpendapat bahawa Nabi s.a.w boleh membaca dan menulis tetapi kita tidak menyokong pendapat orientalis yang mengatakan Nabi boleh membaca dan menulis sejak awal lagi dan mendakwa kebolehannya itu sebenarnya telah dirahsiakan. Mereka cuba mendakwa bahawa Nabi s.a.w telah lama membaca Taurat dan Injil dan oleh sebab itulah banyak persamaan antara kandungan Taurat, Injil dan al-Quran 2) Selain itu pendapat yang mengatakan Nabi s.a.w. adalah ummi untuk sepanjang hayatnya juga adalah suatu yang menunjukkan kekurangan Nabi s.a.w. dan kelemahan dalam Islam

3) Kalau diperhatikan dalil ayat:

‫وَما ك ُن ْت ت َت ْلو من قَب ْل ِهِ من ك ِتاب‬ َ َ ٍ َ ْ ِ ْ ِ ُ

tidak terang untuk

membuktikan Nabi itu seorang yang Ummi bahkan kalau diteliti ia sebenarnya menjadi dalil kepada golongan pertama yang berpendapat sebaliknya. Ini dapat dibuktikan dengan perkaitan ayat tadi dengan ayat yang lain iaitu:

َ ‫وَك َذ َل ِك أ َوْحي ْنا إ ِل َي ْك روحا من أ َمرِنا ما ك ُن ْت ت َد ْري ما ال ْك ِتاب وَل اليمععان وَل َكععن‬ َ َ ُ َ ِْ َ ُ َ َ َ َ َ ْ ْ ِ ً ُ َ ْ ِ ِ َ ِ ْ ُ ٍ َ ِ ِ َ َ َ َ ِ ْ ِ ُ َ ْ َ ِ ً ُ َْ َ ٍ ‫جعَلناهُ نورا ن َهْدي ب ِهِ من ن َشاء من عبادِنا وَإ ِن ّك لت َهْدي إ ِلى صراط مست َقيم‬
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): Apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: Cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus [ al-Syuraa:52 ]

Menilai Hadits Dari Sudut Dirayah Dan Riwayah:

‫وقوله صلى الله عليه و سلم إنا أمة أمية ل نكتب ول نحسب‬
Sesungguhnya kita adalah ummat Ummi, tidak boleh menulis dan menghitung [Riwayat Bukhari dan Muslim]

i. ii.

Hadits ini tidak tepat kerana bukan semua ummat Nabi s.a.w tidak boleh membaca dan menulis Kalau dimaksudkan ‘kami’ di sini adalah para sahabat maka ia juga tidak tepat dengan kenyataan kerana tidak semua sahabat tidak dapat membaca dan menulis bahkan ramai dari kalangan sahabat yang pandai membaca dan menulis termasuklah Abu Bakar, Umar, Utsman, ‘Ali dan lain-lain. Firman Allah s.w.t:

ُ ْ ِ ً ُ َ َ ّ ّ ْ ‫هُوَ ال ّذي ب َعَث في ال ُميين رسول من ْهُم ي َت ْلو عَل َي ْهِم آ َيات ِه‬ ِ َ ْ ِ َ ِ
Dia-lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya) [ Al-Jumu`ah:2 ] Adakah mereka tidak termasuk dalam kalangan Ummiyyin ini yang diutuskan Nabi kepada mereka? Kerana kalau dianggap Ummyyin adalah orang yang buta huruf maka tentunya mereka tidak termasuk dalam kalangan ini kerana mereka boleh membaca dan menulis bahkan hadits: ‘ ‫نحسب‬

‫’إنا أمة أمية ل نكتب ول‬

yang mula-mula memasyhurkan perkataan Ummi untuk

makna ‘buta huruf’ kerana dalam al-Quran tidak ada ayat yang jelas yang menunjukkan Ummiyyin atau Ummiyyun dengan makna ‘buta huruf’. Padahal hadits tersebut hanya diriwayatkan oleh Aswad seorang sahaja. Kalau dikatakan hadits ini sahih sekalipun tetapi ia hanya sekadar hadits Aahad dan kalau ia bercanggah atau tidak tepat dengan istilah al-Quran maka ia tidak boleh dipakai. Apalagi jika bercanggah dengan hadits-hadits sahih lain.

ّ َ ّ َ َ َ َ َ ‫قال الن ّب ِي صلى الل ّه عَل َي ْهِ وَسل ّم الشهْر هَك َعذا وَهَك َعذا وَهَك َعذا ي َعْنعِعي ث َلثيعن ث ُعم‬ ّ َ َ ُ َ ِ َ ُ ّ َ َ َ َ َ ‫قال وَهَك َذا وَهَك َذا وَهَك َذا ي َعْني ت ِسعا وَعشرين‬ ِ ً ْ َ ِ ْ ِ
Nabi s.a.w bersabda: Bulan itu ada kalanya begini, begini, begini iaitu tiga puluh hari kemudian Baginda bersabda: begini, begini dan begini iaitu dua puluh sembilan hari. [Riwayat Bukhari] Dalam hadits ini Nabi s.a.w. menjelaskan kepada ummatnya bilangan hari dalam sebulan sambil mengisyaratkan dengan tangannya. Bagaimana Nabi s.a.w. dikatakan tidak pandai menghitung dalam keadaan dia boleh menjelaskan bilangan hari dengan menggunakan tangannya.

Ada banyak ayat al-Quran menjelaskan tentang perutusan Rasul, antaranya:

ُ ْ ِ ً ُ َ ْ ِ َ َ ْ َ ‫ك َما أ َرسل ْنا فيك ُم رسول من ْك ُم ي َت ْلو عَل َي ْك ُم آ َيات ِنا وَي ُزكيك ُم وَي ُعَل ّمك ُم ال ْك ِتاب‬ َ َ ْ َ َ ُ ُ ْ ّ َ ‫وال ْحك ْمة وَي ُعَل ّمك ُم ما ل َم ت َكونوا ت َعْل َمون‬ َ َ ِ َ ُ ُ ْ َ ُ َ ْ ُ
(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui. [Al-Baqarah:151]

Dan Firman Allah s.w.t:

ُ ْ ِ ً ُ َ َ ّ ّ ْ ‫هُوَ ال ّذي ب َعَث في ال ُميين رسول من ْهُم ي َت ْلو عَل َي ْهِم آ َيات ِهِ وَي ُزكيهِم وَي ُعَل ّمهُم‬ ِ َ ِ َ ْ ُ ُ ْ ّ َ َ ‫ال ْك ِتاب وال ْحك ْمة وَإ ِن كانوا من قَب ْل ل َفي ضلل مبين‬ َ َ ِ َ َ َ ِ ُ ُ َ ْ ْ ِ ٍ ِ ُ ٍ َ
Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syara`). dan Sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. [Al-Jumuah:2]

Dan firman-Nya lagi:

ُ ْ ِ ُ ْ ِ ً ُ َ ْ ِ َ َ ُ ‫ل َقد ْ من الل ّه عَلى ال ْمؤْمنين إ ِذ ْ ب َعَث فيهِم رسول من أ َن ْفسهِم ي َت ْلو عَل َي ْهِ عم آ َيعَعات ِه‬ ِ ْ َ ِ ِ ُ ّ َ َ َ ‫وَي ُزكيهِم وَي ُعَل ّمهُم ال ْك ِتاب وال ْحك ْمة وَإ ِن كانوا من قَب ْل ل َفي ضلل مبين‬ َ َ ِ َ َ َ ِ ُ ُ َ ْ ُ ُ ْ ّ َ ْ ِ ٍ ِ ُ ٍ َ
Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman, setelah ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai

hukum-hukum syari`at). dan Sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. [Aali-Imran:164]

Dan banyak lagi ayat yang membuktikan kedatangan Rasul sebagai mengajar dan memberi penjelasan tentang kepada ummatnya dan bagaimana pula dia hendak menjelaskan jika dia sendiri tidak tahu tentang kitab itu sendiri?

Dalil-dalil bahawa Rasulullah s.a.w. boleh mengira
Dan dalam al-Quran ada menyebutkan banyak tentang bilangan dan angka. Sekiranya Nabi s.a.w. tidak tahu menghitung maka bagaimana pula Baginda hendak menjelaskannya? Misalnya:

َ ْ ٌ ‫قُل هُوَ الل ّه أحد‬ َ ُ
Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa (Satu atau Tunggal); [ Al-Ikhlas:1 ]

َ َ ‫خل َقك ُم من ن َفس واحد َة ث ُم جعَل من ْها زوْجها وَأ َن ْزل ل َك ُم من ال َن ْعام ِ ث َمان ِي َة‬ َ َ َ ْ َ ِ ْ َ َ َ َ ِ َ َ ّ ٍ ِ َ ٍ ْ ْ ِ ْ َ َ ‫أ َزواج ي َخل ُقك ُم‬ ْ ُ ْ ٍ َ ْ
Dia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian ia menjadikan daripadanya isterinya (Hawa); dan ia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak lapan ekor: (empat) pasangan (jantan dan betina). [ Al-Zumar : 6 ] Contoh angka dalam bentuk muannats (kata nama untuk perempuan) :

ّ ‫وَإ ِذ ْ ي َعِد ُك ُم الل ّه إ ِحدى الطائ ِفت َي ْن‬ َ ْ ُ ُ ِ َ
Dan (ingatlah) ketika Allah menjanjikan kepada kamu salah satu dari dua angkatan [ Al-Anfaal:7 ] Contoh angka dalam bentuk muzakkar:

‫اث ْنان ذ َوا عَد ْل من ْك ُم‬ ْ ِ ٍ َ ِ َ

Dua orang yang adil di antara kamu [ Al-Ma`idah:106 ] Contoh angka yang sama dalam bentuk muannats:

‫فَإ ِن كان َتا اث ْن َت َي ْن‬ َ َ ْ ِ
Jika ada dua orang perempuan [ Al-Nisaa`:176 ]

Adakah Nabi s.a.w. memang tidak pandai menghitung? Kalau tidak tentu Baginda tidak akan faham sebab-sebab penggunaan angka ini, samada muzakkar atau muannatsnya. Dan firman-Nya lagi:

ٍ ُ َ َ ّ ِ ُ ‫وال ْمط َل ّقات ي َت َرب ّصن ب ِأ َن ْفسهِن ث َلث َة قُروء‬ ُ َ ُ َ َ ْ َ
Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid) [ Al-Baqarah:228 ]

‫في ب ُطون أ ُمهات ِك ُم خل ْقا من ب َعْدِ خل ْق في ظ ُل ُمات ث َلث ذ َل ِك ُم الل ّه رب ّك ُم ل َه‬ ٍ َ ٍ َ ِ ٍ َ ِ ُ ْ ُ َ ّ ِ ُ َ ُ ْ ِ ً َ ْ ّ َ َ ُ ُ ‫ال ْمل ْك ل إ ِل َه إ ِل هُوَ فَأ َنى ت ُصرفون‬ ّ َ ُ َ ْ
Dia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. dalam tiga suasana yang gelap-gelita. yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan dia; oleh itu Bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)? [ Az-Zumar:6 ]

Dan bagaimana pula Baginda s.a.w. akan menerangkan perbezaan antara keduanya kalau sekiranya ada orang bertanya.

Contoh bilangan mengikut tertib/urutan (‘adad tartibi):

‫سي َقولون ث َلث َة راب ِعهُم ك َل ْب ُهُم وَي َقولون خمسة سادِسهُم ك َل ْب ُهُم رجما بال ْغَي ْب‬ َ ٌ َ ْ َ َ ُ ُ ِ ً ْ َ ْ ْ ُ ْ ْ ُ َ ٌ َ َ ُ ُ َ ِ ‫وَي َقولون سب ْعَة وَثامن ُهُم ك َل ْب ُهُم‬ ْ ْ ِ َ ٌ َ َ ُ ُ

(Sebahagian dari) mereka akan berkata: "Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka "; dan setengahnya pula berkata:"Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka" - secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: "Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kelapannya ialah anjing mereka". [ al-Kahfi : 22 ]

َ ‫قال إ ِني أ ُريد ُ أ َن أ ُن ْك ِحك إ ِحدى اب ْن َت َي هات َي ْن عَلى أ َن ت َأ ْجرني ث َمان ِي حجج‬ ِ َ ُ َ ّ ّ َ َ ْ َ ْ َ َ ْ ِ ٍ َ ِ َ َ ِ
Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): "Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat Bahawa Engkau bekerja denganku selama lapan tahun [ Al-Qashash : 27 ]

‫ث َمان ِي َة أ َزواج من الضأ ْن اث ْن َي ْن وَمن ال ْمعْزِ اث ْن َي ْن‬ َ َ ِ ِ ِ ّ َ ِ ٍ َ ْ َ َ ِ
(Binatang ternak itu) lapan ekor - (empat) pasangan; dari kambing biri-biri dua ekor (sepasang jantan betina), dan dari kambing biasa dua ekor (sepasang jantan betina). [ Al-An`aam : 143 ] Contoh ‘Adad dalam bentuk tamyiz6:

‫وَل َب ِثوا في ك َهْفهِم ث َلث مئ َة سنين وازدادوا ت ِسعا‬ ِ ُ ً ْ ُ َ ْ َ َ ِ ِ ٍ ِ َ َ ْ ِ
Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: tiga ratus tahun dengan kiraan ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu). [ Al-Kahfi : 25 ]

َ ِ َ ْ َ ِ ُ ‫وَل َقد ْ أ َخذ َ الل ّه ميثاقَ ب َني إ ِسرائيل وَب َعَث ْنا من ْهُم اث ْن َي عَشر ن َقيبا‬ َ َ ِ ً ِ َ َ ُ ِ َ ْ
Dan demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israil (supaya mereka menjunjung perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya), dan Kami telah utuskan dari kalangan mereka dua belas ketua (untuk memimpin golongan masing-masing) [ Al-Ma`idah : 12 ]

‫من جاء بال ْحسن َةِ فَل َه عَشر أ َمثال ِها‬ َ َ ِ َ َ ْ َ ُ َ َ ْ ُ ْ
6

Tamyiz: Kata nama yang disebutkan untuk menjelaskan sesuatu yang tidak jelas (at-Tuhfah as-SaniyyahSyarah al-Tsamaraat al-Janiyyah – Abd al-Wasif Muhammad) hal.126

Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya. [ Al-An`aam : 160 ]

‫إ ِن عد ّةَ الشهورِ عن ْد َ الل ّه اث ْنا عَشر شهْرا في ك ِتاب الل ّهِ ي َوْم خل َقَ السماوات‬ َ َ ِ ِ ّ ِ َ َ ّ ِ ً َ َ َ َ ِ ِ َ ُ ّ ‫وال َرض من ْها أ َرب َعَة حرم‬ ٌ ُ ُ ٌ ْ َ ِ َ ْ ْ َ
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. [ At-Taubah : 36 ]

(٢) ‫وال ْفجرِ )۱( وَل َيال عَشر‬ ْ َ َ ٍ َ ٍ ْ
Demi waktu fajar. Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah) [ Al-Fajr : 1-2 ]

‫إ ِذ ْ قال يوسف ل َبيهِ يا أ َب َت إ ِني رأ َي ْت أ َحد َ عَشر ك َوْك َبا والشمس وال ْقمر رأ َي ْت ُهُم‬ َ َ َ ُ َ ّ ِ َ ِ ِ ُ ُ ُ َ َ ْ َ َ َ َ َ َ ْ ّ َ ً ‫لي ساجدين‬ ِ َ ِ ِ َ
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". [ Yusuf : 4 ]

َ َ‫عَل َي ْها ت ِسعَة عَشر‬ َ ْ َ
Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat). [ Al-Muddassir : 30 ] Contoh angka dengan makna berganda:

ُ ِ ْ ّ ْ ْ ِ ْ َ ‫وَإ ِن خفت ُم أ َل ت ُقسطوا في ال ْي َتامى فان ْك ِحوا ما طاب ل َك ُم من الن ّساء مث ْنى‬ َ َ ِ َ ِ َ َ ُ َ َ َ َ ِ ْ َ‫وث ُلث ورباع‬ َ َُ َ َ َ

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua-dua, tiga-tiga atau empat-empat. [ An-Nisaa` : 3 ]

‫قُل إ ِن ّما أ َعظ ُك ُم ب ِواحد َةٍ أ َن ت َقوموا ل ِل ّهِ مث ْنى‬ ِ َ ْ ِ َ ْ َ َ ُ ُ ْ
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain) [ Saba` : 46 ]

َ َ َ ‫ال ْحمد ُ ل ِل ّهِ فاط ِرِ السماوات وال َرض جاعل ال ْملئ ِك َةِ رسل أولي أ َجن ِحةٍ مث ْنى‬ ِ ُ ً ُ ُ َ َ َ ْ ْ َ ِ ِ َ ِ ْ ْ َ ِ َ َ ّ َ‫وث ُلث ورباع‬ َ ُ َ َ َ َ
Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: dua, tiga dan empat [ Fatir : 1 ]

Contoh angka pecahan:

ْ ّ َ ُ ِ َ ‫يوصيك ُم الل ّه في أ َوْلدِك ُم للذ ّك َرِ مث ْل حظ ال ُن ْث َي َي ْن فَإ ِن ك ُعن ن ِس عاء فَ عوْقَ اث ْن َت َي ْعن‬ ً ‫ّ َع‬ ِ ْ ِ ُ ْ ُ ِ ُ ِ ِ َ َ َ َ ّ ‫فَل َهُن ث ُل ُثا ما ت َرك وَإ ِن كعَعان َت واح عد َةً فَل َهَ عا الن ّص عف وَل َب َعوَي ْهِ ل ِك ُعل واح عدٍ من ْهُمعا‬ ‫ِ َع‬ ‫ع‬ ِ َ ّ ِ ُ ْ ِ َ ْ ْ ُ ‫السد ُس مما ت َرك إ ِن كان ل َه وَل َد ٌ فَإ ِن ل َم ي َك ُن ل َه وَل َد ٌ وَوَرِث َه أ َب َواهُ فَل ُمهِ الث ّلععث‬ ّ ّ ِ ُ ْ ْ ْ ُ َ َ ْ َ َ ّ ِ ُ َ ُ ‫فَإ ِن كان ل َه إ ِخوَةٌ فَل ُمهِ السد ُس‬ ْ ُ َ َ ْ ّ ّ ِ ُ
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, Iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. tetapi jika anakanak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. [ An-Nisaa` : 11 ]

َ ّ ُ َ َ ْ َ َ ّ ُ ْ ‫وَل َك ُم ن ِصف ما ت َرك أ َزواجك ُم إ ِن ل َم ي َك ُن ل َهعن وَلعد ٌ فعإ ِن كعان ل َهعن وَلعد ٌ فَل َكعم‬ ُ ُ ْ ْ ْ ُ َ ْ َ َ َ ُ ْ ْ ‫الرب ُع مما ت َرك ْن من ب َعْدِ وَصي ّةٍ يوصين ب ِها أ َوْ د َي ْن وَل َهُن الرب ُع مما ت َرك ْت ُم إ ِن ل َم‬ ِ ْ ْ ْ َ ّ ِ ُ ّ ّ َ َ ِ ُ ْ ِ َ َ ّ ِ ُ ّ ٍ ‫ي َك ُن ل َك ُم وَل َد ٌ فَإ ِن كان ل َك ُم وَل َد ٌ فَل َهُن الث ّمن مما ت َرك ْت ُم من ب َعْدِ وَصي ّةٍ توصععون‬ ِ َ َ َ ْ ْ ْ ُ ُ ْ ِ ْ َ ّ ِ ُ ُ ّ ْ ُ َ ٌ َ َ َ ً َ ُ َ ِ َ ّ ٍ‫ب ِها أوْ د َي ْن وَإ ِن كان رجل يورث ك َلل َعة أوِ ام عرأةٌ وَل َعه أخ أوْ أخ عت فَل ِك ُعل واحعد‬ ٌ ْ ُ َ َ ْ َ ُ ٌ ُ َ َ َ ْ ٍ َ َ ٍ‫من ْهُما السد ُس فَإ ِن كانوا أك ْث َر من ذ َل ِك فَهُم شركاء في الث ّل ُث معن ب َعْعدِ وَصعي ّة‬ ِ ِ ُ َ َ ُ ْ ُ َ ْ ّ َ ِ ُ ْ ِ ِ ْ ِ َ ‫يوصى ب ِها أ َوْ د َي ْن غَي ْر مضار وَصي ّة من الل ّهِ والل ّه عَليم حليم‬ ٌ ِ َ ٌ ِ ُ َ َ َ ُ َ ِ ً ِ ّ َ ُ َ ٍ
Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiaptiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar. [ An-Nisaa` : 12 ] Bagaimana Rasulullah s.a.w. akan faham dan membahagikan jika datang satu kes kepadanya jika benar baginda tidak pandai menghitung dan bagaimana pula dia akan mengajarkan kaedah membahagikan pesaka sedangkan Baginda sendiri tidak tahu mengenainya? Adakah logik sahabat-sahabat lebih tahu tentang ini semua sedang Nabi yang membawa dan memperkenalkannya kepada mereka. Dan firman-Nya:

‫يا أ َي ّها الن ّب ِي حرض ال ْمعؤْمنين عَل َعى ال ْقتعَعال إ ِن ي َك ُعن من ْك ُعم عشعرونَ صعاب ِرون‬ ‫ُ ِ ِ َ ع‬ ِ ْ ِ َ ُ ‫َع‬ ْ ِ َ َ ُ ْ ِ ْ ِ ّ َ ّ َ ٌ ‫ي َغْل ِبوا مائ َت َي ْن وَإ ِن ي َك ُن من ْك ُم مئ َة ي َغْل ِبوا أ َل ْف عا م عن ال ّعذين ك َف عروا ب ِعأ َن ّهُم قَ عوْم ل‬ ٌ ِ ْ ِ ْ ِ ُ ْ ُ ْ ُ َ َ ِ َ ِ ‫ًع‬ ِ ‫ي َفقهون‬ َ ُ َ ْ
Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat

menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orangorang yang tidak mengerti. [ Al-Anfaal : 65 ]

‫وَوَصي ْنا ال ِن ْسان ب ِوال ِد َي ْهِ إ ِحسانا حمل َت ْه أ ُمه ك ُرها وَوَضعَت ْه ك ُرها وَحمل ُه وَفِصععال ُه‬ ً ْ ُ َ ً ْ ُ ّ ُ َ َ ً َ ْ ُ ُ ْ َ َ َ َ َ ْ َ ّ ُ َ ُ َ ‫ث َلثونَ شهْرا حتى إ ِذا ب َل َغَ أ َشد ّهُ وَب َل َغَ أ َرب َعين سن َة‬ ً َ َ ِ ْ ّ َ ً َ
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatanNya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun. [ Al-Ahqaaf : 15 ]

َ ً ُ َ َ ْ ‫وَل َقد ْ أ َرسل ْنا نوحا إ ِلى قَوْمهِ فَل َب ِث فيهِم أ َل ْف سن َةٍ إ ِل خمسينَ عاما‬ َ ِ ْ َ ّ ِ َ َ ً َ ْ ِ َ
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, maka Tinggalah ia dalam kalangan mereka selama sembilan ratus lima puluh tahun; [ Al-‘Ankabut : 14 ]

‫فَمن ل َم ي َجد ْ فَصيام شهْري ْن مت َتاب ِعَي ْن من قَب ْل أ َن ي َت َماسا فَمن ل َم ي َست َط ِع‬ َ ُ ِ َ َ ُ َ ِ ْ ْ ِ ْ ْ ْ َ ّ َ ِ ْ ْ َ ْ ِ ِ ‫فَإ ِط ْعام ستينَ مسكينا‬ ً ِ ْ ِ ّ ِ ُ َ
Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur. akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan enam puluh orang miskin. [ Al-Mujadalah : 4 ]

ُ ْ َ ً َ ِ ِ ِ ّ ُ َ َ ْ ُ‫ث ُم في سل ْسل َةٍ ذ َرعُها سب ْعونَ ذِراعا فاسل ُكوه‬
Selain dari itu, masukkanlah Dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta, (dengan membelitkannya ke badannya)! [ Al-Haaqqah : 32 ]

َ ْ ً‫وال ّذين ي َرمون ال ْمحصنات ث ُم ل َم ي َأتوا ب ِأرب َعَةِ شهَداء فاجل ِدوهُم ث َمانين جل ْد َة‬ ُ ْ ّ ِ َ َ ْ ُ َ َ ِ َ ْ ُ ْ َ َ َ ُ َ ُ ْ َ ِ َ ْ
Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan. [ An-Nur : 4 ]

ٌ‫إ ِن هَذا أ َخي ل َه ت ِسعٌ وَت ِسعون ن َعْجة وَل ِي ن َعْجة واحد َة‬ ِ َ ٌ َ ً َ ِ َ ّ َ ُ ْ ْ ُ َ

“Sebenarnya orang ini ialah (seorang sahabat sebagai) saudaraku; dia mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing betina dan Aku mempunyai seekor sahaja. [ Shaad : 23 ]

ْ ِ ِ َ ‫وَأ َرسل ْناهُ إ ِلى مئ َة أ َلفٍ أ َوْ ي َزيدون‬ َ َ ْ َ ُ ِ
Dan (Nabi Yunus yang tersebut kisahnya itu) Kami utuskan kepada (kaumnya yang seramai) seratus ribu atau lebih. [ As-Shaffaat : 147 ]

Dan dakwaan tidak boleh mengira juga memasukkan kita, ummatnya yang kemudian sebagai orang yang tidak boleh menghitung Ada ulamak cuba menakwilkan hadits tersebut dengan mengatakan tidak boleh mengira mengikut ilmu falak. Itu yang Nabi nafikan tetapi pendapat ini juga tidak tepat kerana pada zaman ini sudah terbukti ramai dari kalangan ummat Islam yang pakar dalam falak sehingga terhasilnya taqwim waktu sembahyang dan ramai juga yang menjadi pakar dan guru dalam bidang matematik. Dengan kerana sesetengah ulamak berkata lafaz ‘‫نحسب‬

‫ ’إنا أمة أمية ل نكتب ول‬bukan ‫إنا‬

sabda Nabi s.a.w. lafaz yang dimasukkan oleh perawi. Lafaz Nabi s.a.w. hanyalah ‘ ‘‫أمة‬

‫’أمية‬

sahaja.

Dan buta huruf itu adalah satu kekurangan walaupun hanyalah seorang tetapi jika satu ummat digelar buta huruf maka adakah masih kita menganggap ia satu keistimewaan dan kalau ia satu kelebihan maka kenapa tidak dibiarkan sahaja ummatnya dalam keadaan tidak tahu membaca, menulis dan menghitung? Dalam sebuah hadits Nabi s.a.w. juga ada mensyaratkan kepada tawanan perang yang ingin melepaskan diri supaya mengajarkan menulis dan membaca kepada kanak-kanak. Ini menunjukkan Nabi s.a.w. tahu ‘buta huruf’ itu satu kekurangan dan kebolehan untuk membaca dan menulis adalah sebaliknya yang menjadi keperluan ummat Islam. Kesungguhan Nabi s.a.w. menjadikannya sebagai syarat pembebasan mereka adalah bukti bahawa inilah yang Baginda s.a.w. mahukan untuk ummatnya.

Golongan Pertama Berpegang Dengan Ayat:

َ ُ ّ َ ُ ‫ال ّذين ي َت ّب ِعون الرسول الن ّب ِي ال ُميّ ال ّذي ي َج عدون َه مك ْتوبعًعا عن ْعد َهُم فِ عي الت ّعوْراة‬ ‫ْ ع‬ ِ ِ َ ُ َ ُ ُ ِ ِ ّ ْ ّ َ ِ ّ ِ ‫وال ِن ْجيل ي َأ ْمرهُم بال ْمعْروف وَي َن ْهاهُم عَن ال ْمن ْك َرِ وَي ُح عل ل َهُ عم الط ّي ّبعَعات وَي ُح عرم‬ ِ ِ ُ َ ِ ْ ُ ُ ُ ّ َ ُ ُ ْ َ ِ ِ ْ َ ِ ِ َ َ ْ َ ْ َ ْ َ َ َ ِ‫عَل َي ْهِم ال ْخبائ ِث وَي َضعُ عَن ْهُم إ ِصرهُم وال َغْلل ال ّتي كان َت عَل َي ْهِم فال ّذين آ َمنوا ب ِه‬ ُ َ َ ِ َ ْ َ ْ َ ْ ُ ُ َ ْ ‫وَعَزروهُ وَن َصروهُ وات ّب َعوا النور ال ّذي أ ُن ْزِل معَه أول َئ ِك هُم ال ْمفل ِحون )٧٥١( قُ عل‬ ِ َ ُ ْ ُ ُ َ ُ ُ َ َ َ ّ ُ َ ُ ّ َ ْ ُ ُ ُ ُ ُ َ ّ ُ ّ ‫يا أ َي ّها الناس إ ِني رسول الل ّهِ إ ِل َي ْك ُم جميعا ال ّذي ل َه مل ْك السععماوات وال َرض ل‬ ِ ً ِ َ ْ َ َ ِ ْ َ ِ َ َ ّ ّ َ ‫إ ِل َه إ ِل هُوَ ي ُحيي وَي ُميت فَآ َمنوا بالل ّهِ وَرس عول ِهِ الن ّب ِعي ال ُم عي ال ّعذي ي ُعؤْمن بعِعالل ّه‬ ‫َ ُع‬ ِ ِ ِ ُ ِ ُ ِ ِ ْ ُ ِ ّ ّ ْ ّ (١٥٨) ‫وَك َل ِمات ِهِ وات ّب ِعوهُ ل َعَل ّك ُم ت َهْت َدون‬ َ ُ ُ َ ْ َ
Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk dan dia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya. Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya) dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayat petunjuk ( al-A`raaf:157-158 ) Kebiasaannya Ummi ditafsir dan diterjemahkan sebagai ‘buta huruf’ sedangkan tidak semestinya begitu bahkan sebenarnya dalam ayat ini Allah s.w.t hendak mengggambarkan kelebihan dengan maqam madh / tsanaa` dan tidak logik untuk memuji seseorang dengan menyebut kekurangannya. Bermakna jelaslah Ummi di situ bukanlah bermakna buta huruf bahkan sebenarnya adalah nisbah kepada Ummul Qura iaitu Mekah. Nabi Ibrahim dan juga Nabi Ismail pernah berdoa di Ummul Qura supaya akan ada keturunannya yang menjadi Rasul dan ia merupakan satu kelebihan di kalangan orang-orang Arab kerana mereka adalah anak-anak cucu Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Dalam bahasa Arab kerap menggunakan ringkasan, sebagai contoh; ‘Ubaidulah (Pengasas kepada kerajaan Fatimiyyah) ketika mana dinisbahkan kepadanya maka orang Arab mengatakan Ubaidiyyun dan tidak pula mengatakan Ubaidullahiyyun. Maka begitu juga dengan perkataan Ummat apabila di nisbahkan menjadi Ummi dan Ummul Qura bemakna penduduk Mekah yang lebih istimewa di kalangan Arab sebab mereka itu anak cucu dari keturunan Nabi Ismail yang mana adalah hasil doa oleh Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim di situ. Dan orang-orang Mekah ketika mana pergi ke luar Mekah maka mereka berbangga dengan Ummi yang menunjukkan mereka adalah orang Arab. Firman Allah s.w.t:

‫وَهَذا ك ِتاب أ َن ْزل ْناهُ مبارك مصد ّقُ ال ّذي ب َي ْن ي َد َي ْهِ وَل ِت ُن ْذِر أ ُم ال ْقرى وَمن حوْل َها‬ ِ َ َ ٌ َ َ َ َ ْ َ َ ُ ٌ َ َ ُ َ ُ ّ َ َ َ َ َ ْ ‫وال ّذين ي ُؤْمنون بال َخرةِ ي ُؤْمنون ب ِهِ وَهُم عَلى صلت ِهِم ي ُحافِظون‬ َ ُ َ ْ َ ُ ِ َ ِ ْ ِ َ ُ ِ َ ِ َ
Dan ini ialah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang mengandungi berkat (banyak faedahfaedah dan manfaatnya), lagi mengesahkan kebenaran (Kitab-kitab Suci) yang diturunkan sebelumnya, dan supaya Engkau memberi peringatan kepada penduduk "Ummul-Qura" (Makkah) serta orang-orang yang tinggal di kelilingnya; dan orang-orang yang beriman kepada hari akhirat, mereka beriman kepada Al-Quran, dan mereka tetap mengerjakan dan memelihara sembahyangnya. [ Al-An`am:92] Dan Firman-Nya lagi:

َ ْ َ َ ‫وَك َذ َل ِك أ َوْحي ْنا إ ِل َي ْك قُرآ َنا عَرب ِيا ل ِت ُن ْذِر أ ُم ال ْقرى وَمن حوْل َها وَت ُن ْذِر ي َوْم ال ْجمع ل‬ ً ْ َ َ َ ّ َ َ َ َ ْ َ َ َ ُ ّ َ ِ ِ ّ ِ ِ ِ َ َ َ ِ‫ري ْب فيهِ فَريقٌ في ال ْجن ّةِ وَفَريقٌ في السعير‬ ِ ِ
Dan sebagaimana Kami tetapkan Engkau hanya penyampai, Kami wahyukan kepadamu AlQuran Dalam bahasa Arab, supaya Engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) "Ummul-Qura" dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya, serta memberi peringatan dan amaran mengenai hari perhimpunan (hari kiamat) - yang tidak ada syak tentang masa datangnya; (pada hari itu) sepuak masuk syurga dan sepuak lagi masuk neraka. [ As-Syura:7] ‘Ummul-Qura dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya’ dalam ayat ini adalah tanah Hijaz.

Atau dengan makna yang lebih tepat, ummi juga boleh dikatakan kepada orang yang tidak tahu apa-apa tentang kitab yang diturunkan oleh Allah s.w.t ya`ni orang yang sudah putus hubungannya dengan kitab daripada langit. Sebab itu al-Quran juga menyebutkan orang Yahudi yang tidak tahu tentang kitab juga sebagai Ummi: firman-Nya:

ّ ْ َ ‫وَمن ْهُم أ ُميونَ ل ي َعْل َمون ال ْك ِتاب إ ِل أ َمان ِي وَإ ِن هُم إ ِل ي َظ ُنون‬ َ ّ ْ َ ُ ّ ّ ْ ِ ّ َ ّ َ َ

Dan di antara mereka pula ada orang-orang Ummi, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja. [al-Baqarah:78] Dengan itu kaum Arab yang sudah lama tidak diutuskan kepada mereka Nabi tidak digelar dengan Ahlul Kitab berbanding Yahudi dan Nasara yang mendapat Nabi sehingga Nabi Isa a.s iaitu Nabi sebelum diutusnya Nabi Muhammad s.a.w. manakala kaum Arab tidak ada lagi Nabi selepas Nabi Ismail a.s. kecuali Nabi Muhammad s.a.w. Dalam al-Quran tidak ada ayat menyebutkan dengan jelas bahawa Ummi dengan makna ‘buta huruf’ dan ayat:

ُ ْ ِ ً ُ َ َ ّ ّ ْ ‫هُوَ ال ّذي ب َعَث في ال ُميين رسول من ْهُم ي َت ْلو عَل َي ْهِم آ َيات ِه‬ ِ َ ْ ِ َ ِ
Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya) [ Al-Jumu`ah:2 ] Adakah ayat ini tidak memasukkan Abu Bakar dan sahabat-sahabatnya yang lain yang boleh membaca? Adakah Nabi Muhammad s.a.w. tidak diutuskan untuk mereka? Bagaimana pula dengan ‘Abdullah bin Salam dan lain-lain yang sangat pandai tentang kitab? Ayat ini jelas menunjukkan pertentangan dengan ayat sebelum ini jika tidak dipakai dengan makna penduduk Mekah. Sekiranya benar Nabi itu tidak tahu membaca dan menulis maka pastinya ramai pula dari kalangan ahlul kitab yang mengatakan: “Buat apa kami hendak ikut Nabi yang tidak tahu apa-apa sedangkan kami sendiri telah menjadi ahlul kitab sekian lama,” sebagai alasan untuk mengikut

Nabi tetapi tidak pernah pula ada riwayat hadits maupun sirah yang menunjukkan mereka ada mengatakan demikian. Dan tidak ada pula ayat al-Quran maupun nukilan yang menunjukkan perkara ini menjadi masalah kepada mereka bahkan yang menjadi masalah adalah kerana iri hati disebabkan semangat kebangsaan mereka sebagaimana firman Allah s.w.t:

َ ِ ْ ِ ً َ َ ً ّ ْ ِ‫وَد ّ ك َثير من أهْل ال ْك ِتاب ل َوْ ي َردون َك ُم من ب َعْدِ إيمان ِك ُم ك ُفارا حسدا من عن ْد‬ ّ ُ َ ِ ِ َ ْ ِ ْ ِ ْ ِ ٌ ِ ‫أ َن ْفسهِم من ب َعْدِ ما ت َب َي ّن ل َهُم ال ْحقّ فاعْفوا واصفحوا حتى ي َأ ْت ِي الل ّه ب ِأ َمرِهِ إ ِن‬ ُ َ ّ َ ّ ُ َ ْ َ َ ْ ُ ُ َ َ َ ْ ِ ْ ِ ُ َ َ ‫الل ّه عَلى ك ُل شيء قَدير‬ ٌ ِ ٍ ْ َ ّ
Banyak di antara ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [ Al-Baqarah:109 ]

Dan firman-Nya lagi:

ً ِ َ ْ َ ُ َ ‫وَقالوا أ َساطير ال َوّلين اك ْت َت َب َها فَهِي ت ُملى عَل َي ْهِ ب ُك ْرةً وَأ َصيل‬ َ َ َ ِ ْ ُ ِ َ
Dan mereka berkata lagi: "Al-Quran itu adalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala, yang diminta oleh Muhammad supaya dituliskan, kemudian perkara yang ditulis itu dibacakan kepadanya pagi dan petang (untuk dihafaznya)". [al-Furqaan:5 ]

Kebiasaannya ahli Tafsir menafsirkannya begini iaitu menterjemahkan

‫اك ْت َت َب‬ َ

dengan makna

‫ اسك ْت َت َب‬iaitu dengan makna ‘diminta oleh Muhammad supaya dituliskan’ padahal ada juga ahli َ
tafsir yang mengatakan Nabi yang tulis sendiri berdasarkan makna perkataan mengikut spesifikasinya. Ini bermakna orang kafir tahu yang dulu memang Nabi s.a.w. tidak boleh menulis tetapi kemudiannya Baginda menulis sendiri.

‫اك ْت َت َب‬ َ

memberi makna takalluf dan takalluf ada dua makna, salah satunya dengan makna

susah dan yang kedua dengan makna bersungguh-sungguh dan elok-elok contohnya:

‫سمع‬

bermaksud mendengar manakala

‫استمع‬

bermaksud dengar dengan bersungguh-

sungguh sepertimana firman-Nya:

َ (٢۰٤) ‫وَإ ِذا قُرِئَ ال ْقرآ َن فاست َمعوا ل َه وَأ َن ْصتوا ل َعَل ّك ُم ت ُرحمون‬ ُ ِ َ ُ َ ْ ْ ُ ِ ْ َ ُ ْ ُ ُ
Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah dengan bersungguh-sungguh akan Dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat [ al-A`raaf:204 ] Dan firman-Nya:

‫يا أ َي ّها الناس ضرِب مث َعل فاسعت َمعوا ل َعه إ ِن ال ّعذين ت َعد ْعون معن دون الل ّعهِ ل َعن‬ ّ ُ ُ ِ ْ َ ٌ َ َ ُ ُ ّ َ َ ْ ِ ُ ْ ِ َ ُ َ ِ َ ً َ ُ َ ُ ِ ْ ‫ي َخل ُقوا ذ ُبابا وَل َوِ اجت َمعوا ل َه وَإ ِن ي َسل ُب ْهُم الذ ّباب شي ْئا ل ي َست َن ْقذوهُ من ْعه ض ععُف‬ ُ ْ َ َ ُ ِ ُ َ ْ ً َ ْ ْ ُ ُ (٧٣) ‫الطال ِب وال ْمط ْلوب‬ ُ ُ َ َ ُ ّ
Wahai umat manusia, Inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya) [ alHaj:73 ]

Manakala perkataan

َ ْ ‫ت ُملى عَل َي ْه‬ ِ

berasal dari perkataan

‫إملء – يملي – أمل عى‬ ‫ع‬

yang

bermaksud menulis berdasarkan bacaan orang lain manakala kata ganti diri dalam perkataan

‫عَل َي ْه‬ ِ

yang memberi makna kepadanya / kepada dia merujuk kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ini

bermakna Malaikat membacakan kepada Nabi Muhammad supaya dia menuliskannya apa yang didengarnya dan bukannya sebagaimana sesetengah tafsiran Al-Quran yang menafsirkannya dengan makna sebagai ‘cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala, yang diminta oleh Muhammad supaya dituliskan, kemudian perkara yang ditulis itu dibacakan kepadanya pagi dan petang (untuk dihafaznya)’ kerana ‫ إملء‬tidak memberi makna mendengar dan menghafaz.

Dari segi tulisan bahasa Arab biasa dengan bahasa dalam al-Quran, penggunaan huruf kadangkadang berbeza dan bagaimana pula Nabi s.a.w tahu yang mana satu yang dikehendaki Allah seperti ‫ الصلوة‬dalam al-Quran berbanding tulisan Arab yang biasa ditulis

‫الصلة‬

Dengan sebab itu maka wajarlah kita katakan Nabi s.a.w. lah yang memilih dan menentukan penggunaan huruf tersebut dalam al-Quran. Adapun sekiranya Nabi s.a.w tidak tahu maka itu hanyalah sebelum kenabiannya tetapi bukan selepas kenabia Baginda s.a.w Jika dipersoalkan kenapa Baginda menyuruh orang lain menulis maka itu sebenarnya sebagai kebesaran seorang pemimpin agung sepertimana pembesar-pembesar dan raja-raja yang lain. Mereka tidak menulis sendiri tidak menunjukkan yang mereka tidak pandai menulis. Antara dalil lain ialah hadits ‘ustuwanah mushaf’ riwayat Muslim yang menunjukkan sahabatsahabat sering menyalin dari mushaf tersebut yang diletakkan di satu tiang sehingga terkenal tiang tersebut dengan nama ‘ustuwanah mushaf’. maka timbullah persoalan; siapakah penulis mushaf tersebut dan kenapakah mushaf tersebut sahaja yang paling penting sehingga dijaga dan disalin sedemikian rupa?

Kesimpulan
Maka dari sini dapat kita simpulkan bahawa antara sebab utama kita tidak menerima ummi dengan makna buta huruf ialah: I. Dalil ummi yang tidak jelas dalam al-Quran menunjukkan ianya bermakna ‘buta huruf’ II. Percanggahan antara hadits dengan hadits dan hadits dengan al-Quran Dalil yang tidak jelas dan tidak kuat tidak boleh menjadi pegangan apatah lagi untuk menjadi akidah manakala percanggahan pula membawa kepada keraguan seterusnya memberi imej dan gambaran yang tidak jelas tentang ajaran Islam itu sendiri. Tambahan pula perkara ini membabitkan kesucian dan kehormatan Nabi s.a.w. dan sahabat-sahabatnya yang mana wajib untuk kita memelihara dan mempertahankannya. Atas dasar ini, sebagai ummat Islam yang bertanggungjawab terhadap agamanya maka kita wajib mengelakkan diri kita dari keraguan yang boleh menjebakkan kita ke dalam kesesatan.

‫والل ّه أ َعْل َم‬ ُ ُ َ

Di saring dari kuliah Maulana Asri Yusuf – Sahih Muslim Kitab Jihad Sesi 16 280508 Bab Perjanjian Damai Hudaibiah bertempat di Masjid Langgar untuk www.darulkautsar.net
Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=1493

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->